Monday, December 24, 2012

Kerjaya: saya tidak pernah sedih...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
24-12-2012


Chrismas Eve, kan? Ramai yang mengambil peluang bercuti, sejak Sabtu sehingga esok. Juga ada yang lajak sampai tahun baru.

MyManager pun bercuti hari ini. Seorang kawan sekerja di Lantai Bawah pula akan cuti bermula esok sampai minggu depan untuk ke selatan dan terus masuk Singapore. Saya tidak bercuti pun. Bukan pasal takda cuti, tapi memberi peluang kepada MyManager.

Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk dia. Saya sehingga Senin depan, 31hb untuk berada di premis ini. Syarikat tempat cari makan kami akhirnya memutuskan untuk tidak lagi beroperasi. Walaupun setahun lalu sudah ada cadangan ini, tetapi masing-masing cuba bertahan. Ketika itu, 2 orang staf diarah berhenti.

Kali ini, sudah tiada jalan lagi bagi MyBoss. Dengan usia menginjak 72 tahun ini, pernah major operation jantung, tidak berwaris (tiada anak), dia tidak upaya lagi untuk menerima tekanan bidang kerja sebegini. Lalu hanya bahagian factory sahaja yang akan beroperasi (itupun ntah sampai tahun bila). Syarikat ini telah beroperasi kira-kira 25 tahun dan hampir tiada hutang langsung, jadi tiada masalah lagi untuk menutup selamanya. Aset yang sedia ada lebih dari mencukupi baginya.

Buat masa ini, saya belum membuat sebarang keputusan pun. Ramai client memberikan tawaran menarik untuk saya meneruskan projek-projek kami sebelum ini, secara freelance. Malah sebuah organisasi latihan juga menawarkan saya menjadi tenaga pengajar untuk saya melatih dalam bidang "software" ini. Saya masih menimbangkannya.

Plan sekarang, nak lepaskan bebudak masuk skulah dulu, then baru start cari, or start pegi interview. Lebih mudah sebab walk-in interview di mana-mana dan jika sesuai dah boleh start immediately.


Memang saya tiada sijil bergulung untuk ditunjuk orang atau untuk bersaing dengan designer di luar sana yang lahir dari uni terkenal dan disegani. Tetapi saya sentiasa yakin pengalaman dan skill saya selama lebih 20 tahun juga tidak kurang hebatnya. Hanya mengharap tempat yang sesuai, yang sudi mengiktiraf dan menghargai. Keserasian boleh dibina kemudian.

Syukur juga, sepanjang 3 tahun bersama company ini, saya tidak pernah menghadapi sebarang masalah. Malah saya tak pernah ada rekod komplen dari mana-mana client, tidak pernah kena mengadap bos utk sebarang tunjuk sebab atau kes, tiada pernah hutang dengan syarikat (sebab MyBoss juga bagi peluang staf ambil loan peribadi utk apa-apa keperluan), tiada pernah clash dengan mana-mana rakan sekerja... dan saya berharap masing-masing dapat melangkah keluar dengan rekod dan nama yang baik.



~...hajat hati ingin mengadu kepada si kawan sejati, tetapi HISYAM lebih senang menyendiri, ntah merajuk tak dapat pergi bercuti atau tak sempat menyapa sinar mentari lalu SERI BULAN lebih rela menyanyi lagi yang tak ketahwuan mana korus mana coral...~



 




24 comments:

  1. In syaa Allah, rezeki ada di mana2, kita hanya perlu berusaha. Saya percaya kak Azie tiada masalah dalam hal mencari kerja baru, ramai yg percaya & yakin dengan kebolehan kak Azie. Saya ucapkan selamat maju jaya & semoga sentiasa dirahmati olehNya, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Dinas. Saya juga yakin, sokongan dan semangat teman-teman juga mendorong saya untuk terus positif dari masa ke semasa...!

      Delete
  2. InsyaAllah, rezeki untuk Azie tetap ada nanti...

    ReplyDelete
  3. Kakak percaya pengalaman yg ada masti ramai yg mahu mengambil Azie sebagai pekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sentiasa mengharapkan begitu juga, dan kalu boleh biarlah tempat tu tak jauh sangat. Dah tua ni malas dok atas jalanraya lama-lama.

      Delete
  4. bumi Allah luas, insyaAllah ada yang lebih baik menantimu di luar sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya DIA Maha Mengetahui. Rezeki anak-anak pasti ada.

      Delete
  5. awak pekerja yang baik dan contoh..
    :)

    ReplyDelete
  6. Kakpb pasti ada rezeki diluar sana, tambah pula pengalaman yg bnyk. Ijazah...hnya sekeping kertas. Boleh ke beli pengalaman yg Azah ada? Tidak kan?
    Moga tahun dpn mmberi sinar bg keluarga kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma kita takut, ada setengah company nak tengok rupa dan sijil segala. So, orang berpengalaman kadang2 terpaksa merayu pulak.

      Delete
  7. Azie,
    Rezeki itu ALLAH yg beri dan tentukan...
    Tiada di sini... Mungkin ada lg lebih disana....
    Selamat bertugas ditempat baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sentiasa harap keadaan lebih baik lagi di tempat kerja seterusnya.

      Delete
  8. Pastinya ada rezeki lain untuk akak..work from home pun best jugak kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang idea work from home pun best gak, tapi dulu dah cuba sekali. Selalu tak cukup tidor kejar dateline projek. Tu yang surrender...

      Delete
  9. aduhh sedihnya kak , bila terpaksa lepaskan kerja yg dah bertahun kita pegang kan ... saya x dpt bayangkan perasaan bos akak , bila terpaksa close co .. memang sesuatu yg diluar jangkaan ..

    x perlah kak , slow2 akak cari kerja lain ye kak
    ada sahaja rejeki di luar sana .. percayalah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie tak pernah sedih sebab setiap kali tukar kerja, belum pernah lagi dari kesalahan saya. Semua kerana sebab mereka sendiri. (previous company dulu shift ke luar negara). Dengan yg ini tak lama pun, 3 tahun saja.

      Delete
  10. rezeki akak akan lebih murah di luar sana. percayalah. :)

    ReplyDelete
  11. Insya'Allah, semoga dipermudahkan segala urusan.
    Kurang di sini mungkin lebih di tempat lain pulak.
    Hanya DIA yang lebih mengetahui..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Azie

    moga Allah ketemukan tempat kerja baru yg lebih baik
    baik masa kini dan masa akan datang
    baik di dunia dan baik di Akhirat

    ReplyDelete
  13. Insyallah kak akan dapat yg terbaik nanti..rezeki Allah ada di mana2..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails