Monday, December 24, 2012

Cuti skulah berakhir tak makna Tukang Masak hilang kerja...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
24-12-2012


Cuti la puas-puas budak-budak oiii... Tinggal tak berapa hari saja lagi, skulah dah nak mula. Tahun depan, semua anak-anak saya yang berskulah (tinggal 3 orang saja) semuanya kena sama sessi. Pagi semua. Senang juga, sebab serentak keluar dan yang pompuan berdua tu MyToklaki boleh hantar ke skulah serentak.

Cuti skulah ni apa agenda yang best? Dalam rumah kami, selain layan Astro dan citer Korea, siri Korea, filem Korea, lagu Korea, game reality Korea... dan Korea, dan Korea segala toknenek Korea,

acara makan-makan juga menjadi acara penting. Si Tukang Masak cuma seorang. Mujurlah dia ada ‘dapur magic’. Hahahaha!

Anak-anak saya selalu tanya, “Mak masak apa?”
Saya akan jawab: “Tak masak apa pun.”

Tapi bila ada menu keluar dari dapur, saya selalu sebut, “Mak ada dapur magic!”

Minggu lepas ada mesorat keluarga di rumah arwah mertua saya. Adik beradik sebelah MyToklaki berkumpul lalu kami ipar-duai-biras-lamai ni potluck la apa nak bawak.

Saya buat Popia Goreng. Buat cuma 50 pcs, mana cukup untuk rakyat dalam rumah sendiri. So Sabtu lepas saya buat lagi sebab kebetulan Dak Amoi memang balik every week-end.

Kali ini saya buat extra. 80 pcs (beli kulit popia yang 40 keping dalam 1 pack, saya beli 2 packs). Mix vege tu 1 kg, Chicken Ball Vege (frozen, jenama apa lupa tapi packet kaler hijau), campur udang kering.


Tumis dengan bawang besar dan bawang putih. Jika suka lada sulah, boh la tapi saya tak boh sebab Chicken Ball Vege tu dah ada rasa pedas lada sulah.


Saya buat cukup-cukup inti tu untuk 80 keping popia. Gulung semua simpan dalam bekas kedap. Goreng sebanyak mana yang perlu saja. Bertahanlah sampai pagi ini untuk IKA bawak bekal ke tempat praktikal.



~...HISYAM sudah semakin berani bercerita tentang ulam raja, tentang kerdas dan buah kedondong sejak pulang dari memburu di hutan dara, tetapi bila ditanya mana rotan, mana manau dia keliru melilau sehingga SERI BULAN panik dia mungkin tergoda anak dara bunian...~



 




20 comments:

  1. ok..motif entry ni bagi resipi popia..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit popia sila beli saja.
      Inti versi saya, macam yg tertulis. Tumis jer, pastu campak semua tu. Goreng sekejap dah boleh gulung.

      Delete
  2. lama jugak tak buat popia sendiri..cam sedap nii, harini je suami saya dah start meeting kat sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guru sekolah memang dah mula sibuk dgn persiapan nak mulakan sesi persekolahan.

      Delete
  3. Azie,
    Cantik Azie goreng..
    Sama jer kaler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ada gak yang terbabas seketul dua tergaring.

      Delete
  4. Wah terbaiklah..cicah plak dengan sos mmg sedap

    ReplyDelete
  5. Tak perlu jadi kreatif pun. Inti tu boleh jer pelbagaikan. Isi ayam juga boleh. Minced meat pun boleh. Kulit beli ready made. Kalu rajin, gulung banyak simpan dalam tepawer tutup ketat boh dalam peti ais. Bila nak makan, goreng jer.

    ReplyDelete
  6. same here kak azie... walau anak cuma 2 dan masih kanak-kanak ribena tapi stok makanan musim cuti sekolah mesti sentiasa di top up... kadehanya sama, sekali buat snack buat banyak terus, frozen kan. nak makan kita gorenggggg...

    wahhh senang skit bila semua satu sesi kan.

    ReplyDelete
  7. oo sedap popia macam ni..saya suke :)

    ReplyDelete
  8. Di rumah kakcik ada popia otak2. Menantu bawak 3 paket. 1paket setengah dah habis... Belen tu, kena tunggu orang takde baru boleh goreng! Hahaha....

    ReplyDelete
  9. salam kak..macam2 inti popia ye kak..saya jarang buat inti yg versi camni..mesti sedap inti akak buat ni..

    ReplyDelete
  10. Sama la kat rumah saya AA..hebat betul..anak2 dara saya boleh nyanyi lagu korea tau..
    Anak2 saya pun selalu ngadu lapor, padahal baru jer 3 jam lepas makan...heran betul.

    Reply komen @"Selamat pengantin...."
    Ketika bernikah umur saya 25 tahun...jadi berapa umur saya sekarang..teka..teka!

    ReplyDelete
  11. Oh! Tak sanggup tengok popia lama-lama! kami anak beranak memang hantu popia! Buatlah banyak mana pun, memang habis punya!

    ReplyDelete
  12. dah lama tak buat popia.....teringin pulak!

    ReplyDelete
  13. assalam...kak..mak mertua dil suka sangat buat popia ni..sekejap je dia buat...dil suka popia basah..best2..rindunya masakan m'sia....:-)

    ReplyDelete
  14. hmmmmm...
    sedappppnya siap ada resepi lagi...
    rajin2 sat lagi nak buat jugaklah....

    ReplyDelete
  15. apabila tangan rajin mmg jadi semuanya kan kak???

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails