Tadi, siri hebat Nur Kasih berakhir. Walaupun siri itu sudah diulangsiar 2 kali (kalu tak silap) tetap ada beberapa episod yang aku tertinggal. So sepanjang Ramadhan ini sambil bersahur kami sefamily memang layan siri ini dan rasanya tidak tertinggal langsung, sebab belum lagi kami terbabas tidak bersahur. (Pujian harus diberikan kepada si Tukang Alarm merangkap Tukang Kejut a.k.a. Tukang Perangat Lauk).
Sebuah kebahagiaan begitu subjektif, dan tidak pernah sama bagi setiap insan. Cara mencari berbeza, cara mendapatnya juga berlainan. Bahagia tanpa dugaan kurang nikmat berbanding bahagia with flying colors, lahir dalam dulang emas atau laluan terlalu mudah (dengan izinNYA).
Sebuah kebahagiaan begitu subjektif, dan tidak pernah sama bagi setiap insan. Cara mencari berbeza, cara mendapatnya juga berlainan. Bahagia tanpa dugaan kurang nikmat berbanding bahagia with flying colors, lahir dalam dulang emas atau laluan terlalu mudah (dengan izinNYA).
Nur bersatu semula dengan Adam. Alia mendapat kembali kepercayaan tentang kesetiaan seorang Aidil. Seorang ibu mendapat semula anaknya yang disangka mati. Ternyata ajal belum memisahkan mereka.
Kita pun sedang dalam kebahagiaan, kan? Bahagia kerana kita masih lagi menikmati Ramadhan, yang sungguh berbeza dari sebelumnya, tidak pernah serupa dari setahun ke setahun. Harap-harap lebih baik dari terdahulu.
Seorang anak kecil pun bahagia bila dia puasa penuh, dan bila berbuka MAK dia masakkan yang sedap-sedap utk dia, si Ayah janjikan baju raya dan duit raya kalu dapat puasa penuh. Atuk Nenek janji nak masakkan ketupat lemang bila semua berkumpul nanti...
Heyyyyy orang Selangor! (melaung sambil lambai-lambai tangan) Semalam korang borong apa? Ada jumpa orang jual Kuih Batang Buruk murah murah tak? Serunding Daging sekilo berapa tahun ni? Ada jumpa tak orang jual pelita punjut warna warni? Nak beli laaaa... Nak hiaskan rumah ONYANG kat kampung tu. Heeeeee... tak sabor dah nih.
Semalam takda idea nak masak, si aku try masak menu yang aku baca di blog MAS DUNIAKU. Terimakasih MAS. Cendawan Pedas. Simple but sedap. Selama ni cendawan ni masak sup jer, kali ini try dengan sos tiram. Sedap weyyyy... Licin.
Yang merah-merah tu aku buh cili kering, dan yang hijau tu Kacang Peas. Resipi asal di SINI.
*Kenangan bulan puasa: pernah baju raya yang dibeli warna sedondon dengan TOKLAKI, dijahit saiz badan Dak AMOI. Wuaaaaa tailor rabun...! Frust giler aku.
~...menyusuri sungai mencari udang tidak sama dengan meneroka jalan kampung sehingga ke dusun di baruh, semata-mata kerana Buah Mata Kucing, yang tidak lagi semanis senyuman SERI BULAN...~
Salam Kak Azie,
ReplyDeleteSAYA DUK SELANGOR ! KEJE PUN DI SELANGOR ! TAPI SEMALAM DUK UMAH JER !
hahaha...
Kak, Kuih Batang Buruk saya oda dari kakak yg duk Pagoh,Muar. BIla balik rumah mak dia bawak. Memang sedap. Memang sentiasa ada dijual sepanjang masa. Murah Pulak Tu. Sekampit RM8 jer.
RINA > Kuih Batang Buruk ni nama jer buruk kan, tapi rasa sedappp... Terimakasih info.
ReplyDeleteKak Azie biasa beli Batang Buruk dari orang Melaka, tapi dah tak jumpa dah orang ni, sbb dah pindah keja.
Salam Azie,
ReplyDeleteorang Johor duk selangor semalam ke SSF..Koyak pocket lah
nur kasih, dah berapa kali tayang pon nak tengok lagi... hek heley, nangis ke? semayang tak nangis plak (orang rumah mula terkehel-kehel nyengih!)
ReplyDeletesalam kak azie,mas pun start tengok nur kasih tu dari awal hinnga last tadi...seronok rasanya bersahur sambil tengok crita tu,
ReplyDeletedah buat yer cendahwan pedas, sedap kan kak...maceh yer mencuba...
sama mcm wife & adik pompuan, tak miss tgk citer tuh masa sahur. eelobor mcm biasa ler....tak layan. heheheh, baik baca blog lg best pas sahur
ReplyDeleteazie..
ReplyDeletetailor rabun ker...
baju mengecut???
oppppsss....
lllarik....
Azie...
ReplyDeletesempat lagi menonton masa sahur....heee
hebat3..
Kak Azie,
ReplyDeleteMiss U! i luv btg buruk also....sedap ooo...
apsal panggil batang buruk bkn batang berabuk he he
ReplyDeleteAzie,
ReplyDeletemakcik pernah kena baju anak anak makcik dijahit mengecut.Habis baju dia orang tak boleh pakai.Naya.3org anak perempuan utk raya pula tu!
sy bgn sahur n terpandang tv yg hubby dah buka time tu adam dah sampai umah pun.... ke dapur mkn cornflakes dgn susu je sikit nak mkn nasi dh xsempat sbb si kecik menyusu xnak lepaskan...huhu
ReplyDeleterezeki Dak Amoi lah baju sedondon tu...
ReplyDeletetahun ni sempat tempah baju tak AA??
:)
tak sabar nak tunggu Nur Kasih The Movie. Owh Abg Adam..Lalala....
ReplyDeletesemalam acu cuma di rumah kakak..malas nak ke KL sebab siang hari sekarang nie panas melampau...
ReplyDeleteoh sedap nye batang burok..dulu masa belajar di johor,setiap kali balik beraya mesti borong banyak..sedap nye...
Batang buruk muar sedapppp..:)
ReplyDeleteMacam sedap jer resepi cendawan tu. Saya pun biasanya buat sup cendawan jer. xtau nak masak apa cendawan tu.
ReplyDeleteSalam YAN..
ReplyDeleteSSF? Dasat tuuu.. Saya dah lama tingin nak pi, sampai skang lum penah masuk lagi. hehehehe
CEMOMOI > Kak Azie terus terkehel baca. Ahaks!
MAS > Banyak betul resipi awak. Tak terkejar nak buat. Kak Azie nak try yang lain plak nanti.
ReplyDeleteEELOBOR > Jarang ada orang lelaki minat drama air mata. hehehehe
AKAK > dua-dua sekali...! Jangan larikkk...! > kejar sambey nak tangkap tocang.
ReplyDeleteLANABULU > Ruang makan memang ada tv, so layan jer.
NAA > Itulah kuih yang dipanggil buruk tapi sedap.
ReplyDeleteCALUK > Nanti aku create kuih Batang Berabuk tu. Ko test yer.
MOKJADEANDELL > Saya ada petua yang kawan beri semasa nak beli kain ela. Minta jurujual gunting sedikit kain, dan basuh. Kalu kain jenis mengecut, memang akan mengecut semasa basah.
ReplyDeleteHEZRIN > Tu lah finalnya, bila Adam pulang ke kampung..
DrSINGA > Saya jarang tempah baju raya, bila teragak jer, beli ready made.
ReplyDeleteFIDDE > Kak Azie pernah jumpa dengan penulis skrip filem Nur Kasih tu masa Pesta Buku. Memang lebih hebat lagi kisah Nur Kasih tu.
ACU > dah 2,3 hari ni memang panas terik. Nak keluar ke mana mana pun rasa penat jer.
ReplyDeleteZUREEN > memang sebelah Johor yang popular Batang Buruk ni.
ZEZEBEL > Pasni U try masak dgn sos tiram plak. Sedap.
ReplyDelete