Tuesday, August 31, 2010

Ramadhan: Iftar yang simple, tapi meriah...

Hari ini berbuka puasa sangat simple, walaupun seramai 5 orang anak buah aku yang tinggal di sekitar KL datang berbuka puasa di rumah aku.

Aku memang plan nak masak Tomyam — gara-gara baca kisah blogger EELOBOR yang berbuka dengan Tomyam haritu — so memang aku tingin sangat nak buat. TomYam Campur.

Cuaca yang lembap malam semalam, membuatkan pasar yang sentiasa basah bertambah basah dan becak. Dan Selipar Jepun aku dah bertambah corak bunganya. Takper, yang penting hati puas, sebab apa yang aku nak cari, semua lancar masuk ke bakul.

Cuma terkejut gak, sungguh lapang pasar hari ini. Mungkin ramai yang bercuti. Kusangkakan, hari cuti begini ramai yang ambil peluang membeli dan belah lepas borong ikan sayur. Rupanya tak ramai. So, aku dan TOKLAKI tak ler terjengah-jengah, terjengok-jengok dalam ramai orang macam selalu tu. Kalu idak, selalu terpisah. Walaupun badan boleh tahan besar dan leh jer nampak dari jauh, tapi dah ramai selalu tak nampak gak (atau ramai lagi orang yang lebih besar dari aku? Ahaks!)

Menu utama, Tomyam Campur. Buka internet pagi tadi nak tengok resipi. Bukan tak penah buat, tapi dulu buat macam tak berapa nak jadi.

So, this time kena buat-buat betul, kalu idak sapa nak bagi Kepujian Kelas Pertama?

Menu sampingan, sangat simple sebab kebiasaannya kami memang berbuka simple. Yang penting semua berbuka dengan nasi.



Sirap Bandung + Soda. Ada nampak itu petai?


Sambal belacan, agak kasar sebab ALIA yang menumbuknya.
Paru Goreng Lada Hitam, yang aku belajar dari sorang kawan di Melaka. Memang sedap!



Puding Jeli Lycee (yang hari tu) dan Kek Pisang, dari tuan tanah. Kek Pisang jumpa kat pasar pagi tadi. Sebesar lengan aku, cuma RM5 jer. Pada aku sangat murah tu. (Sipi-sipi terselit lak Tart Nenas Tersohor)


Yang ni depa beli di pasar Ramadhan Kinrara.

Terimakasih kepada anak-anak buah aku yang sempat hadir utk iftar bersama. Seorang lagi anak buah yang berada di KL, (kampus Uni Damansara) tak dapat join.

Anak buah aku memang ramai bersepah di merata. Sorang di Kuantan (jurusan Komputer Network), sorang di UiTM Melaka (photography), sorang di UiTM Seberang Prai (tak ingat course apa, Sains? Engingeering?, lupaa..)

Dah besar-besar anak buah aku, semua dah anak dara sunti — sorang tu dah jadi bini orang. Ya, cucu BONDA ada lebihkurang 50 orang. Hmmm... terasa dah tua benor dah MAKNDAK nih.. huhuhuhu.



~...SERI BULAN sedang dalam kerinduan, bila malam disimbah ujan, bulan tersipu di celah dahan kelapa...~



19 comments:

  1. Salam....
    Kehadiran anak-anak buah tu yang menjadikan semuanya sedap ya Azie...

    Seronok dapat berkumpul...

    ReplyDelete
  2. memang mencabar betui bila bukak blog kak azie nie...kitorg pun mkn tomyam hari nie...lagi best kalau letak udg galah....

    ReplyDelete
  3. kalau dah makan beramai, jemput pisang pun jadi lebih sedap dan lazat....

    ReplyDelete
  4. kak azie, ada beberapa tempat yang tomyam nya memang betul2 kaw...

    ReplyDelete
  5. salam,

    itu bukan simple tapi special..

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Kat mana SERI BULAN jumpa kelapa berdahan tu?

    Ohhhh tom yammm...mintak semangkok!

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Azie..

    Tomyam akak penuh dengan isi..sedapnya..

    ReplyDelete
  8. ramainya rakyat udang dalam tom yam ituuu!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. CKLAH> seronok sebab I dgn anak-anak buah memang macam kengkawan jer. Kami terbuka dan depa pun tau Mak Menakan depa memang sporting gilos.!



    NAA > Sila sahut cabaran itu. hehehehe Mujor pun awak pun makan tomyam gak.
    Udang galah? Tak sempat nak menggalah dahhh...

    ReplyDelete
  10. CIKGU NORMAH > Betul tu. Masa kita kecik2 dulu, makan berimpun ramai, BONDA cuma masak lempeng pun boleh berebut.


    EELOBOR > Betul. Kak Azie pernah makan di Restoren LALA Kg Baru, sedap jugak.

    ReplyDelete
  11. PJ > Special utk orang-orang special.


    ANYSS > Kelapa tidak berdahan ek? conpius sekejap, kena cari fius nih.

    ReplyDelete
  12. ZUREEN > Sengaja dilebihkan isi, diextrakan kuah. Cemana tuh?


    DrSINGA > janggut SINGA jer tak masuk situ. hehehehehe

    ReplyDelete
  13. sebagai anak buah yg terlibat saya nk bagi pujian kelas pertama ;)

    lauk pauk yg disediakan adalah super duper best giler! thanks makndak sudi ajak ktorang.

    lunas jugak hajat liya nak mkn dadih buatan sendiri.

    terbukti anda mmg pandai masak. nak kena pi berguru ni sekali skala..hehe..thanks again!

    ReplyDelete
  14. EN_ME > apa yang manis? Air nya kah? Puding nya kah? Atau anak-anak buahnya? hehehehe



    NORASHIKIN > ohoo nak belajaq masak kena bagi pengeras nihhh. Takpa, nanti kita pakat-pakat buat kelas memasak noooo...!
    Tkasih korang.

    ReplyDelete
  15. Yang penting simple tapi sedap kan kak? Hehehehe....

    ReplyDelete
  16. 2 minggu berturut aku gi bukak posa dgn anak2..minggu lepas aku gi kudat,minggu ni aku gi keningau pulak.memang saja nak jln2 keroje pak syed.aku ikut jer hehe... *kunun*

    ReplyDelete
  17. ZEZEBEL > kita kata sedap.... hehehehe


    ECHAH COMBI > syekali syakala seronok ikut orang jantan ni buat keroje. Bagi semangat gitu. (yang sebenaqnya boleh skodeng depa sekali.) hehehehe

    ReplyDelete
  18. makan ramai2 sambil menceceh mmg sedap...heheh

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails