Monday, August 30, 2010

Ramadhan: Selamat Hari MERDEKA...!

Sebentar lagi berdentumlah bunga api, tanda kita menyambut ulangtahun ke-53 merdeka. Hmmm, tiap kali nak sambut merdeka, mesti ada bunga api, kan?

Tapi seumur hidup aku tidak pernah sertai mana-mana sambutan Detik 12 malam wpun KLCC tu takler jauh mana pun. Paling-paling hampir pun, hanyak tengok bunga api di padang depan rumah 4,5 tahun dulu (skang dah takda), dan juga lihat dari tingkap bilik, bunga api yg cantik dari KLCC.


Apapun cara sambutannya, jangan dilupa perjuangan orang terdahulu dari kita, dari zaman penjajah Jepun, British dan pahit maung kelat mereka memberikan MERDEKA buat kita rakyat Malaysia. Terimakasih...

Selamat Hari MERDEKA...!


Seorang dari kawan sekolah lama aku call memanjangkan jemputan Majlis Hari Raya @ Gathering pada raya ke-2 nanti. Sebelum ini sudah ada yang menghantar sms rasmi tentang program tersebut. Sungguh sedih rasanya, bila aku tidak berpeluang bersama depa, kerana kami plan utuk berhari raya di KL dan Kuala Pilah tahun ini.

Rindu betul dengan kawan-kawan sekolah menengah dulu, yang sama-sama menakal, sama-sama terkinja, sama-sama bergurau sambil sepak kaki, berebut naik bas sekolah...

Tapi ya, memang ramai kawan lelaki yang tefon aku berbanding setakat ini tiada seorang pun kawan perempuan yang contact aku. Hehehehe, sepatah kata kawanku itu yang kami gelar "PUYUH", "ohhh hang kalu nama kawan lelaki semua hang ingat..." Benarlah tuuu...

Aku masa sekolah dulu, dalam kelas banyak duduk dengan budak lelaki dari duduk dengan kawan perempuan. Berani tak hengat...!



Sedih dan terharu rasa di hati, kerana tidak dapat join gathering tu. Aku rindu semua kawan-kawan aku. PUYUH menyebut beberapa nama kawan-kawan lama termasuk kawan2 perempuan, yang aku masih ingat rupa depa. Rasa rindu dan pilu kemudiannya bila teringat semua depa tu. Aku memang rindu...





*Kenangan bulan puasa: masa kecik-kecik, Arwah AYAH dan BONDA belikan kami baju raya yang selalu sama (adakala yg beza cuma warna, tapi design sama), dari kain murah (yg sekarang ni orang buat batang bantal jerrrr...), tapi seronok tak hengga dahhh. Walau tidak mewah, tapi baju baru cukup bermakna.


~...rindu tidak mungkin dapat disorok dari wajah, walaupun SERI BULAN letih menanti HISYAM balik dari Jeram Panjang, dan curiga sekali bila Rusa yang diburu, Pelanduk yang dipikul pulang...~




7 comments:

  1. Tu pasal, perjuangan orang lama jangan di lupakan. layan lagu warisan nyanyian sudirman pun best gak ni.

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Azie.
    Nostalgia!
    Kak G pun terkenang masa membaca sajak2 patriotik zaman sekolah dulu, esply masa remaja Form 5 & 6! :)
    Rindu pada Tunku!

    ReplyDelete
  3. salam merdeka kak..
    semoga kita semua lebih memerdekakan diri kita masing2 kan..
    [ape Tuya merepek ni ek?heheheh]

    ReplyDelete
  4. salam merdeka... tak pnah gak g mana-mana function merdeka, cuma sekali naik kat bukit saga ampang kunun nak layan bunga api, perg kat situ pon ramai orang rupanya... jammed juga

    ReplyDelete
  5. seingat acu,baru sekali acu ke Dataran Merdeka tengok sambutan Merdeka...masa kita 50 tahun merdeka...rasa bersemangat sekali masa menyanyi lagu patriotik beramai2...sebak dada..

    ReplyDelete
  6. Muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn

    ammvoii posing tepi kete putih tewww.. ehehe

    ReplyDelete
  7. azie..
    akak pun rasa merdeka bila hari merdeka jatuhnya pada hari akak cuti dari mencuci...
    merdeka..merdeka..merdeka..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails