Tuesday, August 31, 2010

Ramadhan: dalam kemeriahan itu...

Malam tadi aku berkesempatan pergi ke Carrefour Ampang, kerana urusan hantar tempahan Tart Nenas Tersohor pada sorang tokey butik yang popular di sana.





TENGKU MANJA @ AIZA (kami panggey dia MEK), seorang tokey butik yang berjaya.

Butiknya di ground floor Carrefour Ampang, dari pintu masuk depan, sebelah kiri. Jika dari pintu parking basement, berhadapan. Sungguh laku jubah-jubah dan tudung-tudung yang lain dari yang lain di butiknya. Kebanyakan geng aku memang semua beli di situ saja, sebab puas hati dengan design jubah yang sentiasa berubah dari sebulan ke sebulan. Lawo-lawo..!

Sungguh meriah rupanya suasana di sana. Memang aku belum berkesempatan merayau macam setengah orang yang membuat persiapan dengan penuh keterujaan. Kami lebih teruja nak balik kampung saja.

On the way balik, melihat pula kompleks yang baru buka di tepi perumahan aku. Baru saja naik tapi sudah meriah. Sungguh dekat saja dengan rumah aku, jalan kaki pun dalam 10 minit saja. Rupanya Carrefour pun sudah dibuka di situ. Malah restoren hebat juga sudah beroperasi. Ada Restoren Mamak Little Penang, 24 jam, ada bistro, restoren makanan segera jangan cakaplah. Pasni dah tak perlu pergi jauh lagi nak makan luar atau nak shopping.

Tapi kami tak jenis kaki shoppping. Mungkin kerana aku sudah bertahun-tahun kerja di area yang dikelilingi kompleks semasa di Bukit Bintang dulu, so soal nak bershopping sudah tidak begitu ghairah lagi, kerana aku boleh shopping bila-bila masa jer. Kerana aku shopping bila perlu, tak tunggu raya pun tetap beli bila perlu. Malah pernah juga, bila habis saja cuti raya, baru aku bershopping. Agak pelik, kerana aku hanya melihat keperluan. Mana yang tidak perlu, memang sayang nak buang duit yang tak berapa ada ni...

Kami tidak melihat langsir perlu diganti tiap kali raya, atau sofa harus diganti atau kuih raya mesti berdozen balang, atau baju mesti sorang 4,5 pasang. No, itu bukan cara aku. Cuma aku risau, cara aku itu akan menjadi ikutan anak-anak pula yang mengambil mudah, kita wajar berbaju baru atau berhias bila tiba hari raya. Khuatir pula jika anak-anak aku kelak "mencincai"kan persiapan hari raya sehingga mengenepikan bahawa hari raya adalah hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, dan tidak salah jika kita meraikannya dengan cara yang istimewa.

Cara aku mungkin macam orang kampung (ya... memang aku orang kampung pun), aku memang tak pandai nak ikut style setengah orang yang bila raya saja, nak tukar itu ini wpun tak berduit sangat. Ya... masing-masing punya poket.

Aku pernah ikut sorang kawan ofis aku pegi shopping sempena raya (7,8 tahun dulu). Dia beli ikut mata bukan ikut fikiran. Sehinggakan benda-benda yang tak penting pun nak borong. Ya, mungkin bagi aku setakat beli alas meja sampai 3 helai dgn warna berbeza mengikut tema langsir (yg juga 3 warna) adalah suatu pembaziran. Kenapa, tak cukupkah dengan hanya 1 alas meja yang senada? Bagi dia penting, tapi bagi aku membazir. Pendapat tidak pernah sama bila mata menjadi rambang dan keranjang!

Bersederhanalah kita. Bersederhanalah kita.

Seorang kawan aku, yang aku yakin dia memang banyak duit, tidak begitu bermewah dari segi fizikal dan design rumah, tetapi tidak pernah kedekut bila tiba bab makan. Kerana katanya, makan untuk kesihatan yang baik. Kalu rumah terlalu cantik, barang terlalu mahal, tidak boleh menjamin kita sihat sentiasa.

Tapi kalu rumah cantik, bersih teratur dan barang berkualiti, kan sedap mata memandang? Hati senang, fikiran lapang, kesihatan pun ikut baik. Tak gitu?

So, sendiri tepuk poket sendiri.

Okey, aku nak pegi pasar dulu. Hari ini cuti Merdeka, mari kita penuhkan pasar dan kotorkan seliper Jepun kita...! hehehehehe


~...menghadapi kemelut di muara tidak sesusah menghadapi rasa curiga SERI BULAN terhadap HISYAM yang diperhebohkan orang sebagai serampang 4 mata...~




28 comments:

  1. raya tahun nie pun di sambut secara sederhana gak.....tapi bab cuti panjang sebab alang2 balik KB kan? hehehe, biar puas hati terus

    ReplyDelete
  2. azie..
    merdeka..merdeka..merdeka..

    citer kita hari ni..
    akak pun tidaklah tiap tahun tukar langsir dan tukar kusyen...
    mana yang boleh digunakan.. kita guna lagi..
    kalau kita ikut2kan jugak nafsu...
    memanglah kita belum merdeka...
    'asyik risau memikirkan. nanti apa orang kata....'
    kita mesti merdeka..
    kita bebas nak guna yang lama ker yang baru ker...
    tapikan azie..
    akak setuju betul bila azie kata pagi raya mesti pakai baju baru...
    arwah mak akak dulu memang akan pastikan pagi raya mesti ada baju baru....
    jadinya anak-anak akak dah akak pastikan pagi raya mesti baju kurung dan baju baru....
    ( u tau.. arwah mak akak pernah lepas sembahyang raya pergi tunggu kat rumah tukang jahit baju kurung akak kerana dia nak pastikan anaknya pakai baju kurung baru untuk menyambut hari raya.... Allahuakbar... itulah mak.... )

    ReplyDelete
  3. Tahun ini jangankah kata menukar langsir.. di rumahku langsung tidak berlangsir...

    ReplyDelete
  4. tumpang lalu...
    KakCik tak berlangsir sebab guna 'blinds' ke?
    laaagi senang kan... :)
    .
    Kalu rumah terlalu cantik, barang terlalu mahal, tidak boleh menjamin kita sihat sentiasa.(dan kena hati2 sentiasa...pecah/tumpah..siapa susah..?)
    :)

    ReplyDelete
  5. Sama la kita kak Azie... raya tahun ni pun mmg sederhana sgt.. tkde nak buat persiapan beriya2..

    Lebih menumpukan kepada percutian selepas raya sbb tu berjimat sikit..

    ReplyDelete
  6. EELOBOR > Bercuti panjang memang best, sebab dapat berjalan ke rumah sedara-mara dan kengkawan sekampung.


    AKAK > ramai dari kita yang selalu fikir tentang pendapat orang sangat, sehingga lupa kemampuan sendiri.
    Seorang MAK sentiasa mahu anak-anaknya juga menikmati raya seperti anak orang lain.
    Sebab tu kita tidak boleh lupa pada anak-anak yatim. (macam I... huhuhuhu)

    ReplyDelete
  7. Selamat hari merdeka akak.....x sabar nak tunggu akak masak apa hari ni....

    ReplyDelete
  8. NORASHiKIN > rini nak masak TOMYAM. Mai ler umah. hehehehe.


    KAKCIK > harus ler guna "blind" gamaknya (mcm kata DrSINGA tu).

    ReplyDelete
  9. DrSINGA > betul tu, kalu beli perhiasan mahal mcm kristal tu, jenoh nak lap nak bersihkan, kalu ada tamu kecil risau kena pecah pula. Aduhhhh.... tak pasal2 migrain sendiri. hehehehe


    NAA > awak niii... Itu pulak yang dia tunggu.

    ReplyDelete
  10. V.I.C > Sebenarnya bersederhana tu lebih baik. Jimat utk perkara lain yg lebih penting. Bercuti jauh ker lepas raya?

    ReplyDelete
  11. hahahhahaah...nak buat cam ner bila akak post jer pic mkn...mesti terliur..eheksss..jenuh telan ayaq liuq....paling yang naa tak tahan is ur meatball soup...alahaiii...dan dan lapaq!

    ReplyDelete
  12. Azie,salam Merdeka.
    Makcik pula kalau ada sale atau kain lebihan yg murah,tentu makcik borong.
    Keluarkan Singa makcik,maka berubahlah tema warna rumah.So setiap raya orang sibuk buat kuih,makcik dok gedok gedeg mesin jahit.
    hasil jahitan sendiri mmg tak terperi senang dihati.lebih lagi kalau org puji.
    kalau depa keji....hmm depa irihatilah tu,apa lagi.he he.

    ReplyDelete
  13. Salam Azie
    I pun gitu gak. Lepas nih naik muscle duk turun naikkan langsir2 tu. Tahun lps boleh escape vacuum langsir aje, tahun nih harus dibasuh, suci bersih.

    Nak tanya, pergi pasar pakai selipar jepun.. your selipar got flower or not? If not, kang jadi rotten jackfruit :-)

    ReplyDelete
  14. Salam,
    Saya ni dah berbelas tahun tak ada baju raya pun...jarang shoping untuk raya. Bank in je duit untuk Mek, biar dia yang soping sakan ikut selera dia. Kalau dia nak membazirpun tak apa, untuk anak cucu dia jugak. Selama ni dia tak ada peluangpun untuk membazir. Biasanya, tak sempat membazir sebab anak cucu dia macam "jentolak buruk", berapa banyak ada pun akan ghaib masuk perut semua.

    Keperluan rumah macam langsir, alas meja, barangan letrik...biasanya anak-anak yang bawak balik. Jadinya, rumah kami meriah dengan macam2 warna, tema yang pelbagai hu hu hu tapi kami tak pedulipun. Tetap raya dengan gembira tanpa perlu fikir tema kena ke tak...yang penting makan cukup. Anak cucu mek yang tak pernah berhenti mengunyah tu sentiasa kenyang ...

    ReplyDelete
  15. yang seronok hari raya ni anak-anak, mak dan ayah tumpang seronok. Yang banyak duit pun hari raya anak-anak mak dan ayah yang pokai he...
    MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

    ReplyDelete
  16. Bagi saya yang dah seusia ini...hari raya adalah hari untuk menggembirakan anak-anak, dan membahagiakan ibu bapa yang telah tua.....


    Cara kita...

    ReplyDelete
  17. baju raya lelaki ada tak nak pie beli la

    ReplyDelete
  18. acu benda lain tak kisah sangat..guna apa yg ada je tapi baju raya wajib kena ada...heheheheee....

    ReplyDelete
  19. CEMOMOI > Setahun sekali peniaga nak dapat rezeki raya.


    NAA > Meat ball soup tu paberet anak-anak. Simple jer.

    ReplyDelete
  20. MOKJADEANDELL > betul lah. Kalu jahit sendiri, mesti puas hati. Kalu ada yang komplen kita rasa mcm orang dengki. hehehehehe.
    Saya dah lama ilang skil menjahit baju. huhuhuhu


    SOM > Amboiii.. berapa tahun punya langsir tuh?
    My seliper JEPUN ada gambar beruang Jepun dengan tulisan Jepun. Baru real itu Jepun punya seliper! hahahahaha

    ReplyDelete
  21. ANYSS > MEK tu macam kebanyakan mak-mak yang lain juga. Mesti pastikan anak cucu berimpun makan kenyang. Pakai segala jenis tema kaler macam2 caca marba pun bukan dia kisah pun. Bagi orang tua di kampung, makan minum tu ibarat kemeriahan dan kebahagiaan bagi dia.


    AZMIROY > Sama-samalah kita saling bergumbira...! MERDEKA!

    ReplyDelete
  22. CKLAH > Cara kita dengan cara orang lain, tetap serupa, tapi tak sama kerana setiap kita ada cara tersendiri yang istimewa meraikan orang2 tersayang di hari lebaran. Yang penting sama2 selesa dan bahagia.


    MAMAI > kalu ada duit, lebih dari baju Melayu, boleh beli.


    ACU > Tahun ini tema warna purple kah?

    ReplyDelete
  23. sederhana je. kalau boleh nak lagi lagi lagi simple. daripada persiapan raya grand2 baik le bagi duit raya kat mak ayah kan?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails