Sebagai menyambung entri terdahulu, hari Sabtu yang kini menjadi hari bekerja separuh hari buat aku tetapi buat macam-macam kerja sampai ke malam.
Entah kenapa, Sabtu semalam, ramai betul yang ambil cuti dan di department aku cuma aku sorang saja yang bekerja. BOSS pun dah terbang ke Beijing, aku tak pasti samada CINDY LAUPER dibawa sekali. Apalagi, bila dah kerja sensorang, kerja pun banyak, aku tune radio kuat-kuat...!
Balik kerja, sebagai memenuhi selera anak-anak (termasuk Dak AMOI yang balik bercuti), aku masak Sambal Tumis Udang dan Puding Jeli perasa Lycee dan Jagung.
Aku mendapat jemputan untuk bersama-sama menjayakan program Mengacau Dodol di Flat Sri Sabah semalam. Program yg dirancang pada tarikh 3 Sept terpaksa dipercepatkan kerana tarikh tersebut sudah bermula cuti semester bagi pelajar-pelajar IPTA yang terlibat.
Program yang sudah menjadi program tahunan, bertujuan mengeratkan silaturrahim dan mensedekahkan dodol kepada kira-kira 50 buah rumah anak yatim yang bernaung di bawah Jalinan Kasih Sri Sabah sempena Aidilfitri.
Sebanyak 3 kawah dodol disediakan (1 ditaja oleh Yayasan) dan diuruskan bersama pihak urusetia Jalinan Kasih dengan dibantu para sukarelawan dari Institut Professional Baitulmal, WP.
Bukan mudah untuk menyiapkan 3 kawah yang penuh, dengan kesabaran dan bergilir-gilir mengacau.
Aku hadir selepas selesai memasak untuk anak-anak berbuka, lagipun dodol tu perlukan 12 jam untuk dikacau. Ada banyak masa.
Suatu pengalaman manis buat aku kerana hanya baru sekali pernah mengacau dodol, dulu, 7,8 tahun dulu semasa di kampung. Sungguh teruja aku.
Waktu masih lembik cair, memang laju jer mengayuhnya, tapi bila dah pekat liat, ketat dan padat, memang lengoh tangan dibuatnya. Tapi kerana kami bergotong-royong beramai-ramai, dan saling bergilir, memang kurang terasa penatnya.
2 kawah ori, 1 kawah + durian. Wow, sungguh wangi. Kami berbuka/solat bergilir-gilir kerana kawah tidak boleh ditinggalkan. Pendekata mengayuh tanpa henti.
Kawah pertama siap kira-kira jam 10 malam. Kawah seterusnya tidak mampu lagi aku tunggu, serah saja pada yang muda-muda. Kita dah tua-tua ni, tenaga dah kurang...
*Kenangan bulan puasa: Kuih-kuih tradisional memang sangat renyah membuatnya, tapi itulah yang sangat sedap. Aku selalu tolong BONDA buat Putu Kacang dulu. Ditekap tepung kacang ke dalam acuan berbunga yang dibuat 3 kuntum dalam 1 kayu. Sekarang ada lagi tak acuan dibuat dari kayu macam tu?
~...gelanggang ditinggalkan HISYAM, sungguh terasa sumbang tanpa gandingan sejiwa tetapi lantai tari tidak wajar dibiarkan kosong tanpa rentak...~
salam,
ReplyDeletedulu mase kecik menjelang raye mesti kacau dodol cuma kat kg saya dipanggil kelamai..
PJ > Kampung d negeri mana? 1st time saya dengar perkataan "kelamai" tu..
ReplyDeletesangat renyah kanns.. ehehe
ReplyDeleteazie..
ReplyDeletepernahlah sekali lama dulu.. akak ikut pakcik kacau dodol... itulah sekali dalam hidup... akak tunggu nak makan panas2 yang sebenarnya... akak kan ketua KKM.. mestilah makan dulu dan rasa dulu.....
EN_ME > renyah tapi sedapppp...!
ReplyDeleteAKAK > KKM? Samalah kiterrr..
Salam Kak Azie;
ReplyDeletesejak kawen barulah dapat tengok kampung yg betul-betul kampung;
Setiap kali dekat raya bila kacau dodol dan bakar lemang saya mesti tolong... tapi tolong tengok jer..
*apa punya menantu ni !
hehehe..
RINA > kalu berpeluang menikmati cara budaya kampung, memang best.
ReplyDeleteMula mula memang ler tolong tengok, tapi pasni kenalah jadi Urusetia sama. Baru bestttttt...!
AA
ReplyDeletebagus usaha murni di tempat U tu..
zaman saya budak2 dulu ada le tolong orang tua kacau dodol, memang memenatkan. Sebut fasal putu kacang memang dah lama tak nampak orang buat kerana cara buatanya renyah, begitu juga putu beras hanya di kampung2 aje yang ada itu pun orang tua2 yang buat betoi tak
Azie
ReplyDeleteHarap you tak demam urat, almaklum mendayung dodol sampai dini hari.
I pernah kacau halwa maskat aje. Ia tak sejenuh kacau dodol tapi boleh pengsan gak, maklum kita masih halus2 belaka masa tu.
tak pernah lagi mengacau dodol nie. tapi mengacau bubur asyura pn lebih kurang sama. masa awal2 lagi ramai la yg nak kacau sbb ringan, bila dh hampir nak masak tu...perghhh semua main lari jer. dah la tak tahan asap masuk mata
ReplyDeleteHi Aziezah, wow! Looks like real hard work rowing that.
ReplyDeleteI remember when in my teens in my friends kampong, helped the makciks tolak that dodol.....tangan pun sakit, ha ha.
Have fun and a happy hari Merdeka, Lee.
AZMIROY > tkasih.
ReplyDeleteNampaknya bab kacau dodol ni meriah di kampung2 saja. Skang pun masih ada, tapi ya.. cuma di kampung2 yg banyak.
Saya sampai hari ini sangat suka Putu Kacang/Putu Beras, tapi yg dijual skang ni guna oven, kurang enak berbanding yg ori dulu2 dijemur.
SOM > I cabut lari kul 10 malam, pastu my TOKLAKI balik keja, dia plak pi tolong.
ReplyDeleteHalwa Maskat... Hmmm lama tul tak jumpa kuih ni. Bertahun lamanya, dan rindu betul nak makan halwa maskat yg kuning jernih, kadang2 ada orang buat taruh kacang di dalamnya, kan?
EELOBOR > Yup, mengacau bubur asyura ni lbhkurang sama, bila pekat jadi lengoh. Tapi kalu buat gotong royong seronok, sbb bila borak2 tak rasa penat sangat.
UNCLE LEE > Hello Uncle.
ReplyDeleteWahhh U pun ada pengalaman kacau dodol ya. Kalu kita budak kampung, mesti merasa buat dodol ni.
tak sah ramdhan
ReplyDeletejika takder seribu jenis kueh muih,, huhu..
elok kacau waktu 2am senang tidur surau hee lepas itu buat hajat..
iklan cium-cium elok tolak tepi blender jee..dapat saham buka saham tuan punya
ReplyDeletetak pernah mengacau dodol lagi azie...
ReplyDeletenampak gambar macam meriah
Masa adunan dodol masih cair ramai la yang volunteer nak mengacau...time dah pekat masing-masing cari excuse..hihi..teringat tu..nostalgia masa kecik kat kampung. Putu beras & putu kacang tok...guna acuan & lesung kayu tradisional....:)
ReplyDeleteEeeeehhhh.... AJK tu tak puasa ke kak? Hehehehe....
ReplyDeleteFlat sri Sabah ni semua orang Sabah ke?
Aduh..., banyaknya soalan bonus aku. Hehehehehe...
Masa kak Zai kecik2 selalu tolong atok tapi bila dah tak ada jarang buat dah.
ReplyDeleteDodol masa cair sedap makan dengan roti.
sedap nye dodol...my feveret
ReplyDeletesuka makan dodol tu masa tengah lembik lagi...dah lama mak tak buat dodol sendiri...ponat nak mengacau..huhuhuu
ahhh kak azie dah buat saya terliur ... ni nak cari dodol ni... grrrr
ReplyDeleteBlog-Ayie[dot]com
ZEQZEQ > Bulan puasa bulan jualan kuih muih. Untung kita orang Malaysia, dapat makan 1001 jenis kuih.
ReplyDeleteKuih Gelembung Buaya pun dah lama saya tak rasa....
CIKGU NORMAH > Mula mula memang meriah, pastu orang makin surut. hehehehe
SITI MURNI > Yup. Putu Kacang dibuat dengan acuan kayu. Sedap, kan?
ReplyDeleteZEZEBEL > Waktu AJK makan durian tu sudah jam 9 malam. Takkan lah tak puasa.
Flat Sri Sabah adalah antara flat DBKL di KL, yang diberi nama mengiku nama negeri. Ada Sri Selangor, ada Sri Melaka dll...
Kak ZAITUN > Betul tu. Kami pun dah tak buat sebab orang tua dah takda, dan BONDA pun dah tak menetap di kampung lagi. Ilang begitu saja amalan dulu.
ReplyDeleteACU > Yup, ramai yg suka dodol masa masih lembik. Macam jem makan dgn roti, tapi Kak Azie langsung tak makan pun. Kenyang masa tu.
AYIE > Di Johor pun ramai orang yg handal buat dodol. Pun sedap-sedap juga.
ReplyDelete