Aku sepatutnya sudah tidor waktu ini, tapi terlalu penat, kelesuan melampau adakala memang membuatkan kita resah dan susah nak lelap. Bertambah pula dengan sakit badan dan tumit.
Tadi kira-kira jam 9pm, berakhirlah sudah tugas aku sebagai promoter, bila Pesta Buku 2010 berakhir. Ya, ada banyak cerita yang suka aku nak kongsi, tapi kerana gambar pun banyak belum upload, belum semak di FB kengkawan, aku lum dapat buat entri khas.
Tidak berhajat untuk membuat apa-apa entri malam ini, tetapi bila membaca blog NAJWA AIMAN, rasa terharu sungguh dan ya... biarlah aku menulis sikit...
Terimakasih, kerana sudi buat beberapa entri berkenaan CESB sepanjang PBAKL 2010 terutama entri khas yang bertajuk 2-of-Hearts itu.
*Ya, kerja sebagai promoter mungkin dilihat sangat lekeh oleh setengah-setengah orang, malah hanya sebelah mata oleh segelintir orang. Tak apa. Aku tak kisah, sebab aku tahu apa yang aku lakukan, untuk siapa dan kepada siapa. So, aku tak peduli pun bila ada yang tak henti-henti berkata, berada di Pesta untuk berpesta, bekerja di pesta untuk berseronok atau ngendeng novelis. Sejak dulu pun sehingga hari ini, bagi aku, orang yang beranggapan begitu adalah orang yang SANGAT CEMBURU kerana mereka tidak berpeluang buat apa yang aku dah buat. Kesiannyerrrr...!
Goodnite everyone...!
salam kak..
ReplyDeletesangat2 setuju ngan apa yg kat atas tu..
promter hnya pada nama,tapi pengisiannya tu yg penting..
Tuya x dapat g Pesta Buku tu..x de sape nak bawa..huhuhu..sedey..
Salam Azie..
ReplyDeletetetap ke pejabat seperti biasa hari ini? Azie memang wanita cekal.. :)
Salam ... faedah yg kita dapat bukan nampak seketul-seketul turun dari langit...kita rasa dari " dalam" yang org tak nampak
ReplyDeleteeh akak promotor kat pesta buku?
ReplyDeleteyg mana?
kita pergi pesta grab 6 buku
ngahahahhaha
TUYA > Siapa yg pernah merasa sekali, atau sekurang2nya melihat lebih dalam sedikit, akan memahami apa itu kerjaya promoter...
ReplyDeleteKAK CIK > Salam Kak Cik. Tetap ke ofis, kerja seperti biasa..
Salam Kak KUJIE > sangat setuju. Aminnnn....
ReplyDeleteJANE > Promoter untuk booth Creative Enterprise (CESB).
tak sempat singgah ke gerai akak, terpusing-pusing asyik-asyik tempat yang sama aje... lain tahun la kot ada kesempatan datang lagik kat pesta buku
ReplyDeleteya saya juga cemburu kerana tak dapat pengalaman sedemikian
ReplyDeletetak sempat nak singgah!! :(
ReplyDeleteCEMOMOI > harap-harap begitulah...:)
ReplyDeleteMAMAI > jangan cemburu sembarangan tau...
FROM THE NEWS > bukan semua orang sempat pun...
Vic pernah jadi promoter body shop. Terkial2 nak belajar setiap produk... tapi lepas tu... dah terel dah...
ReplyDeleteacu jeles sbb acu x penah merasa jd mcm tu..huhu
ReplyDeleteVIC > tiada orang yang lahir terus jadi pandai. Yang penting rajin belajar... Chaiyok! Chaiyok!
ReplyDeleteACU > suatu hari nanti mana tahu ACU dapat peluang ini..Hehehehe
alahai saperla cemburu tu kan nasib malang betul..
ReplyDeletecemburu benda remeh lawan lawan benda yang kecil nak tunjuk2
tahniah ada orang buat entri khas untuk awak .. bukan semua orang boleh dapat tu !
ReplyDeleteMeowwwww
ReplyDeleteZEQZEQ > begitulah manusia, cemburu ada banyak jenis juga yer...
ReplyDeleteLEEZA > Salam kenal. Setuju dengan anda. Jeles yang membina mungkin harus dimaafkan, saya rasa...
AL-LAVENDARI > alhamdulillah...
Biarlah kak orang nak cemburu bagai.. yg penting kita ikhlas buat kerja. Lama2 penat ler mulut2 yang bercakap tu
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTak sempat nak nengok bakat Mok Yang promote buku2 kat sana...;)
Tak promote pun beli 4 biji, kalau dah kena promote...x tau la brapa banyak nak beli
NIDA > kalu nyanyi pun best gak nii...
ReplyDeleteANYSS > kalu beli banyak pun, produk itu tetap nilainya sama, sudah begitu tersendiri. Itu tiada kaitan pun dengan MokYang...