Banyak betul entri-entri baru lagi terkini kawan-kawan blogger yang aku tertinggal. Tak sempat nak baca semua. Sori yaaa..
Hadiah yang CHAK dapat sebab menang Peraduan Mewarna sempena Maulidur Rasul di sekolah Jumaat lalu. Nak simpan untuk guna Tahun 3 kunun, tapi aku tengok asik ler bukak tutup bukak tutup...
Sabtu lepas, aku pegi ke Ekspo Selangkah ke UiTM, di Dewan Belia, Seksyen 7 Shah Alam. Hanya nak semak kelayakan dan mengumpul maklumat dan khidmat nasihat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan oleh UiTM. Semuanya untuk IKA.
Walaupun kami sampai sebelum tengahari, tapi parking memang susah. Jauh terpaksa berjalan ke dewan. Dalam dewan, memang sesak dan padat. So hanya aku dan IKA saja yang beratur untuk semak kelayakan.
Yang best, sebab tak perlu pun soal jawab. Setiap calun, hanya perlu isi sendiri result SPM, then klik "semak Kelayakan". Ada banyak laptop disediakan dan urusetia hanya mengawasi. Depa pun nampak relax dan borak-borak sesama depa jer. Dalam masa 5 saat, web akan tunjukkan apa course yang layak bersesuaian dengan result. Then print. Sungguh mudah dan cepat. Merayau-rayau dalam sesak orang ramai, mencari booth yang diingini, tidaklah susah sebab segalanya tersusun jelas. Tak sampai pun 2 jam, semua selesai. Harus dipuji ekspo kali ini.
Lunch di PAK LI Kopitiam, ALONG rekmen. Murah skit dari kedai lain, tapi rasa boleh tahan lah.
Itu baru langkah pertama, langkah awal. Ada banyak lagi perkara menyusul sehinggalah segalanya selesai dan sehinggalah surat tawaran diterima nanti. Ini merupakan pengalaman pertama aku dan aku ingin berkongsi pengalaman ini di sini. Memang ada sedikit rasa panik di peringkat awal dulu, sebelum result keluar. Aku tak reti nak beli pin no untuk UPU. IKA beli melalui cikgu kelasnya, tapi bleh ilang plak. Aku terpaksa beli lagi sekali di BSN.
Kemudian, memilih kursus dalam UPU web pun IKA buat sendiri sebab aku tak mahir. Mujurlah aku ada ramai kawan-kawan yang berpengalaman yang boleh aku jadikan rujukan dan depa cukup baik selalu memberikan panduan.
Masa zaman ALONG dulu, kami langsung tak buat apa-apa sebab dia isi sendiri kursus semasa di asrama lagi. Tahu-tahu surat sampai kat rumah dan dia dah pun pilih sendiri kursusnya. Aku masih ingat, dia duk umah 13 hari sahaja selepas balik dari asrama, pastu terus mendaftar masuk. Result SPM pun tak kuar lagi masa tu. Kami hanya bawa dia daftar sahaja dan hantar ke bilik asrama. Yang lain semua sudah 90% tersedia termasuklah urusan tajaan. Memang nasib dia cukup baik...
Masa memang cepat berlalu. Lepas ni sorang lagi akan tinggal berjauhan dari rumah. Pasni kalu masak nasi, leh lah kurangkan skit. Ikan pun kurangkan sekor.. Hahahaha...!
Hmmmm ujan lebat betul kat luar tu. TV tengah tayang citer KingKong. Dah berapa kali tayang dah tu, tapi budak-budak ni tengok jugak lagi. Semalam dah start dah realiti AF, tapi sorang pun dalam rumah tidak teruja. Memang sejak dulu, AF kurang mendapat sambutan dalam rumah kecuali kalu dah takda citer lain nak tengok.
Siang tadi sempat baca di blog ONDSCENE perihal anak artis kena tangkap sebab mengedar (dan memproses ek) dadah. Makk aaiii... BENJY anak AZEAN rupanya. Kesian emak ayahnya. Dahlah AZEAN tu dalam proses nak pulih dari kanser, kena lah dugaan begini. Kesian sungguhhh... Kenapa sampai begitu ek? Mesti ada sebab tu... Dah terdesak agaknya.
Tadi siang pergi majlis kahwin anak kawan lama di Dewan Perbandaran Kajang. Jumpa beberapa orang lagi kawan. Rupanya bukan nak sembang benda apa sangat, tapi dok seronok citerkan pasal muka aku kuar paper sebab pegang ular...! amboiiii... sampai dalam majlis kenduri pun nak bercerita hal tu gak? Rasa macam kena perli plak aku nihh...
Ok... goodnite everyone!
~...semoga KAKCIK SEROJA semakin sembuh dan tabah dengan dugaan ini, dan semoga selamat kembali ke rumah...~
salam buat azie...
ReplyDeletesejuk ati ibu...semua anak-anak berjaya....tunggu nak dapat menantu jer kan azie..klassssss ko..
PAKLONG > uishhhhh!
ReplyDeletePAKLONG > Anak buah saya (anak Ustaz Razali) tu, lagi cemerlang. PMR dulu dapat 9A.
ReplyDeletetahniah utk IKA... sejuk perut mokyang mengandungkan dia... hehehe... saya pun terkejut dgr Benjy kena tangkap, kasihan aunty azean, dah le sktkan.. tu la, kadangkala kita ni kena awasi anak walau sedewasa mana pun dia kan mokyang... cabaran jadi ibubapa ni memang menguji kesabaran!
ReplyDeleteazie,
ReplyDeletetahniah....
(rasa hilang letih mencari rezeki kan...)
DINA > itu hanya kejayaan kecil sahaja. Ada orang lain jauh lebih cemerlang. Yang pasti, masih jauh lagi perjalanan, masih banyak lagi ujian dan perjuangan..
ReplyDeleteadoyaiii...tak sampai hati aku nak snap pic masa gi expo UITM kat sini.hampehh beb.apa punya institusi yg gempak tapi buat expo mcm nak daftar pertandingan mewarna budak tadika jek.huhh!
ReplyDeleteaku nasib baik ada precious.dorang berdua buat semua benda beb.dari beli pin sampai merayap dlm tenet carik U dan pilih course yg sesuai.
aku tabik spring kat sikakak ni dia mmg bole diharap.lega aku rasa.
arini dorang berdua gi hang out main boling kat kk.lega aku takyah masak kat rumah ekeke :p
ECHAH > perkara baru memang selalu buat kita tension. Sebab tu persediaan awal tu penting. Aku selalu dapat info dari kengkawan yang ada pengalaman. Then bernasib baik, sebab ALONG memang ada kat situ, so agak mudah juga urusan aku..
ReplyDeleteBila agaknya aku boleh jumpa Bujang ko tuh...?
Tahniah buat Ika, carilah tempat yang tak bebankan sangat emak & ayah. Di mana pun sama jangan ambik kos di kolej swasta yang mahal, mesti ada tempat.
ReplyDeleteAnak saya yang sulung pun lewat setahun pengambilan kedua ke Poli; tak adalah beban sangat emaknya & ayahnya.
Tak tahulah kalau emah ayahnya memang tak kisah & berduit.
AKAK > Belum ilang sepenuhnya lagi. Jauh lagi jalannya...
ReplyDeleteBang IDAN > Memang saya pun sangat berharap, agar dapat tempat di IPTA. Kalu yg swasta tu memang takut nak fikir, sbb kami tergolong dlm keluarga yang tak mampu...