Sedih mendengar kisah perjalanan hidup seorang wanita berjaya sehingga menjadi Ikon Wanita 2008. Pagi tadi beliau menjadi tokoh undangan dalam satu ruangan khas di stesen radio 97.2 KLfm. Program “Fragmen Hidup”. Tetapu undangan, Datuk Azlina Che Abdullah. Turut sedih mendengar bagaimana beliau bercerita susah payah keluarganya selepas ayah meninggal dan ibunya bekerja dengan menjual kuih bagi membesarkan mereka.
Sebak juga mendengar kisah beliau tidak mampu membayar yuran SPM, sehinggalah memecahkan tabung pun tidak lagi cukup. Namun rezekinya, bila tiba-tiba guru memberikan RM50 sebagai token kerana beliau sering menang dalam banyak acara sukan (wakil negeri). Tersekat-sekat suaranya bercerita tentang ibunya yang dilihat tertidur di dapur di tengah malam semasa membuat kuih untuk jualan.
Dan hari ini, kesusahan itu menjadi sungguh manis bila beliau menjadi orang yang sangat berjaya dalam perniagaan. Menjadikan ibunya sebagai idola, beliau turut menjadi ibu dan isteri yang berjaya.
Bagi yang berfikiran positif, ujian akan diterima sebagai pelajaran untuk menjadikan diri lebih matang, peka dan ampuh dalam berhadapan dengan cabaran.
Petikan dari blog DCL:Begitulah juga yang dikongsi rasa oleh usahawan wanita terkenal, Datuk Azlina Che Abdullah, yang secara jujur mengakui tanpa ujian dan pengorbanan pasti beliau sekeluarga tidak dapat mengecapi apa yang mereka ada pada hari ini.
Pengasas kedua De Classic Life (DCL) ini, telah mengharungi pelbagai pahit maung dalam usaha memikul tiga tugas serentak iaitu sebagai isteri, ibu dan usahawan.
Kini, bersama suami, Datuk Stapa Omar, mereka berjaya menerajui beberapa syarikat besar seperti D’ Navechee, DCL, DAS Travel, Nasi Dagang Ulik Mayang dan DCL Manufacturing.
Aku suka ayat ni: “Alhamdulillah, bila kita reda, memaafkan orang lain dan tidak menyimpan perasaan sakit hati dan DENDAM (ni-saja-aku-capital-cap-kan), maka Allah berikan kita idea sekali gus kekuatan untuk menyelesaikan masalah tersebut,” jelasnya.
Sekali-sekala dihidangkan dengan program sebegini, wajar sekali menjadikan perkara yang positif sebagai pemangkin semangat dan motivasi diri. Syabas kepada penerbit dan krew program “Fragmen Hidup” ini. Semalam tetamu adalah Datuk Jalaludin Hassan. Pun best gakk...!
Sebab ramai wanita memang hidup susah, dilahirkan susah atau meniti hari-hari susah selepas berumahtangga, tetapi terus berjuang untuk kehidupan yang lebih baik. Tidak mewah, tetapi sekurang-kurangnya anak-anak tidak mewarisi kesusahan hari ini.
Lauk paberet CHAK. Telur goreng. Sejak dulu, cukup suka dengan telur cenggini. Dia panggey “telur air” (telur goyang tuh). Ni pun kira lauk orang susah gak ni, kan?
Sesi tayang-tayang lagi.
Yang PURPLE tu dari kawan ofis aku yang pegi bercuti ke Hong Kong bulan lalu.
Lagi satu tu aku tak tau nama apa (talisman?) yang digunakan untuk mendoakan “luck” (bagi orang Cina). Dari salah sorang Manager aku yang baru balik percutian ke Tibet minggu lepas.
~...bekerja lah kita sekuat nyaaaaaaaaa...!~
dakni selalu gi makan kat restoran nasi dagang ulik mayang tmn melati bila ada biz meeting kat area tu... keh3
ReplyDeleteacu penah baca kisah Datuk nie dalam majalah..
ReplyDeletememang sedih..apa yg acu perasan,kebanyakan usahawan kosmetik yg berjaya nie,semua nye berasal dari keluarga susah..
Anak-anak sekarang jarang yang merasa susah.. tahunya, kalau hendak mesti dapat.. :(
ReplyDeleteICE > alaaa lain kali tukar ler selera. Meh makan Nasi Padang Sari Ratu tang Bukit Bintang niii... > ada harapan mengendeng?
ReplyDeleteACU > yang susah itulah yang menjadi kekuatan mereka.
KAKCIK SEROJA > ada yang tak faham langsung erti susah..
sedap nengok telor goreng tu...
ReplyDeleteteringat la pulak masa kecik-kecik dulu jual jambu air dengan beskal...
ReplyDeletekesushan buat kita bersemangat kental
salam azie,
ReplyDeletekerana susah la kita akan lebih menghargai hidup dan berusaha,
budak2 zaman sekarang ni tak rasa hidup susah
tu yg ramai tak tahu nak hargai kehidupan.
wahhh..
tayang2 ya..
saya juga makan nasi lauk telor mata lembu je kalau tak tahu nak masak apa,
lalalla
kak azie, bukan tanak pergi kat bukit bintang tu tapi geng2 jutawan dakni suka sangat meeting kat area tu... cuma sekarang dah tukar tempat kat restoran nasi lemak antarabangsa tmn melati pasal restoran tu ada private room untuk kitorang berdiskusi... keh3
ReplyDeletetelur lauk org susah ke he he
ReplyDeletetelor mata kerbau... semua bebudak suka sangat, kuning telurnya jangan masak sangat!
ReplyDeletePAKLONG > cepat pi kutip teloq dalam reban, terus goreng semasa masih panas...hahahaha!
ReplyDeleteCEMOMOI > agaknya ramai tak awek-awek yg beli jambu air awak tu? :)
BLUE > kalu dah jemu dgn ayam or daging, makan nasi panas dgn telor mata LUMBU dan cili padi pun dah cukup, kan? Perhhhh!
ReplyDeleteDAK ICE > diskusi dalam bilik private? hmmm (garu dagu), bincang pasal projek ker atau gossip pasal maid masing-masing? harharhar!
CALUK > para jutawan pandai ker makan nasik dgn telor mata LUMBU siram dgn kicap tuh?
ReplyDeleteBang IDAN > tak yah tunggu budak2. Saya pun suka, leh colek yg kuning tu dgn jari, hisap. Perhhhh!
Anak2 sekarang tak tahu susah sebab lahir saja semua dah tersedia.
ReplyDeleteKak Zai lebih suka omelette.
Majoriti insan2 yg berjaya pd hari ini telah merasai kesusahan, jatuh & bangun di dalam kehidupan & perniagaan kerana memang tak ramai yg "born to be riched".
ReplyDeleteKalau tidak berusaha lebih & gigih kita hanya cukup-cukup makan. Kalau usaha yg kita pilih itu diredhai,InsyaAllah dpt pula kita berkongsi dgn yg memerlukan.
Kisah Datuk Azlina ni memang menjentik emosi dan memotivasikan diri saya.
Terima Kasih K. Azie...Muah..muah..!
Salam..
ReplyDeleteKesusahan membuat seseorng mampu jd cekal dan tabah dlm bidang keusahawanan. Jika bermula dari bawah, kejayaan yg dikecapi lebih manis terasa.
KAK ZAI > generasi sekarang memang bertuah.
ReplyDeleteLIZA > sebagai salah sorang usahawan wanita yang meningkat maju, sekali sekala wajar juga kita didedahkan kisah sebegini, kan? Mana yang boleh dijadikan panduan dan tauladan...
SHANIZA > ya, tiada jalan pintas untuk berjaya. Kalu asyik disokong ditopang, tidak manis hasil buahnya..
kita patut memaafkan kesalahan orang pada kita tiap2 malam b4 tdo.
ReplyDeletetapi, ejaa tak dapat lagi kekuatan nk buat mcam tu=.=
teringin jugak.insyaallah;)
Paling Gua tertarik....MOUSE PUTIH tuh Kak ...wakakakakakak..
ReplyDeleteLain org cerita lain Gua cerita heheheheh
Sayunya bila baca kisah hidup ikon wanita ini... lepas arwah abah meninggal, mak Nida juga pernah menjual nasi lemak, tapi malangnya baru nak berniaga dah disaman majlis perbandaran... masa tu memang sedih, tapi ada hikmah disebaliknya
ReplyDeleteEJAA > sesuatu yang tidak mudah itu, tidak mustahil utk dilakukan. Berusaha lah..
ReplyDeleteEPOI > Tikus putih tu spesel tauuuu... (Apple Mac Mouse)
NIDA > sesuatu yang perit itu rencah pahit dalam kehidupan. Yang manis tu ada, cuma lambat atau cepatnya saja... Hari ini, mesti NIDA berbangga dan bersyukur dengan apa yang ada, kan?
hahaha bincang pasal projek laaa kak azie... dakni tak pernah pakai maid pasal nak merasa sendiri susah senang membesarkan anak2 & dakni percaya kepada 'family values'
ReplyDeletepasal entry kali ni, disebalik setiap kejayaan tu pasti terdapat 1001 kisah suka duka dalam kehidupan tapi yang pastinya kisah duka lebih banyak... hmmmm..!!!
ICE > Kak Azie pun percaya, kedukaan itu sebenarnya lebih bermakna nilainya..
ReplyDeletehuhuhuhu jom kita pi ronda Pavilion macam orang kaya-kaya!