Aku tak pasti samada apa “yang ingin ku kongsi” kali ini berguna atau tidak. Tentang laman web. Yang mana majoriti kita tidak dapat dipisahkan lagi.
Untuk pengetahuan semua, sebelum FACEBOOK memonopoli tumpuan ramai orang di dunia, ada banyak laman sosial seumpama cuma tidak segah FB. Aku rasa lah.
Harus aku mengaku, aku takda akaun MySpace, tiada Friendster, tak tau apa itu Tagged, tiada Twitter or-whatever-name-is tu lahhh... Memang takda. Sebab aku takda banyak masa nak layan. Lagipun melibatkan diri (terjebak) biasanya akan mengambil masa, mencuri masa untuk ditumpukan kepada perkara yang lebih memerlukan. (Terpulang bagaimana menerima ayat aku)
Sebelum ada FB, aku sudah menyertai suatu laman yang lebih kurang serupa yang bermula sebagai sahabat radio. Dan pada tahun 2005 (2005 ker? 2004?) wujud suatu laman web “Kampung MMS KLFM” di mana setiap sahabat berdaftar menghantar mms dan pic akan muncul di web tersebut dan sahabat lain (yang wajib juga berdaftar melalui no hp) akan masuk mengomen. Sungguh meriah. Sama lah konsep seperti FB sekarang. Bezanya, FB takda bayaran, tp KGMMS, 25 sen untuk setiap mms yang dihantar. Selain itu ruang iklaneka untuk pelbagai jenis perniagaan juga disediakan. (Emoticon di Kgmms tidak akan ada di laman sosial/chat lain. Sebab ianya begitu istimewa dan eksklusif. Direka khas oleh pihak DAPAT).
Kenapa aku citer ini semua? Kerana dalam apa pun jua laman sosial, kita tidak dapat mengelak dari berhadapan dengan orang-orang yang PELIK. Sudahlah kita tidak mengenali tetapi mereka ini bersifat seperti “orang yang konon bijak tapi sebenarnya bodoh” dan adakala kehadiran mereka-mereka ini berhampiran kita, sangat mengganggu.
Semalam, aku terdengar ada kes menyamar di FB. Ramai selebriti sudah kena. Bagaimana kita hendak mengelak supaya akaun kita tidak diKLON? Ramai orang bebas membuka lebih dari 1 akaun, kan? Tak mustahil ada orang akan menjadi diri kita. Mungkin bagi golongan macam kita (macam aku) takdak sapa pun nak KLON, bukan ada kepentingan pun, tetapi berhati-hatilah. Musuh ada di mana-mana...!
Suka aku nak nasihatkan, berhati-hati mengisi ruangan peribadi. Anda mungkin diperhatikan.
Di sudut lain pula, mungkin musuh akan mengambil kesempatan “menjadi diri anda” dan banyak masalah akan timbul.
Bagi insan-insan yang kita gelar Mental Disorder — MD, kita tidak berupaya menghalang mereka untuk menjadi giler sesuka hati mereka, cuma please... jangan layan orang-orang yang kemaruk perhatian ni.
Peringatan: Jika dulu, anda yakin rakan siber seorang yang tidak mungkin terkena symptom MD, jangan terkejut jika suatu hari nanti rakan anda itu lebih teruk dari MD. Meroyan tak ketahwuan. Teringat sorang kawan aku gelarkan, “makhluk perosak” (pinjam ayat IXORA). Makhluk perosak ini ada di mana-mana. Ada kala depa perasan sangat bijak, tapi jangan layan. Sebab orang perasan lama-lama akan jadi penasaran sendirian...!
Ramai orang kelihatan ketagih FB, ya, teruskan ke arah aktiviti siber yang sihat, bertukar pendapat dan merapatkan persahabatan. Aku hanya buka FB bila perlu sahaja. Ada orang memerlukan laman sosial untuk perkara-perkara yang sangat berfaedah. Ya, teknologi begitu membantu..
~...jangan tikam belakang kawan yang pernah tolong garu belakang dulu...heheheheh!~
betul tue izah...kadang2 kawan yg kita pernah tido 1 bantal..1 mangkok magie dan 1 cawan teh o ais pun sanggup tikam kita dari belakang. pastu ckp kita..kita yg kacang lupakan kulit.
ReplyDeletekina dah pernah terkena izah dgn org yg macam ni.
skrg x de sape nak kwn dgn kawan kina tuh. sbb ramai yg dah terkena.
tue lah...dulu dia di atas skrg dia dibawah.
mintak simpang lah kita dari golongan yg ORANG yg macam tu.
aminnnn....
puak2 yang 'mental disoder' tu banyak kat FB..so, kena berhati-hati dan pastikan maklumat diri dan gambar di'private' hanya untuk tatapan orang yang dikenali sahaja :)
ReplyDeleteTeknologi, kalau diguna dengan cara yang betul, sangat membantu menguruskan kehidupan harian kita, hanya...bila salahguna, meranapun berpanjangan.
ReplyDeleteHidup memang macam roda, masa kat atas sangat best berbanding bila tergolek ke bawah. Persoalannya: masa kita kat atas tu sekejab sangat, ada aje orang dok tarik kita supaya jatuh. bila dah gedebuk kat bawah, sangat sukar untuk naik semuala kera orang kat atas tak mau tarik kita naik, orang kat bawah pula turut senjah turun. Macam2 kan cerita tentang hidup ni...
kawan biar beribu dah tak valid kot zaman skrg ni :)
ReplyDeleteMasa mula ada FB dulu memang excited.... tgh bercuti pun susah payah cari starbucks sbb nak online FB...
ReplyDeleteTapi skang ni vic buka FB 2-3 hari sekali je. Itupun tak pernah berchatting dalam FB. Kadang2 bila terbaca status kenalan yang merapu2 dan menunjukkan ketidakmatangan, terasa menyampah. Rasa macam medium perbualan untuk kanak2 pula. Beza benar dengan dunia blogging yg lebih banyak berfikir sebelum menaip.
p/s: Vic paling tak suka dengan status, "Cara mudah untuk hidup senang / kaya. emel / message saya untuk keterangan lanjut."
dan...
status perempuan yang merayu2 dan nak bunuh diri gara2 ditinggalkan kekasih... muntah!!!
tapi rasa lucu kalau terbaca status mengamuk maki hamun, mencarut dan mengeluarkan kata2 yang kesat di status hanya kerana marah tanpa sedar mereka telah menjatuhkan maruah mereka sendiri.
Seronok baca pendapat korang...:)
ReplyDeleteperingatan berguna, thanx
ReplyDeleteteringat seorang sahabt pernah berkata"
ReplyDeletewa memang pakar KONGSI..pukau kongsi' huhuu..
(sahabat itu berada di Pakistan bukan Malaysia)
Salam! Azie,
ReplyDeleteKata org2 tua,`Banyak udang banyaklah garam, banyak orang banyaklah ragam`. Dlm dunia yg serba canggih ni, sebenarnya manusia lebih byk mengalami gangguan psikologi kerana sistem kehidupan mrk. Lebih2 lagi bagi mrk yg tidak ada taqwim (program) aturcara kehidupan seharian dah tentulah melepaskan tension dan `distraction` kpd orang2 lain/FB.
Salam Kak Azie..
ReplyDeleteDunia maya ni banyak yg pelik kak... banyak yang tak betul dari betul. Oleh itu jangan mudah terpedaya pada khabar2 yang belum tentu sahihnya..
hehe saya pun tak layan fb sangat kak.
ReplyDeletebila perlu je.
tah la saya rasa macam tak dewasa kot.hahah dulu masa budak² sekolah lagik suke la layan benda macam tu..
adekah saya dah matang??HIHI
EELOBOR > mana yang baik, boleh ikut, sila..
ReplyDeleteZEQZEQ > Kongsi dua hala, baru betul MOUnya..
Salam BANG TAJNUR > kadang2 yang banyak makan garam pun boleh kena tipu..
Salam NIDA > Kata saya, "baca boleh, percaya jangan.."
ReplyDeleteEJAA > Betul. Setuju. Bila kita sudah menginjak dewasa, perkara chatting sudah tidak menjadi keutamaan lagi..
Salam! Azie,
ReplyDeleteYang kena tipu tu sebab makan garam biasa (Sodium chloride). Ini yg dah tua rente ni mkn juga garam Ammonium chloride, Calcium chloride, Magnesium chloride, Zinc chloride dan pelbagai garam termasuk asam garam kehidupan manusia...
Nasib baik wa bukan FB-addict... ekekekekek...
ReplyDeleteOya... dah ada orang klon FB Lisa Surihani ke belum ek? Mana? Mana?
Bang TAJNUR > Kita makan Garam Bukit la banggg...
ReplyDeleteBRO > Lisa Surihani mana ada akaun FB lagii.. hehehehe