Ramai sudah tahu, sudah baca kisah penangkapan seorang pelakun handal, anak kepada seorang dramatis yang hebat. BENJY anak seniwati AZEAN IRDAWATY. Sehingga hari ini, beliau masih ditahan reman bagi membantu siasatan, kes dadah. (Konon cerita rumah yang diserbu adalah rumah di mana terdapat mini makmal memproses dadah). Terlalu banyak cerita lak.
Kesian.. kesian AZEAN. Melihat dari sudut seorang wanita, seorang IBU, tersentuh hati mengingat kembali artis yang sorang ini. Sejak disahkan kanser payu dara, kehidupan mereka berubah. Keluar masuk hospital, ternyata penyakit suatu ujian yang sangat berat buat mereka.
Kita sekadar membaca. Ya, setakat mana kita merasai selain dari bahu mereka yang menanggung?
Tadi di berita TV3, terselit sedikit interview khas dengan AZEAN tentang penangkapan BENJY (juga disebut ditangkap bersama teman wanita BENJY). Ehh.. dah kahwin dan ada anak dah si BENJY, kan? Juga disebut, siaran temubual lengkap akan disiarkan di program
Terjah (aku tak pernah suka program nihh... jangan tanya kenapa) jam 11 pm. (tadi lerr..)Selagi belum disahkan bersalah, seseorang itu belum boleh dikatakan bersalah, kan? Tetapi temubual (yang lebih kepada meluahkan isi hati seorang IBU) ternyata banyak menyingkap perkara yang "orang tak tahu, jadi tahu". Begitulah biasanya, bila ada kes besar lagi hangat.
Sesiapa yang seangkatan dengan aku, pasti masih ingat begitu popular sekali AZEAN ini semasa bergelar penyanyi sebelum terkenal juga sebagai pelakun yang hebat. [ramai masih ingat akan dialognya, "Lihat lah dunia..!" semasa dia menang award dulu]. Tetapi siapapun dia masa dulu, tidak adil dikaitkan dengan apa yang berlaku hari ini, apatah lagi dengan apa yang terjadi pada anaknya. Sungguh tidak adil, kan?
Tetapi, semasa temubual tadi, bila AZEAN menyebut tentang (sesuatu yang ramai sudah lupa pun) "Ayah sebenar" BENJY, pasti ramai yang terkejut atau yang teringat kembali kisah dulu. Aku sendiri tidak begitu pasti dan hanya mendengar dari mulut ke mulut (zaman dulu tak mampu beli majalah) dan dari kawan-kawan sekolah sahaja.
Memang aku tahu siapa yang dikatakan "ayah sebenar" itu tetapi tidak wajar itu dijadikan isu atau cerita yang kelak lebih mengaibkan. Sungguh sayu bila AZEAN memberitahu tentang BENJY yang berkali-kali berusaha untuk berjumpa ayah sebenarnya tetapi tidak pernah diterima. Pasti ada alasan kan? (yang aku rasa ada kaitan dengan status dan kedudukan insan yang dimaksudkan itu).
Sebagai ibu, sungguh besar harapan dan doa AZEAN terhadap anak lelakinya itu. Semoga apa yang diharapkan dan didoakan akan dimakbulNYA. Semoga keadilan berpihak kepada yang benar, tidak kira siapa pun mereka, tidak kira apa pun statusnya.
Siapa kita untuk menjatuhkan hukuman dan mempertikaikan akhlak seseorang?
Goodnite everyone...!
~...semoga KAK CIK SEROJA segera sembuh dan sihat sejahtera...~
Yap.....Gua masih lagi sedih bila membaca sms dari Kak Cik.....
ReplyDeleteMoga Kak Cik cepat sembuh seperti sediakala....
Sebagai seorang yang mempunyai sakit seperti Kak Cik....
Gua dapat rasakannya Kak!
Terima Kasih buat Kak Azie juga...
Dalam sibuk pun masih peka terhadap sakit kawan2 alam maya
Nota Buntut : Gua sibuk tak hengat ketika ini Kak......banyak urusan2 seri paduka baginda yang harus Gua lakukan...( URGENT )
DJ EPOI.. yup, kerana sibuk jugalah Kak Azie pun tak sempat nak melawat Kak Cik di hospital Sg Buloh. Tapi sentiasa mendoakan agar kesihatan beliau dan EPOI akan segera pulih...
ReplyDeleteAda kala kita bekerja, sebagai tuntutan tanggungjawab, tapi terlupa tentang diri sendiri..
aku bukan nak jd hakim tp memandangkan yg dia dah punya isteri jelita serta seorg anak yg comel ngape masih berduaan dgn wanita lain dlm sebuah rumah.
ReplyDeletemoskil moskil!
aku percaya pada hukum karma.apa yg anda beri anda akan dapat balik.kena muhasabah diri.
*berpesan dgn diri sendiri jugak.insyaALLAH
Salam!
ReplyDeleteDisebut dalam hadith yang sahih bahawa takdir itu yang berlaku ke atas hamba-hamba Allah yang ditetapkan oleh Allah menjadikan segala sesuatu itu terjadi takdir yang berlaku secara sudah tertulis sejak awal.
Adapun begitu amal dan perbuatan tetap menjadi kiraan kerana sesuatu takdir itu menimpa di atas amal yang dilakukan dan amal itu berlaku berasaskan takdir yang telah ditentukan.
Mmglah Azean ni terkenal dgn kehidupan sebegitu rupa sehingga susah kita nak mengenali jiwa mrk antara lakonan dan realiti. Apa2 pun masa dah berlalu, tentulah dia sepatutnya diberi peluang membetulkan kehidupan semula spt mana nasib kita.... wallahualam
ECHAH > semua itu mungkin akan lebih terbongkar bila kes mula dibicarakan. Aku yakin, sebab biasanya begitulah. Apatalah seorang selebriti yang berhadapan dengan kes besar sebegini...
ReplyDeleteSalam Bang TAJNUR
ReplyDeleteTerimakasih berkongsi pendapat dan nasihat..
Wajar sekali apa yang berlaku kepada orang lain turut menjadi pengajaran dan teladan kepada kita, yang juga manusia biasa...
salam azie,
ReplyDeletebila terjadi kes besar begini.. akak suka menjadikan ini sebagai satu iktibar buat anak-anak. Bidang nyanyian dan lakonan tidak akan menjamin masa depan yang baik melainkan mempunyai kelulusan dalam bidang pelajaran. Lihatlah pada Benjy, dan artis yg seangkatan dengannya.. habis tawaran berlakon... nak belanja mewah, apa yg boleh dibuat bila tiada pekerjaan tetap yg menjamin masa depan selain dari .....? Dalam akbar yg sama menceritakan bekas gitaris kumpulan muzik akhirnya menjadi perompak/pencuri nak masuk rumah orang untuk mencuri...?..
Buat anak-anak yang sedang belajar, janganlah bercita-cita hendak jadi pelakon ataupun penyanyi... Belajar bersungguh-sungguh hingga capai kejayaan.
semoga allah beri ketabahan melawan penyakit dan kesabaran menghadapi dugaan tersebut.
ReplyDeletejangan komen banyak-banyak nasib orang kerana allah kalau nak uji tak kira tok imam atau makmum
Betul la kak Azie, vic nangis masa tengok rancangan TERJAH malam tadi. Sedih dengar cerita pasal ayah sebenar Benjy. Moga kak Yan tabah menghadapi setiap dugaan dari Allah.
ReplyDeleteMasa temankan hubby operation tonsel di Hospital Putrajaya tahun lepas kebetulan terserempak dengan Kak Yan yang baru nak pulang selepas menjalani rawatan kimo. Ramah orangnya. Hampir setengah jam berbual mengenai perkembangan dirinya. Apa yang saya kagum ialah semangat dia untuk hidup, kuatnya hati seorang Azean Irdawaty jelas dari setiap harapan dan kata2 yang dituturkan.
Moga Kak Yan akan lebih kuat mengharungi setiap pancaroba kehidupan..
Salam Kak, memang terkejut besar dan tak percaya bila tahu yang kena tangkap tu Benjy ... sebab dia tak macam Drug Addict langsung dan dia tak ada kontroversi sebelumnya.
ReplyDeleteAllah menduga dalam pelbagai cara ....
memang tak sangka benjy terlibat dadah. apatah lagi dengan teman wanita. walhal setahu saya dia sudah berkahwin.
ReplyDeletebenar atau tidak, berita itu belum pasti.
tapi harus ingat, Dadah itu musuh negara. jangan la sekali-kali terjebak dengan dadah, nanti hidup pasti akan jadi tunggang terbalik..
owh pleaseeee...siapakah ayah sebenar itu...ni kisah lama ni, silap2 ikin pun tak lahir lagi pa..hahahah
ReplyDeleteKata orang, berani buat berani tanggung...
ReplyDeleteKita pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku...
SHIKIN > off record lerrrr...
Itulah putaran kehidupan. Yang bermula dengan baik tak semestinya berakhir dgn baik, Yang nampak buruk tak semestinya berakhir dgn buruk. Kehidupan adalah proses yg titik akhirnya hanya Allah yang tahu. Sebagai hamba, wajiblah AlQuran dan Sunnah menjadi panduan. Wallahua'lam.
ReplyDeleteKak zai pun sependapat dengan akak, utamakan pelajaran lebih menjamin masa depan.
ReplyDeleteHarap kak Yan dapat menghadapi dugaan ini.
Benar. Sama-samalah kita mengambil iktibar.. Yang penting muhasabah diri..
ReplyDeleteTak semena-mena, hari hari ada saja lagu AZEAN didengar di corong radio...
especially ruangan Kenangan Lalu... perhhh...
Simpati dengan nasib Azean Irdawaty,berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita tunggu saja hasil siasatan, belum tentu lagi bersalah. Memang susah nak percaya..begitu la nasib & takdir manusia ni...tak terjangka.
ReplyDeleteKalau sabit kesalahan tu... isy... siapa nak jaga isteri dia tu nanti? "Akuuuuu jugakkk..." kata Encik Jamil...
ReplyDeleteBy the way, siapa "ayah sebenar" dia?
Selagi jadi manusia yang bernyawa, selagi itulah manusia diduga dan digoda tak kira ada pelajaran atau sebaliknya.
ReplyDeleteThat's life ... cuma perlulah sedarkan diri sentiasa belajar menerusi kesilapan (bercakap untuk diri sendiri juga). Salam Azie :-)
SITI > ya. Takdir dia..
ReplyDeleteBRO > jumpa nanti I bagitau...
KAK SOM > Salam. Terimakasih berkongsi nasihat dan berpesan-pesan.