Hanya nak upload sekeping dua gambar sekitar KLBIF 2010 di PWTC. Hari ke 2.
Ya.. ya.. masih aktiviti yang sama. So, agak jemu dan membosankan (malah mungkin mencemikkan) bagi yang nak membacanya. Apa nak buat, begitulah bila kehidupan kita tidak sama dengan kehidupan orang lain.
Apapun terimakasih sebab terklik ke sini dan sudi melayan.
Booth yang macam bukan booth. Karangkraf@ALAF21, di dewan khas di tepi escalator. Ground floor. Sungguh cantik. Pertama kali aku melihat, seolah-olah ternampak rumah-rumah yang ada di funfair atau di Genting Highland. Tapi meriah dewan ini, sebab publisher ini memang cukup terkenal.
Booth KARNDADYA juga berada di Dewan Tun Razak 2. Bersebelahan dengan PTS (yang sangat meriah giler-giler...!) Selang 2 booth dengan CESB. Pemiliknya Puan AINA EMIR tiap hari datang berjalan-jalan ke booth CESB beramah mesra dengan kami. Bestlah dia, tak sombong pun. Sentiasa senyum memberi sokongan. Dan yang best sangat, dia masih ingat aku... Dia ada novel terbaru kali ini.
Jambatan yang menjadi penghubung 2 dewan. 5 minit juga untuk menyeberanginya. Tidak susah kerana ada papan tanda. Tetapi bagi kami yang ditempat di Dewan 2, tidak sangat menggunakan laluan ini, kerana ada jalan pintas untuk pulang, jalan belakang yang tembus melalui belakang Pusrawi.
Ruang rehat di hujung Dewan. Tak ramai yang tahu tempat ini. Cukup selesa untuk aku duduk dan melelapkan mata seketika. Tapi malangnya hanya dapat peluang di hari pertama dan kedua sahaja. Hari ke-3, ruangan itu tidak lagi dibuka, kerana sudah dikhaskan untuk program Trade World.
Sebahagian teamwork yang diketuai oleh KAK ZAH yang datang dari CESB, Kuantan. Ada beberapa orang pelajar UM (Master Pengajian Melayu) dan beberapa orang staf CESB sendiri. Ya, aku sudah 3 tahun bersama KAK ZAH, dan 3 tahun juga, bekerja di situ tanpa kasut. Cukup stoking saja. Takda orang perasan pun.
More pictures to come. Dalam FACEBOOK jer lah... Story, next entry.
Goodnite everyone...!
~...macam biasa, sentiasa mengingatkan diri sendiri, jangan terlalu cepat menilai suasana...~
sempat juga pergi ke sana td, tp x sempat nak menjengah tempat kak azie sbb terlalu penat & anak kecik yang mahu di dukung.
ReplyDeleteEELOBOR > alaaa terlepas peluang nak bersua muka. Hehehehe...
ReplyDeleteOhhh... comelnya Ina tu... dan Aini tu... ohhh...
ReplyDeleteSekarang sudah kutahu stoking siapa di atas kerusi kat cashier tadi... cet!
p/s: Nak tau jugak2 cerita yang dipendam dijeruk tu! Next week tau!
Ayoooo..! itu cerita aarr.. next kalu sudah jadi jeruk jugaa..
ReplyDeleteKak Azie... dapat novel free tak kalau jadi promoter CESB? Tahun depan vic nak join le... ekekeke
ReplyDeletep/s: ada org tu semalam masuk tidur masam muka dan mengadap tempat lain gara2 liverpool kalah dengan MU.
eh..comel pic ko yg last tu.
ReplyDeleteDIANA > setakat ini, tiada yang dapat FREE, tapi ada diskaun istimewa untuk part time promoter.
ReplyDeleteyaaaa... semalam MU kalahkan Liverpool... hahahahaha...! aku gelak sebab aku cuma tengok CHELSEA...
DIANA > sila lah cuba hantar permohonan tahun depan. Ada banyak publisher yang terlibat. Atau DIANA juga boleh ambil tempat Kak Azie, sebab Kak Azie tidak bercadang untuk meneruskan lagi part time ini.
ReplyDeleteECHAH > yang comel tu tang stoking jerrrr.. hahahaha
oh rugi tak sempat nak pergi, tayar basikal pancit, kedai repair basikal cuti..
ReplyDeleteSalam MokYang.. seronok dapat jumpa MokYang dan alhambulillah akhirnya sampai gak pu3 ke booth CE walaupun kita berjauhan dan terpisah dek sungai. Tapi kerana ingatan dan sayang sampai gak kami (pu3 ngan Abby) seronok borak dengan MokYang dan serius 1st class cara MokYang promote buku. Mesti ramai yang beli. Apapun insyaAllah kalau diizinkan-Nya, kita jumpa lagi sebelum BF melabuhkan tirai kerana pu3 full duty next sunday 28. Insyaallah waktu tu mungkin buku dah release kut....
ReplyDelete-Pu3Imaneisya-
salam azie,
ReplyDeletelama tak singgah sini
sihat ke wak?
heeeeee..
semoga ceria2 selalu
xoxo
ZEQZEQ > boleh saja jika nak naik sampan untuk datang, sebab lokasi berada di seberang sungai... Macam tak biasa?
ReplyDeletePUT3 IMANEISYA dan ABBY > terimakasihhhh.. banyakkk sebab sudi berkunjung. Borak2 sebab memang sungguh lama kita tidak berjumpa..
BLUECITY > salam. Pekabor awak? Kita sihat jerrr... Saya pun sibuk juga lately, sori lama tak jengah rumah awak...
ReplyDeleteIsh! ish! ish! bestnyeeee akak kita ni jumpa ramai penulis...jeles lak kita ;)
ReplyDeleteANYSS > nak kene ANYSS niii... tak yah jeles. hehehhee... Kita pun bangga tau dapat jumpa ANYSS hari tu..
ReplyDeleteANyss,
ReplyDeletelain kali ajak Pengerusi Perkasa ker Penulis Fakta ker wartawan berita kerr..
tokoh sejarah politik kerr baru ada Umpph bergambar..
agaknya berapa ramai penulis novel di Malaysia??
ZEQZEQ > tang ni saya tak berapa nak faham...
ReplyDeleteCopy & paste: ZZ said >
ANyss,
lain kali ajak Pengerusi Perkasa ker Penulis Fakta ker wartawan berita kerr..
tokoh sejarah politik kerr baru ada Umpph bergambar..
agaknya berapa ramai penulis novel di Malaysia??
Komen saya:
Kenapa dengan penulis novel Malaysia? jika penulis novel Malaysia bergambar tak umphhh kah? Level mana baru ada umph? dan yang harus ummphhh itu bagaimana sebenarnya?