Tuesday, May 24, 2011

Bercinta di Bawah Pokok yang Sama, Dahan Jatuh Pun Tak Terasa Benjolnya...

Salam
23-05-2011
..ketika hati sedang berdebar sejak pagi...




Minggu depan, cuti sekolah bermula dan musim nikah kahwin bermula dengan lebih kerap dan rancak. Jodoh sudah sampai. Selamat menempuh gerbang perkahwinan. Welcome to the club!

Ada orang berkahwin dengan orang yang dia inginkan, ada orang berkahwin dengan orang yang dia tidak pernah sangka. Mungkin peringkat awal dulu, saling menyampah (belum sampai membenci), tapi dalam meluat menyampah, hari-hari nak tengok muka. Kalu boleh...

Ada juga yang berkahwin dengan musuhnya, akhirnya... Bergaduh, berbalah, lama-lama jatuh chenta. Sapa boleh menolak takdir, bila orang yang dianggap musuh ketat itulah yang diciptakan jodoh untuknya. Lain kali kalu benci, jangan benci sangat nanti orang itulah yang jadi pasangan. Ada benarnya.

Pernah melihat orang bercinta dalam satu pejabat? Pengalaman aku, sejak tahun 1990, aku bekerja dengan suatu syarikat bukan Melayu (sehingga 1996, bila ekonomi dunia merudum teruk). Sepanjang tempoh itu aku melihat 2 episod percintaan berlangsung.

Isteri bos (Lady Bos) muda 12 tahun dari suaminya (My bos). Setiap hari dia juga datang ke pejabat membantu banyak urusan pentadbiran. Kemudian seorang pekerja lelaki masuk dengan diberikan pangkat yang baik dan menjadi orang harapan kerana dia berkebolehan mengendalikan banyak perisian dan juga sistem. Tidak tahu bagaimana ianya bermula, mereka dilihat begitu intim dari hari ke hari. (Kedua mereka adalah bukan Melayu). Dan buah mulut mula berjalan.

Benar kata orang, bila sedang bercinta dan hati berbunga-bunga konon macam ada kebun seluas ladang teh di Sri Langka, apa sahaja perlakuan seperti tidak sedar ada mata yang memandang. Agak sumbang bila seorang wanita bergelar Lady Bos sentiasa cuba mencuri masa dan perhatian dari stafnya sendiri yang jauh lebih muda (tapi kacak). Lelaki, memang lumrahnya menerima apa sahaja perhatian, layan sajalah. Tidak mahu melepaskan peluang sebegitu, tentulah baik untuk kepentingan kerjayanya pula, kan?

Agak lama berlangsung suasana yang buat kami “berbulu mata”, tapi tiada siapa berani menegur. “Lu sapa mau tegur?” sehingga kemudian sekumpulan pelatih (konsep apprentice diperkenalkan) dan seorang pelatih perempuan yang cantik, lemah lembut dan pendiam kemudian menarik perhatian staf lelaki tadi.

Cinta beralih arah? Normal lah bila lelaki bujang himpit gadis muda lagi single. Selepas kami berpecah pada 1996, staf lelaki dan gadis itu akhirnya betul-betul berkahwin. Tak akan mungkin dia berkahwin dengan Lady Bos dia sendiri, kan?

Bila dua syarikat “merge” selepas ekonomi kembali pulih, kami melihat satu lagi kisah cinta. Kali ini masing-masing bujang lagi (juga bukan Melayu). Sesuatu yang aku “respek” pada mereka berdua, walaupun bekerja di bawah satu bumbung, satu department, sekali-sekala berurusan tentang kerja, tiada langsung unsur-unsur “merenyeh bermanja-manja” atau suasana yang boleh ditangkap mata sebagai “dalam hati ada taman”. Susah untuk meneka perhubungan mereka. Bila waktu lunch, mereka akan keluar beramai-ramai.

Hanya selepas waktu kerja atau cuti Sabtu Ahad baru terdengar mereka keluar dating. Dan sedikit pun mereka tidak menafikan tekaan kawan sepejabat. Gossip tidak meliar kerana masing-masing bijak mengendali diri walaupun mereka masih muda. Aku tidak tahu dari mana mereka mendapat keberanian dan keyakinan tapi itulah yang sangat kami senangi dan hormati.

Mereka akhirnya berkahwin dan salah seorang berhenti bagi mengelakkan sebarang konflik kemudian hari. Ramai orang yang berkahwin selepas bekerja satu pejabat, akan berkorban salah seorang harus meninggalkan tempat kerja demi kebaikan dalam banyak aspek.

Di tempat kerja aku sekarang, tiada sebarang tanda perkara sebegitu akan berlaku, kerana yang bujang ada tak berapa kerat saja.

Pendapat seorang AA:
Bercinta satu tempat kerja memerlukan kekuatan hati dan kekentalan jiwa untuk menangani sebarang tekanan samada dari pihak majikan, kerja dan paling dahsyat tentulah dari teman-teman sekeliling. Tambahan jika pasangan kita juga menjadi perhatian dan idaman orang lain. Well, the best man win!

Aku memang sejak dulu, tidak suka hal peribadi menjadi bahan bual di tempat kerja. Sejak masih bujang dulu, aku memang mengelak unsur gosip cinta sesama rakan sekerja. Dulu, jiwa tak cukup kental. Fragile, so jangan cari pasal sendiri.

LOVE is sacrifice. You can say it thousand times but it does not mean anything if not proven with actions (tapi bukan actions yang eksyen!).

Tayang-tayang:

Tak pasti Harumanis yang ini jenis baka sekilo berapa hengget. Sekarang musim Harumanis di Perlis. Ini buah tangan My Manager yang baru balik dari UiTM Arau.


~...sebagai teman sekerja, rakan seperjuangan juga sahabat sehati sejiwa SERI BULAN sudah mula merasakan bahang cinta dan kasih tidak bertepi terhadap HISYAM, hanya lelaki itu sahaja yang masih memberi ruang untuk memilih terbaik di kalangan yang terbaik, tapi belum ada siapa yang dapat menandingi kehebatan seorang SERI BULAN yang berseri dan bulat seperti bulan...~









33 comments:

  1. bercinta satu pejabat memang perlukan kekuatan...saya bukan org yang kuat! 2 x fail...haha..susah woo..gossip + cemburu etc...so, memang salute couple yang bercinta sepejabat terus kekal ke jinjang pelamin..tabah tuu...hehe

    ReplyDelete
  2. cinta tak mengira usia ada dimana saja....tapi kalau bercinta satu pejabat tu sepatutnya dielakkan...boleh membuatkan org leka utk bekerja.

    ReplyDelete
  3. SITI MURNI:
    Betul tu. Kak Azie sendiri pernah nyaris terjebak juga. Maklum muda pasti banyak godaan dan ramai peminat. Tapi kerana masa single, keja ofis “orang kita”, aduhhh... memang seksa!

    ReplyDelete
  4. NIEZA:
    Ada 2 kemungkinan bagi orang2 yang terjebak bercinta satu pejabat.
    Samada mereka leka atau mereka lebih bersemangat kerana buah hati ada depan mata!

    ReplyDelete
  5. Aslkm AA

    hehe mama meminati dgn seseorang yg sebumbung...tapi kami bermula bila dia berpindah ke tempat lain..tak maulah kawan2 tau...akhirnya kami berkahwin.....alhamdulilah

    ReplyDelete
  6. kak azie..
    bagi ayukan, tang bercinta satu tempat nie mmg bahaya tau..

    dah lah kena jaga adat bersosial sesama rakan sekerja, nak melawak pun rasanya mmg takkan dapat buat. maklumlah nak jaga hati si dia tersayang.

    huisss! mahal tu buah tangan yang manager kak AA berikan.. mau2 sekilo rm 2+

    ReplyDelete
  7. laa .. baru je abang nak cerita dan tempek gambar mangga depan rumah, awak sudah mendahului. tak apa nanti nak cerita juga, tengok buah mangga siapa lebih besar !

    ReplyDelete
  8. MAMA JU:
    Betul. Rata-rata, memang kita tidak rela kawan2 sekerja tahu kisah cinta kita kan? Kalu setakat usik sakat ok lagi, kalu ada yang dengki buat fitnah? Seksa nak jaga hati kiri kanan...



    AYU:
    Betul. Setuju. Susah kita nak seimbangkan antara kerja dan persepsi rakan setempat. Kadang2 kita terlepas kata atau terlepas laku tentulah kita bimbang couple kita tak leh terima. Bimbang jika keadaan itu menekan kita dan menjejaskan kerja pula...

    ReplyDelete
  9. harum manis sedap dimakan dengan pulut..........

    ReplyDelete
  10. Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
    Aduhhh... pasal mangga pun mau lawan ka? Mana saya bleh lawan mangga Abang. Saya ada sebijik tu jer, abang ada sepokok.

    Ndak barang sekilo? hehehehehe

    ReplyDelete
  11. CHIK ATT:
    Memang kalu pi Perlih, saya dok pulun tu laaa.. Ni dah rindu tak hengat dah nih. Pulut sibaq Chik Att oiiiii....!

    ReplyDelete
  12. ckLah...dah dinikahi baru belajar mencintai. Dan, beginilah hasilnya...hihihi.

    ReplyDelete
  13. ckLah pun nak lawan tayang anggalah....hhhahaha

    ReplyDelete
  14. CKLAH:
    Sebenarnya itulah yang paling indah sekali. Malu-malu yang menebal, kemudian sama-sama belajar bersama banyak perkara.

    Nak lawan tayang mangga? Jangan tunjuk mangga kunci rumah sudahhhh..

    sebab sapa kalu kalah kena tidor atas dahan mangga 2 hari 2 malam!

    ReplyDelete
  15. xde pglmn bercinta ngan rakan opis..hehee..

    tgk org bercinta adalah..tapi cover2 gak..heheh

    mangga tu mmg sedap..harumanis eh nama dia..satu lgi yg sedap..mashitam...

    ReplyDelete
  16. salam.. jemput2 la ke my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau berminat nak baca my travel experiences ke 46 buah negara.. :)

    ReplyDelete
  17. Azie... cinta 3 segi boleh tak hehe... kak Zai gurau aje.

    Sekarang musim mangga,boleh buat juice,serawa dan macam2.

    ReplyDelete
  18. MEK SARAH:
    Adakala seronok juga kita tengok gelagat orang bercinta satu pejabat ni. Ada bahan nak buat gossip. hahahahaha



    JHAZKITARO:
    Terimakasih.


    KAK ZAITUN:
    Cinta tiga segi tu la yang selalu berlaku, Kak. Sorang makan hati, sorang makan jiwa, sorang lagi makan nasi 5,6 pinggan sehari. hehehehe
    Mangga buat ulam sambal belacan pun best!

    ReplyDelete
  19. btl tue...kalau bleh xnak kawen satu pejabat..takut jadi buah mulut orng..tp jodoh semua ditangan Nya...:)

    ReplyDelete
  20. paling sakit mata bila suami orang-bini orang nak bermanja² kat pejabat

    ReplyDelete
  21. aduh, kat sini pun nampak mangga harum manis... tak blh jadi ni, kena cari jg. dah terliur ni....

    Salam ziarah

    ReplyDelete
  22. hmmm bercinta satu pejabat perkara biasa dah sekarang nie

    ReplyDelete
  23. kalau bercinta sesama kawan 'sepejabat' bagi doktor gomen, mmg takda masa nak beraksi bagai dalam hati ada taman..sebab masing masing anat busy di hospital!

    ReplyDelete
  24. kat ofis sy takda lelaki melayu yg single. mat saleh yg single ada. hahaha

    ReplyDelete
  25. bercinta satu pejabat ni mmg biasa. terutama yang tak sempat nak cari jodoh masa zaman study dulu.

    klu kat ofis kami pulak, laki dah kahwin plak nampak lebih-lebih mengurat si gadis..huhu

    ReplyDelete
  26. benda mcm ni da jd 1 kebiasaan bg org yg bekerja.nama pn jodoh. cuma 1 je nk kongsi, bla dah sepejabat ni, kelakuan kena jg.kalu x jadi umpatan or ungkitan org.

    Serius hot! WFTXO@#$%&*!

    ReplyDelete
  27. saya pun tak suka cari org sepejabat..nanti tak fokus dgn kerja..samada dia yg akan cemburukan saya @ saya yg rimas dengan sikap cemburu butanya..hehe!

    ReplyDelete
  28. NURAYUNI:
    Betul tu. Kalu dah jodoh...
    Jika boleh elak, memang nak elak, tapi kalu hati dah sangkut?


    KUCING OREN GEMOK:
    Kalu dah kahwin pun masih nak berloving-loving, aduhaiii... macam tak cukup-cukup kat rumah!



    HAJAH NAFISAH:
    Salam. Sila masuk, terimakasih.
    Sekarang memang musim Harumanis, Hajah. Tapi jika di KL, saya rasa harga memang masih tinggi. Kena pi Perlih, bleh dapat 1 kg = RM6!

    ReplyDelete
  29. MAMAI:
    Ada juga jenis orang yang suka menunjuk, ada juga yang main sorok-sorok.



    DADDY ZIYYAD:
    Dalam busy busy pun ramai juga doktor bertemu jodoh dengan doktor juga. Sambil kerja sambil menyulam impian.



    GC:
    Ehhh Mat saleh pun lelaki youuuu....

    ReplyDelete
  30. NORASHIKIN:
    Zaman la ni memang ramai laki orang gatai...!



    ANIES:
    Kerana bimbang umpatan dan fitnahlah, ramai couple yang sebumbung, lebih suka sorok-sorok.

    ReplyDelete
  31. PANGLIMA MUDA:
    Cerita menarik banyak, yang tak menarik pun sama juga banyaknya.



    MAKDARA TERDIVA:
    Betul tu. Cemburu tu salah satu sebab ramai orang mengelak bercinta satu pejabat. Maklum kita terdedah perlakuan di mata pasangan kita. hehehe

    ReplyDelete
  32. kak azie...
    kat sini ramai jek yg laki bini kije sama2...kdg2 jeles gak sbb tgok diorang makan sama2...hehehhe...jeles2 manja la katakan...

    musim harumanis????

    oooo...rasa cam nak g perlis ajekkk....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails