Friday, May 20, 2011

Bila Aku Melihat Perubahan itu Perlu...

Salam JumAAt
20-05-2011


Yesterday, ada meeting khas untuk department aku. Pengumuman mengenai keputusan yang agak mengejut, tapi tidak dapat dielak.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, department aku (satu lantai yang dpanggil studio), akan dipindahkan ke cawangan lain yang tidak jauh dari tempat sekarang (cawangan ini memang sudah lama wujud tetapi tidak ramai staf di sana).

Segala urusan sudah bermula, dan tempat baru sudah mula diubahsuai dan kami harus menyelesaikan segala urusan pindah selewat-lewat awal bulan depan.

Aku menerima seperti lumrahnya kita menerima perubahan-perubahan kecil dalam kehidupan. Dan aku anggap ini suatu perubahan yang kecil sahaja. Mungkin sebagai orang yang belum begitu lama, komen dan pendapat aku tidak memberikan sebarang kesan pun.

Melihat wajah-wajah lain yang turut terlibat, ketara masih ada yang tidak puas hati. Adatlah manusia, bergelar staf pula. Tentulah keselesaan dan keadaan selama ini begitu sayang hendak dilepaskan dan untuk menyerap suasana baru tentulah mengambil masa.



Sejujurnya, aku tidak kisah pun. Kerana aku melihat mungkin dengan cara ini ada beberapa perubahan lain akan menyusul, e.g.:

1. Kami mungkin tidak berhadapan dengan CINDY LAUPAR si Tanggang Leste lagi.
2. Staf yang selama ini bebas tengok DVD di pc sehari suntuk sudah tiada privacy lagi kerana manager/bos akan berada satu floor dengan studio nanti.
3. Staf yang selalu berFB berblogging semasa kerja pun pasti akan meminimunkan masa untuk itu — btw, sekali sekala aku pun terlepas juga.
4. Aku berharap kualiti kerja setiap orang (termasuk diri aku sendiri lah) akan bertambah baik bila berada satu floor dengan pihak management.

Cuma,
aku sempat pula terfikir untuk mencari tempat baru, sekiranya ada peluang. Why not? Bukanlah yang sekarang tidak bagus, tetapi environment sekarang memaksa aku untuk hanya menggunakan sebelah mata dan sebelah telinga. Sampai bila?

Adakala perubahan memang perlu, di kala kita merasa keadaan sekarang sudah terlalu lali dan kita berada dalam zon selesa sehingga lupa untuk mempertingkatkan kualiti diri.


~...menyetujui hasrat HISYAM berbakti di Kampung Separuh Desa, sebenarnya memberikan suatu perubahan yang begitu besar kepada SERI BULAN sendiri kerana dia harus meninggalkan segala rutinnya yang gemar berkuda dan berlumba kereta, dan harus belajar menongkah sungai dan membelat ikan...~








25 comments:

  1. "Adakala perubahan memang perlu, di kala kita merasa keadaan sekarang sudah terlalu lali dan kita berada dalam zon selesa sehingga lupa untuk mempertingkatkan kualiti diri."

    Suka, kata-kata azie (Ate rasa Ate lebih tua kot..;)) di atas. Ya begitu lah kita yg dinamakan anak manusia..sering takut pada perubahan kerana telah terlalu lama berada di zon selesa.

    ReplyDelete
  2. Salam ATE:
    Terimakasih kerana sering memberikan kata semangat yang sungguh luar biasa. Saya suka sekali.

    (tidak tahu di mana mudanya saya, sebab saya sudah ada anak berusia 21 tahun. Saya tidak muda lagi)

    ReplyDelete
  3. tapi selalunya tak begitu ramai yang sukakan perubahan terutama apabila sudah berasa selesa dengan yang lama.

    ReplyDelete
  4. Apa jua perubahan semoga membawa kebaikan. Lakukanlah apa yang Azie suka selagi tidak menyalahi undang2 agama mahupun ciptaan manusia. :)

    ReplyDelete
  5. salam singgah....... menjenguk dr blog drSinga.

    perubahan perlu dlm hidup, cumanya, kene bersesuaian.

    ReplyDelete
  6. hehe~~tak semua orang redha dengan perubahan kak~~

    ReplyDelete
  7. kak azie...
    abis ar pasni dah tak leh g blog sy selalu....hehehhehe

    kdg2 perubahan tu perlu...

    sy???berubah dr kurus ke gumuks tak perlu kot....

    hahahhahaha

    (mlm ni jgn lupa taw....nnt, apa pun tak boleh...)

    ReplyDelete
  8. selamt tinggal si tanggang celupar.. haha

    *nanti dah tak ada cerita pasal dia

    ReplyDelete
  9. Kak Azie,
    perubahan itu perlu tapi biarlah perubahan yang membawa kebaikan.


    tak lama lagi pun saya nak berpindah ke ofis baru. Dari tahun lepas menunggu ..bulan 3 ke bulan 4..terakhir sekali dengar, mungkin bulan 8.

    ReplyDelete
  10. barulah boleh kerja ngan tekun lepas nie

    ReplyDelete
  11. almost crying when i read ur statement? y? becoz i feel the same way too.

    just realized that in the circle of our life, we have to move to another level. it's quite difficult but at the same time it's a must..

    ol de bes kak!

    Aksi-aksi terlarang @ Kuala Lumpur International Book Fair 2011

    ReplyDelete
  12. munna pun nak tukar angin barulah kak AA...mcm dah tak seronok di tempat kerja skrg ni...

    ReplyDelete
  13. perlu berubah tapi berubah kearah yg positif lah..

    ReplyDelete
  14. perubahan itu perlu ada , kalau tak kita jemu, rasa statik..tapi ada yg sukar nak terima perubahan.

    ReplyDelete
  15. EELOBOR:
    Kita manusia biasa, memang selalu teralpa, lupa diri.



    KAKCIK:
    Terimakasih Kakcik. Kata-kata begitu yang saya sangat inginkan.



    ZONAKU:
    Salam. Sila masuk, terimakasih.
    Ya, setuju. Kita berhak untuk memilih samada untuk berubah atau tidak. kan?

    ReplyDelete
  16. BUJAL X:
    termasuklah diri kita berdua, kan?


    AZIAN:
    Rasanya selepas ini, mungkin Kak Azie boleh masuk blog lebih kerap kot. hehehehe
    “apa pun tak boleh!” hahahahaha!



    GC:
    Yelah... nanti takda lah lagi citer pasal dia, kan?

    ReplyDelete
  17. AZRINA:
    Selamat mengemas barang. Jangan sampai terjumpa tikus dalam laci sendiri. hehehehe



    MAMAI:
    Pekabar? Lama tak nampak sini.
    Tekun sebab kena tekan. hehehehe



    ANIES & U:
    Janganlah sedih. Ada ketikanya, perubahan itu sungguh menyeronokkan!

    ReplyDelete
  18. MUNNA:
    Jika angin sebelah timur lebih baik dari angin Tenggara, pindahlah Munna. Ikut gerak hati.



    HANI:
    Betul InsyaAllah, positif ni.



    DADDY ZIYYAD:
    Yang sukar berubah itu sebab sudah terlalu selesa dan lali dengan keselesaan yang ada.

    ReplyDelete
  19. kadang2 perubahan tu perlu utk naikkan semangat kerja semula.

    ReplyDelete
  20. selagi kita hidup, tak dapatlah kita lari dari perubahan, kan. semoga perubahan ini akan membawa kepada perkembangan yg lebih baik, insyaallah! :)

    ReplyDelete
  21. perubahan ke arah positif. apa salahnya. Adatlah manusia ni sukar menerima yang baru. Lama-kelamaan okaylah tu.

    ReplyDelete
  22. jika angin perubahan itu (hijrah) membawa kebaikan dalam hidup kita..yg akan mengoptimumkan pencapaian dan kredibiliti kita..itu sesuatu yg dituntut..kerana kita perlu berubah kepada yg lebih baik kan kak..=)

    ReplyDelete
  23. ANA:
    Terimakasih. Semangat kita ni kadang-kadang on off.



    DINAS ALDI:
    Terimakasih Cikgu. Segala yang baik-baik sahaja menjadi harapan kita.

    ReplyDelete
  24. KAK PAH:
    terimakasih Kak Pah. Lama-lama mungkin akan merasa seronok pula.



    KALAMHATI:
    Betul. Setuju. Perubahan kepada positif sesuatu yang sungguh menggembirakan.

    ReplyDelete
  25. assalamualaikom kak azie :)
    teman ade dengor someone said, 'the only constant in life is change'
    ke kat estro? tak ingat le..
    seri bulan races cars???! fuyooooo..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails