Saturday, May 7, 2011

Hari Ibu Paling Bahagia buat My BONDA...

Salam
07-05-2011.
Malam, baru lepas dinner.


Mengotakan janji, sepatutnya minggu lepas tapi sebab kerja, dilaksanakan minggu ini.

Petang tadi, bawa 2 orang anak dara kecik tu pegi potong rambut yang dah panjang sangat. Cuaca panas, so tak larat dah nak ikat tocang masing-masing. Dan dah letih juga tiap pagi aku “wajib” ikat ekor kuda rambut CHAK sebelum dia pegi sekolah.


IKA kata CHAK macam budak Korea dalam filem yang dia dok tengok di internet tiap hari!


Dan, sebagai memenuhi permintaan IKA juga, hari ini masak lauk Paprik Ayam untuk makan malam ini.

Memang terbaekkkk...! Pujian Kelas Pertama!

tapi aku layan Bihun Sup dan Air Kelapa, import dari pasar malam!

dan...

aku sengaja simpan cerita ini sehingga menjelang sambutan Hari Ibu, esok.

setelah lebih beberapa minggu sejak kami adik-beradik sudah “berjumpa” kembali si adik bongsu yang pergi merantau 15 tahun dulu, aku tidak berani bertanya apalagi membuka mulut pada BONDA. Adik ada pesan, jangan bagitau dulu. Dan aku pun tak mahu bagitau, kerana jika nak buka rahsia pun, biarlah kakak atau abang aku. Bukan aku.

Bukan apa, takut dia terkejut sangat plak nanti. Atau nanti dia terlalu mendesak pula adik sedangkan adik masih ada beberapa urusan untuk diselesaikan sebelum dia bercuti dan balik berkumpul.

Tapi bila aku sembang dengan BONDA ritu, rupanya dia dah tahuuuu...! amboiii, patutlah suara dia segar bugar sekali, ceria dan banyak sungguh dia bercerita.

Mula-mula aku tak berniat nak sentuh pasal tu, tapi lama-lama BONDA sendiri yang sebut, “Adik tu macam mana?”

Lalu kemudian dia sebut yang dia dah tengok banyak sekali gambar-gambar adik di laptop My Anak Menakan di Penang.

Pastu dia sebut esok lusa nak balik kampung (My BONDA duduk di Penang dgn adik pompuan bongsu), sebab nak tengok Rumah Bonda. Nak repair apa yang patut. Bersemangat sekali dia.

Aku? Apa nak komen lagi selain rasa gumbira tidak terhingga dan bersyukur sangat.

Ternyata Hari Ibu tahun ini sangat bermakna dan sungguh membahagiakan sekali buat BONDA, juga kami adik-beradik!



~...pernah sekali anak dara Pak Imam merisik khabar dari SERI BULAN tentang hati budi HISYAM, hingga SERI BULAN luluh jiwa dek cemburu celik lalu sesekali ingin dia menabur racun malangnya racun itu seperti ingin membelah hati jantungnya sendiri...~








24 comments:

  1. syukur..
    mmg hari ibu ini, paling bemakna buat bonda AA.. lagilah anak2 yang dikandungnya dpat bertemu dan bertentang wajah (walau dalam alam maya)

    jua untuk AA.. selamat hari ibu... ehem.. menumu mmg terbaik....
    sure rasanya kurang pedas utk ika dan chak

    ReplyDelete
  2. hai kak....bestnye tgk paprik tuu..lama x mkn....


    selamat hari ibuuuu kak..

    ReplyDelete
  3. rindunya dekat u punya bonda :) tak sabar nak balik kmpg..hehe

    ReplyDelete
  4. assalamualaikom! alhamdulillah adiah paling bermakna tu kak.. :)
    slamat hr ibu ye kak.. smoge berbahgie bersame anak2!

    p/s sori xdpt nk menjenguk akk kt pestabuku tuuu..

    ReplyDelete
  5. also miss Atok..cepat2 abis exam,cepat2 balik kg..heee..

    ReplyDelete
  6. akak..nak paprik tu..best2..

    akak...selamat ari ibu..:)

    ReplyDelete
  7. Mesti bonda kak z tak sabar2 dah tu kan...sebak pula bila terbayang kan saat2 bonda kak z akan bertemu dgn adik kak z tu...

    ReplyDelete
  8. selamat hari ibu kak AA... ibu mana tak gembira dpt berjumpa dgn anak kandung sendiri...

    ReplyDelete
  9. Pastinya hati Bonda Azie berbunga ceria - tidak sama kisahnya dengan ayahanda kakcik... :(

    Selamat hari ibu Azie...

    ReplyDelete
  10. bahagianya hati ibu
    jika dpt ketemu semula dgn anaknya..

    tahniah utk kak azie dan adik beradik lain..

    selamat hari ibu kak

    ReplyDelete
  11. Selamat hari ibu buat azie.

    Bonda dah jumpa sibongsu?

    ReplyDelete
  12. Mak, Happy Mother's day! Along sayaaaaang Mak.

    PS Hahaha Chak tak habis habis rambut tempurung dia.

    ReplyDelete
  13. hari bahagia tentunya buat Azie dan bonda....tak seperti sy di sini...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    Sob! sob! sob! Huwaaaaaaaaaa nak meraung-raung baca entri ni...oooh hatiku tersentuh sampai terjatuh golek2

    Selamat Hari Ibu (ucap banyak2 kalipun tak pe kan ...), Errrr...nape paprik tu tak sampai2 lagi kat Bangi ek?

    ReplyDelete
  15. Mesti hari ibu kali ni adalah yg paling manis untuk bonda AA.

    Selamat hari ibu untuk AA!

    ReplyDelete
  16. AYU:
    Begitulah takdirnya Ayu. Kadang2 kita langsung tidak menduga apa-apa.

    terimakasih.
    Selamat Hari IBU juga buat AYU.



    ADINDA AMY:
    Masak Paprik Ayam senang saja. Bila dah buat tu, tak perlu masak sayur lagi, sebab semua dah masuk sekali.
    Terimakasih.



    NORASHIKIN:
    Jommmm... kita balik kampung naik feri!

    ReplyDelete
  17. AZEEDA:
    Salam.
    Alhamdulillah. Akhirnya kemanisan itu dapat juga dirasa.
    Terimakasih. Selamat menyambut Hari Ibu juga buat AZEEDA sekeluarga.



    LIYA:
    Yeahhh balik kampung!



    BIGDADDYZ:
    Salam.
    Terimakasih. Selamat menyambut Hari Ibu juga.

    ReplyDelete
  18. CIK CERIA:
    Nanti Kak Azie hantar yer. Hantar resipi jer. Masak kena sendirik. Hahahahaha.

    Terimakasih. Selamat menyambut Hari Ibu juga buat CIK CERIA.



    ACU:
    Tu la. Tak tau cemana keadaannya nanti pada hari pertemuan nanti.



    MUNNA:
    Betul. Rindu yang terpendam begitu lama.
    Terimakasih. Selamat menyambut Hari Ibu juga buat MUNNA.

    ReplyDelete
  19. CKLAH:
    Sama-sama CKLAH. Terimakasih. Selamat menyambut Hari Ibu juga buat CKLAH.


    KAKCIK:
    Sabarlah Kak Cik. Mungkin bahagian ayah Kak Cik lain, tapi ada juga manisnya nanti.
    Terimakasih. Selamat menyambut Hari Ibu juga buat KAKCIK.



    MEK SARAH:
    Begitulah. Semoga dengan pertemuan ini akan memberikan perubahan yang lebih baik.
    Terimakasih. Selamat menyambut Hari Ibu juga buat MEK SARAH

    ReplyDelete
  20. KAK ZAITUN:
    Belum lagi Kak. Adik belum balik ke Malaysia lagi.
    Terimakasih. Selamat menyambut Hari Ibu juga buat KAK ZAI.



    ALONG:
    Balik cepattttt...!



    NYANYISUNYI:
    Jangan begitu IDA. Setiap orang berhak merasa bahagia dan gumbira menyambut Hari Ibu.

    ReplyDelete
  21. ANYSS:
    Salam.
    Alaaa... janganlah nangis.
    Terimakasih. Selamat menyambut Hari Ibu juga buat ANYSS.

    Nak Paprik tu eh? Bela ayam tu kasi besar dulu. Hehehehhe



    DINAS:
    Sungguh manis.
    Terimakasih. Selamat menyambut Hari Ibu juga buat CIKGU. Anak-anak belanja apa....



    HAMIZAH:
    Terimakasih. Selamat menyambut Hari Ibu juga buat HAMIZAH.
    Sambut di mana...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails