04-05-2011
Lanjutan dari peristiwa kami “berterus-terang” dengan si Tanggang Leste, CINDY LAUPAR dan Lady Bos tempohari, kesannya amatlah di luar dugaan. Setidak-tidak mereka yang lain boleh menjangka dan nampak relax, tetapi bagi aku secara peribadi, apa yang terjadi 2,3 hari ini sungguh mendukacitakan.
Mummy CL kelihatan sugul, muram, moody dan jelas begitu bersimpati pula dengan ‘anak emasnya’. Untuk beberapa ketika bila didedahkan tentang situasi itu, aku kembali bertanya, apa motif membawa kami bersemuka jika akhirnya dia terus juga merasakan anaknya itu tidak pernah bersalah. Dan si anak itu terlalu bijak berlakun sehingga mendakwa sekarang berada dalam keadaan TRAUMA! Sampai begitu sekali kah penangan yang dia rasa? Tak masuk akal, tapi itulah yang diadukannya, dan itulah juga yang dipercayai Mummynya.
Pertikaian tentang setiap luahan mula ditimbulkan kembali lalu komen serta ulasan mula dibuat dan diadu pula kepada Big Boss dan seorang manager lain. Antara yang disebut, dalam banyak-banyak hujah/peluru/nasihat, hanya aku satu-satunya yang “diterima” kerana aku bercakap lembut dan ada nada nasihat. (benarkah?)
Untuk pertama kalinya tanpa diduga, aku merasa betapa bernasib baiknya aku tidak terlalu emosi waktu itu (berbanding mereka yang lain, yang tinggi suara) dan untuk ke sekian kalinya, aku merasa betapa bersyukurnya kerana aku tidak mengeluarkan sebarang kata-kata marah. I just say what I want to say. (mungkin kerana aku ada blog untuk meluah rasa, so tekanan kurang dirasakan dan emosi sudah diluah dengan cara tersendiri tanpa perlu melukakan hati orang lain)
Lalu new environment mula tercipta sejak semalam. Sungguh mendukacitakan sekali. Jelas di mata aku, ada beberapa orang yang tidak kisah, relax saja seolah-olah mengharapkan keadaan itu berlaku. Tetapi tidak aku. Bagaimana hendak bekerja di bawah satu bumbung tetapi ada yang bermasam muka? Bagaimana hendak berinteraksi tentang kerja bilamana dalam hati ada rasa marah dan dendam? Sedih betul.
Aku bukan pekerja yang baik dan hebat, aku masih baru. Aku bukan nak tunjuk baik, cuma seadanya. Aku memang nampak sombong, sebab belum pernah duduk semeja dengan mana-mana kawan sekerja waktu lunch, aku tak pernah kuar bersama sesapa pun untuk jalan-jalan di kompleks itu, malah aku sentiasa meletak “gap” supaya tidak terlalu rapat dengan siapa jua. Itu memang prinsip aku sejak dulu. Bukan salah sesiapa, tetapi memang aku sendiri yang meletak diri aku dalam keadaan yang aku sahaja faham. Aku tak perlu orang lain ikut cara aku, aku juga tidak pernah paksa sesiapa untuk faham kenapa aku lebih suka “bersendirian” tapi dalam banyak keadaan aku paling peramah dan mesra alam!
Lalu bila suasana tidak sihat ini mula terjadi, aku gelisah sejak semalam. Sejak semalam, kerana semalam aku baru dikhabarkan tentang hati dan perasaan Lady Bos yang terang-terang tidak dapat menerima “semua” kata-kata berterus-terang tempohari. Paling yang ditekankan adalah, dia melihat seorang staf yang berlagak garang dan reaksi agresif seperti hendak menampar CL...! Benar, itu aku sendiri sedar dan nampak, betapa ada yang kelihatan seperti hendak menerkam. Mujur tiada apa yang terjadi, jika tidak pasti ada yang kena tangkap polis! Aduhai...
Kenapalah semua ini mesti terjadi hanya kerana seorang budak mentah belasan tahun yang baru setahun lebih berada di Malaysia? Kerana kasih sayang yang melimpah ruahkah? Kerana rasa prihatin yang tinggikah? Atau kerana rasa keterlibatan dan tanggungjawab yang melampaukah?
Aku keliru dan bingung sehingga bila dikhabarkan tentang suasana itu, aku terdiam tidak dapat berfikir pantas apa yang hendak dijawab dikomen. Aku mungkin boleh berkata aku masih selamat dari prasangka kerana “kata-kata berlapik” aku menyelamatkan aku, tetapi kenapa ini yang menjadi penyudahnya?
Walaupun hari itu, selesai sahaja sesi itu, sempat juga telinga aku menangkap kata-kata, “Ehh Kak Azie ni, tetiba plak jadi baik?” (merujuk kepada kata-kata aku berbeza semasa awal-awal yang agak marah dan emosi)
Masing-masing ada salah sendiri. Tiada orang yang sempurna. Mempercayai orang secara melulu banyak kesan buruknya.
Sepanjang masa itu, aku lebih rela mengunci mulut. Malas dah nak komen apa-apa. Malas semalas-malasnya. Hilang mood nak campur mulut bila ada saja perbualan tentang itu. Perbualan yang ketara memusuhi bos sendiri! Aduh...
Aku tidak pernah mengalami keadaan bila soal peribadi dengan majikan dijadikan isu perbalahan dan permusuhan. Lagi sekali, adakah kerana seorang budak pembantu dari seberang? Kenapa kita begitu bodoh membiarkan keadaan itu menguasai diri kita? Tidak tertanya soalan itu kepada mereka, lalu aku simpan soalan itu untuk diri sendiri sahaja. Kenapa kita tidak boleh berlaku adil pada setiap orang? Atau kita sendiri yang tidak mahu berusaha memperbaiki keadaan?
Aku pernah bermajikan 2,3 orang, tapi belum pernah sekali pun bermusuh atas sebab peribadi. Malah perbalahan secara profesional atas sebab kerja, meninggalkan kenangan kematangan pula kepada kami.
Kali ini... aduhai. Seksa sungguh bila harus memandang muka masing-masing dengan tidak ikhlas.
Lalu pagi tadi, tanpa sesiapa pun tahu, aku berjumpa Lady Bos untuk memohon maaf. Tiada siapa suruh, tiada siapa paksa. Ketara wajahnya muram dan terkejut.
“Why?”
“I hope it’s not too late...”
Tidak susah, hanya 2 minit. Bila aku senyum, dia pun senyum. Habis. Sehingga petang tiada sebarang cerita, bermakna tiada siapa pun tahu. Memang tiada siapa nampak waktu itu, dan aku mencuri peluang supaya tidak dilihat sesiapa. Kenapa? Kerana aku tidak mahu disalah tafsir atau diberi andaian. Sapa tahu, depa akan sangka aku bodek? Atau aku sekongkol?
Berganda kelegaan aku sehingga petang. Dan aku tidak merasa bersalah lagi untuk terus mengunci mulut dari memberikan komen. Bagi aku, yang sudah tu, sudahlah. Buatlah seperti biasa, dalam masa yang sama cuba memperbaiki keadaan bukan dengan niat untuk memberi muka tetapi mengelak keadaan menjadi lebih buruk.
Ini kan tempat cari makan?
Entri ini memang panjang, maaf. Tetapi luahan hati ini perlu, untuk makluman dan panduan kepada sesiapa yang membaca. Bukan untuk dicontohi, tetapi berfikir sejenak. Adakala kita perlu beralah dengan alasan kita sendiri, demi kebaikan semua orang...
~...setiap kali SERI BULAN merasa sunyi dan sakit akibat rindukan tanah leluhur, setiap kali itu juga HISYAM berjanji akan membawanya pulang tetapi setiap kali itu juga anak dara Pak Imam menuntut ikrar untuk sehidup semati...~
sabar je kak
ReplyDeletesituasi yg sama enpakwe sya hadapi sekarang
tp selepas enpakwe amalkan sunat subuh, qunut nazilah dan rangkap alquran yg di bekal oleh ibubapa
enpakwe sya kata
dia rasa tenang, dan dia tak rasa diri di ancam lagi.
kebesaran Allah dan kekuasaanNya lebih dari segala galanya
kebenaran akan terbukti juga, walaupun mengambil masa..
sabar adalah sebahagian daripada kuncinya.
WALAU PANJANG.. ayu baca satu2..
ReplyDeletesukarnya bila satu bumbung tapi tersimpam dendam..lagilah dendam dgn bos sendiri..
biarlah kak, cara kak terbaik.. mendiamkan diri.. itu yang sempurna..bukan ayu nak pihak kak sbb ayu kenal kak azie..
sebab ayu rasa itu jua tindakan ayu kalau berada di tempat kak azie
Huishh bila baca kisah ni teringat zaman dolu2. Apa pun kita kena jadi orang yang sentiasa positif.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteKalau saya? Diam itu lebih baik dalam banyak hal. Biar masa menentukan...buah yang manis akan kita tuai biarpun sangat lamaaaaaaaa kena tunggu.
mmg panjang kali ni kak...
ReplyDeletesemoga semuanya kembali tenang kak AA ye...mmg taj seronok bila keadaan mcm tu
emmm kat sini pun lebih kurang jugak kak..
ReplyDeletetapi ok lagi.. bila jumpa, boleh lagi cakap baik2..senyum.. gelak2.. tapi bila belakng, macam macam cerita keluar.. siap jadi berpuak puak...
skrng yang terbaik kak kena bnyak sabar... dan diam tu rasanya lebih baik...
err maaf kak kalau komen tak kena dengan cerita kak.. sya tak ikut kisah kak dari awal..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam puan
ReplyDeletepanjang entri ni, tapi panjang lagi lagi akal puan,,,,,tahniah
sabar dan memaafkan itu ubat hati..tahniah kerana berjaya berfikir menggunakan minda bukan guna hati..
ReplyDeleteSalam Kak Azie..
ReplyDeletememang rumitkan bila satu ofis tidak sefahaman...
Jalan keluarnya ialah.. kemaafan adalah dendam terindah.
Sabarlah Kak Azie...
Kisah CL sekarang berkembang membabitkan komuniti yang lebih besar dan secara terbuka. Salah kawal memang menjadi nanah.
ReplyDeleteKadang² kita tak ada kuasa untuk mengawal keadaan, tetapi sekiranya kita boleh kawal diri sendiri, itu dah cukup baik.
malah aku sentiasa meletak “gap” supaya tidak terlalu rapat dengan siapa jua. Itu memang prinsip aku sejak dulu. Bukan salah sesiapa, tetapi memang aku sendiri yang meletak diri aku dalam keadaan yang aku sahaja faham. Aku tak perlu orang lain ikut cara aku, aku juga tidak pernah paksa sesiapa untuk faham kenapa aku lebih suka “bersendirian” tapi dalam banyak keadaan aku paling peramah dan mesra alam!
suka perenggan ni sebab peribadi Kak Jie pun macam ni - nampak mesra alam tetapi tak ada sempadan peribadi yang ketat.
Azie,
ReplyDeleteBila zakiah baca luahan Azie, kita ni memang banyak persamaan....
Hati takkan tenang walau ada sekelumit masalah,nampak je sombong tapi sangat mesra bla didekati, suka bersendiri jika berteman itu lebih menyakitkan hati...
Beralah bukan semestinya bersalah...
mengalah bukan bererti kalah , memaafkan bukan bererti kita bersalah ...
ReplyDeletezie sbg budak muda yg baru nk kenal2 dunia suka dengar org bg nasihat secara berhemah mcm kak Azie buat..hehe..kalau org marah2,xberapa nk dengar sbb time tu tutup telinga buat2 pekak..lebih baik dgr nasihat yg lembut dan halus,kita berusaha nak capai apa yg benar2 disebutkan itu..
ReplyDeletebermasam muka dengan bos, dengan kawan2...suasana yang cukup tidak sihat coz balik2 muka tu jugak yg kita jumpa tiap2 hari. pusing2 dengan depa jugak kita buat kerja tapi mengalah bukan kerana kita kalah tapi kerana nak jernihkan keadaan. hati tak sakit!
ReplyDeleteaddehhh...
ReplyDeletejenuh mebacanya....heheheh...kak...kita ni hati perempuan, sekeras2 hati pun mesti lembut jugak noo...agak2 ade kene mngena tak dgn ntri akak???heheheh...
Kak, komen saya mudah aja.
ReplyDeleteIndon, tetap Indon.
Mereka pandai berlakon, bersinetron.
Dan mereka mmg tak boleh diberi muka/layan lebih lebih.
Bunyinya sadis, tapi itu realiti. Saya dah masak sangat. Banyak pengalaman.
aduhai CL....terus mendapat tempat di entri "yang ingin ku kongsi"
ReplyDeleteakak ada cita cita mau letup sama dia tak ,pangil gua tau
ReplyDeleteAzie... memang panjang luahan hati ini.. tentu lega kan
ReplyDeleteHe he tu baru luahan hati. Kalau luahan jantung panjang mana lak yer
ReplyDelete