Wednesday, May 4, 2011

PBAKL 2011: Penutup yang manis...

Salam
03-05-2011
Malam, dengan niat nak tido awal.


Kerana terasa macam lama sangat tak dapat nikmat rehat, sejak malam tadi aku dah plan nak tido awal untuk beberapa malam berturut, nak cover keletihan lah konon!

Untuk beberapa ketika ini, memang tak “lalu” nak merempit dari satu blog ke satu blog. Tunggulah bila keadaan selesa nanti, ya!

Di kesempatan ini, AA nak ucapkan terimakasih kepada teman-teman yang sudi singgah menyapa semasa di booth tempohari. Memang bukan tujuan untuk gathering. Memang bukan bertujuan sesi bertemu peminat, jauh sekali bertujuan nak posing tanpa sebab. Juga memang bukan nak tunjuk kat dunia “awok” tu banyak kawan. Tapi kesempatan yang singkat sekadar menegur bertanya khabar. Tak paksa pun. Yang sudi bergambar kenangan, terimakasih. Yang kita tahu tak rela, kita tak ajak. Sama juga yang snap dari jauh, yang tengok dari jauh dan skodeng. Pun terimakasih. Takda hal.

Tugas berakhir dengan manis sekali, walaupun lewat. Berbeza tahun-tahun sebelum, AA pulang sebaik tamat masa, dan ada team yang mengemas, tetapi kali ini AA turut membantu untuk mempercepatkan proses mengemas booth kerana kali ini PWTC mesti dikosongkan dan dibersihkan segera. PWTC ada program lain untuk esok hari, jadi tiada extra day untuk mengemas.


SYEM (kiri) memang tiap tahun muncul di sudut karikatur. AMIR Raja Lawak pun singgah.


Masa rehat meronda cari buku. Sempat beramah mesra dengan novelis NOOR SURAYA.





Makan malam kul 11 malam. Bos yang sporting!




Terimakasih kepada teman blogger: CKLAH dan rombongan yang tiba pagi itu. Sempat beramahmesra beberapa minit. Orang ramai sekali waktu tu, sesak. Terimakasih juga kepada blogger ANYSS yang singgah sekejap hari itu. Juga terimakasih kepada novelis EBRIZA AMINUDDIN dan PUTERI IMANIESYA yang singgah menyapa. Juga sahabat KLfm YOBLABUN dan isteri. Juga berjumpa lagi dengan grup peminat tegar novel yang menggelarkan diri mereka: Geng Kicap (semua wanita).

Juga terjumpa beberapa orang yang “aku kenal tapi depa tak kenal aku”: bekas DJ Time Highway (THR) DJ NASHA yang datang bersama keluarga. Peramah. Aku berfikir 2,3 minit siapa dia masa nampak dia pilih Gila-Gila sebelum aku dapat ingat dia ialah DJ radio.

Juga sempat sembang dengan PAKWAN yang singgah melihat-lihat. Terkejut juga dia bila aku tanya, “Masih buat kelas lagi?”. Tentulah aku pernah baca tentang Kelas Fotografi REDZUAN. PAKWAN, jurufoto tersohor. Walaupun nampak berusia tapi dia kelihatan cergas. Juga penyanyi HALEZA (yang mana wajahnya dilukis pada cover novel terbaru CESB)

Aku juga sempat mencari seorang blogger yang kadang-kadang mengomen di sini. Terbaca juga dia menulis akan bertugas di booth B01. Dapat juga aku cari dia; MAKSU. Terimakasih. (tiada gambar wpun kamera dlm poket)


Hasil “buruan” untuk diri sendiri. Juga cenderahati dalam kotak putih kecil yang comel, dari pelanggan setia yang saban tahun datang dari Kuantan. SITI, tidak akan pernah lupa budi baiknya. Hanya aku satu-satunya promoter (selain management) yang dapat cenderahati.


2 buku untuk diri sendiri, 2 lagi karya HLOVATE untuk My Anak Menakan, yang pegi awal ritu tak dapat sebab dah sold-out. So, AA belikan, siap dapat diskaun promoter lagik!


Buku rujukan anak-anak.
Selain ini aku juga beli 5 buah komik dari booth Ana Muslim.



Ini buku yang paling melegakan hati sendiri.

Sejak awal bertugas aku sudah terima mesej dari selatan tanahair, untuk cuba carikan buku Kamus Dewan terkini. Silap aku kerana terlupa. So pada 3 hari terakhir aku cuba mencari sedaya upaya. Kerana Jumaat tidak bertugas, di hari Sabtu aku survey lokasi tapi nak cari tepat memang tak sempat langsung. Dan hari terakhir adalah kesempatan yang tidak boleh dilepaskan. Aku mencari seawal 9 pagi sebelum masa bertugas. Untung juga ada taq Exhibitor, so boleh masuk mana-mana booth tanpa halangan.

Memang nak jadi rezeki, mudah saja aku dapat Kamus Dewan ini di booth Dawama. Ada harga best, diskaun 30% (cuma RM42)! Pastu masa petang sempat nampak satu lagi booth pengedar pun ada juga jual Kamus Dewan yang sama tapi dengan harga RM53! Memang untung nasib ko ler Bro — dapat kawan “nyonya” yang rajin macam aku! Hahahahahaha....! (jangan lupa, belanja ABC mangkuk besar!)

Setiap tahun tetap berbeza bagi AA. Secara peribadi segalanya ada manis yang tersendiri yang sentiasa menjadi kenangan. Pahitnya ada juga sedikit tetapi tidak pernah menjadi kudis atau halangan untuk meneruskan tradisi. (Kalu tidak, takkan boleh jadi 4 tahun berturut!)

Terimakasih pada semua yang terlibat!


~...rindu SERI BULAN pada tanah leluhur tidak begitu luhur tetapi masih jujur, wasangka kepada HISYAM memang dia tidak pernah menduga seperti mencari lalang di tanah lapang...~




20 comments:

  1. AA
    ayu happy sangat bila baca entry ini..
    memang penutup yang sangat manis.. selain AA dapat jumpa blogger yang ayu kenali sperti cklah.. siap dapat jumpa amir si maharaja lawak lagi..heheh


    PS: kalaulah dekat.. sure ayu dah tertepek di blog AA untuk bebrapa hari.. rugi2...

    ReplyDelete
  2. ckLah snap dari jauh dulu...sebab nak pastikan tak salah orang. Dah zoom gambar...sah,barulah tegur. Hehehe..

    Nak balik semula ke CESB dah lupa lorong. Anak2 cuma beli buku rujukan sekolah, lepas tu merengek nak keluar. Sesak sangat...

    ...dapat jugak peluk AA!

    :D

    ReplyDelete
  3. Tumpang lalu Citarasarinduan:
    Tak lah seayu Ayu. :D

    ReplyDelete
  4. AYU:
    Setiap sesuatu yang kita buat bila dah minat dan suka, pasti akan terasa kemanisannya.

    Bila-bila senang, datanglah, boleh juga berborak lama.


    CKLAH:
    Terimakasih banyak CKLAH. Mujur saya pun mudah juga dapat mengecam CKLAH, wpun tak pernah lagi berjumpa.
    Masa singkat, tapi kenangan tetap manis.

    ReplyDelete
  5. hehee...I pun semfat snap veverafa kefing gamvar you dgn kamewa I yg tak DSLR tuh...masa I namfak you kannnn..dada I vedevar devarrr! ekekekee...

    ReplyDelete
  6. FAAAAAAA...!

    You memang nak keneeeee....!

    Kena bayor. Amik gambor macam Paparazzi eh?

    ReplyDelete
  7. Azie...

    bila segalanya usai dengan jaya, bagaikan penat tidak terasa - kan? :)

    ReplyDelete
  8. boleh cover tido lepas ni.


    * banyaknya novel.. boleh memerap dalam bilik sambil layan novel..

    ReplyDelete
  9. AA - Memang best!!!! Sorry sebab singgah sekejap je. banyak tempat nak pergi. Koh koh koh

    ReplyDelete
  10. Kak Zai senang dengan cara azie sebab tu ramai yang cari.
    Bolehlah rehat selepas ni.

    ReplyDelete
  11. selamat berehat .....
    dan .. kembali menulis ...

    ReplyDelete
  12. wahhhh... glakmer la akak bergambar ngan amir i'm sorryyyyy..hehehe

    ReplyDelete
  13. terima kasih kak, sudi singggah di booth tempat saya bertugas :)

    ReplyDelete
  14. Aslkm AA

    Mama ingin nak jumpa AA, Tapi keadaan tak mengizinkan, maklumlah dah tua..mama pegi yg dekat2 mata je.
    Mana tau satu hari nanti kita boleh jumpa.
    Contengan jalanan tu karya sapa? terbitan? tak pernah nampak. kisah apa? teringin nak memiliki..
    bye
    Mcmmana nak berhubung dgn geng kicap? Hhehe mcm menarik je..

    bye

    ReplyDelete
  15. Azie,
    Penat tapi gembira, tak mengapa. Akak dah lama sungguh tak ke Pesta Buku.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    Hu hu hu skodeng orang memang kegemaran saya.

    Tak leh singgah lama-lama sebab datang dengan kawan dan tak nak ganggu kerja Mok Yang ;) Kang Boss Besau potong gaji lak hu hu hu

    free nanti bolehlah kita kepoh-kepoh kat tempat lain ya...sambil makan droyan pun best jugak ;)

    ReplyDelete
  17. KAKCIK:
    Betul tu KakCik. Terimakasih sebab KakCik pun singgah hari tu.



    GC:
    Memang sedang mula cover tidor.
    Sebenarnya semua novel tu dibaca waktu lunch di ofis. Kat rumah memang tak sempat pun.


    RR:
    Terimakasih. Aku best eh?

    ReplyDelete
  18. KAK ZAITUN:
    Terimakasih Kak. Saya adalah saya yang tidak pandai berlakun. Seadanya.



    CHIK ATT:
    Berehat di hujung minggu.
    Menulis hampir setiap hari.
    Bestnyaaaa!



    NM02:
    Tak juga. Saja tumpang semangkuk jer. hehehehe

    ReplyDelete
  19. MAKSU:
    Sama-sama kasih. Maaf sebab tak dapat bersembang lama hari tu.



    MAMA JU:
    Salam.
    Nak jumpa? alahai. InsyaAllah, jika ada kelapangan dan rezeki kita, dapat juga kita berjumpa suatu hari nanti.
    CONTENGAN JALANAN tu karya terbaru novelis HLOVATE, terbitan Jemari Seni Publishing (milik Noor Suraya)

    sila ke sini: http://gengkicap.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. KAK NORA:
    Betul tu. Penat tapi gembira tidak terhingga.


    ANYSS:
    Salam.
    Memang hobi skodeng eh?
    Takpa, asal sempat kita bersua wajah, bertanya khabar.
    Entah bila dapat bertemu santai lagi ya? Tak puas nak dengar citer pengalaman ANYSS bila ke luar negara.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails