Thursday, May 12, 2011

Depan Mata Terjadi, Ku Jadikan Entri...

Salam
11-05-2011
Petang, cuaca agak redup tapi berjerubu.



Terimakasih, komen dalam entri terdahulu. Rasanya tidak perlulah AA menjawab segalanya, kerana AA yakin semua yang menulis itu faham dan mengerti bahawa AA menghargainya.

Nak berkongsi sedikit apa yang aku nampak petang tadi.

Sebuah kereta berhenti mengejut di belakang 2,3 kereta yang berhenti di lampu isyarat, merah. Bunyi brek yang mengejut seperti kemalangan, boleh buat semua orang menoleh.

Dalam kereta hijau gelap, seorang lelaki (pemandu) sedang dipukul-pukul oleh seorang wanita yang duduk di sebelahnya. Gaduh! Kemudian seorang lelaki muda belasan tahun pula bangun dari belakang menerpa ke depan dan turut memukul si pemandu. Terdengar jerit-jerit, tidak jelas kerana tingkap tertutup.

Mujur kereta tidak banyak dan beberapa kereta di belakang memotong bila lampu hijau. Pergelutan berlaku beberapa minit. Kemudian wanita itu keluar, muka merah padam. Membuka pintu belakang dan mengambil sesuatu dari tangan lelaki di belakang. Rupanya kunci kereta. Mujur dia mengambil keputusan untuk memandu menggantikan lelaki itu. Jika tidak, mungkin dalam keadaan marah, lelaki itu memandu tidak menggunakan otak nanti, tapi mengikut perasaan.

Apapun masalah mereka, sepatutnya di selesaikan jauh dari jalan raya. Berderau juga mendengar bunyi brek mengejut dan bergelut di tengah jalan macam tu.

Teringat, pagi tadi di radio stesen “hot”, topik tabiat pasangan. Seorang lelaki menelefon dia dan pasangannya sama-sama baran. Jika salah seorang melihat wanita cantik/lelaki hensem, pasti menerima tumbukan.

Si suami akan tumbuk isteri di paha jika isteri tertengok jejaka hensem di pasaraya atau mana-mana, manakala isteri akan tumbuk belakang kepala suami jika tertengok pemandu wanita di sebelah kereta. Malah hentak ke cermin kereta. Pelik sungguh jika berperangai sebegitu. Macam tu punya orang pun ada eh?

Sempat pula kami bercakap tentang isu itu. Soalnya, setakat melihat wanita/lelaki lain yang bukan milik kita, yang kita tak kenal, boleh jadi isu? Tengok saja, bukan nak usik nak ambil atau nak buat apa pun.

Sepatah kata My TOKLAKI, “Tengok jelah, dah ada mata.” Betul juga tu.

Kalu setiap kali, si suami terpandang wanita di keta sebelah pastu kena tumbuk, setahun lagi harus berlekuk belakang kepala laki dia tuh. Lantak dia, bukan orang lain, laki dia jugak.

Macam-macam!

***

Selamat jalan dan hati-hati di jalan raya buat kawan blogger aku yang datang dari JB tapi terpaksa bergegas kembali kerana ada tugasan. Datang KL kerana ada mesyuarat penting.

Tidak tercapai plan kami untuk berjumpa dan tidak tertunai hasrat dia nak mengambil buku yang dikirim tempohari.

Takpa, ini nyonya akan simpan untuk seminggu lagi. No hal, sehari singgit, kan? kan? hahahahaha...


Tayang gambar semalam, dapat 60++ ketul...


Dinner lepas. Abaikan pembakar aku yang dah uzur, maklum beli di zaman tok kaduk dulu. Pembakar tu dah berusia 14 tahun, percaya tak?....




~...sudah lama tidak memegang stereng, kekok sekali HISYAM bila harus menjadi pemandu kepada SERI BULAN yang bagai mamai ingin mencari Tapai di bandar lalu HISYAM berasa sudah tiba masa dia harus memiliki lesen mendayung sampan pula...~









22 comments:

  1. AA- Bungul orang tu, memalukan diri sendiri dan keluarga. Warek betul bergaduh tengah jalan.

    ReplyDelete
  2. ikan bakar cenggitu bagus jugak untuk diet. ok, nak mintak mak buat! heheh~

    *mcm biasa, saya dgr jugak hotfm pagi tadi. huhu~

    ReplyDelete
  3. huhuhuhu....menarik entri kali nih. senyum tersimpul2. sebab mata saya selalu melilau kalau tengok perempuan cantekk....adusssss (wife ada masuk baca tak entri kak azie nih) huhuhuhuhuuhhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Waaaaaa bukan mudah nak jumpa drama siaran langsung macam tu. Hanya terfikir...

    "Kalaulah berlaku kemalangan maut semasa adegam geram geraman sakit hati ke bagai, bagaimana nanti kepada yang masih hidup?" Bukankah penyesalah seumur hidup, ataukah sebenarnya...itu yang dia doa?

    Nauzubillah. Mengapa Kita tak tahu untuk hargai orang yang kita sayang selagi mereka masih ada di depan mata? Kenapa nak tunggu menyesal bila mereka dah tak ada?

    Pelik sungguh ----> Errrr kenapa pulak aku yang tetiba emo ni? Ampunnnnnn Tuan Tanah!

    ReplyDelete
  5. Macam2 perangai manusia... Pelik tetapi benar

    ReplyDelete
  6. huhu mcm2 ragam manusia kan kak..
    tak elok la tunjuk dekat khalayak gitu..satu lg keselamatan yg penting..

    lapo lak tgk makanan2 tuu..hehehe

    ReplyDelete
  7. huhu mcm2 ragam manusia kan kak..
    tak elok la tunjuk dekat khalayak gitu..satu lg keselamatan yg penting..

    lapo lak tgk makanan2 tuu..hehehe

    ReplyDelete
  8. x salah nak melihat kecantikan..kehenseman ciptaan yg Maha Esa...:)
    jgn lebih2 sudah...

    ReplyDelete
  9. Bodoh pasangan tu... Nak tengok orang lain depan pasanan dia... aharks...!

    ReplyDelete
  10. macam perangai...tak malu ke?...

    banyaknya kak AA buat karipap?

    ReplyDelete
  11. RED RAMBUTAN:
    Memang bungul dan tungul. :)



    GADISBUNGA:
    Cencaru tu memang hukumnya bakor jer adik oiiii...



    EELOBOR:
    Senyum simpul lah duhai lelaki. Dah ada mata, tengok jer lah, kan?

    ReplyDelete
  12. ANYSS:
    Salam.
    Memang tak terduga bleh lak Kak Azie terjumpa scene mengejut camtu. Berdebar sebab takutkan si pemandu akan bawak kereta gila-gila dan sengaja libatkan diri dalam kemalangan. Aduh.
    Memang ikut hati betul.



    CIKGU NORMAH:
    Selagi kita ini bernama manusia... kan?

    ReplyDelete
  13. KALAMHATI:
    Bila dah emosi marah menguasai, manusia lupa dia berada di mana, wpun khalayak ramai.

    Lapo eh? Jom makan.



    MUNGELILY:
    Yup. Yang lebih-lebih tu lah yang patut kena tumbuk, kan? hehehe



    NAJWA AIMAN:
    Betul Bro. Betul. Hehehehehe

    ReplyDelete
  14. MUNNA:
    Orang kalu dah marah, ilang malunya.

    Saya buat untuk hantar kat gerai nasi lemak Mak Mertua saya. Buat frozen utk 2 hari. Pastu ulang buat lagi utk stok hari lagi...

    ReplyDelete
  15. assalam azieazah
    risau juga kalau berlanjutan ke adegan yang lebih cedera parah...maklum sahaja musim panas ni...

    ReplyDelete
  16. gaduh dalam kereta adalah kerja gila~hoih~

    *apsal makcik tak rakam?he~~

    ReplyDelete
  17. kak azie...
    kl depan mata sy???tak tau laaa...eh kak, karipap tu sgt cute...10biji mesti tak cukup...hahhaha....ikan tu mak sy pun selalu bakar...sgt tahan lama itu tempat bakar punya maaa....

    ReplyDelete
  18. Kalau nak bergaduh pun pergilah parking kereta kat mana2 dulu lepas tu bergomollah.

    ReplyDelete
  19. adoi... takutnya... itu boleh buat orang lain pun turut melihat dah lalai di jalan raya! yelah asyik dok tengok dema...
    entah apa yang jadi kat diorang tu kan!

    hmmm... sedapnya tengok makanan tu! kita sedang lapo... ;p

    ReplyDelete
  20. Itu bukan gaduh tu...tapi perang. hehe...


    Nak tart...

    ReplyDelete
  21. Salam AZANI:
    Sila masuk. Terimakasih.
    Memang berdebar hati saya, kalau-kalau berlaku kemalangan.



    BUJAL X:
    Kerja paling gila, kan?
    tak sempat nak rakam. Hp cuma ada lubang suara.



    AZIAN:
    Karipap cute tu ikut acuan tuan yang buat. hahahaha

    ReplyDelete
  22. KAK ZAITUN:
    Kalu bergomol kat parking, lagi ramai penonton, kan? heheheh



    KELLA:
    Betul. Kalu yg bergaduh saja yang kena takper juga lah. Tapi kalu melibatkan orang lain yang takda kena mengena, kan ke malang.



    CKLAH:
    Perang dunia ke berapa agaknya, kan?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails