Wednesday, May 18, 2011

NUR KASIH the Movie: Bila Hati Sudah Kasih...

Salam
18-05-2011


Esok pasti ramai para peminat filem tanahair berpusu-pusu nak jadi orang terawal menonton filem yang menjadi fenomena dulu. Semasa ditayangkan sebagai siri drama setiap petang, amboiiii.. sambutan!

Aku sering terlepas beberapa episod tetapi apabila diulang tayang sepanjang sahur di bulan Ramadhan tahun lalu, nampaknya semua episod berjaya ditonton.

Memang teringin juga nak tengok, teruja nak lihat kesudahan kisah kasihsayang abang kepada adik, kasihsayang keluarga yang begitu teguh, juga cinta sejati antara Nor dan Adam, dan juga bagaimana Aidil membina keluarganya...

Tapi untuk ke panggung tidak termasuk dalam agenda di diari. Haruslah langgan di Astro First saja nanti.

Nur Kasih The Movie diterbitkan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn Bhd, dan Juita Viden Sdn Bhd.

Bakal bersaing sambutan dengan filem Pirates of the Carribean...

Sesiapa yang bakal menonton esok di hari pertama tayangan, sila kongsi pendapat masing-masing yaaa...

*Tadi siang di stesen radio “panas” ada segmen khas yang memberi ruang pendengar memberikan pendapat apa yang mereka suka dari filem tersebut.

Kelakar bila ada yang sebut, Adam sangat hot and seksi. Ada pula yang sebut, “mak saya suruh saya cari isteri macam Nor Aminah.”

Lagi sorang wanita pula kata, “I tak minat 4x4, tapi tengok jer keta yang Adam guna tu, terus I jadi minat pada 4X4!”

Malah yang mengaku bersaudara dengan krew drama tu pun ada. Malah ada seorang caller pompuan bagitau, dia sanggup pergi ke Tg Karang, semata-mata nak tengok rumah kampung Adam. Sampai 2x dia pergi dan ambik gambar rumah itu!

Penangan betul...!

**di TV3 sekarang, ditayang segmen khas mengenai Nur Kasih, juga ditayang sesi tour filem ini dan juga beberapa bisnes yang mengikut filem ini terutama sekali Tudung Nur Kasih by Ariani.

Harap-harap filem ini berjaya mendapat kutipan besar dan luar biasa!

SELINGAN:

Cenderahati dari salah seorang my manager yang baru balik dari percutian ke Langkawi. Thanks.

Tapi kesian, sampai saja rumah kira-kira jam 5 pagi dari bercuti, rumah dia kena pecah. Semua cash dan barang kemas lesap. Dia juga lupa pasang lampu di porch, so gelap beberapa hari. Rumah dimasuki ikut tingkap.

Peringatan juga buat kita, kalu nak pergi bercuti ke mana-mana, pastikan jiran diberitahu, lampu porch terpasang atau jika boleh, set alarm untuk lampu dalam rumah yang boleh menyala mengikut masa yang kita set.


~...anak dara Pak Imam sudah meroyan macam orang gila talak bila HISYAM tidak menyambut cinta melulunya, lalu SERI BULAN sekali lagi menjadi mangsa tohmahan di kedai kopi Bonah Janda sehingga dia terasa bau kopi pun seperti mengejeknya...~









26 comments:

  1. malam nie kita tonton si tiz zakyah di tv 3 ya.. jam 11 malam..

    peeh!!!
    mmg besor gile penangan nur kaseh

    ReplyDelete
  2. sedih pulak cerita ni tayang tengah bulan..duit tarak..hahhaha

    http://ayieslife.com

    ReplyDelete
  3. saya tgk tadi kak! saya tgk!!!

    kat wayang saya nak tgk gak! bestnyer!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Jommm terjah panggung!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.
    Tak salah menonton filem yang boleh mendatangkan kebaikan kepada diri dan ummah.
    Semoga diambil segala yang baik dan dijauhi segala yang kurang elok.

    Selamat menonton.
    TQ

    ReplyDelete
  6. AYU:
    Kita harap filem ini akan memberikan impak positif kepada seluruh rakyat Malaysia.!



    AYIE:
    Nanti tunggu gaji, boleh la pegi tengok... Taknak belanja saya? :)

    ReplyDelete
  7. GADISBUNGA:
    Amboiii dia dapat dulu. Dapat yang preview tu ek?


    ANYSS:
    Salam.
    Jommm.. panggung dalam rumah sendiri jer.


    ADMIN P@P:
    Setuju, setiap filem ada mesejnya yang tersendiri. Kita seharusnya melihat sudut positif untuk dicontohi.
    terimakasih cikgu.

    ReplyDelete
  8. memang fenomena crita nih, budak2 opis pun duk bercakap. tapi saya tak berapa layan sket crita2 nih... asyik fb & blog jer manjang. huhuhu

    ReplyDelete
  9. insyaAllah nak pgi tengok ngan cinta, kami sama2 suka cite khabir bhatia ni. dia punya angle gambar & scene seme cantik2 kan, kelas & mavelos!

    ReplyDelete
  10. jom layan Tiz Zaqyah kat tv3 :) dengar khabar takkan masuk Astro First. Tunggu dan lihat je la nanti..hehe

    ReplyDelete
  11. Ate tak brapa minat tgk citer baik di pilem mau di tb. Tapi Ibunda Ate pasti menanti kehadiran Nur Kasih di Astro. Ibunda Peminat tegar..sanggup tak berjalan di Langkawi masa episod akhir Nov 2009 dulu.

    ReplyDelete
  12. munna mmg tak tgk drama citer ni kat tv... jadi mcm x teruja sgt..lagipun sini takde panggung wayang pun

    ReplyDelete
  13. Aslmkm.
    Hmmm. Lama juga Kak G tak ke sini. Kebelakangan ini Kak G struggle juga nak membalas semua kunjungan ke laman Kak G. Kekadang bertindih hari, baru dapat dilakukan.

    Mungkin diusia Kak G ni sudah tidak begitu teruja dengan banyak perkara. Kalau ada ditayangkan di TV & Kak G juga berkesempatan, insya Allah Kak G tonton la. :)
    Kasihan dengan korban kecurian.
    Tapi sukar juga dibicara. Ada semua pun, si pencuri masih berjaya juga mendapat korban.
    Jika terjadi, kira sudah bukan rezeki kita lagi. Insya Allah ada rezeki lain yang lebih baik nanti.

    ReplyDelete
  14. EELOBOR:
    Filem ini kisah keluarga, kasihsayang keluarga, sesuai untuk semua lapisan.


    KHAIRUL HAKIMIN:
    Bagi saya, filem beliau sangat “lembut”...


    NORASHIKIN:
    Mungkin mereka nak jaga prestij/kutipan di panggung sebelum lepas ke Astro. Kalu masuk Astri First pun mungkin lambat...

    ReplyDelete
  15. ANN HUDA:
    Ramai juga yang bukan peminat filem Melayu tiba-tiba teruja nak tengok filem ini. Selera masing-masing.



    MUNNA:
    Kak Azie pun kalu nak tengok, mungkin tengok kat rumah saja.



    Salam DRFAUZIAH:
    Terimakasih, masih sempat masuk mengomen.
    Betul, saya pun sebut pada kawan saya, ada hikmah di sebalik kes kecurian itu.

    ReplyDelete
  16. Kakcik nak tunggu DVD dia keluar! :)

    ReplyDelete
  17. nape ya.. masa nak tulis ni.. ada bau wangi semacam je kat sekeliling che mid.. ada roh seseorang tengah jenguk kita ke? sori lari dari tajuk..

    ReplyDelete
  18. cerita2 melayu ni tunggu
    kuar astro first jek..hehe

    ReplyDelete
  19. suka dlu pun kerap missed jugak beberapa episod. ni utk filem pulak, rasanya tak kot. nanti raya mesti ada siar kt tv kan. hahahaha

    ReplyDelete
  20. akak,

    EE dah mintak kat en suami langan Astro First utk filem ni... bleh plak dia kata.. buang duit je nengok cite tu.. hadoii.. sedih btoi... :(

    ReplyDelete
  21. betul..masa time sahur tahun lepas, asyik dok tayang cerita ni aja..haha...

    ReplyDelete
  22. KAKCIK:
    Ya.. tunggu DVD jugak.


    CHE MID:
    Ahaaaa.... ada ler yang lalu kot belakang tuuuu..


    ATI:
    Dengar kata, NURKASIH tak akan masuk Asro First.

    ReplyDelete
  23. GC:
    Yerrr.. raya harus ada tayang nanti tu, kan?


    EJA:
    Kalu setakat 2 orang nak tengok, elok beli DVD jer. Jimat.


    DADDY ZIYYAD:
    Ye, sambil samu selera, juga jamu mata.

    ReplyDelete
  24. kak...
    best sgt ke citer ni???cer cite cer cite...lampu alarm meh???umah felda je kak...hehhehe...tapi baru2 ni kat area sini ade perompak kene tembak polis taw....org indon pun yg merompaknya...takut yan!!!baris umah kami ni pun pernah kene sampai abis umah jd bersih...dgn kapet2 sekali dia hangkat!!!

    kl la jiran sy akak.....


    hehehhehe...

    ReplyDelete
  25. kawan saya cakap memang kena bawak tisu banyak banyak sebab sedih.. saya pun lum tengok lagi

    ReplyDelete
  26. AZIAN:
    Sekarang ni, kalu nak jadi mangsa rompak bukan kira kampung ke bandar. Orang kalu dah terdesak, bukan dikira. Yang penting kita kena hati-hati.



    CIK SU:
    Sorang kawan Kak Azie pula kata, ending cerita tu tak berapa best laa.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails