11-05-2011
*Salam takziah buat seluruh ahli keluarga blogger KAKCIK SEROJA, atas pemergian ayahandanya, semalam.
Aku baru sampai depan ofis, bila terdengar bunyi call dari dlm beg. Ada 2 ‘missed call’.
Aku call balik, dan tanya. “Mak, Iwan kena langgar lari!” Terperanjat aku. Mujur dia kata, dia boleh berjalan kaki balik ke rumah dan itu memberitahu aku yang dia tidak parah.
Naik ke ofis, inform my manager dan aku bergerak balik. Rupanya, tangan luka, nampak isi dan lutut terkoyak. Dia sedang berjalan kaki ke sekolah dengan beberapa orang kawan bila tiba-tiba motor meluru laju dan “tersentuh” dia. Kalu betul-betul langgar, aku rasa kecederaan itu pasti lebih lagi.
Aku baru sampai depan ofis, bila terdengar bunyi call dari dlm beg. Ada 2 ‘missed call’.
Aku call balik, dan tanya. “Mak, Iwan kena langgar lari!” Terperanjat aku. Mujur dia kata, dia boleh berjalan kaki balik ke rumah dan itu memberitahu aku yang dia tidak parah.
Naik ke ofis, inform my manager dan aku bergerak balik. Rupanya, tangan luka, nampak isi dan lutut terkoyak. Dia sedang berjalan kaki ke sekolah dengan beberapa orang kawan bila tiba-tiba motor meluru laju dan “tersentuh” dia. Kalu betul-betul langgar, aku rasa kecederaan itu pasti lebih lagi.
Selesai di klinik, aku kembali ke tempat kerja. Nak buat report pun, berkira-kira sebab apa yang hendak diceritakan dalam statement? Sungguh malang bila kes-kes sebegini terjadi, kita tidak ada maklumat tepat. Nombor plate motor tidak sempat diambil, wajah pemandu tidak sempat dicam, hanya warna motor (hitam). Selain itu? Apa yang boleh dijadikan bahan siasatan? Malangnya.
Kejadian berlaku di lintasan lampu isyarat (paling popular) di Pandan Jaya, berdepan dengan gerai buah (gerai durian).
Tapi, apa boleh buat. Benda dah nak jadi, redha...
****
Kira-kira jam 2.03 petang, KAKCIK SEROJA call. Menangis dan hanya ayat ini, “Ayah Kakcik dah takda.”
Tak sempat pun aku nak jawab, putus. Innalillah...
Sudah sampai masanya. Relakan pemergiannya. Redha dengan ketentuan NYA.
Aku sms beberapa orang kenalan yang aku tahu nombor dan semoga berita disampaikan pula melalui blog. Moga sama-sama mendoakan.
Baru saja pagi semalam, aku memberikan komen ini:
Tak sempat pun aku nak jawab, putus. Innalillah...
Sudah sampai masanya. Relakan pemergiannya. Redha dengan ketentuan NYA.
Aku sms beberapa orang kenalan yang aku tahu nombor dan semoga berita disampaikan pula melalui blog. Moga sama-sama mendoakan.
Baru saja pagi semalam, aku memberikan komen ini:
Di blog AYU Citarasa Rinduan.
Memang aku sendiri ingin juga menulis sesuatu tentang adik Kak Cik. Kerana kesnya hampir serupa benar dengan apa yang kami sekeluarga lalui.
Tapi bila kematian menjadi jawapan kepada sebuah penantian, aku tidak pasti samada erti tulisan itu nanti memberi makna atau tidak. Lalu tunggulah andai aku menulis tentang itu, tentulah dengan hasrat yang besar walaupun sudah kurang maknanya...
Singgah sebentar menziarah di rumah Kakcik selepas kerja semalam, ternyata jenazah sudah dibawa ke masjid. Dan aku bertemu Kak Cik dan seluruh ahli keluarganya di Masjid Al-Adzim, Kg Pandan. Jenazah sedang dimandikan. (meminjamkan bahu untuk melepaskan sesak di dada dalam pelukan kemas bukan susah, kesedihan bukan untuk ditambah, tapi untuk dilegakan)
Sepatah kata Abg Mus, suami Kakcik, “Mujur ada cucu yang kendalikan.” — ALONG anak sulung Kakcik adalah salah seorang Imam di Masjid Al-Adzim.
Maaf Kak Cik, tidak upaya nak ikut sehingga ke kubur sebab kena balik segera.
Sekali lagi, takziah buat seluruh ahli keluarga Kakcik Seroja. Moga tabah dan bersabar.
*“Habuan” seseorang tidak sama. Berbanding aku yang tidak langsung sempat mengadap walaupun kali akhir, semasa arwah AYAH pergi dahulu. Malah, aku sampai ketika sudah pun dikebumikan. Aku redha...
salam takziah dr sy utk kak chik sekeluarga
ReplyDeletesebak sy membaca entry ni
moga anak akak juga cepat sembuhnya :-)
al fatihah utk arwah
Al-Fatihah....
ReplyDeleteSalam takziah buat kakcik sekeluarga.
Kat situ memang selalu sangat berlaku kemalangan akak. Saya pernah duduk area situ dulu, rumah teres hujung dekat loji belakang shell & bhp
Kakak pun dah sms kakcik mungkin itu lebih baik dari ia terlantar lama menderita.
ReplyDeleteMoga ayah kakcik dirahmati Allah dan keluarga kakcik diberi ketabahan dan redha atas pemergiannya.
Al-Fatihah...
saya pegi umah kakcik semalam dgn acu. nampak keredhaan seorang anak di wajahnya..
ReplyDeletesalam takziah buat kakcik~~
ReplyDeletesalam takziah sangat2 buat kakcik sekeluarga. Saat seperti inilah membuatkan rakan blogger terasa seperti sahabat di alam nyata. Kalau ku tahu di mana, ingin ku kunjung dan ku peluk dia..
ReplyDeleteharap2 kakcik tabah. salam takziah.
ReplyDeleteharap luka anak akak cepat baik. kurang asam sungguh si tukang langgar lari itu.
ReplyDeleteAlfatihah & salam takziah untuk kakcik sekeluarga.
kata kakcik.."rasa sakit hati melebihi rasa sedih"
ReplyDeletesempat la tengok isteri & anak2 adik kakcik tu...sian tengok diaorang
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDariNya kita datang, KepadaNya jua kita kembali. Alfatihah. Semoga roh arwah ayah kakcik ditempatkn bersama para kekasihNya.
Terima kasih juga kepada AA yang sms tentang berita sedih ini Semalam.
Takziah kepada AA dengan kemalangan yang menimpa anak bujang tu, walaupun nampak macam kecik, namun boleh fobia tu. Kawasan Pandan memang terkenal dengan sesak...
Salam kak azie,
ReplyDeletesemoga anak akak cepat sembuh!
bawak motor sampai tak ingat dunia, tak tengok org kiri kanan.
ReplyDeletesalam takziah juga utk kakcik sekeluarga
Semoga anak azie cepat sembuh.
ReplyDeleteAl-Fatihah...dan takziah buat kakchik sekeluarga.
salam takziah buat keluarga kakcik
ReplyDeleteSALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA KAKCHIK...
ReplyDeleteSEMOGA ANAK KAK AA CEPAT SEMBUH YE
jadi iktibar kisah tu pada diri kita sendiri..sayangilah ibu bapa dan berbakti pada mereka selagi kita hidup..
ReplyDeletesalam takziah buat kakcik & family. al-fatihah...
ReplyDeletemalang tidak berbau..mudah-mudahan anak kak azie cepat sembuh...
takziah buat kakcik sekeluarga...sy pun tak sempat nak buat entry utk adiknya kak...
ReplyDelete