Wednesday, May 25, 2011

Menulis di Blog: Adakah Kita Rasa Tertipu...?

Salam
24-05-2011
Selepas selesai makan Nasi Goreng Sendirik...


Aku sering terbaca beberapa petikan di entri yang berlabel luahan hati, tentang perasaan penulis blog yang terasa kecewa bila niat menulis disalahertikan. Kadang-kala tulisan kita disalah tafsirkan oleh pembaca. Dan kemuncaknya, kita menerima komen-komen pedih dan pedas samada dari blogger bernama atau tidak bernama (anonymous).

Ada yang sempat memadam, ada yang langsung tidak approve tetapi ada juga yang sengaja membiarkan saja (yang ini tak ramai). Kerana mengambil kira nama baik mungkin terjejas, reputasi mungkin tercalar, aku yakin masing-masing mempunyai alasan tersendiri.

Tidak ramai yang berani melepaskan komen sebegitu. Bukan kerana takut atau marah, tetapi tidak mahu mengocakkan suasana atau menimbulkan pertanyaan pula kepada pembaca lain yang “tidak tahu apa-apa”. Kan?

Aku tumpang simpati bila membaca beberapa luahan hati mereka. Samada itu benar atau tidak benar, bukan hak kita untuk bertanya atau mengambil tahu. Sekadar membaca, mengikut penilaian waras tersendiri memadai kemudian melupakan dan mengharapkan segalanya baik-baik sahaja.

Aku tidak terkecuali menerima sekali dua komen-komen yang sarcastic, sedikit pedas tetapi malas nak pot. Bukanlah tidak terasa hati kerana apa yang dikomen itu jauh tersasar dari perkara sebenar, menyimpang jauh dari niat sebenar, tapi untuk berbalah hanya membuang masa. Untuk menerangkan perkara sebenarnya pun, sebenarnya “buang karan”. Kita ni manusia biasa...

Sehinggalah terbaca ini:

“Aku rasa kesian pada pengomennya kerana terang-terang tertipu oleh gaya bahasa yang menggambarkan kononnya di alam maya ini dia seorang yang baik hati dan berhemah, mulia hati...”

Statement di atas bukan komen tapi dari sebuah entri khas yang ditulis begitu emosi.

Bak kata Upin & Ipin: “Kesian! Kesian! Kesian!”

Terbayang babak semasa Bujang Lapuk pegi screen test nak jadi pelakun di Jalan Ampas.

Kata Ramlee: “Wahhh sikit punya marah dia tu!” Syhhhhhhhh!


Hahahahahaha! > gelak kerana tengok Ahmad Nisfu pakai bedak banyak-banyak.

*Buat masa ini, aku masih mengekal setting komen “tanpa verification” dan juga tanpa perlu approval. Semuanya lepas tanpa sekatan, kecuali anonymous memang tiada peluang.

Jika diri sendiri yang memulakan sengketa, jangan marah pada pokok yang robek, jangan marah pada rumput yang mengejek...


~...setiap kali ditegur pedih oleh HISYAM kerana tersilap menyusun kerusi, SERI BULAN pernah juga terasa seperti hendak melempar kerusi meja ke parit tinggal yang penuh telipuk berkembang...~












48 comments:

  1. bg saya kak..saya xkisah jika org nak kata begitu..

    jika kita tak tunjukkan diri kita baik dan ada nilai2 murni kepada org lain untuk dihormati..siapa lagi kan kak?

    takkan kita sibuk nak canang ke donia maya bhw kita org jahat??peliklah kalu ada org fikir gini..
    tu ttg komen yg akak tunjuk tu..heheh

    bab2 mengomen lain yg mengutuk ke hape tu by cik anon..jika komen dia tak mencarut..membina..kita bole amik yg +ve..jika suda sampai tahap mencarut..xde fekdah nk layan..mcm akak royak la..bue karen jah..wat nyemok otok nok pikir...

    ReplyDelete
  2. Bagi saya,jika jujur berblogging, akan taw part mana yang boleh letak lam belog and part mana tak boleh share ngan "fan" kita lam belog.. mata2 "dengki" selalu ada..

    peace Kak Zah! =D

    ReplyDelete
  3. bagi ayu pula...

    walau apapun.. ayu enjoy dengan dunia blogging..
    lagilah jumpa geng satu kepala...


    PS: kak.... dah 2 hari ayu kurang BW.. harap2 jgn ada yang kata, ayu lebihkan satu2 pihak.. walhal.. ayu mmg buzy

    ReplyDelete
  4. MEK SARAH:
    Kita disarankan untuk menulis secara jujur, setidak-tidak kepada diri sendiri. Blog sendiri, takkan nak rosakkan hak milik sendiri, kan?

    Mengambil yang positif, itu suatu ayat yang saya suka.



    SHAHRUL:
    Pekabar? Lama sungguh tidak bertemu di sini. Sori berlori, Kak Azie pun tak sempat nak melawat di sinun.:)
    Betullah, mata dengki memang selalu ada. Takpa, kita jadi mata belalang lah!

    ReplyDelete
  5. AYU:
    Bagi sesiapa yang sudah lama berblogging, mereka sedia maklum dan sudah lali dengan kesibukan insan-insan blogger lain. No issue!
    Jaga kesihatan, ok.

    ReplyDelete
  6. Saya berblog untuk legakan otak yang dah penat seharian.
    Saya pakai prinsip:
    BLOG SAYA,SAYA PUNYA SUKA NAK CAKAP APA..(jgn sentuh perkara2 yg boleh di saman dah...)
    Tak gitu?
    Its hard to please every one all the time...kan?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Nape entri ni lebih kurang sama dengan entri yang dah saya set untuk Jumaat ni?

    Errrrr tak ciplak akak punya tau hu hu hu hu ----> maknanya, hati kita sama ;)

    Paling nyampah kalau ada orang yang prasan hanya dia je yang baik di dunia ni, orang lain serba serbi tak kena hu hu hu

    ReplyDelete
  8. HANI:
    Setiap kita bebas menulis selagi tidak menyalahi undang2 tertentu. Tentulah blog yang mencarut akan kena pancung!
    Benar, kita tidak boleh menepati kehendak ramai. Terpulang lah pada penilaian depa, kan?



    ANYSS:
    Salam.
    Itu tandanya kita ni ada aura yang kuat. Sebenarnya aura rindu tuuuu.. hehehehe
    Takpa, MokYang tunggu juga entri versi Anyss!
    Sama tak serupa...

    ReplyDelete
  9. ANYSS:
    Ayat akhir tu > sama ler.
    Kak Azie menyampah bila ada orang menulis melambung-lambung over acting macam dia sorang saja yang terbaik tapi dalam masa yg sama kondem orang lain. alahaiii... perasan sensorang tu bleh lagi kita terima.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.
    Pada saya kalau nak komen/berkongsi, biarlah positif dan elakkan yang boleh meninggung rasa penulis.

    Kalau tak suka dengan tulisan tersebut, abaikan sahaja tanpa perlu komen.

    Komen itu perkongsian.

    TQ

    ReplyDelete
  11. memang mustahil nak buat semua org setuju dan suka kn kita ..hmm

    ReplyDelete
  12. Salam CIKGU:
    Betul. Tiada siapa akan pertikai bila kita selalu positif dan menulis positif, kecuali orang itu memang tak suka positif.
    Sekali sekala memang akan terjumpa komen yang negatif.



    MUNIRAH:
    Betul tu. Lain orang lain perangai dan lain penerimaan.

    ReplyDelete
  13. bila kita menulis blog hanya kita yang tahu apa yang kita tulis itu benar atau tidak...jadi tidak perlu la kita nak ambil hati, sekadar bacaan dan berkongsi

    ReplyDelete
  14. kak, saya pernah diperlaku begitu, Siap buat entry khas di blognya, dan dikata macam-macam.
    Apelah ada org macam ni, yang pada saya mahu menjatuhkan kita - padahal dia sebenarnya sangat mengambil 'pot' tentang apa yg kita tulis, apa yg kita buat.
    bukankah psycho namanya ;)

    ReplyDelete
  15. Blog aku... sukati akulah apa yang aku nak tulis... kan? Kan? Kan? Kalau suka, baca. Tak suka, blah... kan? Kan? Kan?

    Errr... ada bunyi marah tak? Ekekekkekekke......

    ReplyDelete
  16. err saya ada tersalah komen ke kak..kalau ada mintak maaf kak..


    emm klau di fikirkan..semua tu normal kan kak.. ada yang suka.. ada yang tak suka... ada yang ok dan ada yang tak..

    so kita kena pandai terima dan cerna semua tu menjadi satu pengalaman dan semangat bagi menempuh hari mendatang...

    err komen ni tersasar tak kak?
    :)

    ReplyDelete
  17. Tidak kira di blog mahupun status di Fesbok, jika dalam keadaan marah, sedih, gembira mahupun cemburu harus berhati-hati meluah rasa apatah lagi kalau sedang berpenyakit iri takut dikemudian hari menyesal sendiri.

    ReplyDelete
  18. set kak..

    kita sama...tak beri peluang pada yg tak berani menonjol diri.

    ReplyDelete
  19. Bagi kakcik, kakcik memang bukan seorang yang baik - hidup kakcik juga penuh warna yang sesetengahnya adalah warna yang sama sekali tidak kakcik sukai. Bagaimanapun, sewaktu menulis (dan tulisan itu terbuka ungtuk dibaca oleh sesiapa sahaja) kakcik cuba untuk menulis yang baik (bukan untuk menonjolkan kononnya kakcik ini seorang yang baik) - sekurang2nya tidak memalukan anak2 kandung dan adik2 kandung yang membaca tulisan kakcik.

    Tapi itulah, apapun niat kita - takkan sama dengan penerimaan orang lain. Sama juga macam buat kenduri - elok atau tidak, orang akan berkata juga! Redho je la... :)

    ReplyDelete
  20. emm...karangan terbaik dari kak azie. bukan sedikit tapi banyak yang boleh di ambil pakai nih. hampi betul keseluruhannya kecuali pada ayat "Ahmad Nisfu pakai bedak banyak" masih di ulang baca sebab tak paham2 lagi.

    ReplyDelete
  21. Menulis blog dengan Jujur dan Ikhlas.. Kalau orang nak bagi pandangan atau teguran yang baik kita terima..

    Kalau salah.. Insya Allah akan cuba diperbaiki..

    Entri Terkini Di Blog Saya:
    Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda??
    Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

    ReplyDelete
  22. Salam,
    Bercakap dalam blog tak serupa macam cakap live. Nada dan suara yang kita tulis kadang-kadang dibaca dengan nada dan suara yang tak sama. justeru membawa makna yang lain. Kita hanya berjumpa di alam maya. Apa yang ditulis itulah yang menjadi tanggapan kita.
    Sebaiknya, jangan menulis perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah diri sendiri seperti mengumpat orang lain, bercerita seolah-olah kita yang hebat dan si anu itu tidak, mencoret pergolakan rumah tangga sekiranya ada walaupun sepatutnya itu rahsia peribadi. Biarlah yang terlalu peribadi itu menjadi milik kita.

    Pokoknya, menulislah dengan cara berhemah.

    ReplyDelete
  23. maaf azie. komen di atas bukan ditujukan pada azie tetapi pada kita semua bloggers.

    ReplyDelete
  24. Azie - sori I tak terfolo yr daili entris... tak sempat.. si deeja dah makin aktif.. dah berani panjat meja nak menaip blog juga..

    Bagi che mid, setiap apa yang ditulis sedikit sebanyak mengizinkan pembaca mengenali diri tuan punya blog, apa tah lagi jika difollow selalu..jadi kita tidak boleh melatah sebarangan..

    hi hi.. nak tumpang komen entri sebelum ni.. che mid bercinta dan berkahwin dengan bos sendiri.. tapi kami buat keputusan untuk berhenti dari company tu sebelum kawin utk mengelakkan masalah..
    ha ha hasben kata," masa interview tu I dah terpikat.. u je tak perasan.. camno?

    ReplyDelete
  25. ke mana-mana pun kita pergi, pasti ada 2 jenis manusia yg kita akan jumpa. yg suka dgn apa kita buat, dan yg tak suka. itu lumrah. sebenarnya bila berjumpa dgn mereka yg tak suka apa kita buat, itu satu pengajaran buat kita. belajar dari itu dan insyaAllah bertambahlah pengalaman kita.

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah saya belum pernah dapat komen macamtu~~

    ReplyDelete
  27. bagi saya, tak elok menulis masa hati tengah emosi- tulis blog atau tulis komen

    ReplyDelete
  28. terpulang apa orang nak komen, yg baik, yg buruk.

    ReplyDelete
  29. setakat ni munna mmg happy berblog..dan belum lagi menerima komen yg kurang menyenangkan....

    ReplyDelete
  30. itulah pahit manis dunia blogging. hakikat yang tak boleh ditepis -- bukan semua orang suka dengan apa yang kita tulis, apa yang kita papar dan apa yang kita capai.

    nak elakkan sengketa, abaikan saja.

    kritikan, kutukan, tak puas hati dsb nya ada di mana2..sabo aje lah.

    ReplyDelete
  31. aku nak menumpang sedih, terasa pulak terasing kalo orang lansung tak komen

    ReplyDelete
  32. alahhh lantak diorang la kak... macam depa baguih sangat... nak kondem org... diri sendiri macam bagus..... sabaq je la....

    ReplyDelete
  33. sedih jugak bila apa yg kita tulis disalahertikan, huhu

    ReplyDelete
  34. kak azie...

    sy suka baca cerita akak...
    yg lawak lagi suka...

    mmg nampak keihklasana akak....

    i like byk kalikkk...heheheh

    ReplyDelete
  35. pada i blog ni kira luahan hati. org nak baca, baca, tak suka jangan baca. senang. tapi kalau blog yang menghina agama bangsa tu mmg i nak mengata.

    ReplyDelete
  36. MAMAI:
    Sekali sekala mungkin kita boleh kata tidak mahu ambil hati. Tapi kalu dah selalu sangat?



    NAJWA:
    Kak Azie pernah terbaca NAJWA sebut secara berkias isu itu. Biasanyaorang itu adalah orang yang kenal rapat dengan kita, kan?



    KHAYALKHAYAL:
    Nanti jangan sampai jadi macam JAMBU: “apa pun tak boleh!” hehehehe

    ReplyDelete
  37. SI PARA PARA:
    Jika tidak tersalah, itu bukan manusia namanya.
    Kita sedia memahami orang yang suka dan orang yang tidak suka. Tapi tak semestinya mesti komen secara terangan mengiku emosi, kan?



    ATE:
    Kata orang penyakit hati memang penyakit yang susah nak ubat, kecuali kesedaran. Terimakasih kak, kerana selalu memberikan panduan.

    ReplyDelete
  38. SYA:
    Bagi Kak Azie, orang yang tidak menggunakan sebarang nama, orang itu memang pengecut!


    KAKCIK:
    Kita menulis menurut kata hati, cuba mengawal bahasa sebaik mungkin, pun tetap tidak dapat mengelak dari menjadi buah mulut orang. Nasib...



    EELOBOR:
    Terbaik tidak semestinya untuk difahami dan juga tidak semestinya disukai rami. hehehehe

    ReplyDelete
  39. ANUAR:
    Betul tu. Menegur pun ada caranya. Tidak pernah orang menerima cara menegur dgn cara yang kasar dan pedih.
    Terimakasih.



    KAKPAH:
    Terimakasih banyak KAKPAH. Saya suka baca pendapat Kak Pah. Saya sendiri ada kala terbabas juga. Insyaallah cuba memperbaiki tulisan saya.
    Tidak Kak, saya tidak terasa. Terimakasih ya.

    ReplyDelete
  40. CHE MID:
    Betullah, jangan cepat melatah. Nanti tak pasal-pasal tetiba jer kena delete posting sendiri! hahahaha

    Wahhhh... bestnya bercinta dengan bos sendiri. Mesti sedikit sebanyak pasti ada keistimewaan, kan? amboiii jatuh chenta pandang pertama? waduhhhh



    GADISBUNGA:
    Benar, kita patut berterimakasih kepada mereka kan? Sebab kita masih berpeluang memperbaiki diri kita.



    BUJAL X:
    Orang tak berani tulis tapi tetap berani mengata. hahahaha!

    ReplyDelete
  41. KUCING OREN GEMOK:
    Menulis emosi sedih untuk meluah perasaan sendiri, ok la kan?



    GC:
    Kita juga patut buka mata, buka hati dengan terbuka menerima sebarang komen, kan?



    MUNNA:
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  42. SITI MURNI:
    Lebih baik tumpu pada rakan-rakan yang sekepala.



    PANGLIMA MUDA:
    Tak komen bukan makna orang tak baca, bang.



    ALIMAZ:
    Manusia perasan memang macam tu. hahahaha

    ReplyDelete
  43. DINAS:
    Bila timbul salah faham tu yang payah kita nak hurai tu.



    AZIAN:
    Amboiii... melambung lambung pujian ni yang seriau nih. Nanti ada orang cebik tauuu...



    YAN:
    Kita permudahkan apa yang sedia simple. Hidup kena ceria, kan?

    ReplyDelete
  44. cakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..!!!!
    hahahahaaa chiiillllllllll ler mak... den nak enterprem jap

    ReplyDelete
  45. sbb tu org kata, mata pena lbh tajam drp mata pedang.

    ReplyDelete
  46. saya juga menulis tentang perkara yg berkaitan dengan persekitaran saya, tapi masih cuba berahsia dalam banyak perkara yg melibatkan hal keluarga dan peribadi

    hanya mahu berkongsi cerita pada yg boleh dikongsi saja.... sebab takut dengan anggapan orang lain yg membacanya

    ReplyDelete
  47. ICE:
    Cakkkk!
    Memang tengah chill, sebab tengah pegang cili.
    MAK rindu sama kamu.



    HAMIZAH:
    Setuju. Sampai boleh bunuh orang.


    IBUINTAN:
    Sebagai orang yang mempunyai keluarga dan kerjaya, ada banyak perkara yang kita perlu fikirkan sebelum kita menulis suka hati. Bukan semua perkara dapat dikongsi begitu mudah.

    ReplyDelete
  48. cerita merapu pun org boleh percayakan he he

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails