Wednesday, May 18, 2011

Kenapa Ada Blog yang Terpaksa Dibuang dari Senarai...

Salam
18-05-2011
Rabu moga tidak sendu.





Kenapa ada blog yang terpaksa aku keluarkan? SORI BERLORI.

Kalu nak ikutkan, memang panjang sekali senarai di blog lists sebelah tu. Setiap group semuanya lebih dari 30 sehingga terpaksa tambah satu group lagi. (Setiap nama group tidak membawa sebarang maksud atau “pengkelasan”, sekadar nama semata)

Ada lebih 100 blog (setiap group tidak boleh lebih 40) dan tidak semua dapat dijelajah kerana masa. Ini keadaan biasa.

Yang tidak biasanya ialah, bila ada blog yang saaaaaaangat slow untuk dibuka. Dah ramai dah yang tulis tentang perkara ini. Kali ini aku pula nak tulis. Pendapat peribody seorang AA:

1. Slow kerana header begitu “berat” dan besar.
2. Banyak sangat bling-bling sebagai background laman rumah.
3. Ada lagu-lagu dan video yang harus ditunggu “loading” sebelum screen penuh dapat dilihat.
4. Bila klik ruang komen, pop-up window widget pun ikut sama.
5. Accessories lain.

Keempat-empat tu yang selalu sangat, dan TIDAK pernah menjadi masalah kepada aku pun. Aku buka juga baca, tapi adakala bila internet slow, ditambah kesabaran yang melibang-libu, ada juga yang terpaksa ditinggalkan.


ISU LAIN, ada blog yang terpaksa dibuang terus dari senarai:

1. Bila menulis tentang peribadi orang lain malah ada satu blogger menulis secara perli tentang kehidupan aku dalam bentuk penghinaan. Aku tahu la dia lebih hebat dan kaya. Aku tahu, ramai orang tahu. Semua orang tahu. Hanya orang tak mahu sebut, jadi sebab itulah agaknya dia sebut sendiri.
2. Bila dah lebih 3 bulan tak update, aku terpaksa buang, kerana mungkin blogger tu dah ada blog baru.

Dua sebab tu jer setakat ini. Yang lain, walaupun jarang update, aku tidak akan buang dari senarai tanpa sebab kukuh.

Yang pasti, mereka pernah menjadi teman blogger, pernah masuk mengomen (and vice-versa...), pernah menulis sesuatu yang menarik dan bermanfaat dan pernah memberikan suasana baik sesama blogger.

Untuk kekal berada di atas, rajin-rajinlah update. Jangan jadi macam aku, yang menulis ikut mood.



Betul. Setuju. Sebab komen tak sampai pun 30. Terimakasih ANYSS...

Malam tadi semak Nuffnang (jenoh jugak sebab password lupa, lama tak buka), rupanya aku dah diberikan taraf ini:



Terimakasih...!




Sarapan untuk hari ini.




~...sejak menjadi pemastutin tidak tetap di Kampung Separuh Desa, SERI BULAN tidak lagi kekok untuk mandi berkemban di sungai juga tidak lagi segan berkain batik bersimpuh sila malangnya HISYAM yang tidak betah kerana memegang kuku kambing seperti masih seperti memegang kayu hoki...~


















39 comments:

  1. awak letak blog saya di bawah senarai mana ?

    mungkin elok buat senarai baru .. Warga Emas ! hehe

    ReplyDelete
  2. Jujurnya - tidak semua yang kita baca, dapat kita berikan komen yang membina. Kerana itulah, sekarang kakcik hanya lebih suka berkunjung tanpa berkata walau hanya menggunakan hujung jari. :)

    ReplyDelete
  3. Betul Azie .... CA pun kadang2 ... jaadi cam tu ... terutama .... blog yang banya widget ... , l agu and bila komen nak kena verify dulu ...

    ReplyDelete
  4. saya pom ingin membuat penambahbaikkan blog list saya yg saya rasa belum cecah 100..hehehe

    nk kemas kini agar tersusun mcm akak buat..tapi alasan akak yg akak buang blog tu mmg patutkan..

    saya pom..kalu lama xhadpet..xkira sebulan pom..saya buang..jika depe hapdet blik..saya msuk semula..

    **kak nk tanya..saya dlm list PERPETUA TITLING MT..ape ke maksudnya kak..heheh..saje2 nk tau..llalallalaa

    ReplyDelete
  5. saya pulak kak..

    bila sempat saya singgah dan bila tak, saya hanya singgah pada yang komen aje.


    nak buat camne keja kat ofis dah berlambak, anak kat rumah kecik bersekolah..semua kena pantau.



    *laaaa...tak terima pun sms akak pasal tart tu. Ingatkan belum ada stok. Saya baru oda kat kawan 17 botol minggu lepas. Nanti saya PM no saya sekali lagi.

    ReplyDelete
  6. kekadang aku kena pilih jugak, itu pun kalau mereka rajin jenguk aku. Ada yang aku follow tapi dia orang sombong buat tak tahu........

    ReplyDelete
  7. Salam Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
    Saya tak ingat bang, tapi memang ada. Bila diupdate, pasti akan duduk di tingkat atas. :)
    Warga emas? amboii mahai tuh.


    KAKCIK:
    Bukan semua kejujuran kita dilihat sebagai jujur, malang pula bila kita cuba jujur orang melihat dari sudut pura-pura pula.

    ReplyDelete
  8. CHIK ATT:
    Kita tidak berhak menghalang orang lain membuat apa yang mereka fikir terbaik utk blog mereka dan diri mereka. kan?


    MEK SARAH:
    Soal update atau tidak, setiap kita ada alasan masing-masing. Setiap kita juga berhak hormati cara blogger lain.
    *Makna dia? Nanti Kak Azie citer dalam entri la ya?

    ReplyDelete
  9. AZRINA:
    Betul. Kak Azie pun lebih kurang sama gitu juga.
    Blog sebagai sampingan jangan sampai abaikan rutin priority kita.
    *Takpa. Kak Azie takda masalah. Nanti apa-apa, PM di FB ya.


    PANGLIMA MUDA:
    Yang sombong pada pembacaan kita tidak semestinya sombong pada peribadinya. kan?

    ReplyDelete
  10. sy pun kdg2 rasa bersalah sebab tak melawat blog kawan2. bukan apa, sy berblogging kt tmpt keja. keja kdg2 melambak. nak blogwalking lagi, hmmmm..

    ReplyDelete
  11. GC:
    Betul. Jaga kerja, kalu blogging jer, nanti kantoi. Susah

    ReplyDelete
  12. muncul sekali, hilang patlima kali.... ada dan kita boleh rasa keadaan kawan² yang kita fahami kehidupan mereka.

    itu sudah cukup...

    ReplyDelete
  13. Salam Azie.... 4 yg diatas tu mmg betul sangat... dah la intenet slow wpun guna streamyx 1gb, tp so far kak rose x delisted la, cuma x bukak jer..

    ReplyDelete
  14. KAK KUJIE:
    Ketiadaan dan keberadaan itu memang tidak dapat kita elak sama sekali. Tetapi memahami itu sangat dihargai. Terimakasih.



    KAK ROSE:
    Salam. Sila masuk, terimakasih.
    Masalah internet tu semua orang pasti lalui, dan sedia dimaklumi. Takpa..
    Saya ada "alasan kukuh", jadi jika tidak kukuh, saya pun berat hati nak buang begitu saja.

    ReplyDelete
  15. Salam Hari Rabu yang Menggebu ;). Dlm dunia blogger Ate org baru. Msh blum pandai membagi waktu, sehingga tk dpt nyinggah ke rumah teman selalu.

    ReplyDelete
  16. saya akan buang blog yg asyik sayaaaa je dok pi komen, tapi lepas sebulan, dia singgah pun tak penah. jahat tak? heheh~

    ReplyDelete
  17. aku punya pun dah buat yg paling basic jer..
    jenuh nak tunggu blog sendiri loading..
    tu pun byk application bloger aku tak letak.
    jenuh...
    linkwithin widget jer tu pun dah buat blog aku loading jdi 12 second...
    klu yg paling basic giler pun baru 1.3 or sometimes less than that tuk loading..
    nasib bdn ler sbb blog takde hosting sendiri

    ReplyDelete
  18. err... err...

    EE termasuk dalam senarai yang kak AA cakap tu x??

    ReplyDelete
  19. AA ko jgn reject blog gue...hahaha

    ReplyDelete
  20. blog saya berat tak kak?
    kak, saya pun tgh kemaskini bloglist saya kak, sbb dah cecah lantai...huhu...

    kak, nuffnang kalau dpt status glitterati maksud dia apa kak?

    ReplyDelete
  21. acu selalu jenguk cuma jarang tinggal kan komen...

    ReplyDelete
  22. kadang2 sempat bace jer..nak komen tak sempat maklum la kat opiskan...ade kerja lain yg menunggu...

    ReplyDelete
  23. sama la kita kak amy pun buat senarai baru..

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum,
    Mmmmmm comel jugak ya katak tu bila lepak kat sini ;)

    ReplyDelete
  25. Tak sangka blog cek ada dalam list di sini..terharu..mana tisu..tisuuu..

    ReplyDelete
  26. ANN HUDA:
    Salam. Sila masuk, terimakasih.
    Masa kita untuk blogging sebenarnya tidak banyak. Tapi tetap ada.



    GADISBUNGA:
    Anda memang jaaaahhhhatttt...! Nak kene cubit tak?



    SIDRATUL MUNTAHA:
    Kita masing-masing ada selera. Ada yang hendak cantik tapi terpaksa bersabar untuk loading.

    ReplyDelete
  27. EJAESCOBART:
    Mana bleh reject blog orang kampung!


    CT:
    Eh.. saya suka lagu AFGAN tu.


    NM02:
    So far so good. hehehe

    ReplyDelete
  28. WAHIDA:
    Jujur Kak Azie sebut, blog awak pun slow sedikit. Tapi masih boleh tunggu la.
    Glitterati tu, kata orang, kalu dapat status tu, tak perlu klik iklan pun, setiap kali diview jer, dapat duit. Tak pasti betul tidak.


    SOPHY:
    Terimakasih ACU Darling. :)


    AINNORAINI:
    Teruskan menjaga kerja. Itu lebih penting.

    ReplyDelete
  29. AMY:
    Sekali sekala kita perlukan perubahan. Setidak-tidak untuk diri sendiri.



    ANYSS:
    Salam. Katak jenis apa pun, tetap comel.



    DINAS:
    Ya cikgu. Tetap tersenarai...

    ReplyDelete
  30. Dulu sy penah juga reject satu dua blog yg dah bertahun tk aktif dn ada pembawa virus..terpaksa...la ni follower pun baru sikit so semuanay kekal dlm list..

    ReplyDelete
  31. NYANYISUNYI:
    Saya sentiasa listkan blog IDA, sejak yang dulu, hingga yang sekarang.

    ReplyDelete
  32. @Laman Maya ckLah kini kosong...tanpa widget, iklan dan lain-lain...
    Bloglist pun taka ada. Bukan kerana sombong, tapi semua perkara itu ckLah letak dalam blog lain yang diprivatekan, supaya @Laman Maya ckLah jadi ringan....


    ...dan cara berblog, ckLah macam nilah. Kadang2 rajin...kadang-kadang malas. Dah mak-mak ni kan...Gaya bloging yang tak boleh dicontohi, sbb kalau ikut cara nanti susah nak popular...:D

    ReplyDelete
  33. CKLAH:
    Terimakasih.
    Mujur entri-entri sentiasa memikat hati, kerana latar tanah HITAM sebenarnya bukan blog pilihan orang rabun macam saya. > jujur komen saya, kan?



    EELOBOR:
    InsyaAllah tidak tercicir.

    ReplyDelete
  34. saya suka AA yang jujur dan telus dalam berbicara

    saya ada juga buang beberapa blog yg mengikut juga ciri2 yg Azie senaraikan di atas

    ReplyDelete
  35. IBU INTAN:
    Terimakasih Kak.
    Saya hanya tulis apa yang saya ndak tulis.
    Kadang2 saya rasa kita perlu berterus-terang....

    ReplyDelete
  36. zino keluarkan blog dah lebih setahun tak di update hehe

    ReplyDelete
  37. ZINO:
    Kalu dah setahun, memang sangat lama tu untuk disimpan. Jadi arkib saja lah nampaknya.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails