Sunday, May 1, 2011

Cuti Hari Pekerja bagi orang yang bekerja...

Salam.
01-05-2011.


Selamat Hari Pekerja.

Bila dah diberi cuti tu, manfaatkanlah cuti dengan sebaiknya. Bagi yang kena bekerja pada hari cuti ini (termasuk si tukang tulis ni juga), bekerjalah macam biasa, walau dalam kepala nampak rumah, nampak bantal rasa macam nak balik sambung lena.



Semoga kita terus menjadi seorang pekerja yang bertanggungjawab, bukan sahaja untuk syarikat tetapi lebih kepada diri sendiri dan orang-orang tersayang di sekeliling kita.


Kisah semalam:

ENA, tahun lepas promoter CESB. Pelajar UM, masih buat Master, tapi asyik merungut Thesis tak siap-siap. Terimakasih ENA.


Blogger VIC DIANA, yang sempat singgah bersama suami semalam. Thanks VIC.



Macam dengar ada orang nak belanja makan tengahari, siap tanya semua orang apa nak bungkus. Tapi pastu tak kelih-kelih.

Aku keluar makan dengan seorang kawan lama yang datang dari jauh. Tekak sakit pun belasah Air Tembikai.

Balik dari bertugas jam 9 malam tadi, berkejar dengan LRT pula ke Puduraya, sebab IKA dah sampai dari Seri Iskandar. Cuti semester. Boleh jer kalu dia nak balik sendiri, tapi barang banyak dia kata.

Walaupun barang disimpan di stor, tapi dia bawak balik juga 4 beg baju. Aduhhh... geram aku!


Singgah masuk dinner di KFC, sebab aku yang lapar bukan dia. Hujan pulak tu.

Pastu sangkut dalam jem kat area Pudu sampai sejam setengah! Giler beb! (Malam Jumaat ritu pun aku balik lewat sebab amik stok Tart Nenas. Ada tempahan masuk untuk minggu ini.)

Pagi ini suara langsung macam Itik Serati tak makan roti!

Hari ini hari terakhir Pesta Buku, dan hari terakhir bertugas.

Terimakasih semua.

*Moral of the story (my story): aku kerja sangat gila-gila sepanjang bulan ini, sebab belum ada lagi off day sepanjang April ini. Macam tak percaya jer aku boleh lalui semua keadaan ini dalam keadaan emosi dan tekanan yang sekejap ok sekejap macam tak berapa ok. Syabas dan Tahniah untuk DIRI SENDIRI!



~...HISYAM, selagi dia bernama lelaki dan selagi dia sudi, SERI BULAN tidak akan mungkin mengalah pada amarah dan balah, malah rela terus menyambung bakti di Kampung Separuh Desa walau nanti suatu hari harus pula berhadapan dengan anak dara Pak Imam yang separuh nanar sasaukan lelaki itu...~










20 comments:

  1. Selamat hari pekerja, dan bercuti di hujung minggu

    ReplyDelete
  2. Azie..
    selamat menyambut Hari Pekerja...



    dari orang yg tak bekerja makan gaji... :-)

    ReplyDelete
  3. buat apa kat klcc tak pergi tenguk buku kat pwtc ke

    ReplyDelete
  4. Kerja hari cuti, adalah satu 'virus'. Sama ada pekerja atau bos..kecuali bidang makanan ubatan

    ReplyDelete
  5. Best betul ke pesta buku semalam..tp jenuh pusing2 tak jumpa CESB..frust betul..sebab ikut adik so tk dapat lah berlama2 kat sana..kalau ikutkan hati nak lebih lama smpai mlm...sampai jumpa azie..apa kan daya.

    kita sama..keja harini..

    ReplyDelete
  6. Assalam azie

    CESB tu Creative Enterprize Sen. Bhd ke?

    maaf tanya...
    salam hari pekerja buat anda sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. haiiii kak....selamat hari pekerja..

    ReplyDelete
  8. Pas tu Diana, buka entry citer pesta buku, ada gambar Puan tanah duduk belah kanan pulak. I POLow U, Polow me..hehe

    ReplyDelete
  9. selamat hari pekerja buat kak AA.. akak kerja ye hari ini....takpe mesti di byr triple nanti

    ReplyDelete
  10. EELOBOR:
    Selamat menyambung cuti di hari ini.


    IBU:
    Terimakasih.
    Seronok juga bila tak bekerja.


    PANGLIMA MUDA:
    Saya tak pergi KLCC, saya memang bekerja di Pesta Buku PWTC.

    ReplyDelete
  11. ZEQZEQ:
    Kerja lebih untuk hasil lebih. Virus pun sanggup.


    NYANYISUNYI:
    Takpa, lain kali mungkin ada rezeki.


    AZANI:
    Betul tu.

    ReplyDelete
  12. ADINDA AMY:
    Selamat Hari Pekerja juga buat AMY.


    ZEQZEQ:
    Yeahhh... betul. Itu sudah mesti.


    MUNNA:
    InsyaAllah. Aminnn....

    ReplyDelete
  13. Habis dah bertugas ya Azie? Kalau dapat berehat, selamat berehat.


    ***Semalam ckLah tak dapat berundur cari jalan balik ke CESB. Hanyut dengan arus manusia...dapat peluk Azie kejap je....

    ReplyDelete
  14. kena keje ye...sian dier. takpe, jihad keje!

    ReplyDelete
  15. Dengki la si Zeq tu... vic tak bawak kamera hari tu... nak tumpang cilok gambar dari blog kak Azie. hahahaha

    ReplyDelete
  16. 1st May, lebih kurang pukul 2 lebih. I saw youuuuu...tapi tersangat malewwww untuk bersua! hehehee

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum...
    yee.. dah menikmati cuti 1 mei itu dengan penuh nikmaat.. :)

    ReplyDelete
  18. CKLAH:
    Terimakasih kerana sempat juga bersua muka. Takpa, saya faham memang kalut keadaan masa tu...


    ANA:
    Bila dapat gaji, ilang penat keja.!


    VIC:
    Cilok boleh jangan culik. hehehe

    ReplyDelete
  19. FAA:
    Memang nak kene dia niiiiiii......!


    DRSINGA:
    Nanti kita dating, I bisik kat telinga.


    KELLA:
    Salam.
    Nikmatttttt cara tersendiri!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails