Thursday, May 19, 2011

Emosi: Aku Rasa Bodoh Bila Aku...

Salam
19-05-2011


Aku tak suka, bila:
aku cuba nak memberikan suatu cadangan dan kaedah, tapi disalahertikan konon aku menyakiti hati orang. Itu jauh dari niat aku.

Aku tak suka, bila:
orang yang konon aku kenal lama, aku cuba memahami keadaan diri dia, sebaliknya mengambil kesempatan untuk diberikan simpati dan kasihan sehingga dia tidak dilihat bersalah pun.

Aku tak suka, bila:
aku terpaksa memendam rasa tidak puas hati dan tidak berupaya untuk melepaskan rasa ketidakpuasan hati itu secara matang kerana harus pula menjaga hati orang lain. Seksa!

Aku tak suka, bila:
aku cuba untuk menjaga suasana profesional dalam urusan rasmi kerja tetapi diterima seperti aku pula yang tidak profesional.

Aku sedih, bila:
aku terpaksa menyimpan rasa kecewa dan duka kerana keadaan seperti itu akan pasti berlarutan dan orang itu tidak tahu dan tidak sedar pun dia sebenarnya diperhatikan tetapi tidak dapat ditegur kelakuannya.

Aku geram, bila:
aku sendiri pula kini yang merasa ketidakpuasan hati itu!

Bodohnya aku!

Macamana aku nak buang rasa bengang itu kalu aku harus melihat setiap hari?
Sedangkan aku yakin orang lain faham, pendekatan kita tidak sama, cara kita berbeza.

Bodohnya aku!


~...SERI BULAN juga merasa suatu kebodohan bila dia harus pula menjadi insan kepercayaan kepada anak dara Pak Imam untuk memikat HISYAM yang baik budi...~





21 comments:

  1. menulis semasa beremosi membuat kita leka dengan bait bait prasa.

    ReplyDelete
  2. FADZIL:
    Saya terus merasa lebih bodoh kerana menulis semasa sedang emosi...

    ReplyDelete
  3. sangat memahami situasi `tak suka` yang kak azie kongsi dalam entry ini...

    kak........
    terima kasih sebab membuatkan ayu semakin mengenalimu...
    dan ayu senang dgn orang yang berterus terang

    selamat malam kak...

    ReplyDelete
  4. ZINO:
    Nanti kena belajar untuk suka pula...



    AYU:
    ops! adakah Kak Azie terlalu berterus-terang?
    Maaf ya.

    ReplyDelete
  5. kalau kita sentiasa memendam rasa pun tak guna. merosak diri. saya lah orang nya..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    yaaa saya pun tak suka ketika sangat beremosi...rasa nak masuk dalam tin biskut dan duduk diam2 hingga biskut habis ;)

    ReplyDelete
  7. olooloo meh KH hug akak meh..biar tenang sikit..huhu

    ReplyDelete
  8. zie pon mcm yang no 3 membawa kepada ke nombor 4..sedih kan..:(

    ReplyDelete
  9. ini mesti kes politik pejabat .. biasalah orang yang lembut akan jadi mangsa.

    ReplyDelete
  10. nak puaskan hati semua orang satu kerja yg paling susah especially bila berurusan dengan orang2 Melayu... hmm 'diri kita adalah apa yang kita rasa' jadi jangan pikir rasa diri bodoh, always think positive, enjoy ur life and steps ;)

    ReplyDelete
  11. kak azie...
    sy sedih bila sy tak sempat dtg blog akak sbb akak selalu dtg blog sy dan komen...mmg betul kata kak ayu...dia jugak yg kenalkan sy dgn blog akak ni...patutlah dia suka baca...sbb sy pun same....

    lep u la kak...jgn sedih2...biaq pi org2 tu....

    (apa pun tak boleh...apa pun tak boleh...hehehhe...i like....tunggu mlm nnt....heheheh)

    ReplyDelete
  12. tak salah kita luahkan dari memendam rasa. Boleh jadi giler dibuatnya !


    Sabar eyh kak..

    ReplyDelete
  13. Ketika usahamu dinilai tak penting, maka saat itu kamu sedang belajar tentang keikhlasan.

    Ketika hatimu terluka, maka saat itu kamu sedang belajar bersabar dan memaafkan.

    Tidak mudah?
    Sesungguhnya proses pembelajaran itu memang tak mudah.

    Masih tak suka?
    Tidak mengapa...kerana kita ini kan manusia biasa, lemah dan tak berdaya.

    Tapi Ingatlah satu perkara..Kita tidak minta syurga kepada 'mereka', tapi kepada DIA. Maka pedulikan mereka sebaliknya pedulilah kepada DIA, lebih daripada kepada mereka.

    (Peringatan buat diri Ate sendiri yang selalu tak suka pada banyak hal, perkara dan orang)

    Moga di pagi Jumaat yang Barakah ini, apa jua yang kita tak suka, menjadi kita suka karena DIA kan Maha Kuasa, bisa merubah segalanya. Sesungguhnya DIA lah pemilik Hati-hati Kita. Amin.

    ReplyDelete
  14. MIECYBER:
    Betul. Kerana kita ini manusia biasa. Yang berbeza-beza.


    YAN:
    Saya memang takut memendam. Sebab itu kadang2 saya beremosi bila menulis, luahan hati la konon!


    ANYSS:
    Salam.
    Biskut tiger ker biskut merry?

    ReplyDelete
  15. KALAMHATI:
    Mehhh.. mehhh!
    terimakasih. I need a shoulder, yes!


    ZIE:
    Buangkan kesedihan bila kita dapat meluahkan.


    Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
    Tidak juga bang. Dan saya bukanlah lembut sangat, cuma saya ni tak cukup berani. hehehehe

    ReplyDelete
  16. REPUBLIK N9:
    Saya suka kata-kata semangat awak tu. Terimakasih ya.


    AZIAN:
    Kak Azie faham kesibukan setiap orang. Kak Azie pun bila sibuk, susah nak cari masa nak BW. Terimakasih YAN.
    Yeahhhhh Maharaja Lawak malam ini!


    AZRINA:
    Betul. Kalu pendam takut meletup!

    ReplyDelete
  17. HUDA ATE:
    Sesungguhnya kata-kata awak sungguh menarik dan mempersonakan. Terimakasih banyak ya. Kak Azie hargai.

    Semoga segala doa akan dimakbul dan kita akan mendapat ketenangan. Aminnn

    Salam Jumaat.

    ReplyDelete
  18. Saya setuju dengan semua yang tertulis di atas. Cantik bahasa...saya suka cara ianya di buat...

    ReplyDelete
  19. ZEZEBEL:
    Terimakasih.

    Selamat Pengantin Baru!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails