Sunday, May 8, 2011

Sambutan Hari Ibu cara AA, bukan cara BB tidak juga cara CC...

Salam.
08-05-2011.
Hari Ibu.


Sambutan kami, biasa-biasa saja. Cara kami tersendiri tanpa plan besar-besaran. Cukuplah gambar-gambar berikut membuktikan cara “biasa-biasa” kami.

Pagi, ke pasar Pudu. My TOKLAKI tingin nak Terung Kampung. So aku beli juga Talapia Merah untuk dimasak Lemak Cili Padi dengan Terung Kampung.

Sambil masak, sambil layan citer lama Ibu Mertuaku “Kassim Selamat & Sabariah Mansor” di Astro 105. Juga sambil-sambil goreng Tempe, dan basuh Ulam Raja. Done!


Pic Terung Kampung, pinjam dari blog KAK DrFauziah. Pinjam eh Kak G. Cerita kat SINI. Terimakasih.


Tapi kami lunch kat luar jugak. Yang ini memang dah plan 2,3 hari sebelum.

Ayam kampung Restoren A. Hassan, R&R Awan Besar. Antara tempat paberet aku kalu nak mencari ayam kampung.


CHAK dan ALIA ratah ayam jer.

Cuaca panas sangat — dah 3 hari tak ujan, kan? — aku order Tembikai Laici sampai 2 kali!

Lepas kenyang makan, wpun lebih kepada kenyang air jer, buat plan baru.

Plan mengejut, bowling!





Endah Parade, Sri Petaling. Seronok budak-budak. ALONG, jangan jeles eh. Next week kita pegi plak.


Kad Hari IBU, dibuat sendiri oleh ALIA dan CHAK.

Cover luar.


Isi dalam. Sticker tu rasanya yang aku beli kat booth Ana Muslim hari tu.

Itu saja cerita hari ini. Sambutan Hari Ibu (macam tak sesuai jer panggey sambutan).

Petang buat Bubur Kacang Hijau (tanpa durian).
No pic, sebab memory card kamera aku error. Jahanam abih, cemuih...!


~...kalu Durian yang dipinta SERI BULAN, sebatang pokok cuba dibawa pulang oleh HISYAM, jika Baung yang ingin digulai, seisi sungai cuba ditakung dek HISYAM, bukanlah kerana kasih sejati tapi semata-mata SERI BULAN pemegang rahsia terbesar dan pelindung mohor identiti HISYAM yang paling kejap genggamannya...~









28 comments:

  1. selamat hari ibu AA
    umai masih kecil.. tiada sambutan ibu.
    untuk MIL hanya ucapan, dan sesuatu yang mungkin murah tapi berharga untuknya
    menangis teresak2 my MIL

    manakala ibu dikampung, dengan ucapan HARI IBU.. di hujung sana menangis kegembiraan kerana ayu anaknya yang pertama ucapakan, diikuti menantunya en zalie.

    tak kisahlah apa jua tanggapan org tentang HARI IBU.. yang penting kita selalu bersama dengan mereka senang atau susah..

    LOVE any MUM in world

    ReplyDelete
  2. Cara AA ya...

    Nak tengok cara XX pulaklah...hehe

    (Cara ckLah bersarapan bersama mak di rumah nya, lepas tu bawa lebihan sarapan ke asrama anak...dan memotong rambut anak lelaki ckLah sendiri sebab tak dibenarkan keluar dari asrama...)

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan terung kampung..apa rasa?

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak makan ayam kampung Hassan tu. Dua minggu lepas ingat nak pergi kat restoran Hassan yg di Bukit Puchong tu tapi tak jadi huhuhu

    ReplyDelete
  5. Bowling tu yg best tu dalam plan AA ni.

    Nanti bolehlah keluarga AA lawan keluarga YB ngeee

    ReplyDelete
  6. selamat hari ibu untuk kak azie dan semua ibu2 dan bakal ibu...

    seronokkan main bowling same anak2...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, sambutan yg bersederhana, yg penting anak2 bersama dibawah ketiak ibu.. he he he

    ReplyDelete
  8. sederhana tafsiran dari segi kerana tidak bermewahan dalam makanan di restoran mewah? apa lagi yang di perlukan selain dapat berkumpul anak beranak kan? bagi saya itu sudah cukup besar pengertiannya

    ReplyDelete
  9. Oklah tu dapat makan ayam goreng kampung best kak Zai suka lepas tu main bowling.

    Kak Zai hari ni duduk rumah aje.

    ReplyDelete
  10. Azie... check email. Penting!

    ReplyDelete
  11. Sallam AA,

    Selamat Hari Ibu,
    Kalau AA sambut cara AA, LL plak
    sambut cara LL, dirumah aja.
    Tapi sebentar tadi ada gak anak nak sambut cara dia. Makan2lah apa lagi.
    Biasa-biasa je di kedai biasa-biasa.

    ReplyDelete
  12. selamat hari ibu kat mokyang he he

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari ibu. Semoga berbahagia selalu

    ReplyDelete
  14. kak azie...
    selamat hr ibu ye...R&R awan besar????harus pergi ni...selalunya lalu jek...

    ReplyDelete
  15. AYU:
    Samada dengan ibu sendiri atau dengan ibu mertua, kita tetap meraikan mereka, insan yang sangat kita sayang dan hargai, kan?
    Semoga terus bahagia.



    CKLAH:
    Cara XX tu cara orang besar-besar tu. hehehehe
    CKLAH jauh lebih beruntung kerana ada banyak peluang untuk bersama MAK.
    Semoga terus bahagia.

    ReplyDelete
  16. LIYA:
    Rasa sayur. Masak Lemak Cili Padi dengan ikan, sedap jugak la.


    YUNUS BADAWI:
    Selain di R&R Awan Besar, ada juga ayam kampung yg sedap di Restoren Velodrom Ceras tu. Kadang2 saya makan di Kg Baru (TPCA).

    ReplyDelete
  17. YB:
    Lawan bowling? Bolehhhh... no hal. hehehe



    AINNORAINI:
    Begitulah. Apa saja anak minat dan suka, kita ikut saja dengan kawalan kita.


    MARINA:
    Alhamdulillah, kak. Begitulah.

    ReplyDelete
  18. EELOBOR:
    Cara kita tentulah kita sahaja yang enjoy menikmatinya.


    ZAITUN:
    Nanti anak-anak mesti bawa Kak Zai makan kat luar tuuu..


    KUJIE:
    Yes, Kak.

    ReplyDelete
  19. LIPISLADY:
    Selamat Hari Ibu, moga terus bahagia.
    Sama saja, tidak kira besar kecil sambutan, yg penting diraikan.


    CALUK:
    Terimakasih. Selamat Hari Ibu juga buat JUE. Salam rindu buat dia ek..


    KAK SAM:
    Sama-sama. Selamat Hari Ibu juga buat KAK SAM.

    ReplyDelete
  20. ACU:
    Terimakasih ACU. ACU balik Kedah ker...



    AZIAN:
    Ohh.. lalu lalang jer yer. Sekali sekala singgah, duduk makan.



    SI PARA PARA:
    Terimakasih..

    ReplyDelete
  21. Assalam..slmt hr ibu dan salam kenal dr sy.

    ReplyDelete
  22. selamat hari ibu..... walau apa cara sambutan hari ibu tetap hari kita....

    ReplyDelete
  23. wah.. seronok nya sambut hari ibu.. saya ni duk kat asrama lagi.. belum abis pekse.. uwaaa.. jeles ni kak.. nak jugak

    ReplyDelete
  24. CT NORARIZAH ARIS:
    Salam. Sila masuk, terimakasih.



    ALIMAZ:
    Terimakasih. Benar, cara tidak sama, kasih sayang tetap ada.

    ReplyDelete
  25. HAMIZAH:
    Selamat Hari Ibu juga buat HAMIZAH. Terimakasih.



    CIK SU:
    Kalu duk asrama pun, tetap ada ingatan pada ibu, kan?
    Nanti balik, raikan ya.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails