Friday, May 27, 2011

WonderMilk Cakes di Tempat Kerja...

Salam
26-05-2011
Hari Khamis malam JumAAt... ngeh! ngeh! ngeh!



Cerita tempat kerja hari ini. Macam nak marah pun ada.

Minggu lepas meeting mengejut isu memindahkan sebahagian staf ke cawangan kedua. Urusan sudah banyak bermula. Malah kerja-kerja ubahsuai sudah bermula semalam. Dengar khabar, sudah ada tambahan bilik untuk orang-orang tertentu — yang pasti bukan aku, sebab aku cuma ada bilik air saja.

Tup tup!

Tetiba rini sebut, macam tak jadi pulak nak pindahkan staf ke sinun. Aparraaa...! Malas ler sebenarnya nak tanya apa sebab. Admin pun tak buka mulut. Management mestilah ada alasan. Lagipun Big Boss sedang MC, baru operate jantung 2 minggu lalu. Well, tunggu dan lihat.

Seorang rakan sekerja hari ini kembali bertugas. Baru balik dari percutian.

Cenderahati untuk kami:


From Pulau Redang, Cantik, kan?

Salah seorang rakan lain berulangtahun pada Ahad lalu. Baru hari ini diraikan secara kecil-kecilan (floor studio saja).



Cup cakes dari WonderMilk. Memang istimewa kek ini. Aku pernah pergi sekali 2,3 tahun dulu. Kedai di UpTown Damansara. Seluruh kedai dibuat dari kayu. Lantai pun kayu. Memang cantik kedai tu.



~...petang itu hujan lebat dan kilat sabung-menyabung memancar menyuluh seluruh laman Teratak Nyatuh dan HISYAM pulang bersama SERI BULAN dalam kuyup sehingga pelik seluruh isi rumah, lalu bagaimana hendak menerangkan, sampan kolek terbalik kerana mendayung dengan lesen terbang?...~












16 comments:

  1. teringin nk mkn cupcakes pulak..

    ReplyDelete
  2. sgtlah mahal wondermilk, sedap memang sedap, kalo sekali sekal boleh lah,hehehe,

    ReplyDelete
  3. Comel kek cawan tu!

    Ate Teman pun nak kena pindah tingkat K. Azie! Tahun lepas dr aras 2 ke aras bawah, Jun ni nanti drp aras bawah ke aras 1 dlm tempoh tak sampai setahun! Ada kotak yg x kemas lagi wehhhh... phewww...

    ReplyDelete
  4. seronoknya dpt buah tgn mcm tu... terliur tgk cc ti kak aa..ada red velvet ke?

    ReplyDelete
  5. bilalah zie nak pi pulau redang ni...


    nampak best cup cake tu..yummmyyy...ehehehe...

    *lepas kek sr kena tahan sbb ade bahan tak halal,terus tersekat nafsu nk jamah sr lagi dahh...

    ReplyDelete
  6. selamat pagi jumaat kakakku..

    wah!!! inilah entry yang ayu tunggu.. rupanya dah update malam tadi..

    mmg berbaloinya.... walau kita tak bersua, ayu tahu.. kak pasti di sukai dgn sahabat di office

    PS: bila kita nak gader2

    ReplyDelete
  7. La ni semuaaa orang kasik cupcakes nooo...hari guru cupcakes, orang kawin cupcakes, birdddeyyy cupcakes...

    ReplyDelete
  8. group kak azie takde buat trip ke pulau redang eh? kalau ada kabor2 la kat kita eh...

    ReplyDelete
  9. cupcake senang kan kak? tak payah potong2. hihi~

    ReplyDelete
  10. MUNIRAH:
    Sekarang dah banyak orang jual cupcakes.


    ZUL:
    Betul.. WonderMilk ni memang mahal skit.



    PN LIZA:
    Pindah ni seronok juga. Bleh claim elaun pindah. hehehehe

    ReplyDelete
  11. MUNNA:
    Orang berbudi kita berbahasa. Begitulah...


    ZIE:
    Kak Azie tak pernah lagi pergi Pulau Redang pun.



    AYU:
    Kak Azie biasa saja. Orang berkawan kita pun berkawan.
    Nak gader? Kena naik mai KL lerr..:)

    ReplyDelete
  12. FAA:
    Lepas makan cakes, itu cup boleh buat minum plak, kan? hehehehe


    BUJAL:
    Kalu ada lilin kena tiup plak, kan? Nanti menyembur air lior!


    EELOBOR:
    Tak terdaya nak buat trip kebelakangan ni. Sibuk sangat..

    ReplyDelete
  13. GADISBUNGA:
    Ahaa... teruih seketoi masuk mulut. hehehe



    ATI:
    Best nya. Kak Azie pun suka gak pulau dan ombak.



    GC:
    Itu sekotak untuk seorang saja.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails