07-05-2011
Petang, panas terik.
Entah kali ke berapa, aku tertinggal kunci lagi. Selalunya, aku memang “the early bird” (selain beberapa orang di lantai bawah), so aku biasanya menjadi orang yang pertama buka pintu bilik studio. Kerana tertinggal kunci di laci sendiri, mahu tak mahu terpaksa duduk menanti dalam samar tangga, sehingga staf lain datang.
Yeahhh.... aku memang sudah tua. Kan orang tua mudah lupa?
***
***
Seorang teman maya yang jarang sms, tiba-tiba mesej mengata aku merajuk lalu aku tersinggung. Sehingga dia menawarkan sebuah pujukan pun buat aku rasa meluat.
Yeahhh.... aku memang sudah tua. Kan orang tua sensitif dan mudah tersentuh?
***
Kebelakangan ini, kesihatan tidak begitu membanggakan. Sekejap batuk, selsema, demam kemudian berulang selsema semula.
Yeahhh.... aku memang sudah tua. Kan orang tua antibodinya mudah menyusut?
***
Hujung bulan ini, walimatulurus sorang My Anak Menakan di Dewan Banquet, UPM. Sorang lagi anak buah kahwin. Anak buah yang dulu kahwin sudah ada anak 2. Lalu aku tidak mungkin lagi dipanggey MakNdak. Kini aku sudah boleh dipanggey Tok Ndak!
Yeahhh.... aku memang sudah tua.
Tapi aku mungkin terlalu tua untuk bergumbira dengan cara aku. Mempunyai ramai kawan walaupun sekadar tahu nama tanpa pernah jumpa atau perlu bersua. Atau bergurau senda tanpa terasa dengan sekian ramai kenalan maya.
Aku rasa aku juga belum terlalu tua, untuk masih lagi minat menu-menu pelik seperti Salad Pasta + Epal ini.
Yang pasti, aku sentiasa bangga jadi EMAK kepada 6 orang anak.
Terlalu awalkah untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada anda semua?
Terlalu awalkah untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada anda semua?
~...pernah suatu saat HISYAM pernah mengangankan sebuah kehidupan yang sempurna di Kampung Separuh Desa, bersama SERI BULAN yang sangat memahami tetapi bila diduga dengan cantiknya sekian ramai dara, dia tidak tergamak memberitahu SERI BULAN bahawa angan-angan tidak lagi menjadi harapan seorang rakan...~
sekejap saja masa berlalu..
ReplyDeletelangsung tak terasa..
Biar usia makin tua jiwa tetap muda..
=)
Nak perasan Muda buka entry Nama.
ReplyDelete"Zeq zeq suka Sata
hari hari Zeq makan sata"
aum manja pada ibu. Membahasakan nama diri yg tak pernah ku buat.
kak azie...
ReplyDeletetamo tua2....
tamo cepat terasa...
jom.. kta layan pasta.. hehhe.. bak sikit ya...
menyelerakan nampak
selamat hari ibu jua utk kak. setiap hari adalah istimewa untuk ibu2...
tak kisah bila kita nak ucap kan??
kak azie..
amoi balik minggu nie??
tua pun tua la.. janji vouge!! selamat hari ibu utk kau dan aku ibu-ibu..
ReplyDeleteSelamat hari Ibu juga buat Azie.
ReplyDeleteKakcik juga tahu kakcik telah tua, tapi salahkah kakcik masih suka hendak berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa melanggar hukum agama? :)
Tua ke? Hari tu kat PWTC tu, nampak mudaaaaa je! hehehee!
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteErrrr mana ada tua. kan semalam umo 18 tahun...hari ni baru 18 tahun 1 jam ;)
selamat hari ibu. Bukan mudah nak dapat title "ibu 6 anak" tau! Sila berbangga ;)
LIYA:
ReplyDeleteJiwa kalu muda tak teringat tua pun tak bleh juga...
ZEQZEQ:
Saya buka entri suka-hati-saya-saja.
AYU:
Terimakasih. Selamat Hari Ibu juga buat AYU.
AMOI tak balik kot. Sebab last day pun Selasa nanti.
CHE MID:
ReplyDeleteBetul tu. Tua pun tetap datang. Kita pun kena bangga dan bersyukur.
Selamat Hari Ibu MIDAH.
KAKCIK:
Tua kita buat cara tua, ye tak? Berkawan sampai dah ganyut pun apa salah nya, kan?
FAA:
ReplyDeleteYou ni memang nak kene tauuuu... Nak kene cubit dia ni.
Sudah la FAA, pegi tukaq spek baru!
ANYSS:
Salam.
Ahaa... terlupa plak. Umor baru 18 tahun! hahahahahaha bijak
Orang kampung saya ada cakap, age is just a number..:)
ReplyDeleteSelamat Hari Ibu utk akak yg merupakan seorang Ibu
selamat hari ibu kak AA...umur je yg tua kak...yg lain masih muda kan...
ReplyDeletehari-hari hari ibu kan.. untungnya jadi ibu beranak enam
ReplyDeletetua? takde la... tiada sempadan usia dalam berkawan ..kan
rasanya sudah tidak terlalu awal kut untuk di ucap.....
ReplyDeleteselamat hari ibu...juga untuk semua blogger yg bergelar ibu..
ReplyDeleteDADDY ZIYYAD:
ReplyDeleteOoooo.... orang kampung cakap omputih eh?
Sokong!
terimakasih.
MUNNA:
Terimakasih MUNNA. Tua pun kita tetap bersyukur.
IBU INTAN:
ReplyDeleteUntung pada jumlah KAK. Hehehehe.
Terimakasih, AKAK pun sudi berkawan dengan saya. Sama sama tua lah kita. hehehehe
EELOBOR:
Betullah. Esok jer hari sambutannya.
ERI-CHAN:
Terimakasih. Celebrate di mana nanti?
Selamat Hari Ibu untukmu...
ReplyDeleteTua itu pun telah lama mendampingiku...tak perlu jauhi..hanya berlapang jiwa dengan menyatakan welcome to my wonderful life....
selamat hari ibu buat kak azie...
ReplyDeletesaye pun dah tua jugak...ade ramai dah cucu2ku iteww...
dah dpt gelaran nek cik utk sebelah en somi & nek su belah keluarga saya...
akak laaaaagi tua.
ReplyDeleteAslkm AA
ReplyDeleteapa kabar? Hehe mama lagilah tua tapi tak delah terasa2 ni, relax je.
Dari segi anak mama kalahlah mama ada 4 je...rugi tak beranak ramai.
tips kalau dah perasan tua, masa masak jgn tinggal kan dapor..nt rentong masakan atas dapor...gara-gara lupa...!
ReplyDeleteUmur kan hanya angka yang penting hidup kita bahagia.Tua ke...kak Zai tengok tak pun.
ReplyDeleteSelamat hari ibu buat azie dan ibu2 yang berada diluar sana.
selamat hari ibu akak!
ReplyDeletetang lupa tu, org muda pun ada yang lebih teruk pelupa nya. :)
KAK QUEENIE:
ReplyDeleteTerimakasih KAK.
Yup. So wonderful life.
AIN NORAINI:
Terimakasih.
Selamat memyambut Hari Ibu.
Ehhh kita muda-muda pun dah jadi nenek eh? hehehe
HANI:
ehhh... ya ker?
uishhh Akak ni.
MAMA JU:
ReplyDeleteSalam KAK. Baik adanya. Terimakasih.
Ehh anak 4 pun syukur tu. Moga-moga dapat kita menumpang sehingga hari tua.
KANG LATEP:
ehhh betul tu. Wpun macam remeh, tapi tu pesanan berguna. Terimakasih KANG.
KAK ZAITUN:
Terimakasih KAK. Selamat menyambut Hari Ibu juga buat KAK ZAI.
Celebrate di mana tu kak?
tua ke? mana adalah...yang penting rasa mcam sebaya aja :p
ReplyDeletehappy mother's day Auntie AA :))