Wednesday, May 4, 2011

Farewell yang Ceria, Bowling yang Meriah, Hujan yang Lebat...!

Salam.
04-05-2011.


Seperti tradisi lalu, apabila selesai tugas, para promoter dan warga kerja Pesta Buku CESB akan dijemput untuk majlis makan-makan. Lebih kepada majlis perpisahan — kerana ramai juga yang datang dari luar KL.

Kali ini lokasi diberi peluang untuk promoter memilih dan pilihan yang paling mudah adalah Yaohan the Mall, Kenny Rogers!

Gathering dijadual jam 3 petang. Ikut hati sedap tido jer kat rumah membalas dendam penat badan, tapi aku bergerak awal selepas Zohor, sebab tawarkan diri untuk menempah meja.

Kebetulan pula ketika sampai itu aku memang menjadi orang pertama di lokasi dan seluruh komplex Yaohan black-out!. Mujur lampu masih menyala dan tempahan ayam mencukupi untuk kami semua. Cuma teh dan kopi panas tidak dapat diorder.







Masing-masing happy terima cek elaun, sebab masa last day hari itu jatuh Hari Pekerja. Triple pay!


Tart Nenas sebagai buahtangan untuk our Manager, KAK ZAH dari Kuantan.

Selesai makan-makan, borak-borak dan berpisah ada lak plan baru bebudak nih. Ajak main bowling kat Times Square. Aku pun terjebak sekali selepas dipujuk berkali-kali. Ala, sekadar mengawasi mereka yang macam anak-anak sendiri.

Lepas ni masing-masing akan kembali ke tempat masing-masing, masuk kampus semula dan kehidupan diteruskan (lebih separuh promoter muda ini adalah pelajar UIA Gombak dan Kuantan).




Bawa naik LRT. Pastu jalan kaki ke Times Square. Sempat tunjuk pada orang Kuantan, tapak bekas Penjara Pudu.





Main bowling cuma sorang 1 game, 2 lane. 11 orang yang pegi, 10 orang yang main.

Aku jadi Ketua Rombongan lah nampaknya.

Kami berpisah di situ dan sebaik keluar hari dah senja dan hujan begitu lebat sekali. Malam dapat lena dengan nyenyak.

Terimakasih semua...!

*more photos di FB: Azie Azah



20 comments:

  1. dah lama tak pegi main bowling ngan anak2

    ReplyDelete
  2. rombongan cik zizah la gamaknya, menggantikan cik kiah yang dah jadi hantu kak limah :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Meriahhhh bebenor nyeee!

    ReplyDelete
  4. lama gila saya tak gi yoahan makcik~~last gi tahun 1991~haha~~

    *makcik sihat?

    ReplyDelete
  5. teman serumah pernah kerja situ KR..hheeee..

    sedapppppppppp hingga menjilat jarii

    ReplyDelete
  6. manis je akak bertudung pink. :D

    ReplyDelete
  7. Aslkm
    wah seronoknya bekawan ngan budak2!

    ReplyDelete
  8. fuhhh....nasib baik saya tak makan KRR..hehe...

    tang dapat cek tu yang paling syok..bila nak belanja nih....:D

    ReplyDelete
  9. waah... mak cik kayooo tu ..

    triple pay lagi ..... jeles tul... apasal cikgu tak leh buat cam tu ...

    ReplyDelete
  10. saya yang membaca entri ni pun boleh merasa gembira. mesti berbaloi kan?

    ReplyDelete
  11. wah mesti sangat seronok..tapi makan dalam mall takde elektrik takde ekonla...mesti panas....

    ReplyDelete
  12. bestnya..
    next year nk jd promoter jgk lah..
    haha

    ReplyDelete
  13. MAMASYAZA:
    Kak Azie pun tak rancang tapi bebudak tu macam anak-anak sendiri jugak.



    KUCING OREN GEMOK:
    Tak lama lagi aku pulak yang nak jadi hantu!

    ReplyDelete
  14. ANYSS:
    Salam.
    Meriahhhhhh sampai mengah!



    BUJAL X:
    Makcik pegi pun setahun sekali, masa Pesta Buku. Itupun lalu depan jer. Kali ini jer “ter”masuk ke dalam. hehehehe



    ZEQZEQ:
    Betul. Sedap.

    ReplyDelete
  15. GADISBUNGA:
    Rasanya bukan pink, tudung tu kaler peach. Manis eh? Gula lebih tu.



    MAMA JU:
    Sekali sekala, saya terbabas jugak jadi budak-budak. hahahaha



    SITI MURNI:
    KR ni pun bukan sedap kalu makan selalu...

    ReplyDelete
  16. CHIK ATT:
    hehehehe.
    Rezeki lebih tahun ini, sebab jatuh pada Hari Pekerja.



    EELOBOR:
    Alhamdulillah... Berbaloi dengan tenaga.

    ReplyDelete
  17. ERI-CHAN:
    Kerana black-out baru bermula tak terasa sangat panasnya. Sisa sejuk tu masih terasa. ok juga. Nyaman jer.



    LIYA:
    Kalu bersesuaian dengan time cuti sem, boleh lah apply nanti.

    ReplyDelete
  18. semuanya mmg berbaloi..
    lebih2 lagi makan di kenny rogers...

    ehem.. ada lebih lagi elaun tu???
    hehehehehe

    tahniah semua

    ReplyDelete
  19. kak azie...
    hehehhehe....ketua rombongan yg berkakilebar nampaknya...

    ReplyDelete
  20. AYU:
    Berbaloi baloi.
    Cek tu kena tunggu 3 hari baru float sayangggggg... hehehe



    AZIAN:
    Kali memang lebar cheq oii...!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails