Friday, March 2, 2012

Farewell di Ben’s...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
01-03-2012


Aku terlepas hari untuk update sesuatu pada hari yang jarang kita jumpa, 29-02. Tahun lompat.

Tapi semalam merupakan hari terakhir kami di syarikat IZ yang berkongsi bangunan 3 tingkat dengan syarikat induk; CC. Notis sebulan dan kata putus telahd diberikan oleh Bos Nomot Satu sejak pertengahan Januari lagi. So semua orang yang diarah berhenti diberi kelonggaran untuk mencari kerja baru dan attend interbiu. Kecuali aku yang merancang nak mulakan pencarian pada cuti sekolah nanti, kerana ada banyak komitment yang perlu dibuat sehingga cuti sekolah. Jadi agak tak adil untuk kerap cuti jika mula kerja di tempat baru.

Sehinggalah aku menerima tawaran secara RAHSIA dari syarikat induk untuk menyambung tugas di situ. Tawaran tiba pertengahan Februari dan menjadi rahsia sehingga semalam. Tentulah harus menjaga hati beberapa rakan sekerja dari Lantai Dua yang bekerja sehingga 10 tahun tetapi tiada seorang pun dari mereka yang mendapat tawaran, tetapi diarah berhenti kerana sebab-sebab tertentu yg tidak dapat dielakkan.

Bagi aku, tentulah kena jaga rahsia itu sehingga mereka semua pergi. Agak seksa, kerana dalam depa dok sibuk pack segala tok-nenek barang utk diangkut pulang, aku masih relax. Dan sehingga hari terakhir, aku pura-pura juga mengemas serba sedikit barang sekadar nak ikut “rentak”, kata orang.

Akhirnya, plan untuk farewell berlangsung juga. Kerana Bos Nomot Satu dan Bos Nomot Dua tiada di dalam negara, orang yang terlibat hanya 4 orang yang pergi. Department lain tidak dipelawa pun.

And, kami pergi Ben’s di KLCC. Jom tengok apa kami makan pada lunch hari terakhir itu:



Snap di pintu luar, sementara menanti meja available. Sebenarnya tak boleh buat reservation. Kena walk-in. Ramai betul yang menanti di luar. Sapa sampai, terus bagi nama dan jumlah group di kaunter, dan staf itu akan bercakap melalui walkie-talkie memberi info. Bila ada meja kosong, nama kita (ketua) akan dipanggil masuk.


Kertas menu dipapar sebegini besar di depan kaunter menjadi panduan untuk kita memilih menu sementara menanti meja kosong.



Golden Soft-Shelled Crab Spaghettini


Pesto Spaghettini (+ chicken)


Pad Thai Seafood Linguine. Untuk peminat pedas.


Macaroni Cheese




Semuanya creamy but yummy. Tapi tetap tak bleh habis.

Servis ok, cepat. Tapi bila tiba bab air, mak ai lambat plak sampai. Itu jer yang spoiled!

(Balik rumah, AMOI said, Ben’s tak ler sedap sangat compare Chilli’s.)

Apapun, farewell lunch kami berjalan dengan baik sekali, sehinggalah petang bila tepat jam balik aku cepat-cepat salam semua orang, dan meluru lari secepat mungkin mengelak soal-tanya yang tiada jawapan.






~...HISYAM mundar-mandir macam mandor ladang kelapa sawit bila mendapat khabar SERI BULAN demam tak kebah kerana terseksa jiwa raga dek fitnah melanda mengatakan dia menaruh minat kepada JALIL sedangkan lelaki miang itu baru berura-ura hendak menyebar cerita menerima surat cinta tulisan sendiri tapi bakal dikata kiriman SERI BULAN...~







19 comments:

  1. kelainan sungguh..
    datang duduk luar, terus pilih menu..
    dah ada meja kosong agak2 makanan sampai awal tak kak azie?

    ReplyDelete
  2. gambar memang bole keluar air liur, harganya cam ne kak?

    ReplyDelete
  3. mesti u r the chosen one... dapat stay. tahniah, x yah nak sibuk2 cari keja lain kan....

    kak rose penah mengalami perkara yg sama, sampai jadi kemarahan kawan... mybe sbb boss observed n yakin dengan apa yg kita buat kan...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nyam3x.
    Kalau diaorang baca N3 ni, apacerita?

    ReplyDelete
  5. makanan kat situ ok eh akak? pernah gak terniat nak cuba makan kat situ, tapi belum sampai lagi buat masa sekarang....

    ReplyDelete
  6. Sallam Azie,

    Tahniah, boleh sambung kerja
    semula,

    Makanan sedap boleh tus air liur..

    ReplyDelete
  7. Nampak cam sedap tp leceh la kena gamble plak dpt seat ke takkan? Cisss...
    My latest Entry :)
    Bosa dah diaaa...!

    ReplyDelete
  8. Salam kak zie,

    Uish, sedapnye menu tu semua! Alahai, seronok tgk org Msia mkn mewah2...huhuhu... sedih sbnrnye...xpe, simpan perut esok balik boleh balas dendam! :)

    ReplyDelete
  9. Soft Shelled Crab tu nampak menarik la

    ReplyDelete
  10. dah lama tk makan2 mcm ni...nampak best sgt....hujung minggu bekejar balik kg...duit pun bnyk berhabis untuk jenguk mak..so kenalah jimat cermat sikit..

    ReplyDelete
  11. Tahniah...azie dapat kerja semula.

    Harga makanan ok tak?

    ReplyDelete
  12. in-laws saya penah blanje makan kat sini
    saya makan ape ntah.. tapi balik rumah, terus perut kembung! haha

    ReplyDelete
  13. ERI-CHAN:
    Nampak yummy tapi tak semestinya sedap. Semuanya sedap, tapi creamy sangat.



    AYU:
    Bila kami dapat meja, waiter akan ambil pesanan macam biasa. Menu cepat juga sampai sebab nampak cook depa ramai.

    ReplyDelete
  14. NAJWA:
    Gambar menyelerakan, kan? Harga semua lebih RM10++ tuh. Ada rupa ada harga kata orang.




    KAK ROSE:
    I’m the chosen one. Tapi tiada isu pilih kasih atau politik bodek. My Bos “ada mata untuk melihat...”

    ReplyDelete
  15. MAMA JU:
    Saya harap mereka tidak baca blog saya sebab mereka tak tahu pun pasal blog ni.



    EELOBOR:
    Makanan ok juga. Peminat makanan yang suka mencuba, boleh cuba. Cuma tak selalu la, harga agak mahal.

    ReplyDelete
  16. LIPISLADY:
    Terimakasih.
    Air liur jgn sampai banjir. :)



    FARAH DEEB:
    Kak Azie rasa, bila bukan time puncak, kita boleh terus dapat seat. Yang kena beratur tu sebab sapa sampai dulu dia masuk dulu. Meja kosong diuruskan oleh kaunter.

    ReplyDelete
  17. MARYA YUSOF:
    Betul juga tu. Orang Msia ni memang mewah makan. Nak makan apa pun senang dapat. Sedia duit jer. Balik nanti kita dating makan sesama ya? hehehehe



    ACU:
    Betul. Soft Shelled Crab tu memang sedap. Kak Azie pun suka.

    ReplyDelete
  18. NYANYI SUNYI:
    Takpa. Balik kampung tu pun seronok juga wpun kena kuar bajet lebih. Yang penting kita dapat balik...



    ZAITUN:
    Terimakasih Kak.
    Harga makanan agak mahal. Sebab tempat tu pun nampak mahal. Ada rupa ada harga.




    HANI3:
    Agaknya terlebih pasta kot. Ataupun perut terkejut. hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails