Wednesday, February 29, 2012

Bersaing Sihat, Jangan Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
28-02-2012


Nak kata umur budak tadika, tapi hebat bergaya mengalahkan tokey sekolah tadika itu sendiri.

Kalu bebudak tadika tu bergaduh manja berebut mainan atau tolak sampai tertomoih kawan kerana berebut buaian, masih lagi cikgu meleraikan dengan penuh kasih sayang.

Ada ketikanya, bebudak tadika bercakar malah ada yang lebih daring berkasar kerana berebut seorang budak perempuan yang paling cute lagi comel dalam kelas (macam aku, hehehehe).. dan cikgu masih lagi meleraikan dengan tidak berbelah bahagi.

Tapi kalu udah tua bangka beranak-pinak ajak berlawan, bersaing pada sesuatu yang dipanggil menang jadi arang, kalah jadi bilah... rentikanlahhhh!

Tak sesuai okeh. Mak bapak pun belum tentu rajin nak pujuk.

Terimalah hakikat kemenangan memang milik mutlak kau jika itu yang dipasak ke minda selama ini. Takda sapa pun nak rebut. Banyak kerja lain lagi.

Jika merasa lebih hebat, kasut skulah paling putih, pensel paling banyak, gambar katun paling banyak di beg skulah, pensel warna paling banyak, mainan paling canggih, dapat markah A paling banyak, cikgu tanda bintang paling banyak.... dan lain-lain yang paling paling... list la apa saja yang kamu mahu... hahahaha!

Teruskan. Kamu menang besar.

Tiada siapa berminat pun nak bersaing berlawan. Kerana dunia kita tidak pernah sama. Dunia yang berbeza pasti mempunyai tanda aras dan persepsi yang berbeza untuk menyebut tentang cemerlang dan senang hati.

Alhamdulillah, kamu sedang berbahagia. Dan pasti lebih bahagia jika tidak takut dengan bayang-bayang sendiri. Carilah keyakinan sendiri dan percayalah, tiada siapa mahu bersaing dengan kamu pun.

Kerana seorang aku telah lama tahu, jika kamu menang dengan markah 10, ada ramai lagi orang di luar (luar dari dunia kamu), telah lama menang dengan markah beratus-ratus!


Tayang-tayang breakfast:


Sebenarnya CHAK yang minat sangat Mushroom Soup nih. Tapi selaku orang yang membeli lagi membayar serta menyediakannya, aku pun terikut-ikut.







~...biarpun sering dikata sindir oleh mereka yang ingin merebut perhatian HISYAM, SERI BULAN tidak pernah takut dan gentar kerana sejak dahulu pun HISYAM tetap cenderung kepadanya, tetap condong ke arahnya walaupun matahari menyinar tegak di atas kepala dan pelangi melengkung indah di sebelah lembah...~







17 comments:

  1. Salam lagi AA, kok bunyinya kuciwa bertambah murka nada ayatan setelah senja menyapa ... mengapa dan kenapa?

    Siapa si-polan itu yang tengah berbahagia menunding tinggi hidungnya karena bermarkah 10 yang tersangat bangga terhadap diri sendiri sehingga merapu-rapu perasan jadinya ...

    Gimana pun, kelebihan dan kekurangan seseorang itu telah ditempatkan ada dan nyata kepada setiap insan manusia yang dicipta olehNya, jadinya tiada seorang pun yang bertaraf sempurna,jika berlawan dan menyombong bongkak kepada yang lemah lagi kekurangan bermakna si-polan itu sudah lupa tidak sedari diri sendiri bahawasanya si-polan itu sedang berlawan dengan kurniaan dan ciptaan Yang Esa! Biarkan dia si-polan itu berselindung sebalik bayang-bayang dirinya asalkan arti kebahagiaan yang dipercayai sebenarnya sudah dipenggal!

    Salam manis mais madu.

    ReplyDelete
  2. kalau suka bersaing,.
    biarkan dia...
    lainlah bersaing kepada pekara positif,....

    slute kat hisyam,. sebab sentiasa ada SERI BULAn, disini jeles okey..

    ReplyDelete
  3. Nak menang aje dia ye? theheheheeee... geli hati pulak rasanya.

    ReplyDelete
  4. kak azie,
    buang karan je kak layan.. moh kita buat kerja lain..

    ReplyDelete
  5. salam kak,

    pejamkan mata
    dan pekakkan telinga
    saje ...boleh tak :)

    ReplyDelete
  6. bersaing secara sihat tak pe
    kalau sebalik nye abai kan je la
    perabih boreh je

    ReplyDelete
  7. sangat suka ayat..."kerana dunia kita tidak pernah sama"

    ReplyDelete
  8. betul.

    tolonglah kisahkan dunia sendiri kalau mahu rasa macam juara. jgn tgk org, nanti sendiri yg rasa tak puas hati. sapa suruh kan?

    ReplyDelete
  9. Errrr... Kalau bersaing secara sihat tu ok kot, tapi kalau bersaing pinggang sape lagi ramping... Eheh..! Stay far far away Azie.... Jgn layanzz..

    ReplyDelete
  10. Errrr... Kalau bersaing secara sihat tu ok kot, tapi kalau bersaing pinggang sape lagi ramping... Eheh..! Stay far far away Azie.... Jgn layanzz..

    ReplyDelete
  11. apa yg penting...saya juga suka Mushroom Soup hehehee

    ReplyDelete
  12. Biarkan dia dgn markah sepuloh. Kita sapu markah penuh tiga ratus peratus. Wat donno ajer dgn dia.

    ReplyDelete
  13. dia nak cr gaduh sebenarnya tuh... hahaha

    ReplyDelete
  14. bersaing sihat...bersaing kurang sihat, bak kata akak "rentikanlah"

    ReplyDelete
  15. betul betul! kita sokong kata kak azie.. menang atau kalah tu terpulang pada persepsi atau tanda aras seseorang itu sendiri..

    i like!! =D

    tak pernah lak rasa mushroom jenis vono ni! sodap ko?? biasa dengan campbell je...

    hai kak azie.. sorry la baru dapat jengah akak ni... akak selalu gak datang umah kita kan.. tengkiu so much!!! sayang ketat2!!.. =D

    take care..

    ReplyDelete
  16. kalau bersaing secara sihat...ok jugak...tapi kalau sebaliknya...abaikan, buang masa jer...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails