Wednesday, December 26, 2012

Membugar Perkahwinan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
26-12-2012


Hari apa ntah, saya menonton program motivasi bersama penceramah Hj Hushim bertajuk Membugar Perkahwinan. Saya juga pernah sebut, kebiasaan kita dengar perkahwinan diuji dengan dugaan besar ketika mencapai 5 tahun perkahwinan, kemudian 10 tahun seterusnya 15 tahun sebelum memasuki zon selesa. 

Tiap pasangan diuji dengan ujian berbeza dan kadang-kadang sama cuma mungkin cara berlainan. Samada salah seorang jatuh sakit, atau salah seorang dibuang kerja lalu kehidupan berubah 360 darjah, atau antara dua orang itu ada orang lain di tengah-tengah. Sebab itu disebut orang ketiga. 

Beberapa cara untuk membugar perkahwinan juga disebut dan lazimnya kita biasa dengar. Perkara utama ialah komunikasi. Then kejujuran. Tiada rahsia. Mengingati kebaikan pasangan lebih banyak dari keburukan yang mungkin cuma 1,2 sahaja. 

Bagi yang baru kahwin, kadang-kadang tak sedar pun depa sedang diuji. Tahu-tahu ada saja yang tak kena, then gaduh, salahfaham, buruk sangka, saling menyalahkan. Bagi saya, lagi lama usia perkahwinan lagi besar ujian dan dugaan. Bukan semua orang sedar pun. 

Zaman saya dulu mana reti bab nak pegi kursus keibubapaan or seminar membugar perkahwinan ni... Kunci utama: sabar, sabar dan sabar kemudian bersedia menerima pasangan seadanya. 

Saya sedih sebab ada kawan saya sudah kahwin berbelas tahun tapi memilih untuk bercerai bila dia ‘terberchenta’ dengan lelaki lain. Dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah di tangan bekas suami, dan saya melihat itu sebagai suatu cara melepas dendam! Sedih...!




Saya kahwin dia sebab dia pernah sebut “takkan kahwin jika bukan dengan saya”. Lebih baik terima orang yang sayang kita lebih dari kita sayang dia.

Yang pasti, setiap kita tidak pernah tahu sepanjang mana jodoh kita...






~...berbulan madu tak semestinya pergi kilang madu, bermadu tak semestinya kena minum madu, dimadu tak semestinya bakar sarang lebah madu, tapi memadukan diri sendiri, ibarat KUMBANG yang tamak BUNGA, sedut madu sampai tak nampak sengat sendiri, SERI BULAN rasa nak gelak biar tiada yang sedari...~



 




54 comments:

  1. manis sekali si pengantin berbaju pink itu...

    ReplyDelete
  2. suka dengan kata kata akhir tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mana satu? Jodoh kita, berusahalah mengekalkannya...

      Delete
  3. Azie,
    Ada sorang kwn Sham yg jenis "membugar perkahwinan" setiap tahun. Tinggal anak2 dgn family for a short-get-away.
    Tak tahulah mcm mana respon tp yg nyata, nmpk dia sgt happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing-masing dengan cara tersendiri yang hanya mereka saja yang faham dan menerima. Yang penting, rasa selesa dan saling menerima antara satu sama lain.

      Delete
  4. pengantin itu kelihatan sungguh segar bugar sekali.



    ah! sudah.. dah macam bina ayat dr perkataan 'bugar'
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengantin belum layu, memang la bugar Kak Ngah! ahaks!

      Delete
  5. Fikiran nakal kakcik kata (bila tengok gambar kat atas tu) 'eh... Sukanya budak Azie ni dapat kawen'... Hahaha...

    ReplyDelete
  6. amboiiii..lentok ayu betul kak Azie! ekekeke

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Nak komen sebenarnya...tapi tak tau komen apa. baca ajelah ;)

    ReplyDelete
  8. Senyum sampai telinga kata org tua2...

    ReplyDelete
  9. hhmm.. takmo diduga boleh..:)

    yup.. sy pun fikir gitu.. dr tunggu bayangan baik terima yg sedia depan mata.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua yang kita impi, kita dapat. Jadi kena bersedia menerima dgn redha.

      Delete
  10. wow... M'bugar ye...tak pernah dengaq p'kataan tu...

    Saya belum b'kahwin, bila dengar atau baca kisah2 pasal dugaan & cabaran alam p'kahwinan ni, ada jugak tak banyak, sket rasa takut & risau kalau2 tak berjaya bawak keluarga nanti,hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membugar (segar bugar). My first time, too.
      Jangan risau sangat, apa yang penting kena bersedia dan membuka hati untuk belajar.

      Delete
  11. ececece...dpt duduk sebelah sidia, manjanya...senyum sampai telinga!

    zon selesa?....bilalah agaknya ya...
    tapi apa nak main tunggu2 zon lagi...asalkan anak2 bahagia, dah ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Q, jangan fikir teruk sangat. Kita jer tahu apa yang sebenarnya bahagia kita.

      Delete
  12. ye kak .. setiap org x akan tahu sejauh mana usia perkahwinan mereka .. kita hanya perlu berusaha dan berdoa ! .. ;)

    suke ayat akak yg last
    aduhaiiiiiiii comel nyee akak masa mudee !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang masa mudo, memang comel. Dah tua ni pun comel gak, comel badan!

      Delete
  13. mohon doa kak, tahun depan saya jadi puan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn... semoga jodoh dimakbulkan dan kekal bahagia.

      Delete
  14. saya harap ada orang yang cintakan saya lebih dari saya cintakan dia. :)

    macam akak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..dan begitulah juga sebaliknya di pihak dia. Baru adil, ya tak?
      Aaaminnnn

      Delete
  15. Azie...
    bagilah tengok si baju pink sebelah pengantin pompuan yang senyum meleret tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pemalu. Saya memang tak malu punya olang. Hahahaha!

      Delete
  16. mudahan bahagia seperti kak azie juga

    thanks... saya tahu.. jodoh tbaik mmg dengannya..

    ReplyDelete
  17. Only ALLAH knows..semua di tangan NYA..pd yg bercerai tu kita tak tau punca..maybe terbenchenta tu maybe sebagai penyebab..ada hikmahnya mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sebab, kan? Mungkin sebagai penguji hati dan kekuatan jiwa. Cuma kita kesal, anak-anak masih kecil.

      Delete
  18. itu aksi malu-malu kucing kah...?
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa hari tu jer. Pastu jadi rimau terus! hahaha

      Delete
  19. Ada buat sesi bergambar tukar2 10 pasang baju dari berbagai negara, tak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yilek! Takda. Tak mampu. Cuma sepasang pink sebelah saya, biru sebelah dia. Cukup la. Mujur tak kena pinjam samping orang! hahaha!

      Delete
  20. Salam, terpanggil jugalah rasanya disini. Kata orang 5 tahun baru kenal pasangannya, saya kata tidak juga. 10 tahun juga tidak. Alam perkahwinan orang "lama" kehidupannya pejam mata sahaja, walaupun dia tahu ada salah silap atau jalan kengkang sekalipun. Orang perempaun tak perlu bertanding dengan lelaki dan lelaki tidak perlu fikir sangat benda kecik kecik pasal perempuan. Biasalah diluar sana ada yang nampak indah dan cantik tapi sebenarnya seperti kata saya dulu dulu, ini adalah satu perkongsian yang jangan sekali kali suka dipertikaikan. Kalau mahu bertanding, pergilah bertanding memasak, kalau tidak buat bodoh ada, insyaallah berkekalan sampai ke akhir hayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Kita harus bersedia menerima seadanya. Benda remeh yang difikir sangat. Fokus pada benda yg lebih besar dan manfaat. Lihat kebaikan jangan senaraikan keburukan yang akan menjadi duri dalam rumahtangga.

      Delete
  21. Comelnya pantin... looks soooo young and happy...
    sekarang ni nampak happy and wise..

    Sesuatu yg berlaku memang susah nak dijangka..
    selain diri kita, banyak jugak faktor luaran yg memainkan peranan
    dalam kes masalah keluarga, anak2 yang lebih kerap jadi mangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga orang yg kerana anak-anak, diam saja atau ketepikan rasa kecewa di hati walaupun sakit. Pengorbanan tetap menjadi agenda yang didulukan. Demi anak-anak.

      Delete
    2. *Saya umur 21 tahun masa tu MakChaq!

      Delete
  22. bagi saya terima seadanya pasangan kita.n yes komunikasi sangat penting.walaupun benda sekecil zarah sy tetap akan bagitau suami.biar dia tahu segala2nya apa yg kita buat,apa yg berlaku dalam kehidupan seharian kita..

    wah2 senyum lebar si pengantin hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang disebut tiada rahsia. Letak hp merata pun tak risau.

      Delete
  23. selalunya isteri ni walau dah bercerai mesti dia nak anak dia..ni boleh pulak tinggalkan anak macam tu je??nanti2 menyesal la dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia hanya tengok hujung minggu. Hari lain sepenuhnya dengan bekas suami. Anak kecil belum sekolah lagi pun... kesian.

      Delete
  24. Pengantin baju pink tu nampak sangat hepi. Ekhem. Hehe.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails