Tuesday, August 31, 2010

Ramadhan: Iftar yang simple, tapi meriah...

Hari ini berbuka puasa sangat simple, walaupun seramai 5 orang anak buah aku yang tinggal di sekitar KL datang berbuka puasa di rumah aku.

Aku memang plan nak masak Tomyam — gara-gara baca kisah blogger EELOBOR yang berbuka dengan Tomyam haritu — so memang aku tingin sangat nak buat. TomYam Campur.

Cuaca yang lembap malam semalam, membuatkan pasar yang sentiasa basah bertambah basah dan becak. Dan Selipar Jepun aku dah bertambah corak bunganya. Takper, yang penting hati puas, sebab apa yang aku nak cari, semua lancar masuk ke bakul.

Cuma terkejut gak, sungguh lapang pasar hari ini. Mungkin ramai yang bercuti. Kusangkakan, hari cuti begini ramai yang ambil peluang membeli dan belah lepas borong ikan sayur. Rupanya tak ramai. So, aku dan TOKLAKI tak ler terjengah-jengah, terjengok-jengok dalam ramai orang macam selalu tu. Kalu idak, selalu terpisah. Walaupun badan boleh tahan besar dan leh jer nampak dari jauh, tapi dah ramai selalu tak nampak gak (atau ramai lagi orang yang lebih besar dari aku? Ahaks!)

Menu utama, Tomyam Campur. Buka internet pagi tadi nak tengok resipi. Bukan tak penah buat, tapi dulu buat macam tak berapa nak jadi.

So, this time kena buat-buat betul, kalu idak sapa nak bagi Kepujian Kelas Pertama?

Menu sampingan, sangat simple sebab kebiasaannya kami memang berbuka simple. Yang penting semua berbuka dengan nasi.



Sirap Bandung + Soda. Ada nampak itu petai?


Sambal belacan, agak kasar sebab ALIA yang menumbuknya.
Paru Goreng Lada Hitam, yang aku belajar dari sorang kawan di Melaka. Memang sedap!



Puding Jeli Lycee (yang hari tu) dan Kek Pisang, dari tuan tanah. Kek Pisang jumpa kat pasar pagi tadi. Sebesar lengan aku, cuma RM5 jer. Pada aku sangat murah tu. (Sipi-sipi terselit lak Tart Nenas Tersohor)


Yang ni depa beli di pasar Ramadhan Kinrara.

Terimakasih kepada anak-anak buah aku yang sempat hadir utk iftar bersama. Seorang lagi anak buah yang berada di KL, (kampus Uni Damansara) tak dapat join.

Anak buah aku memang ramai bersepah di merata. Sorang di Kuantan (jurusan Komputer Network), sorang di UiTM Melaka (photography), sorang di UiTM Seberang Prai (tak ingat course apa, Sains? Engingeering?, lupaa..)

Dah besar-besar anak buah aku, semua dah anak dara sunti — sorang tu dah jadi bini orang. Ya, cucu BONDA ada lebihkurang 50 orang. Hmmm... terasa dah tua benor dah MAKNDAK nih.. huhuhuhu.



~...SERI BULAN sedang dalam kerinduan, bila malam disimbah ujan, bulan tersipu di celah dahan kelapa...~



Ramadhan: dalam kemeriahan itu...

Malam tadi aku berkesempatan pergi ke Carrefour Ampang, kerana urusan hantar tempahan Tart Nenas Tersohor pada sorang tokey butik yang popular di sana.





TENGKU MANJA @ AIZA (kami panggey dia MEK), seorang tokey butik yang berjaya.

Butiknya di ground floor Carrefour Ampang, dari pintu masuk depan, sebelah kiri. Jika dari pintu parking basement, berhadapan. Sungguh laku jubah-jubah dan tudung-tudung yang lain dari yang lain di butiknya. Kebanyakan geng aku memang semua beli di situ saja, sebab puas hati dengan design jubah yang sentiasa berubah dari sebulan ke sebulan. Lawo-lawo..!

Sungguh meriah rupanya suasana di sana. Memang aku belum berkesempatan merayau macam setengah orang yang membuat persiapan dengan penuh keterujaan. Kami lebih teruja nak balik kampung saja.

On the way balik, melihat pula kompleks yang baru buka di tepi perumahan aku. Baru saja naik tapi sudah meriah. Sungguh dekat saja dengan rumah aku, jalan kaki pun dalam 10 minit saja. Rupanya Carrefour pun sudah dibuka di situ. Malah restoren hebat juga sudah beroperasi. Ada Restoren Mamak Little Penang, 24 jam, ada bistro, restoren makanan segera jangan cakaplah. Pasni dah tak perlu pergi jauh lagi nak makan luar atau nak shopping.

Tapi kami tak jenis kaki shoppping. Mungkin kerana aku sudah bertahun-tahun kerja di area yang dikelilingi kompleks semasa di Bukit Bintang dulu, so soal nak bershopping sudah tidak begitu ghairah lagi, kerana aku boleh shopping bila-bila masa jer. Kerana aku shopping bila perlu, tak tunggu raya pun tetap beli bila perlu. Malah pernah juga, bila habis saja cuti raya, baru aku bershopping. Agak pelik, kerana aku hanya melihat keperluan. Mana yang tidak perlu, memang sayang nak buang duit yang tak berapa ada ni...

Kami tidak melihat langsir perlu diganti tiap kali raya, atau sofa harus diganti atau kuih raya mesti berdozen balang, atau baju mesti sorang 4,5 pasang. No, itu bukan cara aku. Cuma aku risau, cara aku itu akan menjadi ikutan anak-anak pula yang mengambil mudah, kita wajar berbaju baru atau berhias bila tiba hari raya. Khuatir pula jika anak-anak aku kelak "mencincai"kan persiapan hari raya sehingga mengenepikan bahawa hari raya adalah hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, dan tidak salah jika kita meraikannya dengan cara yang istimewa.

Cara aku mungkin macam orang kampung (ya... memang aku orang kampung pun), aku memang tak pandai nak ikut style setengah orang yang bila raya saja, nak tukar itu ini wpun tak berduit sangat. Ya... masing-masing punya poket.

Aku pernah ikut sorang kawan ofis aku pegi shopping sempena raya (7,8 tahun dulu). Dia beli ikut mata bukan ikut fikiran. Sehinggakan benda-benda yang tak penting pun nak borong. Ya, mungkin bagi aku setakat beli alas meja sampai 3 helai dgn warna berbeza mengikut tema langsir (yg juga 3 warna) adalah suatu pembaziran. Kenapa, tak cukupkah dengan hanya 1 alas meja yang senada? Bagi dia penting, tapi bagi aku membazir. Pendapat tidak pernah sama bila mata menjadi rambang dan keranjang!

Bersederhanalah kita. Bersederhanalah kita.

Seorang kawan aku, yang aku yakin dia memang banyak duit, tidak begitu bermewah dari segi fizikal dan design rumah, tetapi tidak pernah kedekut bila tiba bab makan. Kerana katanya, makan untuk kesihatan yang baik. Kalu rumah terlalu cantik, barang terlalu mahal, tidak boleh menjamin kita sihat sentiasa.

Tapi kalu rumah cantik, bersih teratur dan barang berkualiti, kan sedap mata memandang? Hati senang, fikiran lapang, kesihatan pun ikut baik. Tak gitu?

So, sendiri tepuk poket sendiri.

Okey, aku nak pegi pasar dulu. Hari ini cuti Merdeka, mari kita penuhkan pasar dan kotorkan seliper Jepun kita...! hehehehehe


~...menghadapi kemelut di muara tidak sesusah menghadapi rasa curiga SERI BULAN terhadap HISYAM yang diperhebohkan orang sebagai serampang 4 mata...~




Monday, August 30, 2010

Ramadhan: Selamat Hari MERDEKA...!

Sebentar lagi berdentumlah bunga api, tanda kita menyambut ulangtahun ke-53 merdeka. Hmmm, tiap kali nak sambut merdeka, mesti ada bunga api, kan?

Tapi seumur hidup aku tidak pernah sertai mana-mana sambutan Detik 12 malam wpun KLCC tu takler jauh mana pun. Paling-paling hampir pun, hanyak tengok bunga api di padang depan rumah 4,5 tahun dulu (skang dah takda), dan juga lihat dari tingkap bilik, bunga api yg cantik dari KLCC.


Apapun cara sambutannya, jangan dilupa perjuangan orang terdahulu dari kita, dari zaman penjajah Jepun, British dan pahit maung kelat mereka memberikan MERDEKA buat kita rakyat Malaysia. Terimakasih...

Selamat Hari MERDEKA...!


Seorang dari kawan sekolah lama aku call memanjangkan jemputan Majlis Hari Raya @ Gathering pada raya ke-2 nanti. Sebelum ini sudah ada yang menghantar sms rasmi tentang program tersebut. Sungguh sedih rasanya, bila aku tidak berpeluang bersama depa, kerana kami plan utuk berhari raya di KL dan Kuala Pilah tahun ini.

Rindu betul dengan kawan-kawan sekolah menengah dulu, yang sama-sama menakal, sama-sama terkinja, sama-sama bergurau sambil sepak kaki, berebut naik bas sekolah...

Tapi ya, memang ramai kawan lelaki yang tefon aku berbanding setakat ini tiada seorang pun kawan perempuan yang contact aku. Hehehehe, sepatah kata kawanku itu yang kami gelar "PUYUH", "ohhh hang kalu nama kawan lelaki semua hang ingat..." Benarlah tuuu...

Aku masa sekolah dulu, dalam kelas banyak duduk dengan budak lelaki dari duduk dengan kawan perempuan. Berani tak hengat...!



Sedih dan terharu rasa di hati, kerana tidak dapat join gathering tu. Aku rindu semua kawan-kawan aku. PUYUH menyebut beberapa nama kawan-kawan lama termasuk kawan2 perempuan, yang aku masih ingat rupa depa. Rasa rindu dan pilu kemudiannya bila teringat semua depa tu. Aku memang rindu...





*Kenangan bulan puasa: masa kecik-kecik, Arwah AYAH dan BONDA belikan kami baju raya yang selalu sama (adakala yg beza cuma warna, tapi design sama), dari kain murah (yg sekarang ni orang buat batang bantal jerrrr...), tapi seronok tak hengga dahhh. Walau tidak mewah, tapi baju baru cukup bermakna.


~...rindu tidak mungkin dapat disorok dari wajah, walaupun SERI BULAN letih menanti HISYAM balik dari Jeram Panjang, dan curiga sekali bila Rusa yang diburu, Pelanduk yang dipikul pulang...~




Sunday, August 29, 2010

Ramadhan: "Jangan masak sedap-sedap..."

Bila hari cuti, selain merehatkan diri, terutama cuaca panas, rasa nak lelap jer, tapi otak ligat berfikir nak masak apa lak pulak utk berbuka.

Dan sampai dah rasa malas dan buntu. Hmmmmm...

Penat semalam mengacau dodol masih ada saki baki lagi, tapi kerahkan juga tenaga yang ada untuk mengemas gobok yang dah takda rupa gobok. Punggah abih barang2 yang dari zaman Tok Kaduk tersimpan jarang dipakai. Nak pilih-pilih pinggan mangkuk dan gelas-gelas yang berdozen-dozen tu, untuk dihantar separuh ke rumah ONYANG di kampung. Rumah tu baru saja siap, dan tak banyak barang dapur yang ada.

Aku pun bukan pernah beli pun gelas, semua gelas berkotak-kotak tu hadiah kahwin dulu. Zaman dulu kalu nak bagi hadiah pada pengantin baru, paling popular adalah set gelas lah. (Agaknya pengantin baru lebih perlukan gelas dari barang lain?) Zaman doluuuu... Sekarang ni orang dah tak mahu bagi hadiah gelas lagi, kan?

Kebanyakan gelas-gelas dan mangkuk tu aku sendiri tak pernah guna pun, bertahun-tahun tersimpan sejak mula kahwin.

Lega dapat kasi nafas baru dan skit udara pada gobok aku. Minggu depan semua ni kena angkut bawak balik kampung.


*****************

Esok pasti ramai lagi yang masih bercuti bersambung dengan cuti Hari Merdeka. Tapi aku tak cuti. Kija jugokkkk.

Dak AMOI esok akan balik semula ke Seksyen 7, tapi dia dah siap pesan, "Janganlah masak sedap-sedap time ALONG takda. Kalu nak masak sedap, tunggu ALONG balik..." Amboiiii...

Sebab aku plan nak masak Wantan sebab terbaca di blog HEZRIN, dia buat Wantan dgn isi ayam. IKA memang minat Wantan. Kena try lah.



Menu berbuka petang tadi. Roti Sardin Goreng, yang mendapat pujian "terbaeeeekkkk" dari rakyat serumah. hehehehehe... (kenapa lepas goreng dia jadi out-of-shape?)

Malam ni nak tido awal, tulang belakang sakit lagi...



~...SERI BULAN tidak pernah merasa merdeka, bila segala keputusan hanya dibuat RAHMAT, tetapi HISYAM sentiasa mendorong untuk berjuang atas sebuah kemerdekaan hakiki...~



Ramadhan: Antara yang Pekat Ori dan Lemak Berdurian...

Sebagai menyambung entri terdahulu, hari Sabtu yang kini menjadi hari bekerja separuh hari buat aku tetapi buat macam-macam kerja sampai ke malam.

Entah kenapa, Sabtu semalam, ramai betul yang ambil cuti dan di department aku cuma aku sorang saja yang bekerja. BOSS pun dah terbang ke Beijing, aku tak pasti samada CINDY LAUPER dibawa sekali. Apalagi, bila dah kerja sensorang, kerja pun banyak, aku tune radio kuat-kuat...!

Balik kerja, sebagai memenuhi selera anak-anak (termasuk Dak AMOI yang balik bercuti), aku masak Sambal Tumis Udang dan Puding Jeli perasa Lycee dan Jagung.

Kali ni perasa Jagung dan Lycee


Aku mendapat jemputan untuk bersama-sama menjayakan program Mengacau Dodol di Flat Sri Sabah semalam. Program yg dirancang pada tarikh 3 Sept terpaksa dipercepatkan kerana tarikh tersebut sudah bermula cuti semester bagi pelajar-pelajar IPTA yang terlibat.

Program yang sudah menjadi program tahunan, bertujuan mengeratkan silaturrahim dan mensedekahkan dodol kepada kira-kira 50 buah rumah anak yatim yang bernaung di bawah Jalinan Kasih Sri Sabah sempena Aidilfitri.



Sebanyak 3 kawah dodol disediakan (1 ditaja oleh Yayasan) dan diuruskan bersama pihak urusetia Jalinan Kasih dengan dibantu para sukarelawan dari Institut Professional Baitulmal, WP.


Bukan mudah untuk menyiapkan 3 kawah yang penuh, dengan kesabaran dan bergilir-gilir mengacau.

Aku hadir selepas selesai memasak untuk anak-anak berbuka, lagipun dodol tu perlukan 12 jam untuk dikacau. Ada banyak masa.



Suatu pengalaman manis buat aku kerana hanya baru sekali pernah mengacau dodol, dulu, 7,8 tahun dulu semasa di kampung. Sungguh teruja aku.

Waktu masih lembik cair, memang laju jer mengayuhnya, tapi bila dah pekat liat, ketat dan padat, memang lengoh tangan dibuatnya. Tapi kerana kami bergotong-royong beramai-ramai, dan saling bergilir, memang kurang terasa penatnya.


2 kawah ori, 1 kawah + durian. Wow, sungguh wangi. Kami berbuka/solat bergilir-gilir kerana kawah tidak boleh ditinggalkan. Pendekata mengayuh tanpa henti.


AJK Jalinan Kasih bermesyuarat ringkas sambil layan durian.

Kawah pertama siap kira-kira jam 10 malam. Kawah seterusnya tidak mampu lagi aku tunggu, serah saja pada yang muda-muda. Kita dah tua-tua ni, tenaga dah kurang...


*Kenangan bulan puasa: Kuih-kuih tradisional memang sangat renyah membuatnya, tapi itulah yang sangat sedap. Aku selalu tolong BONDA buat Putu Kacang dulu. Ditekap tepung kacang ke dalam acuan berbunga yang dibuat 3 kuntum dalam 1 kayu. Sekarang ada lagi tak acuan dibuat dari kayu macam tu?



~...gelanggang ditinggalkan HISYAM, sungguh terasa sumbang tanpa gandingan sejiwa tetapi lantai tari tidak wajar dibiarkan kosong tanpa rentak...~




Saturday, August 28, 2010

Ramadhan: Sehari yang penuh....

Seharian ini dengan cuaca yang sangat panas, dan kerja yang pelbagai, sungguh memenatkan.

Dah tak larat nak taip entri penuh.
So, sebagai intro aku boh gambar ni dulu.


Nanti AA sambung ceritanya. Nak tido, dah penat sangat...


~...hati bertambah penat lesu bilamana HISYAM bertindak keluar gelanggang, dan SERI BULAN mereka-tari dengan rentak yang sangat sumbang...~



Ramadhan: Berakhir sudah sebuah episod yang panjang...

Tadi, siri hebat Nur Kasih berakhir. Walaupun siri itu sudah diulangsiar 2 kali (kalu tak silap) tetap ada beberapa episod yang aku tertinggal. So sepanjang Ramadhan ini sambil bersahur kami sefamily memang layan siri ini dan rasanya tidak tertinggal langsung, sebab belum lagi kami terbabas tidak bersahur. (Pujian harus diberikan kepada si Tukang Alarm merangkap Tukang Kejut a.k.a. Tukang Perangat Lauk).

Sebuah kebahagiaan begitu subjektif, dan tidak pernah sama bagi setiap insan. Cara mencari berbeza, cara mendapatnya juga berlainan. Bahagia tanpa dugaan kurang nikmat berbanding bahagia with flying colors, lahir dalam dulang emas atau laluan terlalu mudah (dengan izinNYA).

Nur bersatu semula dengan Adam. Alia mendapat kembali kepercayaan tentang kesetiaan seorang Aidil. Seorang ibu mendapat semula anaknya yang disangka mati. Ternyata ajal belum memisahkan mereka.

Kita pun sedang dalam kebahagiaan, kan? Bahagia kerana kita masih lagi menikmati Ramadhan, yang sungguh berbeza dari sebelumnya, tidak pernah serupa dari setahun ke setahun. Harap-harap lebih baik dari terdahulu.

Seorang anak kecil pun bahagia bila dia puasa penuh, dan bila berbuka MAK dia masakkan yang sedap-sedap utk dia, si Ayah janjikan baju raya dan duit raya kalu dapat puasa penuh. Atuk Nenek janji nak masakkan ketupat lemang bila semua berkumpul nanti...



Heyyyyy orang Selangor! (melaung sambil lambai-lambai tangan) Semalam korang borong apa? Ada jumpa orang jual Kuih Batang Buruk murah murah tak? Serunding Daging sekilo berapa tahun ni? Ada jumpa tak orang jual pelita punjut warna warni? Nak beli laaaa... Nak hiaskan rumah ONYANG kat kampung tu. Heeeeee... tak sabor dah nih.

Semalam takda idea nak masak, si aku try masak menu yang aku baca di blog MAS DUNIAKU. Terimakasih MAS. Cendawan Pedas. Simple but sedap. Selama ni cendawan ni masak sup jer, kali ini try dengan sos tiram. Sedap weyyyy... Licin.

Yang merah-merah tu aku buh cili kering, dan yang hijau tu Kacang Peas. Resipi asal di SINI.



Ini menu bersahur tadi. Nasi Golen + Ikan Bilis (lagi?) + Keropok Binjai, minum Teh O. Perhhhhh...!


*Kenangan bulan puasa: pernah baju raya yang dibeli warna sedondon dengan TOKLAKI, dijahit saiz badan Dak AMOI. Wuaaaaa tailor rabun...! Frust giler aku.


~...menyusuri sungai mencari udang tidak sama dengan meneroka jalan kampung sehingga ke dusun di baruh, semata-mata kerana Buah Mata Kucing, yang tidak lagi semanis senyuman SERI BULAN...~


Friday, August 27, 2010

Ramadhan: rutin sedikit menyimpang, sambil berimaginasi merapu yang tinggi...

Gara-gara menayang-nayang Sambal Bilis + Tempe tempohari, yang konon mendapat Kepujian Kelas Pertama dari My TOKLAKI, ada pula yang teringin bukan kepalang merayu-rayu, sampai meroyan beberapa hari minta nak makan. Alaaa lauk yang simple sebegitu bisa saja dimasak campak-campak, tapi kerana mahu juga air tangan aku (yang GEBU?) ini yang masak, maka tidak boleh tidak, terpaksa juga aku membikinnya.

Bergelut dengan lauk berbuka petang tadi, maka sempat juga aku siapkan "Sambal atas permintaan" ini dengan jayanya dan mendapat Kepujian Kelas Kedua pula dari anak-anak.

Seperti yang dijanji, Me & TOKLAKI pergi menghantar Sambal tu di BTHO. Lagipun sudah lama kami tidak berjumpa-jumpa, melepak sambil minum Teh Tarik (tapi tak Kurang Manis), sambil layan bola di skrin besar di restoren yang sudah bertahun menjadi port kami, ABC (berhampiran Taman Minang, dekat area Alam Damai).

Sambil borak, sambil bincang serius tentang kerja dan anak-anak, sambil merapu dengan imaginasi yang sangat tinggi, sehinggakan bulan yang kelihatan begitu indah dari bawah pokok tempat kami duduk berkumpul, menjadi isu perbualan serius sehingga panjang lebar topik bulan dan kaji sains yang kami perdebatkan. Cewahhhh.. macam borak dengan ahli astronomi handal plak tadi.

Layan jer gambar...

Menjadi jugak Sambal Bilis + Tempe aku kali ini, harus bleh dapat Kepujian Kelas Teratas plak kottt... cewahhhh!



...bila depa dah mula bukak kitab profile, aku termangu taktau mender topik dan tak tau nak celah kat mana... layan Tose Telur Taruh Atas lagi baekkkk...!

...lepas satu gelas ke satu gelas. Yang pasti gelas aku memang cuma satu.



Perhhhh macam 10 orang punya berimpun, tapi kami cuma berempat jer tadi, dan aku sorang jer "anak dara sunti" di situ. Ahaks!

Sebelum balik, tapau Fish N Chips untuk Dak AMOI yang baru balik bercuti. Amboiii...


*Cuti Nuzul Quran: orang SELANGOR tolong jangan sesakkan KOLUMPO, pleaseeeee...!



~...sudah lama tidak melihat SALWA, bukan tidak rindu, tetapi demi menjaga hati SERI BULAN, HISYAM rela berkurung seperti anak dara pingitan...~




Thursday, August 26, 2010

Ramadhan: Entri ini agak emosi...

*Entri ini agak emosi.

Masih terasa marah dan terhina bila Kedutaan Malaysia di Jakarta dibaling najis dan bendera kita diinjak. Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ok, biar pihak berkuasa menyelesaikan kemelut ini sebaik-baiknya, walaupun sebagai rakyat Malaysia, kita berasa sangat terhina dan tercabar.

Ada kisah yg aku nak simpan di sini. Kejadian berlaku sebelum puasa lagi, tapi baru 2,3 hari lalu aku mendengar desas desusnya.

Tempat kerja aku, memang ada maid. 2 orang. Muda lela. Kecil molek. Sudah tentu kuat nak buat kerja. Tetapi yang selalu ada datang ke tempat kerja ni, sorang saja. Sorang lagi jaga rumah Bos.

Ya, aku kerja bertahun-tahun (lebih 20 tahun ok..) so ada aku heran ker pada maid Indon nih? Tambahan pula yang datang sini hanya pandai buat kerja rumah dan cuci ofis. Ini bukan entri penghinaan tapi luahan aku yang sangat berasa bengang bila yang mendatang merasa diri dia tuan rumah plak. Apa kelass ko tetiba nak jadi kaduk plak?

Yang sorang di sini, nama dia CINDY LAUPER (bukan nama sebenar tapi aku memang nak bagi nama tu free free jer kat dia...!), dengar citer dah nak dekat setahun kerja dgn BOSS aku ni. (Ada sorang laki sorang pompuan, but not husband wife). Yang pompuan punyalah manjakan CINDY ni, sampaikan semua cakap dan kehendak Cindy ni dia ikut.

Dan mula-mula dulu, aku mati-mati ingat (alhamdulillah tak mati) yang Cindy pun staf, rupanya maid. (Bukan keja maid ni hina) Sebab dia punya dressing, mak ooiii... Mekapppp... perhhhh memang bulu mata pelesu dia kalah Rozita Che Wan lahh! Baju? Dari belang rimau sampai ke skirt yang kalu tonggeng nampak..tuuuut..! Pastu siap pakai boot sampai kepala lutut (yang I wondering ada tak dia simpan otak dia kat situ jugakkk).

Ok, fine. Aku tak mo kacau ko, tak kuasa nak geng dgn ko (even orang lain pun aku tak berapa nak geng). So aku tak terfikir pun nak kawan dgn dia, atau nak soh dia buat apa-apa pun, sebab tiada kaitan pun dia dengan kerja-kerja aku.

Tapi, masa sebelum posa ritu, ada ler kes kecil aku tertumpah air kat lantai di dapur. Macamlah aku tak pernah lap lantai. Macamlah aku ni bodoh sangat nak buli dia soh buat keja utk aku, macam aku tak bertanggungjawab lak. So, aku lap sendiri lah. Biasalah kan? Lagipun masa tu BOSS lum masuk, so Cindy pun tak ada.

Tup tup tap tap!... Dia ngadu pada BOSS citer konon aku lap lantai guna kain yang dia guna utk lap pinggan. Weyyyyy! apa kes? Mujoq la sorang Manager yang nampak aku mengelap ritu, explain the truth. Pastu citer tu berjalan dari sorang mulut ke telinga lain akhirnya sampai ler ke telinga comel aku nih. Siap depa ada buka citer tokok nasi tambah lak. Buat gelak jerrrr!

Laaaa hai, takdak isu lain ker yg korang nak citer wey? Awat tak mo kecoh, “Azie tu pakai baju tu lawa laaa.. Azie tu rini pakai handbag Vinci laaa... or.. Azie tu pakai cincin besaq gedabak lerr...”

Nak main politik plak. Yang BOSS pun satu (memang satu punnn) memang percaya bulat-bulat pada Cindy sebab tu dia merungut kat Manager tu (yang backing aku. Nak kena belanja ke erk?). Cindy juga komplen macam-macam pasal staf lain pada isu yang sangat remeh.

Kecik sangat isu lap lantai salah kain nih. Uishh kalu aku tahu dia nak kecoh, baik aku terus jer guna kain skirt dia, baru padan! Selama ni memang aku tak pernah pun beramah mesra dengan dia sebab jarang bertembung pun. Tempat kerja aku ada 3 floor, aku di atas sekali so apa jadah nak turun naik turun naik. (Nak kurus? cisssss! tak der makner nyerrrr...)

Inilah suatu contoh orang pendatang (kes terpencil kah?) yang sungguh tidak sedar di mana bumi dipijak. Berani berani kamu mau memburukkan aku ya? Kamu jangan macam macam ya? Daring gua, lho belum tahu lagi....

BOSS aku ni memang sangat sayang pada Cindy. Besday dia haritu, dapat kek besar sungguh. (Staf dia tak pernah pun diselebret sedemikian, aduan dari staf lama). Pakaian Cindy, handbeg Cindy, hanfon, jamtangan... semuanya hasil ikhsan belas simpati pemurah si BOSS. Baik nyer BOSS aku kan? kan? Mestilah baik, sebab tu maid dia datang kerja boleh pakai mekap, lipstik jenama Maybelline, handbeg ori branded, kasut 2,3 inch, talipinggang ada kilat-kilat... perhhh! Macam tak caya jer aku.

Takper. Hari ini hari dia. Esok esok lagi dia mahu menantang aku, siap lho! Aku campak kat Selat Melaka nanti..


*Ini kes seorang bernama Cindy sahaja, BUKAN menyentuh lain-lain insan yang mencari rezeki secara halal lagi berhemah yaaa...



Ramadhan: Soriiiii.... > sengih sambil tayang gigi.

Semalam petang, aku terklik apa ntah kat “edit HTML”. Memandai jer.
Akhirnya, semua listing kat side sana semua ilang. Terpaksa buat semula.

So, sesiapa yang rasa blognya tidak tersenarai di sebelah sana, sila komen di bawah ya.
Tolong bagitau, sebab AA takut ada yang tertinggal.


Soriiiii.....

Ngeh! Ngeh! Ngeh! Ngeh! Ngeh!


Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan: Perkembangan terkini...

Okey, order untuk Tart Nenas Tersohor sudah kututup semalam. Sebab tak banyak berbaki, walaupun aku booking lebih kerana kilang sudah tutup order minggu lepas lagi. Yang ada beberapa pek sahaja untuk aku agihkan kepada family MIL dan anak-anak buah yang nak balik ke kampung next couple of weeks.


*Ini pic tahun lepas...

Terimakasih kepada pelanggan-pelanggan tetap aku dan juga beberapa orang customer baru. Sori pada yg nak lebih tapi aku terpaksa hadkan kerana mahu berlaku adil pada customer yang lain.

Jangan risau, masih boleh order selepas raya kerana Tart Nenas Tersohor ini memang sepanjang tahun.

Segala penghantaran akan mula dibuat minggu hadapan dan yang di Sabah tu, sabar yerrrr...



Ini pula Kek Lapis Sarawak yang diorder oleh kawan setempat kerja dari kawan FBnya di Sarawak. Siap hantar sample dulu. Dapat juga kami rasa hari tu. Sedap. Pada aku semua Kek Lapis Sarawak memang sedap..! Aku kenal sorang KAKAK yang berasal dari Sarawak (kini menetap di KL), yg tiap tahun tak menang tangan buat Kek Lapis, dan bahan rempah ratusnya memang dia order terus dari Sarawak. Sedap wehhh...!


*Kenangan bulan puasa: masa anak dara dulu, aku selalu join kakak-kakak aku buat kek lapis lapis yang bila siap jadi belang macam pelangi. Best gilos. Guna bahan asas jer, dan pewarna yg buat kek jadi berwarna warni. Yang tak leh lupa, betapa tidak mampu, tiada acuan/loyang kek, memang kami guna periuk untuk tuang adunan. Sedih pula bila terkenang...



~...memahami kehendak dan selera HISYAM bukan tiket dan jaminan SERI BULAN akan memasak dan menghidangnya, so jangan mengada-ngada. “Saya tak pernah pandai masak Solok Lada”...~


Ramadhan: Test Kad Raya Buatan Sendiri...

Tahun lepas aku banyak terima kad raya secara maya, thru email. Juga kad-kad raya yang dihantar secara pos. Sangat best. Sungguh terharu bilamana kad-kad ucapan raya yang datang di kala musim Raya, seperti dulu-dulu.

Rasanya aku lebih suka kad-kad raya yang dipos berbanding dengan kad raya MAYA. Tetapi apapun, yang penting adalah KEIKHLASAN dan tanda ingatan sesama kita.





Hari ini aku test buat kad raya sendiri. Aku bukan grafik designer, so kad raya aku memang level budak skulah rendah jer lah. Takper, yang penting ikhlas, kan? kan?


~...walaupun sungguh berjauhan bertahun dan jarang bersua, HISYAM tidak pernah menjadi sentimental mengirim lagu atau mengirim kad ucapan...~


Ramadhan: Selamat Hari Wanita...

Selamat Hari Wanita 2010 Malaysia hari ini kepada semua yang bergelar wanita... tidak kira bangsa dan agama. Semoga insan yang bergelar wanita akan terus bersemangat, terus tabah terus kuat menghadapi cabaran canggih hari ini.

Tema Hari Wanita pada kali ini ialah “Satu Azam Wanita 1Malaysia’



Tetapi kejayaan wanita seiring dengan doa dan sokongan orang-orang tersayang; anak-anak dan insan lelaki bernama suami. Tiada wanita boleh sekuat dan sekebal ini tanpa mereka, kan?


So, sebagai wanita, apa azam kita? atau tidak berazam sama sekali (macam aku...?). Yang pasti, semoga kita tidak pernah berhenti berdoa untuk meminta, mengadu atau mengharapkan yang terbaik untuk diri kita, kehidupan kita dan keluarga kita.

*Hari Wanita Sedunia jatuh pada 8 Mac.


~...sebagai wanita, SERI BULAN sangat merasa dihargai, bilamana HISYAM tidak pernah berasa selesa bersama wanita lain, melainkan dirinya...~




Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan: Lagu raya...

Sepanjang Ramadhan ini belum lagi aku mendengar lagu raya di mana-mana. Mungkin kerana aku tidak keluar ke tengah town atau merayau-rayau di kompleks seperti sepatutnya sudah dilakukan.

Masih ingat, tahun lalu ada saja yang komplen kerana baru sehari berpuasa, sudah kedengaran lagu raya di kompleks-kompleks seolah ibadah puasa itu tidak penting lagi, dan raya itu yang dikejar-kejar.



Dan di radio-radio sudah tentu belum kedengaran lagi kerana setahu aku, lagu-lagu raya hanya boleh diperdengarkan seawal pun, 10 hari sebelum Syawal. Ini undeng undeng!

Lagu raya silih berganti, lagu baru muncul setiap tahun wpun tidak banyak, tidak rancak tapi tetap ada. Dan yang baru itu pasti akan diulang putar setiap tahun malah ada yang menjadi evergreen bertahun-tahun.

Ada banyak lagu raya yang sedap didengar, kan? Penyanyi-penyanyi bergabung dalam satu album pun ada, tak terkecuali pada penyampai radio merakamkan lagu raya khas. Itu biasa.


Rata-rata kita pasti terasa sayu dan lebih tersentuh bila mendengar lagu-lagu raya yang nostalgia dendangan penyanyi lama, e.g. P. Ramlee, Saloma, S. Jibeng, Sudriman, Aishah, Aman Shah, D.J. Dave, Ahmad Jais, Uji & Hail, Sharifah Aini, Fazidah Joned... dan ramai lagi.

Siapa yang boleh tahan hati bila dengar lagu Dendang Perantau, Selamat Hari Raya, Lambaian Aidilfitri, Suatu Hari di Hari Raya (M. Nasir)...etc. etc? Masa tu jugak, bagi yang tak dapat balik kampung, rasa nak terbang jam-jam tu jugak!

Penyanyi baru pun ada juga yang ada lagu raya yang best dan “catchy”. Lagu-lagu raya Siti Nurhaliza antara penyanyi era kini yang sentiasa popular dan diingati. Ada lagi satu lagu raya yang baru (2,3 tahun dulu) dendangan sorang penyanyi lelaki baru tapi aku lupa tajuk dan juga nama penyanyi tu. Nanti kalu mula kedengaran harus aku cari liriknya.


Kenapa aku sorang jer yang berbaju Sepasang KURUNG BIRU.
Hmmm lagu Khairil Johari Johar.

Semoga lagu raya memeriahkan hari lebaran kita nanti.


*Kenangan bulan puasa: Ada anak anak nakal bila bertandang di hari raya suka nyanyi lirik ini, “mintak mak, kuih sepotonggg...!”






~...melayan kerenah HISYAM yang sekejap dingin sekejap beku sekejap cair, buat SERI BULAN berasa gundah sehingga terasa nak minum ABC sensorang...!~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails