Tuesday, March 9, 2010

Badi ular?

Kisah biggest gathering semakin surut dah. Apapun sesiapa yang belum berkisah, amatlah dialu-alukan. Aku suka, sangat suka nak baca. Tulislah apa saja. Wa tak kisah...!

Aku dah tak upaya nak tulis kisah tu lagi, jika ada yang terlintas di kepala pun, cuma sedikit. Biarlah gambar saja yang memainkan peranan. > teringat ayat sorang blogger dlm blognya yg aku baca malam tadi “ramai yang hadir dgn segala jenis mak nadok kamera DSLR sangkut macam nak patah leher...”

hahahahah...! itulah gunanya, sebab gambar lebih banyak makna ceritanya.

Cuma kalu korang baca setiap blogger yang menulis kisah ini dari persepsi mereka masing-masing, pasti ada yang rasa sangat menyesal, sekesal-kesalnya kerana tidak join. Ahaks! Statement aku memang adakala sangat kejam.. Sarcastic tu dah selalu sangattt...!

TERIMAKASIH kepada SEMUA yang terlibat.

Sebenarnya, aku penat...! Sangat penat...! Bukan salah korang tapi salah aku sendiri.

Bermula dari minggu lepas lagi, ada banyak perkara yang aku buat, terpaksa buat. Kerja rumah tu dah rutin, mana bleh merungut beb!

Minggu lepas berderet hal. Bermula dari memenuhi undangan sambutan Maulidur Rasul, merayau PV cari pasal, pastu Rabu pergi Manjoi kerana Rumah Nurul Iman terbakar, then pergi YPN atas beberapa urusan, then pergi majlis kahwin di malam hari. Teruja pergi Bloggers Gathering, bersambung Ahad lalu dgn majlis sambutan Maulidur Rasul di surau depan umah....

Akhirnya Senin semalam, aku lembik. Bukan stress tapi kehilangan tenaga. So, adakah aku minum Air X10 secara songsang? Atau bila terlebih dose, kesannya jatuh merudum? Wuaaaaa! Tolonggg...! Cemana bleh terlupa nak tanya aturcara meminumnya hari tu dari Bos X10.. hmmmm > garu kepala yang berkutu...

Kesannya? Aku terlupa buat minit mesyuarat yang sepatutnya dibentang dlm meeting semalam. Ada surat rasmi yang aku terlupa print (belum edit pun..) Dan mulut dah tak larat bersuara lagi. Adakah kerana aku terlebih volume masa di Gathering? Oh.. okey, itu memang salah aku sendiri.. Boleh ilang tender cengginih wehhh..!

Dan sejak semalam juga aku ilang selera makan. Elehhhh... bukan bleh kurus pun kalu ilang selera makan setakat 2 hari, kan? Cissss...! Yang pasti, memang aku tak lalu makan. Adakah kerana badi ULAR? Hmmmm...

~...cenderahati dari kawan pejabat yang baru balik bercuti dari Hong Kong. PURPLE youuuuu...! I like..~

KOMEN ini buat aku membesarkan mata aku yang sedia besar... sampai juling tapi aku tetap takleh nak faham:
“Azie: nak tak saya kasi username dengan password blog ni?”

hahahahahahaa...!


~...aku bz sesangat dalam minggu ni, so lum sempat nak meronda or respons semua komen. SORI BERLORI yea...~ Dan aku SANGAT RISAU sbb Result SPM dah nak kuarrrr..!!


12 comments:

  1. alahai..ciannye...bawak2 berehat la kak azie..

    stok air X10 tu dah balun habis ke? hehe

    ReplyDelete
  2. tu laaaa sape suruh minum X10 banyak2... lain kali kena mintak sponsor air kacip fatimah plak... hak3

    ReplyDelete
  3. AZRUL > yup... habisssss...!


    ICE > Air X10 tu balik rumah, taruh ICE, sedap wehhhhh...!

    ReplyDelete
  4. wuaaaaa ni yang geram ni... saje je nak bagi jeles... wekkkssssss..!!!!

    ReplyDelete
  5. ekekekek... kak agaknya pmpn kalau minum tongkat ali memang jadi kesan songsang. ekekekek

    ReplyDelete
  6. salam buat azie...
    pak long baca catatan ni rasa memang cukup penat...memang sibuk giler la ko azie....kira sibuk tahap gaban ni...apapu pak long doakan moga terus sihat walafiat

    ReplyDelete
  7. Salam Kak ... baca cerita akak ni pun dah penat, bahu yang memikul apakan lagi kan.

    Turut suspen nih, harap harap Ika berjaya macam Kak Long dia. AMIN.

    ReplyDelete
  8. nak baca pon ikut penat bila tengok kengkawan penat... ace amik napas dulu. tapi dalam penat tu pon bule tahan tulih panjang gak tuuuu

    ReplyDelete
  9. apa la nasib anak-anak buah ku yang ambil spm tahun lepas

    ReplyDelete
  10. Kena gak menulis, sbb menulis blog ada suatu terapi... hahahahaha..!

    ReplyDelete
  11. bz giler akak ni..kita baca n3 pun dah terasa penat eh hehehe...tp jenis akak ni macam makteh kite,kuat bekerja dan tak boleh duk diam tanpa buat sebarang kerja

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails