Tuesday, March 30, 2010

Terimakasih Daun Keladi, Entah Bila Berjumpa Lagi...

*Entri ini akan menjadi entri yang sangatttttt panjang. Kerana sedikit perkongsian bermula dari hari Jumaat–Ahad di PWTC. Harap maklum.

ENTRI INI CATATAN PERIBADI AKU, TIADA KAITAN dengan MANA-MANA PENERBIT atau dengan CESB SENDIRI.

Ya, PBAKL 2010 sudah berakhir Ahad lalu. Satu pengalaman manis berulang lagi buat aku. Mendapat 6 hari bertugas sudah cukup meletihkan tetapi memberi kepuasan. Mungkin boleh dikatakan lebih puas dari tahun lalu dan 2008 dulu. (Kerana aku memang bukan seorang promoter, tiada pengalaman langsung sebelum ini, malah pernah rasa malu nak bagitau orang yang aku minta kerja part time, tapi tetap nak buat sebab dah minat tahap GABAN dengan buku).

3 hari terakhir bagi aku lebih baik dari hari-hari awal kerana aliran pengunjung sungguh memberangsangkan. Ya, ini keadaan biasa.

Di kesempatan ini aku ingin berkongsi beberapa pengalaman (harap tiada yang muntah). Sekadar merakam peristiwa agar tak terlupa suatu hari nanti, maklum dah makin tua ni..

Ramai pengunjung CESB, sebahagian mereka adalah wajah pembaca yang dah aku pernah jumpa sebelum ini. SITI dari Pahang (sesiapa yang pernah baca entri PABKL tahun lalu mungkin ingat, dia datang ke booth bawa banyak cenderahati untuk novelis dan aku saja satu-satunya promoter yang turut dapat cenderahati tu). Datang lagi tahun ini, dan bawa cenderahati lagi (dan juga hanya aku sorang saja promoter yang dapat.. hmmm?). Terimakasih SITI, pembaca setia novel-novel keluaran CESB.

Inilah dia pelanggan setia yang datang dari Pahang. SITI. Bawa hadiah cupcakes yang sangat comel. Terimakasihhhh... Aku memanggil ini sebagai, “buat baik dibalas baik.”

Sesi bertemu peminat. Pelakun FARID KAMIL dan novelis AHADIAT AKASHAH pada Jumaat lalu. Mempromosikan filem baru (bakal ditayangkan pada Jun 2010) bertajuk Lagenda Budak Setan, adaptasi dari novel Ahadiat dengan tajuk sama, keluaran CESB. (Heroin LISA SURIHANI dijadualkan datang pada Sabtu, tidak datang. Tak tau kenapa)

Cabaran ditempat di Dewan Tun Razak 2 memang agak perit kerana ramai pengunjung masuk ke Hall 3 lebih dulu (dan tentu dah berbelanja di situ dulu) malah ada yang langsung tidak tahu ada banyak lagi exhibitor di Dewan 2. Cabaran betul. Tetapi bagi yang sudah “kesedapan” dengan buku-buku keluaran CESB, pasti berusaha mencari. Aku sungguh seronok bila wajah2 yang datang yang aku kenal, juga masih kenal aku. Malah tak perlu bercerita pun, depa tetap beli novel terkini. Paling seronok bila depa borong (ni jenis beli buku di Pesta saja, setahun sekali) sampai penuh 1 bakul. Seronok nyerrrr.. (pada hal aku bukan tokey pun).

Dia ni pelanggan setia. Tiap tahun aku jumpa dia. Mesti borong lebih dari RM300.

Berapa ratus agak-agak nih? Takper, belian lebih RM100 dapat T-shirt percuma..!

Novelis SITI ROZILAH. Datang awal. Best borak-borak. Novel-novel dia sentiasa menjadi best seller di CESB. Perhhh!

Tidak kurang juga pelajar sekolah yang datang berkumpulan dari asrama, dari sekolah, ada yang datang secara rombongan dengan cikgu masing-masing dan juga sendirian. Seronok jer tengok mereka datang dengan uniform. Dan aku memang suka sangat nak tengok dekat lencana sekolah mereka sambil bertegur sapa. Untuk pelajar, aku jarang nak citer pasal novel terkini (yg kali ini berharga RM39.90, tentu mereka ramai yang tidak mampu), tapi aku promote komik dan novel remaja yang murah sedikit. Harus peka juga dengan keadaan. Jika mereka tidak beli pun tak kisah, seronok dapat borak-borak sebaya anak sendiri.

Malah pernah sekali, aku terjumpa beberapa orang pelajar dari Sek Men. Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Kajang (SAAS).

Terus aku usik, "Let me guess, Pengetua sekolah awak ni Puan Junaidah Tukimin, kan?" Terkejut gak budak-budak tu. Senyum meleret.
"Dia garang tak?" aku tanya.
"Garang gak laarrr... Makcik kenal ker?" Hehehehehe...
"Puan Junaidah tu kakak ipar Makcik la. Memang dia garang pun." Harharharhar! Ada ker Pengetua yang tak garang?

Ada jugak ler beberapa perkara yang tak berapa best, tapi itu suatu suasana biasa saja. Bayangkan nak seberang sungai untuk ke dewan sana mengambil masa lebihkurang 5 minit lebih, pastu bersesak dengan pengunjung untuk menuju surau. Surau selesa tapi tempat berwuduk memang agak seksa. Beratur lama. Mujur kemudiannya kami mula bersolat di surau Perkim (melalui jalan belakang) yang lebih selesa dan tak perlu berebut. Terus teringat pengalaman terkandas dalam hujan lebat dan kami bertiga terpaksa menunggu lama kerana takda payung untuk kembali ke dewan. Mujur ada hp, terus call pasukan penyelamat. Jangan haraplah nak datang dengan payung, sebab tu aku soh gak datang walaupun dengan kotak2 buku jer. Hehehehe.. boleh tergelak bila ingat balik, berteduh dgn kotak kalu idak mau lukus promoter-promoter cun nihhh.. Wakakakaka!

Namun sempat juga aku singgah menyapa booth lain yang aku kenal. Seronok tengok kemeriahan mereka, kerana karya mereka yang sentiasa mendapat tempat di hati pembaca. Antaranya NOOR SURAYA di Jemari Seni (novelnya Nyanyian Tanjung Sepi masih ramai yang cari), NORHAYATI BERAHIM (yang mempunyai pengikut/pembaca setia yang begitu ramai), KARNADYA (Puan AINA), PTS yang meriah, ITNM dan banyak booth lain. Berwarna warni lagi...

Suasana yang meriah. 3 orang novelis yang sabar melayan pengunjung. HASLINDA ISMAIL, WANIE NORDIN dan NAJWA AIMAN. Terimakasih, yang belanja makan...

Antara yang juga best buat aku, kakak aku (MAK UDA) yang datang dari Perak. Sambil melawat anak di Bukit Jalil, sempat pula singgah booth jumpa aku. Terimakasihhhh... Terharu aku tauuu..!

Anak buah aku, LIA bersama novelis WANIE NORDIN. Dapat autograf spesel.

Walaupun aliran agak sibuk, bersilih ganti, bergilir untuk waktu makan dan solat masih juga aku berkesempatan berborak dengan ramai kawan-kawan yang datang dan singgah menyapa. Antaranya:

1. Rakan-rakan yang dulu bermula di web CESB kemudian kami sama-sama aktif di forum CALUK CORNER (kebanyakan mereka ini adalah novelis):
ANYSS (novelnya bersama CESB), Put3IMANIESYA (novel dia ada 3 dah rasanya), DINA (novel di CESB bertajuk Kasih Aryssa), FAD (sori Mokyang tak sempat nak sokong masa hari pelancaran novel FAD, apapun tahniahhh...), NURSUZRY, yang sarat mengandung, selepas 1 tahun tak jumpa. Kali akhir dulu masa gathering raya CC di rumahnya, juga AOP (2 kali datang booth, thanks. Sanggup turun dari Penang), ABBY (novelis Ebriza Aminuddin – ada 2,3 novelnya di CESB)...hmm lagi sapa... oh ya CALUK The Guru Besar dan isteri JUE serta anak-anak yang datang pada hari terakhir semalam. Bergegas dari Saloma Bistro. Tokeh berdua ni pun borong banyak novel malam terakhir itu. Thanks semuaaaa...! (Jika ada yang teringgal, sila komen di bawah yerrr)

SUZRY dan AOP

Buat JOE the Kartunis yang mencari aku tak jumpa-jumpa, SORI BERLORI, takda jodoh MokYang nak jumpa ko..

CALUK The Guru Besar (Katak) dan JUE yang datang pada malam terakhir. Thanks!

2. Rakan-rakan dari Geng ALAF21 FanClub:
MERSIK, Abang LONG (lama tul tak jumpa korang, setahun lebih dahhh...) dan juga OPIE dan ATTOKZ DIKULGAI (Geng Sol-Jah). Sori juga tak sempat nak sokong masa ATTOKZ jadi MC untuk pelancaran novel terbaru Ramlee Awang Mursyid — Cinta Sufi di dewan bawah.

3. Rakan-rakan blogger:
AZRUL dan AYU, NADIA dan anak-anak. Sori saya tak ingat nama tapi tengok muka terus jer kenal. Thanks NADIA.

Blogger NADIA. Thanks!

4. Para sahabat KLFM:
YUYIN, Din Gombak dan isteri TINTA dan BERLIAN PUTIH yang borong banyak buku Ujang.

5. Novelis yang hadir. Menyokong para promoter. Terimakasih. Antaranya:
NAJWA AIMAN (ini orang tiap tahun mesti ada punyaaaaa...!), UJANG the Kartunis, SITI ROZILAH, SHAZY HANA, HASLINDA ISMAIL, FATINILAM SARI, NORHARYATI ISHAK, NURHAYATI Hj MUNAWER (YURI), MAIZURA IDERIS (beliau juga merupakan penulis skrip drama hebat NUR KASIH TV3 tuuu), MAHARAM MAMAT (dia datang waktu aku tiada di booth.. amboiii...) dan WANIE NORDIN (thanks hadiahkan saya novel terkini). Ada lagi tak yang aku tertinggal? Tahniah kerana semua novel anda sentiasa mendapat tempat di hati para pembaca. (Aku jelezzzzz....hehehehe)

Rupanya novelis pun salah seorang ahli SIM. Hmmm... tak tau pun, terbaca email di Yahoo Group SIM, baru tahu. Apapun thanks kerana belanja semua promoter Kek Coklat SR yang sedap...!


WANIE NORDIN yang datang dari Melaka. Novel terkininya Aku yang Terluka.


Kenangan bersama Kartunis UJANG. (Thanks, copy pic ini dari FB UJANG, dengan izin)


Antara yang manis juga adalah booth CESB menang tempat ke 2 Gerai Terbaik (Kategori Swasta). Sebelum ini CESB pernah menang Gerai Terbaik untuk 3 tahun berturut-turut.


Antara yang dipertandingkan, dipertontonkan kepada pengunjung, di ruang legar Dewan 2.



Last but not least, semua ahli teamwork yang diketuai oleh KAK ZAH dari CESB Kuantan (yang datang dengan suami dan anak). Walaupun aku tak leh ingat semua nama depa ni esp. yang lelaki, tetapi korang memang best. Kerjasama yang hebat berulang lagi. Kak AA akan ingat korang dan segala kerjasama yang diberi. Juga buat pihak pengurusan CESB sendiri, esp IWAN yang berada di booth setiap hari kerana memberikan aku peluang ini. Peluang yang best bagi aku. Yang tak pernah buat, tak akan faham apa yang aku maksudkan.


Dah selesai buat Masters tu jangan lupa Kak Azie yerrrrr....



Semuanya berakhir dengan majlis makan malam yang ringkas malam tadi di Restoren LALA, Kg Baru (dulu pun area situ juga). Dalam ucapannya, IWAN mengucapkan terimakasih dan penghargaan pihak CESB seluruhnya kepada semua yang terlibat, yang bertungkus lumus dari mula hingga akhir.


Terimakasih WANIE.


Sesiapa saja pengunjung yang terbaca blog ini, pic korang semua ada di album FB: AZIE AZAH. Sila lihat dan anda diizinkan copy or tag. Terimakasih semuaaaaa...!

Mungkin tahun depan anda semua akan berjumpa dengan promoter yang lain pula, yang jauh lebih baik dan lebih bersemangat.

*Ada beberapa blog yang turut mengulas tentang PABKL ini. Sila lihat di link sebelah.


~...SERI BULAN mengharapkan musim hujan segera berlalu, kerana BULAN masih suram...~



18 comments:

  1. Salam Azie..

    tadi masa kakcik nak pos komen... tetiba, catatan Azie ni hilang.. ada magic ek? ;-)

    (tak tercapai hasrat kakcik nak merayau di PBAKL - hasratnya ingin berjalan sendirian - kalau dengan anak2, akan menjadi renyah.. akhirnya, langsung tak jadi...)

    ReplyDelete
  2. Berpeluang jumpa novelis, itu yang terbaik pada sy, peluang keemasan, jarang2 nak dapat tu..

    ReplyDelete
  3. Daun Keladi hantar Pi KL
    Lum sampai KL daun kering,
    Tak dapat jumpa di PBAKL,
    Kita jumpa masa gathering

    ReplyDelete
  4. perghh!!! vic siap pantun lg...hahahaa

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Waaaaa GB datang siap sedondon lagi tu ;)
    Ish! ish! ish! ramainyeeeee orang yang Mok Yang jumpa ya...mesti best kan.

    ReplyDelete
  6. Gambar last tu gambar dah kenyang ek... Isy isy isy... Patutlah kuyu je mata Ena... ohhh...

    ReplyDelete
  7. panjangnya citer mokyang... tapi best la jd promoter, boleh dapat jumpa penulis terkenal kan? tapi jumpa mokyang di mana2 memang tak pernah muka masam, ceria sepanjang masa... hehehe...

    ReplyDelete
  8. aku lupa mintak buku 555 kat mokyang ha ha

    ReplyDelete
  9. Salam!
    Terima kasih daun keladi? Selalunya Azie, daun keladi ni tak meninggalkan bekas apabila tersentuh..

    ReplyDelete
  10. KAK CIK SEROJA > Acara tahunan, jangan bimbang boleh ulang lagi nanti...


    SITI MURNI > ya betul tu. Tak terfikir pun sebelum ini...

    ReplyDelete
  11. VIC > ada plan nak buat gathering? Count me in yaaaa...!


    ACU > Kak Azie sibuk sangat, tak leh nak fikir pasal nak balas pantun dia..:)

    ReplyDelete
  12. ANYSS > ya memang best.. Cuma yg tak best, ada penulis tu kan...yang datang borak2 tapi tak sempat jumpa MokYang.. huhuhuhuhu


    KHAYALKHAYAL > BRO, ada minat mau tonton filem Evolusi KL Drift 2 tak? Ada orang offer ni ajak pi niii...

    ReplyDelete
  13. DINA > yang best tu memang best.. Yang tak best malas nak citer laarrr...


    CALUK > aku pun lupa la CALUK.. huhuhu selamatttt..

    ReplyDelete
  14. Salam Bang TAJNUR > Yang tak melekat di hati tu biar saja lahh...hehehe

    ReplyDelete
  15. Salam Kak Azie..

    Seronoknya dapat berjumpa ramai novelis... minat juga menulis ni tapi sajak je ler..

    ReplyDelete
  16. Kak,perasan akak masa pwtc hari tu tapi malu ahh nak tegur(>_<).. walapun sebenarnya baca blog kak Azie:)hehe. Menyesal pulak tak tegur kak Azie yang sungguh ceria dan meriah ini=)

    ReplyDelete
  17. NIDA > Lepas ni bleh jumpa NIDA lak minta autograf... hehehehe



    JUMA > sampai hati diaaaa.....

    ReplyDelete
  18. amin bin khalif

    ada membeli buku wuntuk anak yatim ka ?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails