Tuesday, March 30, 2010

Terimakasih Daun Keladi, Entah Bila Berjumpa Lagi...

*Entri ini akan menjadi entri yang sangatttttt panjang. Kerana sedikit perkongsian bermula dari hari Jumaat–Ahad di PWTC. Harap maklum.

ENTRI INI CATATAN PERIBADI AKU, TIADA KAITAN dengan MANA-MANA PENERBIT atau dengan CESB SENDIRI.

Ya, PBAKL 2010 sudah berakhir Ahad lalu. Satu pengalaman manis berulang lagi buat aku. Mendapat 6 hari bertugas sudah cukup meletihkan tetapi memberi kepuasan. Mungkin boleh dikatakan lebih puas dari tahun lalu dan 2008 dulu. (Kerana aku memang bukan seorang promoter, tiada pengalaman langsung sebelum ini, malah pernah rasa malu nak bagitau orang yang aku minta kerja part time, tapi tetap nak buat sebab dah minat tahap GABAN dengan buku).

3 hari terakhir bagi aku lebih baik dari hari-hari awal kerana aliran pengunjung sungguh memberangsangkan. Ya, ini keadaan biasa.

Di kesempatan ini aku ingin berkongsi beberapa pengalaman (harap tiada yang muntah). Sekadar merakam peristiwa agar tak terlupa suatu hari nanti, maklum dah makin tua ni..

Ramai pengunjung CESB, sebahagian mereka adalah wajah pembaca yang dah aku pernah jumpa sebelum ini. SITI dari Pahang (sesiapa yang pernah baca entri PABKL tahun lalu mungkin ingat, dia datang ke booth bawa banyak cenderahati untuk novelis dan aku saja satu-satunya promoter yang turut dapat cenderahati tu). Datang lagi tahun ini, dan bawa cenderahati lagi (dan juga hanya aku sorang saja promoter yang dapat.. hmmm?). Terimakasih SITI, pembaca setia novel-novel keluaran CESB.

Inilah dia pelanggan setia yang datang dari Pahang. SITI. Bawa hadiah cupcakes yang sangat comel. Terimakasihhhh... Aku memanggil ini sebagai, “buat baik dibalas baik.”

Sesi bertemu peminat. Pelakun FARID KAMIL dan novelis AHADIAT AKASHAH pada Jumaat lalu. Mempromosikan filem baru (bakal ditayangkan pada Jun 2010) bertajuk Lagenda Budak Setan, adaptasi dari novel Ahadiat dengan tajuk sama, keluaran CESB. (Heroin LISA SURIHANI dijadualkan datang pada Sabtu, tidak datang. Tak tau kenapa)

Cabaran ditempat di Dewan Tun Razak 2 memang agak perit kerana ramai pengunjung masuk ke Hall 3 lebih dulu (dan tentu dah berbelanja di situ dulu) malah ada yang langsung tidak tahu ada banyak lagi exhibitor di Dewan 2. Cabaran betul. Tetapi bagi yang sudah “kesedapan” dengan buku-buku keluaran CESB, pasti berusaha mencari. Aku sungguh seronok bila wajah2 yang datang yang aku kenal, juga masih kenal aku. Malah tak perlu bercerita pun, depa tetap beli novel terkini. Paling seronok bila depa borong (ni jenis beli buku di Pesta saja, setahun sekali) sampai penuh 1 bakul. Seronok nyerrrr.. (pada hal aku bukan tokey pun).

Dia ni pelanggan setia. Tiap tahun aku jumpa dia. Mesti borong lebih dari RM300.

Berapa ratus agak-agak nih? Takper, belian lebih RM100 dapat T-shirt percuma..!

Novelis SITI ROZILAH. Datang awal. Best borak-borak. Novel-novel dia sentiasa menjadi best seller di CESB. Perhhh!

Tidak kurang juga pelajar sekolah yang datang berkumpulan dari asrama, dari sekolah, ada yang datang secara rombongan dengan cikgu masing-masing dan juga sendirian. Seronok jer tengok mereka datang dengan uniform. Dan aku memang suka sangat nak tengok dekat lencana sekolah mereka sambil bertegur sapa. Untuk pelajar, aku jarang nak citer pasal novel terkini (yg kali ini berharga RM39.90, tentu mereka ramai yang tidak mampu), tapi aku promote komik dan novel remaja yang murah sedikit. Harus peka juga dengan keadaan. Jika mereka tidak beli pun tak kisah, seronok dapat borak-borak sebaya anak sendiri.

Malah pernah sekali, aku terjumpa beberapa orang pelajar dari Sek Men. Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Kajang (SAAS).

Terus aku usik, "Let me guess, Pengetua sekolah awak ni Puan Junaidah Tukimin, kan?" Terkejut gak budak-budak tu. Senyum meleret.
"Dia garang tak?" aku tanya.
"Garang gak laarrr... Makcik kenal ker?" Hehehehehe...
"Puan Junaidah tu kakak ipar Makcik la. Memang dia garang pun." Harharharhar! Ada ker Pengetua yang tak garang?

Ada jugak ler beberapa perkara yang tak berapa best, tapi itu suatu suasana biasa saja. Bayangkan nak seberang sungai untuk ke dewan sana mengambil masa lebihkurang 5 minit lebih, pastu bersesak dengan pengunjung untuk menuju surau. Surau selesa tapi tempat berwuduk memang agak seksa. Beratur lama. Mujur kemudiannya kami mula bersolat di surau Perkim (melalui jalan belakang) yang lebih selesa dan tak perlu berebut. Terus teringat pengalaman terkandas dalam hujan lebat dan kami bertiga terpaksa menunggu lama kerana takda payung untuk kembali ke dewan. Mujur ada hp, terus call pasukan penyelamat. Jangan haraplah nak datang dengan payung, sebab tu aku soh gak datang walaupun dengan kotak2 buku jer. Hehehehe.. boleh tergelak bila ingat balik, berteduh dgn kotak kalu idak mau lukus promoter-promoter cun nihhh.. Wakakakaka!

Namun sempat juga aku singgah menyapa booth lain yang aku kenal. Seronok tengok kemeriahan mereka, kerana karya mereka yang sentiasa mendapat tempat di hati pembaca. Antaranya NOOR SURAYA di Jemari Seni (novelnya Nyanyian Tanjung Sepi masih ramai yang cari), NORHAYATI BERAHIM (yang mempunyai pengikut/pembaca setia yang begitu ramai), KARNADYA (Puan AINA), PTS yang meriah, ITNM dan banyak booth lain. Berwarna warni lagi...

Suasana yang meriah. 3 orang novelis yang sabar melayan pengunjung. HASLINDA ISMAIL, WANIE NORDIN dan NAJWA AIMAN. Terimakasih, yang belanja makan...

Antara yang juga best buat aku, kakak aku (MAK UDA) yang datang dari Perak. Sambil melawat anak di Bukit Jalil, sempat pula singgah booth jumpa aku. Terimakasihhhh... Terharu aku tauuu..!

Anak buah aku, LIA bersama novelis WANIE NORDIN. Dapat autograf spesel.

Walaupun aliran agak sibuk, bersilih ganti, bergilir untuk waktu makan dan solat masih juga aku berkesempatan berborak dengan ramai kawan-kawan yang datang dan singgah menyapa. Antaranya:

1. Rakan-rakan yang dulu bermula di web CESB kemudian kami sama-sama aktif di forum CALUK CORNER (kebanyakan mereka ini adalah novelis):
ANYSS (novelnya bersama CESB), Put3IMANIESYA (novel dia ada 3 dah rasanya), DINA (novel di CESB bertajuk Kasih Aryssa), FAD (sori Mokyang tak sempat nak sokong masa hari pelancaran novel FAD, apapun tahniahhh...), NURSUZRY, yang sarat mengandung, selepas 1 tahun tak jumpa. Kali akhir dulu masa gathering raya CC di rumahnya, juga AOP (2 kali datang booth, thanks. Sanggup turun dari Penang), ABBY (novelis Ebriza Aminuddin – ada 2,3 novelnya di CESB)...hmm lagi sapa... oh ya CALUK The Guru Besar dan isteri JUE serta anak-anak yang datang pada hari terakhir semalam. Bergegas dari Saloma Bistro. Tokeh berdua ni pun borong banyak novel malam terakhir itu. Thanks semuaaaa...! (Jika ada yang teringgal, sila komen di bawah yerrr)

SUZRY dan AOP

Buat JOE the Kartunis yang mencari aku tak jumpa-jumpa, SORI BERLORI, takda jodoh MokYang nak jumpa ko..

CALUK The Guru Besar (Katak) dan JUE yang datang pada malam terakhir. Thanks!

2. Rakan-rakan dari Geng ALAF21 FanClub:
MERSIK, Abang LONG (lama tul tak jumpa korang, setahun lebih dahhh...) dan juga OPIE dan ATTOKZ DIKULGAI (Geng Sol-Jah). Sori juga tak sempat nak sokong masa ATTOKZ jadi MC untuk pelancaran novel terbaru Ramlee Awang Mursyid — Cinta Sufi di dewan bawah.

3. Rakan-rakan blogger:
AZRUL dan AYU, NADIA dan anak-anak. Sori saya tak ingat nama tapi tengok muka terus jer kenal. Thanks NADIA.

Blogger NADIA. Thanks!

4. Para sahabat KLFM:
YUYIN, Din Gombak dan isteri TINTA dan BERLIAN PUTIH yang borong banyak buku Ujang.

5. Novelis yang hadir. Menyokong para promoter. Terimakasih. Antaranya:
NAJWA AIMAN (ini orang tiap tahun mesti ada punyaaaaa...!), UJANG the Kartunis, SITI ROZILAH, SHAZY HANA, HASLINDA ISMAIL, FATINILAM SARI, NORHARYATI ISHAK, NURHAYATI Hj MUNAWER (YURI), MAIZURA IDERIS (beliau juga merupakan penulis skrip drama hebat NUR KASIH TV3 tuuu), MAHARAM MAMAT (dia datang waktu aku tiada di booth.. amboiii...) dan WANIE NORDIN (thanks hadiahkan saya novel terkini). Ada lagi tak yang aku tertinggal? Tahniah kerana semua novel anda sentiasa mendapat tempat di hati para pembaca. (Aku jelezzzzz....hehehehe)

Rupanya novelis pun salah seorang ahli SIM. Hmmm... tak tau pun, terbaca email di Yahoo Group SIM, baru tahu. Apapun thanks kerana belanja semua promoter Kek Coklat SR yang sedap...!


WANIE NORDIN yang datang dari Melaka. Novel terkininya Aku yang Terluka.


Kenangan bersama Kartunis UJANG. (Thanks, copy pic ini dari FB UJANG, dengan izin)


Antara yang manis juga adalah booth CESB menang tempat ke 2 Gerai Terbaik (Kategori Swasta). Sebelum ini CESB pernah menang Gerai Terbaik untuk 3 tahun berturut-turut.


Antara yang dipertandingkan, dipertontonkan kepada pengunjung, di ruang legar Dewan 2.



Last but not least, semua ahli teamwork yang diketuai oleh KAK ZAH dari CESB Kuantan (yang datang dengan suami dan anak). Walaupun aku tak leh ingat semua nama depa ni esp. yang lelaki, tetapi korang memang best. Kerjasama yang hebat berulang lagi. Kak AA akan ingat korang dan segala kerjasama yang diberi. Juga buat pihak pengurusan CESB sendiri, esp IWAN yang berada di booth setiap hari kerana memberikan aku peluang ini. Peluang yang best bagi aku. Yang tak pernah buat, tak akan faham apa yang aku maksudkan.


Dah selesai buat Masters tu jangan lupa Kak Azie yerrrrr....



Semuanya berakhir dengan majlis makan malam yang ringkas malam tadi di Restoren LALA, Kg Baru (dulu pun area situ juga). Dalam ucapannya, IWAN mengucapkan terimakasih dan penghargaan pihak CESB seluruhnya kepada semua yang terlibat, yang bertungkus lumus dari mula hingga akhir.


Terimakasih WANIE.


Sesiapa saja pengunjung yang terbaca blog ini, pic korang semua ada di album FB: AZIE AZAH. Sila lihat dan anda diizinkan copy or tag. Terimakasih semuaaaaa...!

Mungkin tahun depan anda semua akan berjumpa dengan promoter yang lain pula, yang jauh lebih baik dan lebih bersemangat.

*Ada beberapa blog yang turut mengulas tentang PABKL ini. Sila lihat di link sebelah.


~...SERI BULAN mengharapkan musim hujan segera berlalu, kerana BULAN masih suram...~



Monday, March 29, 2010

2 of Hearts: Terimakasih KhayalKhayal...

Aku sepatutnya sudah tidor waktu ini, tapi terlalu penat, kelesuan melampau adakala memang membuatkan kita resah dan susah nak lelap. Bertambah pula dengan sakit badan dan tumit.

Tadi kira-kira jam 9pm, berakhirlah sudah tugas aku sebagai promoter, bila Pesta Buku 2010 berakhir. Ya, ada banyak cerita yang suka aku nak kongsi, tapi kerana gambar pun banyak belum upload, belum semak di FB kengkawan, aku lum dapat buat entri khas.

Tidak berhajat untuk membuat apa-apa entri malam ini, tetapi bila membaca blog NAJWA AIMAN, rasa terharu sungguh dan ya... biarlah aku menulis sikit...

Terimakasih, kerana sudi buat beberapa entri berkenaan CESB sepanjang PBAKL 2010 terutama entri khas yang bertajuk 2-of-Hearts itu.


*Ya, kerja sebagai promoter mungkin dilihat sangat lekeh oleh setengah-setengah orang, malah hanya sebelah mata oleh segelintir orang. Tak apa. Aku tak kisah, sebab aku tahu apa yang aku lakukan, untuk siapa dan kepada siapa. So, aku tak peduli pun bila ada yang tak henti-henti berkata, berada di Pesta untuk berpesta, bekerja di pesta untuk berseronok atau ngendeng novelis. Sejak dulu pun sehingga hari ini, bagi aku, orang yang beranggapan begitu adalah orang yang SANGAT CEMBURU kerana mereka tidak berpeluang buat apa yang aku dah buat. Kesiannyerrrr...!

Goodnite everyone...!



Sunday, March 28, 2010

Bila semangat merudum, pada siapa harus mengadu?

Aku masih lagi bertugas di CESB, Dewan Tun Razak 2 untuk 3 hari terakhir. Syukur, kemasukan pengunjung semakin memberangsangkan dan boleh menceriakan muka-muka penguasaha @ tokey buku.

Masa awal minggu dulu, di hari kedua, semangat aku jatuh merudum kerana beberapa sebab termasuklah lengangnya dewan kerana beberapa faktor lain yang aku malas nak ulas.

Kini menyambung kembali dengan harapan boleh memberikan yang terbaik yang tertinggi dan usaha maksimum (di level seorang aku yang tidak ada ijazah), besar juga harapan aku agar apa saja harapan majikan sementara aku ini tidak menjadi sia-sia. Hasil jualan harus boleh menggembirakan semua orang.

Tetapi semalam, pagi-pagi semangat merudum, jatuh ke lantai karpet dewan yang berwarna kelabu, sesamar hati dan sisa semangat yang tinggal. Ehhh... aku kan pandai berlakun? Kenalah sorok segala rasa jauh di hujung lipatan stoking kan?

Nanti kalu aku sempat, aku bercerita lagi tentang pengalaman menjadi promoter sementara di Pesta Buku. Ada rasa manis macam madu, lebih manis dari itu pun ada, ada rasa masin kelat dan pahit, tapi best. Gambar ada banyak, tak sempat upload lagi.

Pelakun FARID KAMIL dan novelis Ahadiat Akashah di booth pada Jumaat lalu, mempromosikan filem baru Lagenda Budak Setan (dari novel keluaran CESB dengan tajuk yang sama).

Yang pasti, aku sentiasa memegang keyakinan yang tinggi bahawa sesiapa sahaja boleh belajar melalui pemerhatian, melalui pendengaran apalagi jika rajin membaca. Ku ulangkan selalu kepada semua pengunjung, "Orang yang hebat adalah orang yang membaca buku, dan untuk menjadi hebat kita harus membaca." Sila sangkal saya, jika itu tidak benar.



~....SERI BULAN ini terlalu parah, sehingga hampir retak seribu menunggu HISYAM berkata sesuatu...~




Thursday, March 25, 2010

Bila Sarapan Kenyang, Sindrom Gelak pun Bermahajaralela...

Harharharhar!

SORI BERLORI sebab aku terpaksa gelak dulu sebelum memulakan citer. Nak kongsi gak ler...

Hari ini sebenornya hari malas. Aku malas nak pakai lawa (selama ni pun memang tak lawa mana pun laa..). Hari ini aku pakai t-shirt — dah sebulan beli tapi takda selera nak pakai — sebab malas nak memilih baju kurung. Jadi jer, belasah pakai dengan jeans. Mujur ofis swasta, so today is not the day that I kena pakai baju batik segala bagai macam nak pi kenduri kahwin tu...

Pagi tadi sarapan banyak. Sebab aku makan meehoon dan sorang kawan ofis offer tose yang dia beli sampai 2 kepin. Bagus lah dia makan cuma sekepin jer, sebab aku kalu makan tose mesti nak ada “telur goyang” di atasnya dan of course lah 2 kepin! harharharhar... > tu baru gelak intro kedua..

Ada lagi yang buat aku lebih tergelak (sensorangggg... huhuhuhu). Sebab aku terbaca sesuatu tentang aku di blog DINA ni termasuklah komen yang ada di entri tersebut. Klik SINI. Wakakakakaka! > gelak besar skit lagi.

Ya, SUSUK yang dipakai harus betul pada tempatnya, harus pandai menCUCUKnya dan jangan sekali-kali biarkan SUSUK itu jatuh...! > hakhakhakhak! tergolek aku gelak, mujur kerusi cukup besar menampung aku ini, kalu idak mau tergolek GAJAH ke lantai pepagi nihh...

Gambar hiasan: dari filem Susuk
AMARAN: Memakai susuk adalah haram. Syirik.


~...sudah lama SERI BULAN ni tidak bertemu HISYAM...~




Wednesday, March 24, 2010

Fragmen Hidup @ KLfm 97.2...

Sedih mendengar kisah perjalanan hidup seorang wanita berjaya sehingga menjadi Ikon Wanita 2008. Pagi tadi beliau menjadi tokoh undangan dalam satu ruangan khas di stesen radio 97.2 KLfm. Program “Fragmen Hidup”. Tetapu undangan, Datuk Azlina Che Abdullah. Turut sedih mendengar bagaimana beliau bercerita susah payah keluarganya selepas ayah meninggal dan ibunya bekerja dengan menjual kuih bagi membesarkan mereka.

Sebak juga mendengar kisah beliau tidak mampu membayar yuran SPM, sehinggalah memecahkan tabung pun tidak lagi cukup. Namun rezekinya, bila tiba-tiba guru memberikan RM50 sebagai token kerana beliau sering menang dalam banyak acara sukan (wakil negeri). Tersekat-sekat suaranya bercerita tentang ibunya yang dilihat tertidur di dapur di tengah malam semasa membuat kuih untuk jualan.

Dan hari ini, kesusahan itu menjadi sungguh manis bila beliau menjadi orang yang sangat berjaya dalam perniagaan. Menjadikan ibunya sebagai idola, beliau turut menjadi ibu dan isteri yang berjaya.

Bagi yang berfikiran positif, ujian akan diterima sebagai pelajaran untuk menjadikan diri lebih matang, peka dan ampuh dalam berhadapan dengan cabaran.
Petikan dari blog DCL:

Begitulah juga yang dikongsi rasa oleh usahawan wanita terkenal, Datuk Azlina Che Abdullah, yang secara jujur mengakui tanpa ujian dan pengorbanan pasti beliau sekeluarga tidak dapat mengecapi apa yang mereka ada pada hari ini.

Pengasas kedua De Classic Life (DCL) ini, telah mengharungi pelbagai pahit maung dalam usaha memikul tiga tugas serentak iaitu sebagai isteri, ibu dan usahawan.

Kini, bersama suami, Datuk Stapa Omar, mereka berjaya menerajui beberapa syarikat besar seperti D’ Navechee, DCL, DAS Travel, Nasi Dagang Ulik Mayang dan DCL Manufacturing.

Aku suka ayat ni: “Alhamdulillah, bila kita reda, memaafkan orang lain dan tidak menyimpan perasaan sakit hati dan DENDAM (ni-saja-aku-capital-cap-kan), maka Allah berikan kita idea sekali gus kekuatan untuk menyelesaikan masalah tersebut,” jelasnya.

Sekali-sekala dihidangkan dengan program sebegini, wajar sekali menjadikan perkara yang positif sebagai pemangkin semangat dan motivasi diri. Syabas kepada penerbit dan krew program “Fragmen Hidup” ini. Semalam tetamu adalah Datuk Jalaludin Hassan. Pun best gakk...!

Sebab ramai wanita memang hidup susah, dilahirkan susah atau meniti hari-hari susah selepas berumahtangga, tetapi terus berjuang untuk kehidupan yang lebih baik. Tidak mewah, tetapi sekurang-kurangnya anak-anak tidak mewarisi kesusahan hari ini.

Lauk paberet CHAK. Telur goreng. Sejak dulu, cukup suka dengan telur cenggini. Dia panggey “telur air” (telur goyang tuh). Ni pun kira lauk orang susah gak ni, kan?





Sesi tayang-tayang lagi.

Yang PURPLE tu dari kawan ofis aku yang pegi bercuti ke Hong Kong bulan lalu.
Lagi satu tu aku tak tau nama apa (talisman?) yang digunakan untuk mendoakan “luck” (bagi orang Cina). Dari salah sorang Manager aku yang baru balik percutian ke Tibet minggu lepas.


~...bekerja lah kita sekuat nyaaaaaaaaa...!~


Tuesday, March 23, 2010

Hebahan kecil: Tak Sebesar Hebahan Menteri or Ketua Wanita...

PENGUMUMAN...!

TRIP ke LANGKAWI sudah penuh.


Yang pasti aku insyaAllah akan merasa untuk naik gondola di Gunung Mat Cincang kali ini.

MAAF kepada yang masih nak ikut.
Takper. Bulan MEI nanti ada trip ke KELANTAN & TERENGGANU pula.
Cuma RM170 sahaja.... 3 hari 2 malam.
Penganjur masih sama.


~...harap-harap kali ini aku masih berpeluang dapat bilik yang mengadap laut dan malam hari tidur diiring bunyi ombak...~


Akukah yang Keliru?


Hari itu aku tanya, kau tak jawab pun...
Aku dah agak, kau tak suka nak jawab, sebab kau rasa bersalah.

Ego. Ya aku sangat maklum lagi memaklumi.
Sendiri.
Jangan-jangan kau pun lupa kau ada ego.

Tapi kalu kau masih tidak suka menjawab,
tak apa,
asal saja jawapan itu sudah ada.
Samada dalam poket seluar atau dalam hati semata.

Hari ini, aku tidak kisah lagi.
Kau makan atau tidak, kau nak kahwin atau nak terus membujang...
atau buat muka tak malu
menunggu orang yang tak lagi mahu.


~...bukan sifatku untuk mentertawakan orang, tapi aku memang suka gelak...~


Monday, March 22, 2010

KLBIF 2010: Bukan Pesta Aku, Bukan Juga Milik Aku kerana Aku Bukan Siapa-siapa...

Masih lagi aku ada beberapa stori yang “ingin kukongsi” tentang Pesta Buku @ PWTC 2010. Jangan jemu yaaa...

Sebelum tu, nak ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN buat sahabat blogger V.I.C. DIANA yang jatuh semalam. SORI BERLORI, tak sempat nak lawati blog dia pada hari besday. Tadi lawat, wahhh dah tukar laman, penuh bunga, mesti wangiii... Semoga terus sejahtera dan sukses dalam kerjaya dan kehidupan. Kunjungilah BLOG dia yang sudah berubah wajah.


Juga semoga terus berehat dan segera sembuh buat KAK CIK SEROJA. Juga doa yang baik-baik buat semua kenalan blogger or silent readers di luar sana (ada ker?). Aminnnn...


Pesta Buku semalam merupakan hari ketiga aku bertugas. Ahad semalam, hari terakhir cuti sekolah dan melihat arus keluar masuk tiada banyak bezanya. Tetap sesak padat terutama di Dewan Tun Razak 3. Ahad semalam, aku tidak langsung ke dewan utama di sana sebab pada Sabtu, aku sempat meronda dan singgah di booth Fajar Pakeer di mana teman blogger (juga novelis) PUT3 IMANEISYA yang berada di situ.

~~SABTU~~

Section aku di tempatkan. Cabaran mempromosikan novel terkini but still ada diskaun youuuu...! 20%.

Terimakasih adindaku ATOKZZ ZAIFUL yang juga datang menjengah. Lama sungguh tidak berjumpa. Yang pasti dia setiap tahun datang Pesta, dan menjengah aku di booth CESB sudah menjadi kemestian. Thanks dinda.

Masa break, aku meronda banyak booth dan sempat bertemu novelis NORHAYATI BERAHIM di boothnya NB KARA. Ada banyak novel baru, tapi aku tak beli pun lagi.

Sempat borak-borak dengan PUT3 IMANEISYA di booth publisher novel-novelnya di Dewan 3.


Antara karya-karya PUT3 IMANEISYA di booth Fajar Pakeer. Wow! bestnyaaaa.. ada banyak dah novel.

Penulis novel ini pun datang, tapi memang tak sempat bergambar dengannya. Sekejap sangatttt... Nanti datang lagi yerrr.. Dah janji kan? kan?


DINA (MARDINA JAMIL) novelis juga, dan salah sorang kawan dari Caluk Corner juga hadir. Novel sulungnya bersama CESB “Kasih Aryssa” juga banyak terjual. Hebat..! thanks DINA.


Komik LAT dalam tulisan Jawi (lupa booth mana)

Di tingkat 3, kebanyakan booth adalah buku rujukan untuk pelajar pengajian tinggi. Pun aku sempat meronda. Terjumpa beberapa booth publisher (antaranya clients company aku) iaitu ELSEVIER dan Preston. Seronok gak melihat ada banyak buku (medical reference books) yang aku pernah buat, pernah handle projek. Takpa lah depa tak tau, cukup untuk kepuasan diri aku jer..

Novelis NAJWA AIMAN — Terimakasih hadir memberi sokongan. Ini orang, tiap tahun jugak rajin mari turun tolong gua angkat buku. :)


~~AHAD~~

Yang paling kiri sekali itu, aku tak sempat tanya nama, lupa terus. Tapi dia datang sejak Jumaat lagi. Sabtu pun datang dan semalam dia bawa geng ramai sekali. Siap pakai tudung sedondon semua. Rupanya mereka merupakan ahli Kelab Peminat Novel Melayu. Wahhh hebat... Ada blog lagi. Jom kita lawati dan sokong blog mereka > www.gengkicap.blogspot.com. Aku belum sempat lagi lawat. Terimakasih yaaaa... Seronok dapat jumpa korang, dan best, sebab korang borong novel banyakkkkk sekali.! (*thanks, pic dari blog NAJWA AIMAN)

Seperti yang dijanjikan, blogger AZRUL HISHAM hadir juga bersama tunangnya, AYU. Kami tak lak borak pasal buku sangat tapi borak pasal nak kahwin. Hehehehe.. Mujur masa ni aku dalam time break, dapat lah borak lama skit. Terimakasih yerrrr...

Macam membalas kunjungan pulak. Pada Ahad, PUT3 IMANEISYA pulak datang melawat aku di booth. Heret sekali ABBY (novelis EBRIZA AMINUDDIN) yang juga ada banyaaaakkkk novel. Di CESB pun ada novel dia. Terimakasihhh ABBY, mai jauh dari Penang sempat juga kita berjumpa selepas setahun lebih tak bersua. Maaf sebab MOKYANG tersalah sebut nama, asyik teringat BIKASH plakkk..hehehe.. Ya lah, lama sungguh kita tidak berjumpa, kan? Yang di tepi sekali bersama anak comel tu, seorang peminat novel. Macam pernah jumpa tapi tak ingat langsung kat mana. Dia plak “jahat sungguh” taknak langsung perkenalkan diri. Tapi siap leh kata, “Wahh AZIE aktif sekali di blog MAZIDUL yerrr..” Amboiii sapa dia ni? Jenuh fikir.

Akhirnya, malam tadi kat rumah baru aku teringat. Dia ni, pernah aku jumpa di majlis pelancaran novel AMY NAJWA (novel “Bahang Selatan” publisher KakiNovel) di KLCC tahun lalu. Nama dia Wan Amalyn. Kerana takut silap, pagi tadi aku semak FB. Yesss betul. Wan Amalyn. Sampai hati tak nak sebut nama sendiri yerrrr...



Dalam banyak-banyak pertemuan, ramai-ramai orang yang kutemui, inilah orang yang paling aku nantikan. PERTEMUAN yang SANGAT aku hargai. Kawan sekolah aku masa kami sama-sama 2 tahun di Tingkatan 6 SMAI dulu. Kami pernah jadi best fren, geng yang sangat kamcing. Jahat nakal bersama. Tapi kami juga grup yang menjadi faberet cikgu. Cewahhh.. aktif dalam banyak perkara di sekolah. SULIYATI. Terpisah lebih 22 tahun, baru kini bersua muka. Thanks LIA. Aku masih rindu kau...! Aku nak nangis dapat jumpa kau semula...



Bukan RM2 tau... Tapi itulah antara novel NAJWA AIMAN yang pernah menjadi best seller di CESB. Sehingga kini, masih dicari sehingga promoter manissss ini pun tak nak ketinggalan. BRO, sain autograf saja tauuu.. no hp jangan kasi laarrr...


Aku tak tau nak gelak atau nak nangis. hahahaha.. Tak jemu nak posing, kan?






Tayang-tayang.

Paparan lebih dekat. Novel-novel terkini yang belum ada di kedai. Memang dibawa khas ke Pesta dulu, dengan potongan 20%. MEGALOMANIA 3 merupakan sambungan dari siri 1 dan 2. Bestttt..!
Novel “Hati yang Terluka” by WANIE NORDIN, karya kedua. Memang dahsyat novel ni, sebab segala “rasa ada di dalamnya”.


Novelis HASLINDA ISMAIL (selain itu dia juga cousin kawan aku, so terus jadi kawan aku). Novel dia ada 3 di CESB. Terkini bertajuk Masih Ada Cinta, tahun lepas menjadi best seller..! Dan sudah tentu aku yang jaga section tu tahun lalu. hehehehe..!

Seronok kan, jumpa pembaca novel yang kita tulis sendiri? Woooo aku jelez nih..!


Menjelang petang, ketika agak surut pengunjung, tetiba jer ada maskot ni. Tahun lepas pun ada. Aku tak tau dalam sarung MERAH tu lelaki ker perempuan. Belasah jerrrr...!



~...ya, pesta ini bukan untuk aku sorang, bukan juga untuk aku berpesta. Aku faham itu...~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails