Friday, April 29, 2011

Tanggang Leste: Aku Nyaris Nak Lempang Dia...!

Salam
28-04-2011
Petang, balik kerja.



Hari ini plan nak masak Nasi Goreng Kampung utk dinner. Bahan semua dah beli. Tapi sebelum tu nak story benda ni skit. Sementara masih panas.

Adakah teman blogger yang masih ingat beberapa entri AA pernah tulis di bawah label Tanggang versi Leste? Kisah seorang maid dari Timor Leste yang bekerja di bawah satu bumbung dengan AA, tapi lebih berfungsi sebagai maid kepada Lady Boss jer, bukan kerja di ofis untuk buat kerja cleaner dsb.

Macam dah lama tak menulis kisah dia. Ada teringat nak tulis, pastu terlupa. Tapi kali ini memang kena tulis.

Beberapa lama masa berlalu, memang ketara perubahan demi perubahan yang berlaku pada si Tanggang Leste yang tak sedar diri ini. Samada dari gaya penampilan — boleh baca di entri-entri terdahulu:

1. Tanggang versi Timor Leste...?

2. Kisah Tanggang versi Leste Terus jadi Misteri...

3. Tanggang Leste lagi: Tak Perlu Bra untuk Jadi Moden?

4. Tanggang Leste Lagi: Aku Musykil Kebolehannya...

Bila dah baca semua tu, baru faham kisah si CINDY LAUPER ni, sebab macam bersiri pulak kisah minah nih.

Ini kisah terbaru.

Pagi tadi, dalam kalut kerja sejak awal minggu aku terperasan ada sesuatu berlaku di bawah. Di floor management. Lumrah aku memang “tak koser” nak pot, memang mulut tak tanya, tapi telinga sempat menangkap.

Lunch time, baru dengar citer pecah.

Rupanya, CINDY LAUPER sudah bikin hal lagi. Bukan tak pernah kami (tingkat 2 adalah bahagian yang dipanggil studio) dijadikan bahan alasan dan rekaan si CINDY LAUPER ni. Konon kami ni pengotorlah, konon kami ni suka sepah botol air yang kosonglah, konon kami ni kotorkan toiletlah... pendekata isu yang sangat remeh dan tak masuk akal sama sekali.

Itu masih lagi kami diam, buat tak faham dan malas bising. Isu kecil sangat.

Tapi bila pagi tadi Lady Bos (yang dipanggilnya Mummy) bising-bising dan “muka kelat”, tentulah ada sesuatu yang besar sudah berlaku.

Akhirnya, kira-kira 4.30 petang tadi, CINDY LAUPER dibawa naik oleh Mummy bersemuka dengan kami.

Rupanya, Mummy mahu kami mengaku depan CINDY LAUPER bahawa selama ini kami mengerah dia buat macam-macam kerja sehingga dia penat bila balik rumah dan tak terdaya nak buat kerja untuk Mummy lagi.

Whatttt!?? > masa angin timbul 2,3 jam sebelum itu, kami semua dah berangin semacam dah. Rasa macam nak pegi lempang jer budak tu!

Malah kami sedang berkira-kira hendak berhadapan. Mujur kami dipanggil sebelum kami yang memanggil untuk berdepan.

Kurang ajar dia! Berani dia tuduh kami macam tu. Selama ini kami langsung tak bercakap dengan dia, tak pernah suruh dia buat apa-apa pun, langsung tak pernah perintah dia jauh sekali nak dera dia buat kerja. Sebab dia bukan maid kami, dia maid Bos. Ikut arahan Bos saja. Macamlah kami ni tak reti bahasa. Kami jauh lebih faham bab kuasa dan batasan antara bos dan pekerja.

Malah kami tak pernah pun komplen bila kami terpaksa vacuum sendiri bilik kami masing-masing, terpaksa lap meja sendiri, kadang-kadang buang sampah sendiri ke bawah. Kami pun faham, dia perlu tumpu pada Mummy dan kebajikan majikannya. Takda hal lah setakat nak lap meja, basuh gelas sendiri atau kena vacuum seminggu atau 2 minggu sekali.

Yang menjadi isu adalah CINDY LAUPER “petik” nama kami konon kami punca dia penat, konon kami selalu suruh dia buat macam-macam kerja kat tingkat atas.

Helloooo! Jangan sembarangan ya! Cakap jangan main ikut sedap mulut jer.

Lalu bertekak-tekak jugak la kami tadi. Yang buat kami geram tu, si CINDY LAUPER tu bukan nak mengaku. Wpun dia menangis, tapi menjawab jugak tu. Ada jer alasan dia nak mengelak padahal dah kantoi depan Mummy.

Mummy said, “U dengar sekarang apa kakak-kakak cakap? Jangan tipu sama Mummy.” Mujur ler Lady Boss ni tak tunggu lama, terus saja bawa jumpa kami bersemuka. Agaknya dah tak tahan lagi kot, selalu sangat kot dengar CINDY LAUPER mengadu macam-macam. Bukan mengadu, tapi merungut sambil komplen!

Melampau minah Leste ni! Dah tu bukan nak mengaku salah pun.

Bila dia banyak sangat menjawab tadi, kami pun bukalah macam-macam kisah “rahsia” dia selama ini yang jarang sapu lantai, malas cuci toilet, selalu naik ke roof top intai jantan Myanmar kat next door!

Sempat gak dia menjawab pantas, “Tidak Mummy. Saya bukan cari jantan punya orang.”

Cehhh! Macam aku ni baru sehari hidup. Padahal ada sorang pernah terjumpa surat cinta dia kat atas.

Ada banyak lagi yang dia komplen rupanya. Dia komplen kami buang sampah ada air la, kami buang sampah dia geli lah... “Heyyyy come on! U kerja apa sekarang? U kerja taip surat ker?” > ni soklan salah sorang dari kami yang dah rasa darah naik sampai ubun.

Aku plak bagi soklan selamba, “Kalu itu bukan tempat buang sampah, U nak kami buang sampah kat mana? Handbag pastu bawak balik?” > tergelak dalam hati.

Mummy diam jer bagi peluang kami “basuh” budak tu puas-puas.

Isu pad terpakai pun jadi isu. Aduhaiii... Weyyy minah, ko perempuan. Takkan isu pad dalam tong sampah pun jadi isu? Semua orang tau, mesti bungkus dalam kertas. Lalu ko nak macamana? Sumbat dalam toilet bowl pastu flush?

Kami bukan baru sehari dua jadi perempuan. Ada yang nak menopause pun (bukan aku laaa), so ko tak perlu nak ajar kami cemana nak hygienic dalam bab yang satu ni.

So, selepas setengah jam berbalas peluru dan berbahas, akhirnya kami kuarkan arahan bahawa mulai hari ini, jangan sentuh barang kami, jangan sibuk kat studio lagi, jangan pandai-pandai nak tolong sapu bilik kami. Biar kami buat sendiri, so next time tak jadi alasan lagi.

Dalam keadaan itu, aku masih boleh berlembut dan mengawal emosi. Sempat juga aku sebut, “CINDY (aku sebut nama dia larrrr), awak tu masih muda. Level awak ni macam anak saya saja. Saya boleh hormat awak. Kerja awak. Jadi saya mahu awak pun hormat kami, hormat perasaan kami. Jangan suka-suka nak reka citer yang tak ada. Tumpukan pada Mummy. Bila awak buat macam ini, itu tidak adil untuk Mummy. Kami rasa bersalah pada Mummy. Kami tak pernah terfikir pun nak arah awak apa-apa. Saya harap lepas ni awak berubah.”

Walaupun dia angguk dan berjanji kami tetap berhati-hati. Selepas ini kalu dia masuk ke territory kami, memang siaplah dia kena halau turun!

Tak nak kasi chance lagi dah. Kalu dia nak berlagak besar kepala, dressing macam penyanyi kelab dangdut sesat, itu bukan masalah kami. Bukan guna duit aku pun. Tapi kalu kau cuba cari pasal, cabar kami, siap lho!


Contoh gaya dia.


Inilah satu contoh minah pendatang yang ketara dan jelas tak sedar diri, sampai sanggup cakap Mak dia masak tak sedap, rela makan di kedai masa dia balik kampung. Malah dia pernah kata kalu boleh tak mahu balik Leste lagi. Abih? Kau nak jadi orang Malaysia lah? Cermin muka dulu.


Ehh.. okey. Aku nak masak Nasi Goreng Kampung, campur Hotdog + Mix Vege. Goreng keropok. Perhhhh!

Memang makan adalah ubat tekanan, kan? Hahahahaha!


~...jika tidak kerana mengenangkan budi baik dan rasa kasih terhadap HISYAM, SERI BULAN sendiri terasa hendak membunuh JALAL ketika cubaan menceroboh ikut tingkap bilik tempohari...~




32 comments:

  1. peeh....
    memang kurang ajar si tanggang CINDY nie..
    memang tak sayang mulut... mujurlah geng2 opis semua dah sound balik...

    dengan gayanya... dengan caranya.. aduhai... sesuai sangat dia jgn dipandang atau ditegur oleh kak azie... menyampah daku...hahahha.. emo pulak ayu malam nie..

    PS; dia usya mamat myanmar?? peeh... indon maju nie.. hahhaha

    ReplyDelete
  2. huhuhu, saya follow citer CL nih dari dulu sampai yg terkini tau kak azie. hihihi, best aper. dah boleh jadi cam sinetron

    ReplyDelete
  3. kahkahkahkahhhh...adeh senak perut baca luahan kak azie, memang kurang hajau tapi kebanyakan orang Indonesia memang macam tu. Timor Leste tu kira Indon gak kan? Tapi CINDY ni dia punya level lain sikit tahap GABAN kot...

    ReplyDelete
  4. Dulu ada baca kisah ni..ingatkan "dia" dah berubah.. rupanya makin teruk ye

    ReplyDelete
  5. lama tak dengar kisah si Cindy ni... memang ikuti dari dulu jadi tertanya2 juga...dah balik kampung ke budak tu..rupa2 ada lagi

    lega kan sekarang...mummy tu pun dah sedar kot

    ReplyDelete
  6. Tu diaaaa, sampai macam tu perangai! akak2 cleaner kat sekolah saya yg orang Malaysia pun sangat sangat baik, takda plak mengadu perkara merepek macam tu! kalau ada CCTV bagus jugak boleh tengok dia buat kerja ka tidak.
    mak ai, pakaian!

    ReplyDelete
  7. darah kat sini pun mendidih baca kisah cindy luper diri ni...

    ReplyDelete
  8. nasi goreng kampung sedapnya....terus terasa lapar!

    ReplyDelete
  9. Kakak heran juga dari dulu nampak sangat yg duduk di studio level 2 tak ambil action itu sebab dia tambah berani....

    Kalau kakak pun geram.....

    ReplyDelete
  10. AYU:
    Begitulah kisahnya AYU. Bukannya kami nak benci dia pun, tapi bila dah sampai tahap macam ni, memang rasa nak cili jer mulut dia.

    Mamat Myanmar memang ramai kat next door, baru pindah situ sebulan lalu.



    EELOBOR:
    Citer sinetron yang tak lepas masuk tayangan. hahahahaha

    ReplyDelete
  11. JUNAINA:
    Kak Azie pun tak sangka akan jumpa sendiri dengan minah pendatang yang perangai teruk macam ni. Perasan lawa.


    NIDA:
    Memang. Sebab dia dah lupa diri. Bila kami buat diam, dia pula yang melampau-lampau.

    ReplyDelete
  12. KAK KUJIE:
    Dia kalu boleh tak mo balik kampung lagi la Kakk... Dia kata kampung dia tak seronok.
    Ya, Mummy tu mungkin dah sedar kot.



    DINAS:
    Sepatutnya ada CCTV cikgu. Tapi takut lak kami pulak yang kantoi nanti. Hahahaha

    ReplyDelete
  13. CIKGU NORMAH:
    Mahu tak mendidih kami. Pandai-pandai jer dia mereka-reka citer padahal kami ni takda kena mengena pun.


    LIYA:
    Kalu yg nama kampung, semua sedap. hehehe


    KAK ZAKIE:
    Betul, kami diam, dia jadi berani. Kami malas nak bising sebab hal kecil saja. Lagipun kena jaga hubungan baik dgn Ladi Boss. Takut nanti dia ingat kami fitnah plak. Akhirnya kebenaran timbul juga.

    ReplyDelete
  14. AZANI:
    Salam. Salam kenal, sila masuk, terimakasih.

    ReplyDelete
  15. Assalam azieazah
    saya mai dari Tijah blog..

    ReplyDelete
  16. he~~rasa nak basuh je gak amah tu~~~

    *makcik,nasi goreng kampung campur sosej tu da jadi nasi goreng urban da~~haha~~

    ReplyDelete
  17. wah! memang buat hati panas si Cindy ni ya kak..

    takpe, nasi goreng kampung boleh kasi hati sejuk...nak sepinggan..:)

    ReplyDelete
  18. Waduhhh...smash buah tanggung gitu yaa...hebat..hehehehehe

    Handphone untuk orang buta

    ReplyDelete
  19. hmmm. jom call mazidul suruh angkut bawak balik kampung dia nak? tak sedar diri!

    ReplyDelete
  20. AA
    Apsal tak lempang aje si ceLAUPER tu? Whaaaa... geram gak dengar nih.

    ReplyDelete
  21. sy first time baca cerita psl cindy nih. bangang gila. kalo sy kat situ, abeh la kena maki berkilo2. haha.

    ReplyDelete
  22. Komen saya mudah aja.

    Indon, tetap Indon!

    Kita layan dia baik baik, di pijak kepala kita. Kita garang, dia kata kita tak berhati perut. Memang tu budaya mereka agaknya.

    Pakcik wife saya dah terkena. Di layan nya baik2 pekerja Indon nya yg kerja ladang, last2 Indon tu buat hal.

    Kawan saya pun dah terkena, tentang maid.

    Bagi saya, Indon ni mmg spesis tak boleh dibagi muka.

    ReplyDelete
  23. wah..cayalah akak. siap sound camtu.baru dia tergamam kne tamparan wanita² besi.haha..tu la. da dtg tempat org, jada adab. tapi kalo main petik je, padanla muka.haha..

    ReplyDelete
  24. nasib baik setakat ni..company munna punya pekerla ladank ok lagi...boss punya maid pun baik2 orgnya....

    ReplyDelete
  25. Kak Zai tergelak setiap kali baca cerita dia ni masih macam tu juga? kesiannya.

    ReplyDelete
  26. AZANI:
    Ya, sila sila. Terimakasih.



    BUJAL:
    Basuh dengan clorox plak pasni.
    Memang Nasi Goreng tu dah tak berapa Kampung. hahahaha

    ReplyDelete
  27. YUS:
    Mujur dia tak kena simbah dengan air panas. hehehe



    MIECYBER:
    Buah tanggung yang ngam-ngam lepas net. Sekali smash, terus mata kemenangan. :)

    ReplyDelete
  28. GADISBUNGA:
    Ehh.. jangan. Nanti Mummy dia nangis. heheheeh



    SOM:
    Rasa jer macam nak lempang. Tapi tangan ni rasa berat lak.


    GC:
    Memang intro belum maki. Setakat gaduh mulut yang terkawal.

    ReplyDelete
  29. DADDY ZIYYAD:
    Kak Azie pun berpendapat gitu. Susah nak cari Indon yang betul-betul jujur dan setia. Depa ni perasan bila dah ramai, depa hebat sangat. Konon!



    ITAFUKADA:
    Pe habaq? Lama tak nampak sini.
    Memang dia terkedu juga. Baru dia tau kami ni macamana...

    ReplyDelete
  30. MUNNA:
    Memang ada yang baik-baik. Tapi bila nasib tak baik dapat yang busuk hati, camtu la jadinya.



    KAK ZAITUN:
    Sebenarnya memang kesian pada dia.



    FADZIL:
    Aku kan baekkkkkkk?
    Yang benaqnya aku takut kena santau!
    hahahahaha

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails