Monday, April 4, 2011

Rabbit oh Rabbit of RAPIDKL....

Salam.
04-04-2011.
Pagi, nak menulis kisah petang semalam.


Semalam petang, aku keluar menuju Kajang kerana ada urusan pertemuan dengan beberapa orang penting untuk urusan yang sangat penting juga. Walaupun ada orang yang lagi penting pun tidak dapat hadir.

Aku naik bas petang semalam. Dari KL, somewhere kat area Pudu tunggu bas U40 yang menuju Terminal Kajang.

Aku guna Rabbit Kad.


Meh nak citer tentang Rabbit Kad yang kini berfungsi sama seperti Touch N Go, digunakan di dalam bas RapidKL (juga boleh di LRT, Monorel dll kecuali tol).

Dah sebulan lebih aku rasa Rabbit Kad ini dimulakan operasi (secara berperingkat). Tiap petang balik kerja (pagi jer berhantar, balik sendiri) aku selalu tengok ramai gak orang dah mula gunakan Kad Rabbit ni. Mudah jer, just bit semasa naik, and bit lagi semasa turun. Tolak jumlah duit dalam kad. No expire date, bila kurang topup jer duit.

Dalam pada tu, ada dah dengar dah 2,3 orang makcik-makcik bangsa Cina sembang kad tu susah la... nanti itu mesin rosak laa... nanti lupa bit kena tolak tiga linggit laa...

Buatkan aku pun berfikir-fikir. Dulu masa zaman gemilang Intrakota pun aku guna kad juga. Macam-macam masalah gak. Yang selalunya ialah mesin cepat rosak. Selalu!

Ok, semalam kad Rabbit aku dah menyusut. Pertama beli dulu RM10 jer (tambang sehari cuma RM0.80 jer). So masa aku naik semalam, niat tu nak “Tambah Nilai”. Masa bit, jumlah dalam kad hanya tinggal RM1.70.

U know what... tetiba lak mesin yang masih berkilat, masih ada yang balut plastik tu, tetiba bleh jammed! Dan berkali-kali lah aku tekan itu ini, harammmmm....


Pemandu bas tu pun sanggup berenti tepi jalan dekat Peel Road, try tekan sana tekan sini. Failed! Dan dia leh kata, “Saya pun tak tau.” Aku pandang dia tak berkelip dengan hati dah mula panas. Tapi sepatah pun aku tak jawab. Orang dalam bas dah pandang segala kejadian di hadapan. Glamour sekejap la aku pun!

Ok, relax seminit. Aku tekan lagi. Bas terus jalan. So aku tanya soklan paling bodoh, “Kalu saya takleh topup, nanti saya turun kena denda RM3 ker?”

Pemandu jawab, “saya pun tak tau.” What?!!

Ok. Aku berdiri jer kat tepi kotak hitam berkilat yang ntah aku nak panggil mesin apa sekarang? Pemandu ambil hp dan call seseorang.

Ya, bila bas tiba di depoh Taman Maluri, terpaksa beberapa minit tunggu seseorang. Ntah mekanik ntah engineer ntah sapa. Slow jer dia datang naik dan reset ntah apa setting kat GPS depan tu. 1 minit... 4 minit. 2 orang penumpang lari turun cari bas lain. Aku tengok jam konon-konon gelisah. Memang pun!

7 minit. Gagal. Aku duduk buat bodoh. Muka aku gamaknya macam lahanat. Lantak koranglah nak buat apa pun. Bukan masalah aku! Dah la hangat semacam.

Yang terfikir ialah, nak buat sesuatu yang memudahkan akhirnya menyusahkan. Nak bagi benda baru, tapi depa sendiri pun banyak benda tak tau.

Lalu bas dengan berhemahnya meneruskan perjalanan tanpa penyelesaian. Entah apa depa sembang bila pembantu yang cuba membantu itu turun, sebaliknya ada seorang lagi staf yang ikut sama. Berdiri di sebelah sambil bersembang sambil gelak-gelak sepanjang jalan. Seolah-olah perkara itu bukan masalah langsung. Ok fine!

Aku turun di destinasi, touch the card, bit dan aku blah. Tak kuasa nak fikir!

Hari ini Rabbit Card ni aku campak jangan bagi nampak di mata aku!







20 comments:

  1. hi kak azie,
    kannn..mesin2 kat mesia ni nama je moden tp body jela moden, dlm tu brg buruk (kot?). oppss!

    ReplyDelete
  2. Itu namanya kemudahan yang menyusahkan!

    ReplyDelete
  3. Niat hati nak mudah perjalanan tapi bila dah jadi gini siapa tak hangat. Memalukan. Kalau di negara jiran kita bas/lrt semua kanak-kanak sekolah dan warga tua guna kad seperti ni. Bas buruk pun tak ada masalah. Malu kan kalau org luar beli utk tujuan melancung.....

    ReplyDelete
  4. oh my!!!!

    plis la gomen, do something. cukai kemain byk kite bayo, tapi kemudahan utk rakyat mcm hampeh. lagi nak promot suh org pakai public transport?

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum AZIE

    Walaupun itu mungkin kejadian terpencil, boleh dijangka pada peringkat awal ini ia akan selalu berlaku. Tentu menyiksa pengguna, apatah lagi para warga emas. Cerita tentang sesuatu yang baru di negara kita biasanya hebat kabar dari rupa.

    ReplyDelete
  6. nape tak di campak dalam bakul sampah, kemudian snap gambar. lagi meriah aper entri kak azie. huhuuh, saya sokong!

    ReplyDelete
  7. heehh br tau ade kad bit..sbb tak pernah nek rapidkl...nek bas dlm putrajaya masih guna syiling rm50 sen...

    paling tak suka kalau tanya org yg sepatutnya tau tentang sesuatu tapi dibalas dgn jawapan 'Tak tau' eeee...
    kalo g g nek bas free je..turun tanpa bayau bleh tak gitu? hik2

    ReplyDelete
  8. cap arnab patut la... playboy tu kot

    ReplyDelete
  9. AA - Ciannye... Kad Rabbit tu tidak bersalah sebenarnya, system tu yang problem. Tapi apa kita boleh buat ye tak? Hmmm

    ReplyDelete
  10. kak...
    sy pun tak tau...
    hehehhehe

    ReplyDelete
  11. FATT:
    Tak tau la nak kata apa lagi dah. Bila kena kat batang hidung, memang panas jerrrrrr...



    KAKCIK:
    Tiada yang mudah pun...



    KAK ZAKIE:
    Itu lah yang sangat dikesali. Rasa macam nak ketuk kuat-kuat jer mesin tu.

    ReplyDelete
  12. GADISBUNGA:
    Selalu Kak Azie dengar iklan soh rakyat gunakan public transport, tapi kalu dah camni, memang hampeh!


    ALIMAZ:
    Memang sabaq ler la ni. Ehh Perlis bah lagu mana? Teruk dak?


    TEMUK:
    Salam Bang Temuk.
    Betul, kalu lah yang kena itu golongan yang lebih veteran, kesian kan?

    ReplyDelete
  13. EELOBOR:
    Tak sampai hati ler nak buang dlm tong sampah, sebab kad itu sendiri kalu refund bernilai RM2. Duit gak tuuu...



    MAMA GEE:
    Ehhh OGY dah tukar nick yer?
    Kalu cun macam Mama Gee naik free, mesti takda orang nak marah. hehehe


    CEMOMOI:
    Betullah. First time tengok kad Arnab tu, itulah juga yang terlintas dalam fikiran Kak Azie. Hehehehehe

    ReplyDelete
  14. RED RAMBUTAN:
    Sistem tu sendiri buatan manusia. Lalu bila rosak, manusialah yang disalahkan. hehehe


    AZIAN:
    Nak kene babab AZIAN niii..... :)

    ReplyDelete
  15. sepatutnya, sebelum sesuatu sistem digunakan hantar semua staff yg berkaitan pi krusus. sekurang2nya krusus asas menagani masalah sistem. bukannya bila ada masalah panggil juruteknik dari syarikat pembekal betulkan! sok dia mai tekan sedas butang sistem on, bayaq berapa pulak?

    pengurusan yang lembab!

    ReplyDelete
  16. JUN AINA:
    Rasanya ada kursus diberi, tapi secara berperingkat. Dan bukan semua staf dapat menguasai sistem baru secara menyeluruh dan cekap dlm masa yg singkat...

    Mungkin nasib pemandu tu tak baik, mesin baru boleh jammed tiba-tiba.

    ReplyDelete
  17. hai kak azie.....apa khabar?
    sibuk ek?

    ReplyDelete
  18. ADINDA AMY:
    Sihat adanya. Terimakasih.

    Sibuk juga waktu siang. Malam jer ada masa skit...

    ReplyDelete
  19. byk2 nama..nama rabbit jugak yg terpilih..hehheh

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails