Saturday, April 30, 2011

PESTA BUKU 2011: Gambar Tertunda saja...

Salam
30-04-2011

Sepatutnya AA menyambung tugas di booth CESB, PABKL20111, PWTC semalam. Tapi kerana ada beberapa job urgent yang memerlukan tindakan segera di tempat kerja, terpaksalah batal jadual Jumaat.

Tugasan di tempat kerja lebih penting nampaknya, lagipun hati tak akan senang untuk tinggal begitu sahaja, atau serah pada orang lain, apatah lagi nak simpan sampai minggu depan. Isnin pula cuti Hari Pekerja, macam dah jauh jer job tu ditarik nanti. Kena settle minggu ni jugok.

Di sini, nak simpan beberapa kenangan semasa di Pesta Buku tempohari. Beberapa gambar tertunda yang tidak sempat diupload tempohari.


Novelis NAJWA AIMAN. Thanks sudi menyokong. Tiap tahun datang memberi sokongan kepada promoter. Kali ini promoter junior ramai merupakan student UIA.


WAN AMALYN, blogger yang juga jadi promoter. Bertugas di booth Jemari Seni. Berkunjung semasa break. Thanks WAN!


KAK SU, my biras (kakak ipar arwah abang AA). Lama kami tak jumpa, sebab dulu dia dok Melaka. Mujur aku tegur dulu sebab masih ingat wajah dia. Seronoknya, tak sangka bertemu di booth.


Orang rumah MdZAKI. Geng AnakPerlis.com


AYU dan suami serta anak-anak. Dari Sahabat KLfm.


DIN GOMBAK dan isteri TINTA, serta anak. Pun dari Sahabat KLfm. Tiap tahun mesti datang menyapa.


Novelis ZURAIDAH OTHMAN (berkaca mata), bersama kawan-kawan FBnya. Ceria betul grup depa ni. Sporting habis! Loaded, borong banyak novel.


Pic dari FB Dina: Novelis RATU BULAN dan MARDINA JAMIL. Kenal sejak dari Caluk Corner lagi. Sekarang masing-masing menambah karya. Tiap tahun singgah menyapa MokYang!


Novel terkini si RATU BULAN dan MARDINA. Aku singgah pula ke booth Fajar Pakeer, tapi depa break lunch, jam 4.30 petang!


Bersama novelis HASLINDA ISMAIL. Ada 4 novel dia setakat ini.



Novelis yang ceria, ZURAIDAH OTHMAN. Novel terbarunya berada di rak depan. Bestseller yang diulang cetak!


Candid! Nak snap selipar jer. Promoter muda ni baru lepas nangis sakan, sebab masa solat Zohor, kasut Nike (rega RM200++) kena rembat kat surau! Kesian dia. Terpaksa minta pinjam selipar surau dari pihak surau PWTC.

Terimakasih semua!

Hari ini, AA menyambung tugas di booth juga hari esok.

*lagi gambar di FB: azie azah










8 comments:

  1. nnt kalo terserempak,zie tegur..hehehheeee...

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak jengah lagi...kerja...kerja...kerja...

    ReplyDelete
  3. ramainya novelis akak jumpa!!!

    *kesian kat budak tu. lenkali jgn pakai kasut mahal gi surau...

    ReplyDelete
  4. Kesian tengok budak tu dahlah kasut mahal.Memang banyak kejadian kasut hilang dimasjid itu sebabnya kalau pakai kasut mahal kak Zai tukar kat kereta.

    ReplyDelete
  5. wah......
    ralit ayu lihat gambar kenangan dia entry nie

    suka dgn komik GILA2... murah ko.. rm 2... dulu2 berapa eik??
    lupa lah kak...

    ReplyDelete
  6. kak Azie :)

    terima kasih kerana sudi berkongsi cerita di sini... :)

    tapi frust sebab cari novel Norhisham Mustaffa tak dapat di booth CESB :'(

    ReplyDelete
  7. kak, saya ke sana hari khamis, jenguk juga booth CESB..cerita kat blog saya heehehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails