Wednesday, April 6, 2011

Kerjaya: Bukan Selamanya Kita Hebat...

Salam
05-04-2011
Malam.


Baru selesai menyiapkan laporan dan senarai nama-nama. Kerja luar, projek baru. Kalut skit.

Sakit dah badan asyik duduk saja dari tadi, bukan menaip sangat pun, tapi tumpuan yang buat mata jadi letih. Kena semak betul-betul maklumat, nanti salah satu “character” nama pompuan leh jadi nama jantan. Salah satu “figure” yang ribu boleh jadi juta...

Nak citer skit pasal beberapa insiden yang selalu berlaku di depan mata aku di tempat kerja.

Bukanlah I sakit hati pun, tapi sebenarnya banyak perkara baru yang tak patut pun berlaku.

Sorang kawan sekerja, hobi suka tengok CD kat skrin dia. Kadang2 dia tengok CD yang dia bawak, tapi biasanya dia suka tengok dari internet. Sanggup tengok dari satu filem ke satu filem. Kebanyakannya citer omputeh, kadang2 Korea, kadang2 filem Indon.. Aku pun tak tau filem apa, sebab tak leh nampak. Lindung by cubicle.

Actually, biaq pi ler kan? Dia senior kat situ (wpun umor muda banyak dari aku), kalu dia rasa tak bersalah pun bukan menjadi masalah aku pun.

Dan bukan sekali pula aku selalu tengok/dengar pihak atasan (coordinator/manager) chasing job dia yg selalu dekat dgn dateline. Dia jenis suka buat kerja last minit. Kalu satu job/projek tu diberi masa seminggu, dia akan mula buat pada hari ke-3 atau ke-5.

Jauh beza dengan perangai aku, yang seboleh mungkin suka buat kerja secepat yang boleh, so ada “buffer time” kalu ada kes di luar jangkaan. Alaaa... pengalaman boleh dijadikan pengajaran. Kalu tetiba ada masalah di saat akhir?

Lebih 8 bulan aku perati jer perangai dia camtu, tak amik pot pun. Aku buat jer keja aku tanpa libatkan dia.

Sehingga...

ada satu projek aku yang melibatkan beribu-ribu pages, menggunakan khidmat dia untuk design satu cover pilihan.

Monday, ada few lines additional text. Email to client to approve. Kemudian aku inform dia, just 2 lines jer. Kalu dia nak buat, tak sampai pun 5 minit. Betul. Tapi dia minta hold next day. Ok. Aku terima.

Today Selasa, right? Aku tunggu bila la minah ni nak buat correction aku. Senyap jer sampai tengahari. Aku tak berani nak tanya sebab kebetulan dia kalut nak siap projek sendiri. Macam orang tak tentu arah. Marah-marah jerrr.. Aku buat tak faham malas ganggu.

Lepas lunch, client call tanya. Aku guna bahasa paling lembut, jika dia boleh siapkan few lines bahagian aku. Dia leh kata, nanti Khamis nak bagi dengan alasan dia sedang dalam “kritikal ICU” dengan job dalam tangan. Alahai... sabor jerlah.

Harap-harap esok dia akan buat. Rasa macam hebat kan? Bila kita boleh buat orang ternanti-nanti. Aku leh jer buat, tapi memindahkan dokumen dalam server bukan mudah. Ada link-link tertentu lak. Saborrrrrrr...

Give and take, kata orang.

Tapi hati “jahhhaaattt” aku berdetik gak ler, “Kalu amalkan buat kerja dari awal, tidaklah terkalut sampai macam tak cukup hari nak bagi siap.”

Malas nak tanya banyak. Aku jaga kerja aku sajalah. Kadang-kadang fed-up dengan budaya kerja individu yang kita tak leh terima.

Pagi tadi, pertama kali selepas 8 bulan, aku duduk sarapan dengan salah sorang manager aku. Kenapa aku tak pernah makan dengan dia selama ini? Memang aku tak pernah lagi makan pagi atau lunch dengan mana-mana rakan sekerja aku setakat ini. Bukan cara aku. Tapi kali ini macam kes terpaksa. No biggie...!

Lama tak bercerita pasal Si Tanggang Leste — CINDY LAUPER, kan? Perkembangan terkini, dia akan pergi bercuti dengan Boss ke Hong Kong pada ujung April nanti. Tuah badan.

Sekadar untuk mengalih perhatian para pembaca. Hehehehehe!



~...jika diri sendiri yang memulakan sengketa, jangan marah pada pokok yang robek, jangan marah pada rumput yang mengejek...~







25 comments:

  1. memang stress dapat rakan sekerja macam gitu ya azie

    tu... ikan masak apa tu? meleleh air liur skrin ni

    ReplyDelete
  2. alahai..saya mmg bengang kalu dpt keje/tugasan yg terpaksa buat dgn org yg mmg ada prob utk buat..

    kdg2 disebabkan dia sorang..keje yg sepatutnya siap cepat..bole hang gtu aje..geram aje..
    sedaya upaya kita akn berusaha agr siap segera supaya jika ada sbrg masalah..bole setel segera..ni ari ni nk anta..ari ni jugak baru disiapkan..pulak tu ada prob..xke naya..huhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Memang sakit ji.. kalau dapat rakan sekerja cam gitu tapi pada saya yg penting diri kita. Kita dibayar untuk bekerja 8 jam sehari. Tapi kalau kita buat keja 2 3 jam je macam mana erk ngan gaji yang kita terima tu?
    Renung..renungkan..

    ReplyDelete
  4. CIKGU NORMAH:
    Mula-mula tak stress, tapi bila dah kena batang idung sendiri. Aduhaiii.

    Ikan Siakap 3 Rasa. hehehehe



    MEK SARAH:
    Betul. Itulah maksud cerita Kak Azie dalam entri ni. Kalu takda mengena kita ok lagi. Ni dah sampai nyusah kita sama. Bengang jugak la.

    ReplyDelete
  5. KAK SAM:
    Salam.
    Ada kala kita terlalai dan teralpa. Kerja itu suatu ibadah, tp bila diselangi dengan hiburan dan kelekaan, lupa semua.

    ReplyDelete
  6. Kerja bertangguh mmg tak jadi..

    tak jadi sempurna.

    ReplyDelete
  7. salam kak..
    ni la sebahagian dr org2 yang suka menyusahkan org lain secara terang terangan..

    memula baca mmg stress..bila nampak ikan berasa2 tu,x jadi stress..heheheh..sedap!!!meh sepinggan..

    ReplyDelete
  8. YAN:
    Orang yang bertangguh tu biasanya memang buat kerja pun tak bersungguh.


    TUYA:
    Salam.
    Ambil pinggan jer boleh la. Ikan dah licin. hehehehe

    ReplyDelete
  9. Itulah yang dikatakan 'kerja bertangguh tidak menjadi...' hmmmm...


    Eh! itu gambo ikan masak tempoyak ke? ;-)

    ReplyDelete
  10. KAKCIK:
    Siakap 3 rasa... hehehe

    ReplyDelete
  11. hahahaha...memang dah lama tak baca sory pasal CL tuh. dulu2 ikut baca gak. huhuhuhuh

    ReplyDelete
  12. Last minute kalau siap takpe... ini ada yang last minute tapi kerja separuh jalan... nak tak nak org lain tolong siapkan... lagilah sakit hati..

    ReplyDelete
  13. siakap 3 rasa ...
    1. rasa sedap
    2. rasa kenyang
    3. rasa nak tambah nasi

    ReplyDelete
  14. kak azie...
    isk isk isk....
    sian sian sian
    ikan 3 rasa ke tu???
    dah biasa keje2 last min sbb students sy pun selalu hantar assignment lewat...huhuhu

    ReplyDelete
  15. tuah manusia .. tak ada siapa tahu kan..

    ReplyDelete
  16. kalo peseng suka tangguh keja ni tak susah kan kita, takpe. lantak lah. ni melibatkan kita, mmg kena sound gak ni.

    *eh bkn sound, nasihat.hihi

    ReplyDelete
  17. kalo peseng suka tangguh keja ni tak susah kan kita, takpe. lantak lah. ni melibatkan kita, mmg kena sound gak ni.

    *eh bkn sound, nasihat.hihi

    ReplyDelete
  18. saya kat opis ni pun bercakap 1-2 ayat je dgn budak 1 department ni..pertama sebab dia cina, dan kedua takde benda pun nak disembang2kan..

    aman dari gosip liar..haha!

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum...

    kjer smpi bile pun tak abes...

    ReplyDelete
  20. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

    dalam bab keje, mmg menyusahkan la bila simpan yg sikit2 ni...

    (terus insaf bila baca entri kak azie ni. :D)

    ReplyDelete
  21. bila suka buat kerja bertangguh macam2 masalah boleh timbul sebenarnya kan kak azie..

    ReplyDelete
  22. EELOBOR:
    Nanti bila bila senang Kak Azie akan cerita lagi pasal CL tu. heheheh


    NIDA:
    Ohh kalu macam tu punya kes, pernah gak Kak Azie lalui. Memang sakit jerrrr hati kalu kena.


    DR SINGA:
    4. Rasa bahagiaaaaaaaa...!

    ReplyDelete
  23. AZIAN:
    Nanti bila bila sekeh jer student yang lewat tu. Ataupun denda ketuk ketampi. Toing! Toing!


    CHIK ATT:
    Manusia memang semua pun bertuah.


    GC:
    Belum lagi sampai tahap nak sound orang.

    ReplyDelete
  24. MDT:
    Kalu macam tu lagi best. Kurang orang tahu pasal kita, lebih aman sebenarnya.


    SAHROM:
    Salam.
    Setuju. Memang tak abih2 selagi kita bertenaga untuk makan. hehehehe


    GADISBUNGA:
    Tahu pun adik...

    ReplyDelete
  25. YUS:
    Masalah kalu leh handle sendiri takper lagi, tapi kalu kendian sampai menyusahkan lak orang lain, memang panasssss

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails