24-04-2011.
Ahad, pagi minggu yang aku selalu rindu.
*Entri ini sedikit emosi.
Sori Berlori, entri semalam tidak upaya dibalas. Tapi best laaa, ramai yang suka membaca tentang PUDURAYA berubah wajah. Cuma rasanya ada yang malu nak tulis tentang kenangan dulu-dulu selalu dating kat situ. Hahahahaha!
Hari ini hari ke-3 duty di Pesta.
Tahun lepas, selesai sahaja Pesta, aku selalu sebut pada diri dan TOKLAKI, “Tahun ini last, tak nak buat lagilah. Serik, tak larat”.
He replied, “Elehhh tu time penat jer cakap camtuh, pastu bila orang panggil, buat jugak.”
Yeahhh... aku makan cakap aku sendiri, lagi. Padan muka aku. Semalam kaki sengal, sora memang tinggal 10%. Dah mari dah rasa serik tu, tapi tak berani nak voice out. Cuma simpan janji dalam hati, ini tahun terakhir. (tapi depa tiap tahun ndak aku...)
Bukan pasal orang, cuma pasal diri sendiri jer. Aku dah tua, dah tak larat nak buat keja macam tu pun, cuma minat jer yang menggila sangat, hati punya mahu sangat. Layanan pihak CESB memang tiptop especially dari pihak anak-anak Dato’ Jaapar sendiri. Segala kebajikan cuba dijaga, ditanya apa masalah. Asal boleh memberikan kerjasama yang baik.
Sebenarnya kerja macam yang aku kemaruk nak buat ni, bukan susah. Berdiri, bercakap dan yakinkan orang tentang fakta yang benar. Jangan menipu! Itu penting. Jangan sekali-kali nak tipu, bohong. Aku bercakap memang “macam kelentong” tapi benar dan fakta. Susah bila difikir, nak suruh orang kuar duit beli buku yang kita promote.

Ada satu perkara yang sudah lama aku simpan, tapi belum berani aku tulis secara terangan, sehingga hari ini.
Perkara itu sudah terjadi sejak aku di tahun pertama di Pesta Buku (2008). Setelah mendengar sendiri LIMA ORANG menyebut perkara yang sama, baru kini aku berani tulis.
Aku pernah upload 2,3 gambar beberapa orang novelis TERKENAL yang memang hebatlah, semasa Pesta Buku 2008. Ada satu gambar di blog aku yang aku tulis komen berbentuk kritikan tentang PERUBAHAN kenapa aku tidak lagi membeli novel penulis tersebut.
Aku katakan di entri itu, dulu aku sentiasa suka baca buku dia, sentiasa beli dan suka tulisan dia. Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sejak dia menulis secara berdikari, diterbitkan sendiri oleh syarikat penerbitan beliau sendiri, aku MENGAKU memang aku berubah.
Bila terbitkan sendiri (usaha yang sangat baik), aku pernah beli 2 novel beliau. Hanya itu. Kenapa hanya 2? Sebab begitu berbeza sekali, terlalu nampak perbezaan itu dan ianya sudah menjadi LAIN. Aku hanya kritik sebaris ayat dalam entri aku bahawa ada sesuatu yang sudah “kurang”.
Tahu apa jadi?
Seseorang pengomen misteri yang aku tidak kenal, membalas kritikan aku itu dengan agak kasar dan emosi, ayatnya lebihkurang begini:
“Awak jaga booth awak promote buku awaklah, tak payah awak nak komplen buku orang lain.”
NO, she’s wrong! Sepanjang aku bertugas sebagai promoter CESB, belum pernah sekali aku menyebut sesuatu tentang syarikat orang lain, apalagi nak banding. Pernah sekali bila pengunjung tanya, aku tetap kata syarikat lain juga bagus. Kenapa nak kondem publisher lain, sedangkan aku pun pembaca yang beli dari pelbagai syarikat? Aku pun bukan pekerja tetap mana-mana publisher di situ.
Kemudian,
si novelis itu sendiri membalas komen aku panjang lebar di FB. Dia tak puas hati, sehingga ada ayat dia yang menyentuh beberapa staf di CESB dan juga hasil kerja mereka. (Aku tak kenal pun editor yang novelis tu sebut, sebab aku bukan kerja di CESB).
Memang aku tergamam! Kerana kritikan mengenai hasil karya beliau yang aku sangka akan menjadi suatu kritikan membina dan ruang untuk memperbaiki, diterima dengan cara yang begitu berbeza sekali. Memang tak sangka betul aku!
Aku membalas juga komen beliau, dan menyatakan, “Puan, kesilapan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tidak kira dari syarikat mana termasuk juga CESB. Saya harap kritikan saya sebagai peminat karya Puan tidak dianggap sebagai mempertikaikan kerja sesiapa.”
Aku biarkan post dan gambar itu di FB lebihkurang 2 jam, kemudian aku delete! Tentulah aku tidak mahu benda itu berlarutan menjadi bahas dan balah kemudian kontroversi. Kang lain pula ayat dia kuar, bukan aku yang susah. Silap-silap dia emosi, kuar ayat yang boleh memalukan dia pula. Aku ni siapa, dia tu novelis terkenal. Janganlah buat pasal.
Benda itu selesai begitu sahaja, tetapi tahun berikutnya, aku tetap singgah ke booth dia, tetapi mengotakan janji. Tidak lagi membeli. Sehingga hari ini.
Dan semalam, memang tak duga langsung, sehari semalam, ada LIMA orang menyebut perkara yang sama — perubahan dan sesuatu yang “kurang” — tentang karya novelis yang sama. Aku yakin mereka itu tidak tahu pun pasal blog aku, pasal FB aku. Tapi kenapa depa pun sebut benda yang sama. Ada sorang tu pun dah jadi macam aku, berhenti beli. Aku tergamam, tapi tidak berani nak buka mulut menyokong.
Tapi sekurang-kurangnya aku lega kerana tidak lagi merasa bersalah mengeluarkan kritikan sebegitu, 3 tahun lalu.
Tengahari semalam, aku sempat singgah satu booth yang tak pernah miss tiap tahun. Tokeynya ada, sebab dia pun novelis terkenal. Dia tidak pernah tahu nama aku, tapi dia sentiasa mesra dengan aku. Lagipun aku pernah hadir kursus penulisan novel yang beliau anjurkan. Tiap kali sembang wpun sekejap, ditanya, “cemana, ok tak Kak?” Dia sentiasa jawab, “Alhamdulillah, bolehlah.” Tahun lepas booth kami dekat, dia yang tegur aku dulu masa tu. Semalam dia belanja kurma dari Mekah, anak dia (ke sedara dia, tak perasan dia sebut semalam), baru balik dari umrah. Sebab itu, aku mesti nak ronda ke booth dia, sebab dia begitu menarik di hati aku.
Pada aku, bukan kerana dia itu siapa, tetapi aku lebih suka sekiranya orang yang sudah terkenal terus merasa rendah diri, terus merasa dia belum cukup hebat, terus merasa ada kekurangan dan ruang untuk belajar dan perbaiki kelemahan, terus merasa dia tidak akan terlepas dari kesilapan sendiri dan bukan memesongkan kelemahan kepada orang lain!

***

~...bila SERI BULAN dirundung resah gelisah payah, HISYAM tidak langsung membuka mulut menyatakan sokongan tak rebah tetapi perhatian yang cuba diberi hampir terpesong pergi ke laman rumah orang lain...!~