Saturday, April 23, 2011

PUDURAYA: Bila yang kusam kini boleh disuluh muka...

Salam.
23-04-2011.
Pagi.

Entri ini dipublish seberapa segera supaya entri sebelum ini turun ke bawah.


Hari itu — tak ingat hari apa — AA pergi ke Puduraya. Beli tiket bas untuk IKA balik semula ke sekolah dia.

Baru sahaja beberapa hari beroperasi semula, selepas lama juga ditutup untuk baikpulih.

Agak lengang, kerana masih banyak syarikat yang beroperasi sementara di Bukit Jalil belum berpatah balik pindah ke sini, atau mungkin juga ada yang terus beroperasi di Terminal Bersepadu Selatan. I don’t know.

Begitu banyak perubahan yang berlaku. Kerana AA masuk dari pintu sisi, berjalan agak jauh, tapi dapat melihat, hampir keseluruhan dinding dari kaca. Jelas melihat persekitaran. Gerai-gerai makan yang dulu padat dan hingar-bingar, kini langsung tiada.

Masih banyak ruang kosong, terutama lot-lot kedai yang berdinding kaca. Tentulah lebih mudah, lebih selesa dan nampak bersih. Harga pun tentu berbeza lah.

AA hanya berani snap sekitar kawasan yang tidak ramai orang. Bila melangkah masuk ke ruangan menunggu yang lebih luas dan berhawa dingin (kawasan luar yang biasa dulu, ada kipas angin dari setiap dinding), lebih selesa, berkarpet dan ada banyak skrin besar memaparkan jadual perjalanan bas-bas. Wahhhh macam KL Sentral dan kerusinya macam KLIA. Hebat la tu, kan?

Kaca hampir keseluruhan, hampir boleh dibuat cermin muka!



Untuk turun ke platfrom, ada yang diganti dengan esklator, juga ada yang tangga tetapi baru tidak lagi nipis, licin dan curam macam dulu.




Ruangan menunggu di bawah yang popular dan sentiasa padat bila tiba musim perayaan. Kaunter Penerangan yang luas dan juga kaunter Polis yang sentiasa ada pegawainya.

Kaunter-kaunter tiket semuanya berada di tingkat 1 dengan tangga lebar, dan esklator. Yang nampak hanya syarikat bas Transnational, PlusLiner dan MaraLiner jer.

Cafe atau foodcourt langsung tak kelih. Mungkin di tingkat atas lagi, AA tak naik pun.

Nak snap bahagian atas pun tak berani, sebab ramai sangat pegawai-pegawai dari UDA yang kelihatan. Polis dan security pun ramai. Taknak lagi nanti depa sangka AA ni wartawan giler mana plak, nak snap gambar situ sini.

Bahagian luar, tepi. Ada esklator landai untuk kita menarik luggage.



Walaupun masih ada beberapa bahagian yang belum siap, tetapi dekorasi luar yang dihias lampu kecil berkelip tu, nampak cantik dan berseri.

*Teringat suatu kisah, beberapa minggu lalu, ada sorang wanita bertanya AA yang berjalan sekitar Penjara Pudu. Wanita itu tanya, “Puduraya jauh lagi tak?” Tentulah jauh sebab dia berjalan kaki. Then, “Saya ingat turun LRT Pudu tu Puduraya.” Aduhhhh... sian. Benar. Untuk ke PUDURAYA, stesen LRTnya bernama PLAZA RAKYAT bukan stesen Pudu.


Puduraya tidak lagi suram dan sendat macam dulu. Kali ini pasti lebih ramai orang nak naik bus.

Cuma... cuma... yang paling penting tentulah SIKAP. Sikap pemandu, pegawai syarikat bas, sikap penumpang sendiri. Kalu bas lawa, tapi bawak macam “tak cukup tanah”... atau dinding dan lantai berseri, tapi buang sampah ikut suka hati toknenekmoyang dia...

Well, sebagai orang awam, rakyat Malaysia, seronok dan bangga juga bila nampak sesuatu yang begini.

Kita memang perlukan perubahan dari masa ke semasa. Walaupun bukan kita perlukan setiap masa, tetapi perubahan boleh memberikan suatu perasaan gembira, memberikan kita keyakinan dan keBANGGAan.

Am I right?




~...sejak HISYAM tidak pandai lagi berkolek berdayung ke teluk, SERI BULAN tidak lagi juga pandai mengajak ke sungai kerana serik diejek muka lesi kerana pernah terpandang benda putih bergayut di julai manggis...~








24 comments:

  1. Kakak rasa dah berbelas tahun kakak tak masuk puduraya....

    Nampak memang cantik dan ada kelas gitu...

    ReplyDelete
  2. sebelum puduraya start bizi-bizi ni elok jugak kalau kite gi melawat kan?

    ReplyDelete
  3. nampak berbeza sangat dari dulu! cantik... bertuah budak2 sekarang nak naik bas macam nak naik kapal terbang.

    setuju dengan kak azie...sikap! kalau semua dah canggih tapi sikap tak upgrade tak guna jugak!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Sokong! sokong!
    Kalau kemudahannya first klas tapi mentaliti penggunanya entah dari ceruk gua mana...tak dapeklah nak nolong!

    ReplyDelete
  5. dah berbelas tahun juga tak jejak di Pudu Raya ni

    ingat lagi kenangan berbaris bejam2 untuk menaiki bas SKS ke Seremban semasa belajar dulu

    ReplyDelete
  6. teringat dulu2 ... berdua menunggu bas...di puduraya yang berhasap...

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak ke puduraya...mmng berbeza betul..

    Betul tu kak...yg penting SIKAP..

    ReplyDelete
  8. cantik. dah lama tak pergi sana dan dah lama tak naik bus

    ReplyDelete
  9. peh cantik giler. tp harapnya attitude penjual2 tiket pun seindah rupa puduraya la..paling tak suka kalau dorg jenis paksa2 ni..tak selesa lgsung

    ReplyDelete
  10. kak azie...
    teringat zaman2 belajar dulu...mesti naik bas dr sini kl nak balik kluang...huhuhu...dah cantik ye tempat ni...

    ReplyDelete
  11. Betul itu, kak. Sikap juga kena berubah, bukan puduraya je. Macammana dengan jalan hendak ke stesen lrt plaza rakyat? masih macam dulu ke?

    ReplyDelete
  12. wow..akak..cantiknye puduraya..

    da xmacam dulu..dan berseri2..hheehh

    ReplyDelete
  13. first time mai kl dulu pun silap..nk pi puduraya turun stesen PUDU..tak tak pulak kata puduraya kena turun plaza rakyat..jenuh wat muka tak malu tny pakcik tiket lrt..

    ReplyDelete
  14. wow cantiknya, dah lama tak pegi pudu, berbelas tahun jugak la

    ReplyDelete
  15. Rindu dengan Puduraya.. Dulu tempat ni la yang jadi persinggahan.. Banyak kenangan kat sini... Dah hampir 10 tahun Puduraya ditinggalkan...

    Terasa nak pergi Puduraya.. tapi takde tujuan yang pasti... Camne tu... hehe...

    Salam kenal... =)

    ReplyDelete
  16. Assalam sweetie,

    Wah Puduraya dah cam Airport KLIA ya...terbaik .... tak sabar nak tarik luggage kat Puduraya (perasan terbang jap...hehehe)

    ReplyDelete
  17. salam AA..baguslah puduraya dah dinaiktarafkan..biarlah kecantikannya bertahan lama..makcik bimbang ianya untuk beberapa bulan je lepas tu balik seperti yang lama..

    ReplyDelete
  18. Petang Isnin lusa ckLah akan transit di sini....setelah 20 tahun tk naik bas ekspress.

    ReplyDelete
  19. Hopefully Puduraya baru ni tak jadi busuk macam dulu dan tak menakutkan macam dulu.

    Kena ada pemantauan yang kerap untuk ajar pengguna2 menjaga kebersihan tempat tu.

    ReplyDelete
  20. wahh, nampak cantik....selesa! berbeza dari dulu.

    ReplyDelete
  21. wah lainnnya dah puduraya.. semakin cantik.. harap setimpal dengan perkhidmatan yg ditawarkan..

    ReplyDelete
  22. memang cantik betul
    semalam tak sampai pulak disana
    ruginya...
    masih baru dan nampak bersih harap berpanjanganlah begitu

    ReplyDelete
  23. wah...cantik nye...
    tak sabar pula nak naik bas kat sana...hehehee

    ReplyDelete
  24. Teringat selalu ulang-alik depan kotaraya masa kerja di MBB Hq dulu..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails