Friday, April 8, 2011

Gathering AP.com: hat mai pedi Perak ni terlebih ramah...

Salam.
08-04-2011.


Entri ini sepatutnya dah buat minggu lepas. Tapi kerana cari gambar tak lengkap, tertangguh.

Majlis Gathering AnakPerlis.com (AP.com), yang meraikan 2 pasangan pengantin baru, anak Perlis. Bernikah pada bulan Mac lalu.

Majlis sebegini sudah menjadi tradisi, aku terlibat menyibukkan diri sudah lebih dari 5 kali dalam program AP.com sebegini.


Pic ni ulang tayang.
Aku memang selekeh > caption pun ulangtaip.




Selain Kambing Panggang, menu lain adalah, Ikan Bakar, Sambal Belacan Spesel hasil air tangan MIMIE (dia pengantin yang dirai pada tahun lepas), Nasi Putih, Sup Gear Box (aku makan semangkuk kecik saja) Ayam Golek Panggang Raja (menu tradisi resipi dari KAK E, isteri MG), Gulai Rebung (menu tradisi Perlis), Ikan Keli Goreng Garing, Ikan Masin, Telor Masin, Pekasam, Ulam-ulaman.... perhhh!

Ada durian 2 jaras, ada kuih-muih, ada kek, ada Pulut Tanak. Juga Laksa Perlis, wpun tidak berjaya mendapat yang ori dari Perlis, kerana “bah” tapi berjaya juga mendapat Laksa Perlis di KL. Tetap sedap! Tapi aku makan 1 mangkuk saja. Banyak sangat minum Ayaq Oren Buatan Sendiri.

Ada banyak lagi gambar, tapi tak berjaya dicari. Eksklusif!


Aku tak tau kenapa nampak macam tak ramai, tapi sebenarnya ramai sekali jemputan. Masa makan berlangsung sebaik sahaja makanan ready, dari sarapan ke makan tengahari, sehinggalah acara potong kek, minum petang dengan Ayaq Perambat... hehehehe tapi tak rasa macam kene hambat punnn...

Abang UTARA dan isteri. Pasangan pengantin baru yang diraikan.
Sepasang lagi, si suami ada di Langkawi, si isteri kena keja. Malam baru sambung datang makan.


Geng Kedehog — kebanyakannya muka-muka yang itu juga. Memang best, sebab dah serasi sejiwa. Hang kutuk la lagu mana pun, buat kerin jaa...

Seperti kebiasaannya, ramai yang rajin membantu bergotong royong memasak dan menyediakan juadah. Suatu program yang menjadi majlis perhimpunan warga Perlis yang merantau di KL. Bertanya khabar, beramah mesra dengan ahli keluarga masing-masing.
*Geng Kedehoq hat mai pedi Perak ni jer yang terlebih ramah. Hehehehe

Majlis berakhir kira-kira jam 7 petang. Walaupun sedikit pening dan penat, tapi hati tetap rasa seronok.

Terimakasih tidak terhingga kepada tuan rumah majlis CHE MAT dan isteri KAK E, serta seluruh warga AP.com yang hadir.


~...kalu diri sendiri yang mula menembak, jangan panik jika boomerang patah balik menyinggah kepala, lalu HISYAM sendiri tidak lagi berani memanah helang yang lalu...~






10 comments:

  1. bestnya...... orangy ang diraikan lah .... org lain ... best ... bleh makan preee

    ReplyDelete
  2. haha.. geng kedohoq.. ada org yg paham ka dak ni?

    ReplyDelete
  3. AA asyik ambil semangkuk kecik je. Tapi kakak kira mangkuk kecik kalau 2-3 kali dah jadi semangkuk besar. Hahaha...

    Geng kedehok tu apa?...

    ReplyDelete
  4. bestnye gathering2 ni..:) lg best sbb dpt makan ..haha!

    ReplyDelete
  5. wahhh akak!! kambing bakooo hehehehe

    ReplyDelete
  6. sedapnye.. minggu lepas kite makan kambing oanggang.. em.. sedap sedap sedap.. :)

    ReplyDelete
  7. seronok sakan tengok kumpul ramai2 lagu ni

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails