Friday, April 8, 2011

Celoteh Merapu Macam Marang Perapu...

Salam.
08-04-2011.
Malam.


Apa nak celoteh? Buntu... macam mengong.

Kena makan ubat selsema, aku jadi lebih lalok dari si Drunken Master yang baru pekena todi setempayan.

Hidung pedih macam tak berangin.

Tapi tak MC pun. Tiada kaitan hidung dengan tangan yang perlu buat kerja. Tapi kelancaran otak untuk berfikir ada sikit sangkut-sangkut. Macam Apek lompat tangga dengan Marjinah.

Urusan persediaan untuk program penting di hari Ahad hampir selesai. Besok dah boleh buat check-list. Nanti di hari kejadian, kalu ada gambar I’ll upload kasi tayang sama korang.

Hari itu I komplen pasal Rabbid Card, now I nak komplen pasal ATM Card. Aku ada 3 ATM Card, hasil dari kerja 3 syarikat dalam masa 22 tahun. Never have Credit Card setakat ini — sebab itulah aku pernah kena reject masa nak apply sesuatu di suatu bank. Dia kata, kalu tarak guna itu Credit Card susah mau apply ini. Apahal plak? Bagus la aku takda utang Credit Card, means aku mampu utk apply that. Ini terbalik plak, lagi U ada utang lagi U bleh tambah utang. Pirraaahhh! Reject pun baguih. Selamat.

Sambung story....

Ntah kerana mengong ubat selsema, sejak Selasa aku asyik kena reject card ATM. Probably aku salah pin nombor. 3 kali try, takut nak cuba lagi, nanti kena telan macam Batu Belah Batu Bertangkup.

Wednesday aku try lagi. Same thing happened: “Switch system can’t..... bla.. bla..”

Oh tidak, Thursday mencuba lagi. I memang degil. Degil dan degil! Failed. Kensel terus nak beli Mee Rebus kat situ!

Friday — takda pilihan. Tadi aku pegi bank terbabit di cawangan yg sepelaung dari tempat kerja. Bukan setakat nak draw guna buku bank (mujur buku bank kusam lapuk tu masih ada. Maklum since 2002 tuuu...), tapi juga nak tutup terus akaun tuh. Duit seciput tu punya pasal.

Sudahhhh... tak bleh la, salah cawangan. Takpa. Asal boleh kasi keluar itu wang la incik. Settle. Minta dia check what’s wrong with my card. Check pun sampai 10 minit ka? Itu bank punya olang tanya aku, salah tekan pin nombor ker? Lama tak guna ya? Aku malu nak ngaku. Mana la lama, 2,3 bulan jer kot. Itu pegawai manyak baik hati, mau kasi release itu kad, means aku leh set pin no baru. Tapi dia kata tunggu la lagi 10 minit.

Oh tidak. Mana ada masa. Jumaat pun aku lunch 1 jam jugak abang oiii.. Lain kali aarrr.

Aku balik tanpa selesai bab ATM card aku tapi ok la kan, sebab itu wang sudah dapat kasi keluar. Makan Nasi Campur Ayam aku tadi. Hahahaha percaya tak? Tak caya pun takpa, aku memang tak akan tunjuk gambar punyaaa...


Jangan gosok mata. Ini memang bukan Nasi Campur Ayam.


Ok cerita dah tamat.

Tidor jer lah Azie. Awak tu selesema...

Good nite everyone!


~...HISYAM bakal berurusan di luar Kampung Separuh Desa dalam masa terdekat, lalu SERI BULAN bersungguh-sungguh masakkan Pulut Kepal sama Telur Rebus, buat bekalan di jalanan tanpa sempat berfikir ntah-ntah HISYAM singgah Restoren Segera makan percuma...~






16 comments:

  1. Azie...
    dapat nombor satu akhirnya....
    (berkat tidor lambat jugak..)
    tak faham betoi dengan orang bank tu..
    kalau kita takda credit card maknanya kita tak berhutang.. bila tak berhutang kita takder masalahlah.. tapi depa lagi suka kalau kita berhutang keliling pinggang... inilah sebabnya RIBA diharamkan.

    ReplyDelete
  2. Terimakasih AKAK.
    Pasni dah boleh masuk tidor. heheheh

    Saya rasa, mereka pihak bank nak lihat “Track Record” melalui urusan bayaran Credit Card supaya mereka leh lepaskan loan-loan lain pula pada kita.

    Kalu Track Record tak “cantik” mereka tak akan approve. Agaknya la kot.

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa kotiow goren tuuuu... iskkk... memalam buta dok tayang buat apa... esok pagi nak pi merket la cari kotiow bulih goren sendiri.. hehehehehe...

    bank = memang mengong.. mana2 bank pun sama peel dia.. usah le kome heghan..


    kak, selamat tidor.. mudah-mudahan esok ke ofis segar bugar...

    nite2x..

    ReplyDelete
  4. HALIZA AKMAR:
    timakasihhh.
    Nanti kalu dah goren kotiow tuh, tayang mai.

    Maghah orang bank kalu awok mengata ropa itu..

    ReplyDelete
  5. kak azie--
    rindunya nak singgah sini.
    walau celotehmu ala2 mak2...(walau kak azie mmg mak2..., eik!! apa aku tulis nie...)

    tetap ku ceria dgn kamu

    PS:" atm??? em........malas nak komen...sabor jerlah

    ReplyDelete
  6. AYUUUUUUU:
    Mak bilang kamu angkat kain, kamu pegi jemur kain, kenapaaaaa?!

    *Pun merapu jugak.

    ATM: pro kontra. Adakala macam susah, tapi banyak juga yang memudahkan.

    ReplyDelete
  7. Selamat pagi dan salam sejahtera serta salam 1Pandan Azie...

    apa pasat lu kasi itu kibod makan kueyteow maaaa.... :)

    ReplyDelete
  8. Ek eleh,selsema,
    basuh dosa, ngumpat banyak sgt..
    Itu belum kira..dosa buka AIB orang..dosa menakal, offer menakal,(rujuk entry lepas.

    ReplyDelete
  9. KAKCIK:
    Salam. Terimakasih.

    Itu kibod belum makan lagi, dia amik bau jerrrr...



    ZEQZEQ:
    Terimakasih, berpesan-pesan.

    Mujur orang menakal cuma kena selsema je kan?
    Heee saya takut kalu kena santau.

    ReplyDelete
  10. pssst...

    word search tu..
    kalau kat wordpress.. bolehlah saya ajar..
    kat blogspot.. idak le teman boleh nolong !!

    ReplyDelete
  11. hehehe.. panjang lebo citer akak azie kita dok baca ni...
    so sekarang macamana? selsema dah ok tak? jangan lupa minum air masak banyak tau... baru cepat sembuh!

    takecare ya kak semoga cepat sembuh! amin.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,
    banyakkan rehat. selsema memanglah tak berat sangat sakitnya, tapi...boleh buat kepala mengong hu hu hu

    ReplyDelete
  13. bank dan kad2nya memang kekadang selalu bermasalah! nak2 kalau dah tertelan lagi membuatkan mau tertelan mesin ATM tu!

    tutup akaun pun masalah jugak k.azie nanti kena panelti (hampez). jalan terbaik kelurakan semua duit yg ada tinggaikan singgit pas tu biaq dia mati sendiri.

    ReplyDelete
  14. dah lama tak guna credit card

    ReplyDelete
  15. DR SINGA:
    Ye lahhh.. dunia kita berbeza. Cedih.



    KELLA:
    Panjang ek? Alamak. Lain kali kena pendekkan lagi.

    Terimakasih doa dan nasihat.

    ReplyDelete
  16. ANYSS:
    Salam.
    Ubat tu yang tak tahan. Sebab ubat tu memang paksa kita tidor.


    JUNAINA:
    Sekarang rasanya ATM akan beri warning dulu “maximum try” bila salah pin no. So kalu degil juga baru dia telan. Leceh kalu sampai tahap tu.


    MAMAI:
    Dah tak suka atau bank tak suka awak? hehehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails