Tuesday, May 18, 2010

Borak-borak Anak Dara...

Memang ler lawak gak insiden kena asingkan beras pulut dalam beras biasa tadi siang. Gitulah kalu buat kerja mata ke lain, tangan ke lain. Dah ler memang AMOI tu jarang buat kerja dapur (sejak Form 4 dah dok asrama) memang peluang untuk dia masuk dapur sangat terhad. Paling pandai pun aku rasa dia leh goreng telur jer. Buat Teh-O pun failed lagi. (Ada ker yang terbantut hasrat nak meminang tuh? Ahaks!)

Memang ler besar hasrat dia sepanjang cuti ni dia nak belajar itu ini, tolong itu ini, tapi proses pembelajaran dia banyak yang tak begitu menjadi. Takper, buat masa ni, buat yang mudah jer. Kalu nak soh masak, hmmmm.. jenoh nak tunggu. Pernah sekali dulu, dia tak kenal mana satu halia. Makkk oiiii.. sakit dada aku.

Sepanjang petang tadi kami bergotong royong buat kerja yang tak pernah dibuat orang. Mengasingkan beras pulut dalam beras biasa dek kerana nak tolong punya pasal terus jadi kerja besarrrr.. Letih sampai sakit pinggang kami dok mengerjakan. Tapi Raja Muda tak gak sampey sampey!

Sambil tu kami borak-borak ler dari satu citer ke satu citer. Tertimbul lak citer pasal zaman sekolah.

*Entri ini tiada berniat untuk mengecam atau mempersendakan sesiapa yang berkenaan itu.

IKA dengan ALONG ni memang sejak sekolah rendah bersekolah sama (semua perempuan) sbb kat taman aku masa tu lum naik sekolah lagi. So sekolah jauh skit ler dari taman. Depa sembang pasal cikgu depa. Terkeluarlah nama sorang cikgu ni, CIK A. Memang ler cikgu ni masih bujang, tapi dia sangat bagus mengajar. ALONG kata, "eeeeee memang ler dia ngajar best, tapi dia garang. Dia pernah sepak ALONG, Mak. Sakit hati ALONG." Pastu si AMOI ni gelak-gelak.

"Hah! Dia sepak ALONG? Bila? Sebab apa dia sepak?" Terkejut gak aku. Tak tau pun.

"Masa Darjah 6 lah. ALONG tak pakai baju sukan. Mak pun tak pernah sepak ALONG. 6 orang kami kena sepak." Hahahahaha!

Sorang lagi pi tambah kuah, "Ahaaa IKA pun tak suka Cikgu A tu. Garang." amboiii..

Tapi tau si MAK Dara ni jawab apa? "Kalu tak garang, korang bleh dapat UPSR 5A dulu?"

Sebab depa berdua ni dapat result gitulah layak bersekolah lak di SAB tu. Kuar lah pulak citer pasal SAB nih. (ALONG sempat sampai Form 3 jer sbb pastu dia dapat MRSM).

Lagi kelakar. Pasal Pengetua lah, pasal cikgu displin lah, pasal murid yang jadi pelakun lah (memang ramai gak celebriti remaja di SAB tuh), pasal orang tu poyo lah, orang itu gini lah...

Yang paling best adalah cerita tentang sorang guru yang popular di SAB iaitu guru Maths Tambahan; MR. TAN SAM GUAN. Memang dia seorang guru lelaki, seorang yang agak berumur, tetapi macamana dia boleh menjadi idola, guru kegemaran (jangan salah faham, adat ler kan? Murid2 memang suka buat bab cikgu paberet nih) tetapi dalam masa yang sama beliau adalah seorang Guru Displin yang sangat tegas? Hebat kan?

Aku sendiri tengok semasa Anugerah Panitia, bila Mr TAN ni naik ke pentas, beliau paling banyak mendapat sorakan dan tepukan paling gemuruh. Dan lihatlah saja di FACEBOOK beliau. Ahli untuk MR. TAN SAM GUAN FAN CLUB!!!! sahaja sudah menjangkau 1,120 orang ahli. Fuhhhh dahsyat tuh. Jarang orang nak ingat tentang seorang Guru Disiplin kecuali dia ada rekod dengan cikgu tu, kan? Hehehehehe

Terimakasih CIKGU-CIKGU semua... kerana mendidik dan mengajar anak-anak saya. Walaupun masih jauh dan masih banyak yang perlu mereka belajar, tetapi cikgu-cikgu adalah permulaan kepada apa saja kejayaan.

**Kerja mengasing beras berakhir menjelang maghrib tadi.


~...HISYAM pernah menjadi idola juga, tapi idola kepada ramai anak dara kampung sehingga akhirnya tidak mampu memilih, kerana SERI BULAN tetap di hatinya...~



15 comments:

  1. Seronok ada anak dara yang dah besar2.. boleh buat kawan. :)

    ReplyDelete
  2. hamboih cikgu add math bukan main ada kelab kt FB kan..rmi plak tuh fan..mmg btol2 bagus cikgu tuh.

    amoi tak pandai buat teh??hee, takpa kakak pun dulu cenggitu jugak.nnt kawen mesti terus pandai.sbb mmg kena pandai..muahahahha

    ReplyDelete
  3. Betul tu Kak Cik. Emaknya pula berjiwa anak dara... mmg kena la teman berborak.

    ReplyDelete
  4. hahahaaa AMOI tak pandai masak ke? takpe2... dakni bley cover keje2 memasak tu tapi makkkk kena laaaa bagi diskaun tang hantaran... muahahahaaa gelak gulen2 jap..!!

    ReplyDelete
  5. Pada suatu hari, Mak minta Kakak ambil serai di luar. Dia kembali ke dapur dan menghulurkan lalang. Kesian pada Kakak sebab dia tak tau. Lagi kesian sebab dia kena gelak. Walau sudah berumur masih, sampai sekarang dia masih tidak ke dapur. Mungkin sebab insiden itu.

    ReplyDelete
  6. Zie..cam mana ye uols asingkan beras dgn beras pulut,kalau kakwan ,terus buat masak nasi dagang je.

    ReplyDelete
  7. acu dulu pun rapat dengan cikgu disiplin gak...

    ReplyDelete
  8. saya dan mak selalu bergosip2 sambil masak nasi..hehe..

    salam kenal

    ReplyDelete
  9. Macam cerita Musang Berjanggut lak kak ... hehehe ... nak kena asing asing kan. Tapi macam mana lak Amoi tu boleh tercampur ek....

    ReplyDelete
  10. jauh lg perjalanan sya nak menyelami perasaan mcm kak azie. tentu seronok jika dapat berbual dgn anak tnpa batasan

    ReplyDelete
  11. KAK CIK > time seronok memang seronok, time tak seronok hangen jugak mak dia...


    SHIKIN > Kalu teh pun si AMOI tak pandai, kopi laaaagi ler dia tak pandai.

    ReplyDelete
  12. V.I.C. > Selain berborak2 gitu, kita orang juga selalu berkongsi tengok tv sama-sama.


    ICE > Awak pandai masak ker? Elehhhh ntah-ntah masak air jerrr?

    ReplyDelete
  13. NADIA > Salam kenal. Agaknya dalam zaman canggih skang ni, kena belajar tengok gambar thru intenet, baru kenal mana serai mana lalang.. hehehe


    KAK WAN > takda pilihan, terpaksa pilih satu-satu lerrrr.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. MAKDARA TERDIVA > Salam kenal. Bergossip sambil masak, tahu-tahu siap lauk 5,6 jenis. Kan? hehehe


    MLMW > Memang pun. Gitu la kalu buat kerja mata ke lain.

    ReplyDelete
  15. EELOBOR > Suatu hari nanti awak akan tahu juga, bila anak-anak sudah boleh dijadikan kawan...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails