Saturday, May 15, 2010

Kalu Orang Batuk Makan Bubur, Bersembur tak?

Tak sangka pula hari ini aku tetiba batuk. Takder signal pun. Selama ni aku leh rasa aku nak kena batuk, tapi kali ini tetiba jer terus batuk. Dan dan mula dedar nak demam. Berjangkit dari sorang dalam rumah nih.

Antara demam, selsema dan batuk, aku tak suka batuk. Sangat ler tidak suka doowhhh..! Terpaksa ler pantang segera untuk baik cepat. No ais, no goreng-goreng. Air suam lebih dari biasa, dan terpaksa ler rajin minum Teh O Limau. Ubat batuk aku tak berapa berkenan, sebab nanti aku lalok. Heee tak sukerr! tak sukerrr!

Hari ni jadi malas. Melepek jer layan tv, lagipun macam letih semacam. Waktu camnih ler bleh buat aku teringat itu teringat ini...

Sedih pun ada. Tapi kena control. Sebak jangan cakaplah, pun kena control gak.

Aku teringat Bubur Nasi yang pernah dibuat oleh arwah AYAH dengan resipi dia sendiri. Arwah memang seorang tukang masak yang handal. Memasak di majlis kahwin di kampung, memasak di masjid, memasak di kantin sekolah dan banyak lagi tempat. Memang terkenal lah. Aku suka Bubur Nasi yang dia masak sebab sangat lain dari yang lain. Ada rempah dan banyak bahan. Tak akan ada orang boleh masak macam menu dia tu. Dan aku rindu...

Pic dari Google

Antara kenangan di work station aku, pic semalam.



Walaupun ada yang menangis di saat terakhir melangkah keluar dan menyerah kad, tapi aku relax jer. Tak rasa nak nangis pun, nak ketawa pun rasa macam tak patut. Mungkin kerana aku sudah bersedia dan redha sejak awal, so...


~...HISYAM berlagak pandai konon sudah menjadi warga desa, guna parang pun tertetak kaki, sampai pengsan tengok darah sendiri, mujur SERI BULAN menjadi pendamai bila RAHMAT mengamuk ya amat...~



30 comments:

  1. jaga kesihatan diri selalu kak :)

    ReplyDelete
  2. boleh geng aku makan bubur sampai tersembur -> koh koh hu hu

    ReplyDelete
  3. K.Azie, cuba try MADU + LIMAU + KICAP... ubat batuk famili saya. nak kata mujarab tu, cuba je. itu kuasa-Nya. Sebab kadang2 jalan je,tp adakala tak jugak;D. ok, diharapkan cepat sembuh:)

    ReplyDelete
  4. AZRUL > Jaga gak, tak larat dah nak jaga. Tapi dah nak kena.


    CALUK > Bubur apa paling best buat sembur? heeeee.. jahat ko.

    ReplyDelete
  5. JUMA > Betul tu, pernah dah dengar dan pernah gak try. Ada kala menjadi.

    ReplyDelete
  6. Aslmkm.
    Hmmm, kalau batuk mmg rimas Azie ... Kak G cari benda yg menyejukkan tekak & bila di rumah makan daun sambung nyawa byk skit. Insya Allah cepat sembuh.
    Makan apa pun, bila batuk mmg boleh tersembur semua kan?

    ReplyDelete
  7. saya kalu kena batuk mmg susah nak elok kak. adakala sampai sebulan. ubat batuk itu hari sampai 6 botol beli kat farmasi. pegi klinik kerjaan cuma bagi 45ml, bertahan utk sehari jer dengan 3 kali makan. Apa punya kedekut ler, igt kita nie kaki togok ubat batuk sambil layan pepsi & hisap rokok suriya ker? perghh....

    ReplyDelete
  8. Salam Kak G > batuk ni, nak tidor pun susah. Pendek kata serba tak kena. Panjang kata, memang selalu terkena. Hehehehe

    ReplyDelete
  9. EELOBOR > ahaa betul tu. Ubat kalu dah disalahgunakan, jadi racun.

    ReplyDelete
  10. batuk tu mungkin tanda2 nak demam rindukan pejabat kot. hihi... apa pun semoga cepat sembuh ye kak azie.

    ReplyDelete
  11. sesuai lah tajuk post kak azie...saya pun tgh batuk giler ni..mcm nk pecah dada rasanya...

    semoga cepat sembuh dan gembira selalu..

    ReplyDelete
  12. batuk tu,,..
    kalau boleh bawak pi berjalan makan angin..lega lah tu..hee

    ReplyDelete
  13. baru lagi member pesan, dia baca atrikel yang kata teh sebenarnya tak serasi dicampur dengan limau

    minum le asam jowo

    ReplyDelete
  14. jangan sedih2 sgt kak
    jaga kesihatan tu ya...

    ReplyDelete
  15. Kak Zai kalau batuk suka minum madu , azie cubalah tapi kalau boleh yang ori.

    Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat cari rezeki yang dah bertahun2 lamanya.

    ReplyDelete
  16. AA, I bertiga beranak batuk n selsema. Dua2 tu kalau boleh, nehi janggeli kahe..

    Batuk tersangat keji bila gatal tetiba to the max melodak kat tekak (bukan aje boleh tersembur malah terkucil juga <- part nih yg tak tahan)

    ReplyDelete
  17. ubat batuk yang mujarab sapu air mata di leher..

    selamat bersedih..

    ReplyDelete
  18. Lagipun masih ada +360 hari untuk senyum dan melompat..

    ReplyDelete
  19. Semoga cepat pulih dari segala yang menyakitkan. :)

    ReplyDelete
  20. Sedihnye baca kisah K. azie diserang batuk... Sedih lagi pasal Arwah Ayah tu sbb Arwah Abah saya pun handal memasak - entri K. Azie ini menambah tersumbat hidung saya yg tengah selsema teruk kerana menangis...

    Tiba2 saya teringat & rindu pd Abah... kalu dia demam Abah akan masak BUBUR NASInya SENDIRI, mkn dgn lobak asin, lepas mkn panas2 Abah akan tarik gebar (selimut) sampai ke kepala sampai berpeluh2 baru dia buka gebar. Bila saya tanya kenapa? Katanya panas dlm badan keluar dgn peluh baru demam blh kebah, x payah mkn ubat Doktor.

    Petang ni, balik drp menghantar anak perempuan di asrama saya akan singgah lagi menziarahi Arwah Abah yg kucintai di alamat terakhirnya No. D 2201 Seksyen 21, Tanah Perkuburan Islam, Shah Alam.

    Al-Fatihah buat Arwah Ayah Azie & Arwah Abah saya...

    ReplyDelete
  21. azie,
    nanti tolong bagi resepi bubur tersedap tu... rempah apa yg perlu diletakkan...

    ReplyDelete
  22. V.I.C. > rindukan pejabat? Rasanya tidak kot. Heheheh. Terimakasih VIC.


    RAZIFF > Agaknya musim batuk skang ni kot..

    ReplyDelete
  23. Bang LANA > Tak larat nak pi berjalan mana-mana pun skang nih. Nak ke dapur pun rasa macam nak merangkak.



    CEMOMOI > terimakasih. Air asam pun mujarab gak.

    ReplyDelete
  24. ACU > sedih sebab terpaksa pantang makan. huhuhuhu tq


    Kak ZAI > Betul tu, madu.
    Tempat cari rezeki yang menjadi sebahagian hidup saya.

    ReplyDelete
  25. Kak NORA > Terimakasih Kak. Selamat Hari Guru.


    Kak SOM > betul, terpaksa pakai panty liner plak. hikhikhik!

    ReplyDelete
  26. ZEQZEQ > air mata duyung ker?


    KAK CIK SEROJA > Aminnnnn... tkasih.

    ReplyDelete
  27. PN LIZA > Saya lak yg tetiba sedih baca kisah LIZA tu. Semua tu jadi kenangan kan?
    Terimakasih..


    AKAK > Saya tak pandai buat macam Arwah buat, yang saya ingat2 lupa, dia suka boh udang kering, jintan manis, kayu manis... Rasa macam bubur Nasi perasa sup. Hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails