Sunday, May 30, 2010

Kerana Cekedek Kentang dan Kopi O, Berjaga Sakan...

Dah dinihari. Baru ler terasa macam nak sambung cerita tapi taknak lagi lah tulis cerita tadi siang. Cukup melengkapkan semua dengan Photo Album di FB. Sekadar perkongsian dengan pembaca yang sudi, dan beberapa orang kawan rapat yang memahami, juga dengan beberapa orang anak buah (sepupu si AMOI), yang sebahagian tiada berada di KL.

Cerita santai hari ini. Cerita makan ler yang best.

Kami lunch di Pak Li's Kopitiam. Macam biasa, port jika berada di area Seksyen 7, cuma hasrat untuk ke Jakel yang baru buka tu belum tertunai. Tengok bangunan sikit punya besar, kalu malam, berkilau dari jauh. Terang benderang. Ntah bila ler dapat pergi. Pergi selalu boleh, nak belinyer yang belum tentu...!


Eksyen jer nih, nak bagi perabih pun sikit punya seksa. Sampai mengah!

Kerana dek penat, konon, malas masak. Tapi buka dapur juga. Menu dinner; Cekedek (cokodok) campur Kentang, cicah dengan Sambal Tumis Sardin. Habis 1 kg tepung si MAK Tarzan ni lebuh, nak kasi kenyang anak-anak burung dia. (ada ker yang tak faham makna "lebuh" tuh? Bukan lebuh rayaaaa!)


Dan aku berjaga, sebab tadi buat Kopi O 1 jag. Ambikkkk....!

*Pesanan khas penaja buat Kak KUJIE: Kenapa dah seminggu saya tak leh masuk blog Kak KUJIE? Asyik error jerrrr... letih tauuuu.


~...SERI BULAN terpaksa menahan malu bila; orang Kampung Separuh Desa ke bendang berkain batik, dia berseluar panjang seperti hendak bermain ombak...~





12 comments:

  1. Bang HAMZAH Al-Lavendari > lebih kurang gak ler maksudnya. Tapi biasanya kalu sebut lebuh tu, lebih merujuk kpd makanan yang dicairkan; e.g. "mi segera yang dilebuhkan". (ada gak yg sebut; duit dah lebuh = duit dah lesap)

    Ya ayat saya memang takleh digunakan dalam paper BM. Gagal nanti!

    ReplyDelete
  2. comei cekodok dia, saiznya pun lebih kurang samaaaaa je! :D

    ReplyDelete
  3. Cekodok dimakan dengan sambal sardin, memang sedappp..

    ReplyDelete
  4. yg dok pi pekena kopi tu malam2 wa pa?..ingatkan nak berjaga utk tengok bola ka..hee
    lain kali pi trai..teh suam kurang manis..atau cina teh..baru boleh lena awai...hee

    ReplyDelete
  5. huh tak call pun masa lunch kat pak li tu..!!!

    ReplyDelete
  6. FA >itu jelas menunjukkan yg si MAK tu dok keja buat kuih tu jer yg pandaiiiii...

    ReplyDelete
  7. KAK ZAI > betul, memang sedap!


    Bang LB > memang belasah tengok bola gak semalam.

    ReplyDelete
  8. ICE > memang Kak Azie duk tunggu jugak kot Daktu call masa masih kat area majlis, tp senyap jerrrr. Kita pun malas nak ganggu.

    Masa makan mana leh ingat orang lagi, berangan pun takleh, nanti makan tak kenyang! Ahaks!!

    ReplyDelete
  9. dakni ingatkan majlis AMOI tu waktu petang... so malas laaa nak kuar pagi2... hahahaaa cekelat pon cucu tiri makkkk da kasi perabis malam tadi..!!!

    ReplyDelete
  10. Aslmkm Azie.
    Sorry le, mlm td terus tido je.
    Kak G kan, kalau minum kopi, alamat tido memanjang ler ... Migraine!
    Gaya cara Azie macam arwah Ayah Kak G pulak ... malam2 pun nak makan cucuq & minum kopi! Arwah Ayah pulak, pagi2 buta, sebelum Subuh, Mak tak bangun lagi, beliau dah masak air & buat kopi lg! Tu la agaknya Kak G mabuk kopi! Hehe.

    ReplyDelete
  11. ICE > tu ler, jadual semua tukar last minit. Takper, cekelat tu bleh beri baru. Hehehehe


    KAK G > sebenornya kami sekeluarga tak biasa minum kopi. Saya semalam beli sepaket kecik kopi, kunun nak try buat Kopi Susu.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails