Friday, May 14, 2010

AdaMaya: Nak Tulis Jugak tuuu...

Dah habis pun drama hits masa kini, AdaMaya. Walaupun endingnya boleh diteka, tetapi ianya tetap best. Jalan cerita tidak meleret, dialog direct. Itu pendapat aku. Malah lebih best dari filem asal “I’m Not Single”.

Bukan hanya Adam yang kacak lagi sweet (sweet dari segi gaya dan peribadi wataknya), Maya yang manisssss... (wpun watak dia buat orang bengang rasa nak jentik jer telinga dia..) dan si comel Amani yang sungguhhhh comel sungguhhhhh cute!


Mesej ada banyak. Hukum karma juga kesedaran bahawa cinta itu sungguh indah, tetapi juga berbahaya jika salah bawa macam si DANI mengong tuh. (ops! emosi...) Last-last, hapa pun tak dapat.

Yang paling seronok nak tengok bukan saja ending yang buat semua orang senyummmmm wpun air mata tak kering lagi masa scene Maya minta ampun dari suaminya.. cewaaaahhh! ada ker yang sorok muka sbb air mata kuar semalam? Harharhar! Tetapi juga setiap kali tamat setiap episod ditayang lak scene2 yang tak jadi, yang salah take, yang salah dialog.. Kelakor giler terutama bila SEIN salah dialog sebab dia selamba jer tambah dialog sendiri.

Dan aku teringat sorang BRO IW yang sangat minat TAHAP GABAN kat Lisa Surihani tuh. Mesti dia duduk tercongok depan tv tiap petang, no more lepak-ing kedai mamak lepas ofis kan? Dan mesti dia geram sambil telan air liur berkali-kali bila tengok Lisa selalu bercakap time “pause” mesti kuar lidah...! Ahaks!

Budak-budak kat umah gelakkan aku sebab selesai jer drama aku cakap, “Puas hati aku! Puas hati aku!” Harharharhar!





7 comments:

  1. mmg puas hati..tp rasanya babak Maya masa minta maaf dgn Adam tu mcm tak sampai la kak,dia mcm tak menghayati watak sangat.Sbb tak terkesan pun kat jiwa masa menonton smlm.Kalu tak pasti air mata ini turut sama hehehe...

    sian kat Aunty Lissssaaaaa(sebut mcm Amani sebut)

    ReplyDelete
  2. Bab nangis tu LISA SURIHANI lum kuat menjiwai.. Kena asah bakat lagi tu..

    ReplyDelete
  3. kita kan...
    tengok last episode je...
    lepas tu sibuk tanya jalan cerita dari awal ke akhir...kat penonton tegar
    (kalau kita penonton tegar tu... sure dah kena debik sekali...hahaha)

    ReplyDelete
  4. spoil tengok dengan anak2...

    tengah feeling air mata berjurai, dia orang boleh mengejek

    " hahaha..mama nangis"

    aduih! terbantut feeling

    ReplyDelete
  5. DrSINGA > heeee memang nak kena debik. Harharhar!
    Rasanya ada ulangsiar nanti tu. Dengan alasan “atas permintaan ramai”.


    sI tEDI > Ada... kena cari ler.. Sanggup tak?

    ReplyDelete
  6. Kak KUJIE > Saya pun sama. Kena ejek dengan anak-anak. Pastu ayah depa pun sama dok tambah kuah! Teruih berenti nangis. Hilang feel gak. Arghhhh!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails