Thursday, May 13, 2010

Open TANGLING The Series 01/2010...

Ingatkan dah malas nak tulis tentang program ni, tapi sayang pula tiada catatan kenangan sedangkan selama ini semua program ini mesti ada dalam blog. Agak terlewat untuk aku menulis tentang program ini.

Open Tangling kali ini adalah yang pertama secara rasmi untuk 2010. Kali akhir dulu adalah 31 Dis 2009, semasa shbt HASHIM balik dari Sarawak.

Memang sudah maklum tidak bertulis, aku sering menjadi Tukang Keloi a.k.a. Setiausaha untuk majlis bersiri ini. Walaupun tidak pernah ada jadual khas atau sebarang peraturan, tiap kali ada saja yang ingin bersedekah, sambil belanja makan, sambil mengumpulkan kawan-kawan (para sahabat KLFM yang dulu semua berkenalan secara maya jer) bagi mengeratkan silaturahim, aku mesti dikerah menjadi Pemukul Gong. Sedar tak sedar, acara ini sudah berlangsung berkali-kali sejak 2004 lagi. Memang tak sangka.

Biasanya Open Tangling ini diadakan apabila ada penaja yang ingin meraikan hari-hari istimewa seperti hari lahir, naik pangkat, dapat bonus, ulangtahun perkahwinan, dapat anak dsb. Tak kira ler, asal ada duit lebih, sedekah belanja kengkawan.

Seminggu berkempen di KgMMS KLfm dan FB, akhirnya pada Jumaat 7 Mei lalu (memang selalunya sengaja pilih Jumaat), berjaya juga kami berkumpul seramai kira-kira 25 orang. Jumlah yang agak besar bagi kami. Kebanyakannya memang para sahabat lama yang "otai" dalam ertikata, tahan bergurau, tahan telinga kena kutuk, tahan kena sindir atau di"pangkah" depan-depan. Harharharhar! Mesti kental lah.

Terimakasih korang...!

Selain agenda merapu, Pertandingan Tanpa Hadiah, Cincin Paling Besar. Harharhar! Ada ker yang bleh lawan AA?
Cucur Jagung yang memang special request selepas makan ikan bakar.
Puding Mangga dan Grape tajaan AA. (itu jer yang pandai)

Ada orang bawa Kacang sebungkus besar!
Pic bawah: Kak ANOY (DJ - kini penerbit dan pembaca berita radio RTM - Noraini Ibnu, yang sudah lama tidak join, seronok tak hengga dapat bergelak. Pastu dapat lak Tart Nenas Tersohor dan Gelang harga sangat murah dari IXORA the Tokey Gelang a.k.a. Tokey Sabun.
Klik SINI untuk tengok kehebatan Sabun jenama dia.

Puan penaja: Hajjah Fatimah atau kami panggil dia OPAH IZAN Tokey Bowling.

Terimakasih kepada semua para sahabat yang sentiasa sudi hadir, bukan nak makan sangat pun, tapi lebih kepada nak berjumpa sebab jarang kami dapat bertemu. Ada juga yang sudah bertahun tidak bersua muka. Rindu weyyyy...!

Kek Coklat Tersohor dari FAIROS @ ACIK MLMW the blogger.

Kerana ini blog peribadi aku, so aku nak luah peribadi juga lah. Dulu, pertemuan sebegini sering disalahertikan sebagai tempat "anyam ketupat" (come on! tepi Masjid Negara tuhhh...!), tapi bagi sesapa yang pernah hadir, mereka akan faham. Duduk 2-3 jam apa sangat yang dapat diborak? Ada tu sempat sejam saja, sempat ker nak gossip pasal orang? Takda agenda lain kah?

Yang pasti, agenda kami ini tidak pernah ada syarat apa-apa. Sesiapa yang mendapat jemputan secara terbuka, dipersilakan hadir. Tak perlu bawa apa-apa pun sebenarnya. Tapi ramai pula yang murah hati bawa macam-macam. Tetapi kalu hati tidak tahan kena kutuk Tahap Gaban, tak tahan telinga merah atau mata tak tahan silau dek flash kamera, ya.. ya.. Tak yah datang! Dan kalu dah sendiri takleh datang, jangan lak buruk sangka pada yang sanggup tadah telinga tadah muka ni.. Kitaorang memang kental tahan hentaman. Memang tiada jaminan tak kena sakat!

Semoga Open TANGLING The Series ini menjadi suatu program silaturrahim yang terus dihormati.


~...mungkin ramai tidak menyangka, SERI BULAN sering muncul di bawah bebayang bulan, tapi rupa tidak pernah menjadi seindah BULAN...~





9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya kutuk-kutuk manja tu ler yang mesra...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak AA ... memang best giler dan seronok sangat. Asyik duk gelak jer walau dikutuk ... hahahhaa
    tak simpan dalam ati pun. Itu lah yang mengeratkan kita, kenal hati budi dan perangai masing masing.

    Rasa nyer saya tahu sapa akak tembak tu, nanti kita jumpa kita anyam ketupat sama sama ek.

    ;) tima kasih promo kek hahahahhaha, tak kena bayarkan iklan tu kak

    ReplyDelete
  4. ACIK FAIROS > moga tak serik. Kita kan ker muka setia lagi tetap untuk Program Tangling The Series ni? Heheehe...

    Tak tembak sapa pun, cuma adakala cili tu tak perlu gigit pun dah leh kena dah pedasnyerrr... ahaks!

    Oh iklan. sini percuma, luar kalu, tak tau..

    ReplyDelete
  5. Salam,

    hi Kak Azie,
    salam hari Jumaat.
    :).

    ReplyDelete
  6. makan sakanns,
    salamm jumaat

    ReplyDelete
  7. THUNBERGIA > Salam Jumaat. Makan sakan ni bila beramai-ramai jer. Memang tak sedar... Tau tau 3 pinggan. Hehehe

    ReplyDelete
  8. bestnyaaaa........songan ngn pcp pon ada. pi tang tu x kenai pun jadi kenai gak.

    nak2 plak hat jenih muka x malu cam cek nih tp xtau la pasepa ritu nih jadi pemalu plak....ahakssss......hahahahaha......

    ReplyDelete
  9. Salam CATZ.

    CHEYAH > SONGAN n PCP tu memang otai grup nih. Memang semua peramah, tak kenai leh jadi kenai. Next time kita buat lain lak noooo....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails