Aku memang berhasrat untuk menulis tentang dia di sini, tentang suatu nama bernama UDIN. Sambil itu, aku ingin mengambil peluang untuk melakukan tugasan yang ditawarkan oleh blogger tersohor BEN ASHAARI.
Harus menulis entri 4 para dengan mesti lebih 100 patah perkataan. Dan mesti siap sebelum jam 2 pagi. Inilah kisahnya... Harap menepati syarat. Dan sila beri komen anda di SINI.
UDIN. Nama yang begitu klasik, tapi demi Tuhan aku tidak pernah tahu nama sebenarnya. Hingga hari ini, aku tidak tahu, dan segan untuk mengetahuinya. Ingat-ingat lupa, bagaimana dia menjadi kesan kepada aku, sekurang-kurangnya menjadi suatu nama dalam karyaku pula. Aku 12 tahun ketika itu, begitu lama, begitu panjang masa yang ditinggalkan. Darjah 6, aku sering bertandang tidur di rumah emak saudara (kakak Bonda) yang tinggal di kampung lain tidak jauh dari rumah tapi kalau berjalan memang tak sampai-sampai.. hehehehe...! Kerana Mak Long tinggal seorang, makanya aku sering dihantar ke sana, menemankannya, langsung menolong kerja-kerja di rumahnya. Walau bukan banyak yang hendak dikerjakan di rumah yang dihuni oleh seorang tua, tetapi aku dengan akurnya, tidak pernah melawan. Malah kekerapan itu menjadi keselesaan pula pada aku untuk ke sana tanpa sebab. Mungkin suasana yang begitu kampung, dikelilingi sawah padi (rumah Mak Long hanya boleh sampai dengan basikal atau motor, ketika itu) lorong denai yang begitu sempit, taliair sepanjang laluan, maka panorama yang begitu sunyi dan hijau begitu menyelesakan aku. Tetapi tidak pula aku aku ingat, berapa lama keadaan itu berlangsung, entah 3 bulan, entah 6 bulan, tidak pula menjadi perkiraan kerana ceteknya akal budak seperti aku ketika itu.
Kerana itu, aku tidak tahu langsung bagaimana Si UDIN ini hendak dikaitkan dengan aku, entah sepupu entah saudara sepupu. UDIN juga kerap ke rumah Mak Long dengan tujuan yang sama dengan aku, menolong tetapi dengan cara yang berbeza, cara lelaki. Pergi ke kedai membelikan barang runcit, turun ke sawah buat itu dan ini... Bila cuti sekolah Sabtu dan Ahad, aku memang di sana. Mak Long menyambung mengajar mengaji utk 2 hari tersebut, walaupun garangnya Tuhan sahaja yang tahu. Pernah aku dirotan hanya kerana telinga rapat ke radio (transistor berbateri basah) sedangkan tangan memegang lidi mukadam. Aduhhh perit rasa macam nak lari balik rumah mak, tapi malam-malam gelap gelemat?
Dan UDIN...Dia paling rajin berborak tetapi hari ini aku tidak pernah ingat apa yang kami borakkan kecuali satu, “suatu hari nanti aku nak kahwin dengan hang...” Aku juga tidak ingat apa yang aku jawab, dan tidak juga ingat apa reaksi aku ketika aku. Reaksi budak berumur 12 tahun? Tetapi harus aku akui, UDIN seorang yang menyenangkan, walau hanya seorang budak kampung (aku tidak tahu sejauh mana taraf pendidikannya), tetapi kerajinannya dan kesudiannya menemankan aku di tangga saban petang, menjadikan aku menganggap dia sebagai seorang kawan yang baik. Persahabatan gadis sunti 12 tahun dengan seorang pemuda (waktu itu dia mungkin dalam lingkungan 20 tahun), dilihat sebagai suatu yang tidak mencurigakan, apa lagi masih terkongkong dalam ikatan persaudaraan. Lalu, kami saling menjadi pencerita dan pendengar...
Masa beredar. Amat jarang pula kami bertemu lagi, apa lagi untuk menjadi seperti waktu dulu. Sesekali melihat dia di tengah kelompok keluarga, dalam majlis2 saudara mara, susah pula untuk bersembang mesra lantaran dilihat kurang manis. Melainkan tegur sapa bertanya khabar dan gurau senda ringan yang tidak membawa apa-apa makna. Seingat aku hanya sekali dua sahaja dia mengulang ayat itu dalam nada gurau yang sukar untuk dibawa perhatian. Dan aku percaya, dia tidak tahu, tidak mungkin tahu, aku terkesan dengan kata-katanya. Beberapa tahun dulu aku menulis sebuah cerpen bertajuk UDIN. Tidak pernah pula aku menghantar ke mana-mana dan ianya sekadar menjadi luahan aku terhadap apa yang masih di minda. Begitu susah untuk aku melepaskannya.. Kenapa? Kerana sehingga hari ini dia memang belum berkahwin? Menanya sebegitu bakal mengundang pelbagai persoalan lain yang mungkin merumitkan, malah mungkin mencetus perasaan tidak senang di banyak pihak. UDIN? Aku takut untuk mengambil tahu akan dirinya. Kerana memang tiada sebab khusus, malah tiada siapa tahu, hingga hari ini aku tidak dapat melupakan kata-katanya (ntah gurau usik atau sungguhan). Adakah kerana dia belum berkahwin hingga hari ini? Aku tidak rasa bersalah, tetapi sedikit cemas jika aku turut terlibat dalam hal “belum kahwin” nya itu... Sesuatu yang buat aku sering tersenyum, dia seperti awet muda, tidak banyak berubah, masih ada rupa... hehehehe... Apakah jika ada jodohnya esok lusa, aku mungkin boleh melepas rasa lega? Hanya Tuhan yang menentukan...
*Betul juga aku meneka, memang DANI akan menjadi gila sasau bila MAYA sudah mula membuka mata...
Hohoho.. tibe2 UDIN bersangkut ngan AdaMaya. Memang demam AdaMaya tak hilang lagi ni.
ReplyDeleteSungguh berkesan drama tu, kan? Wajar juga generasi sekarang mengambil iktibar...
ReplyDeletesemoga berjaya,
ReplyDeletesalamm n thanx singgah blog haku yang xde apa2 tuh,
Huhuhu..tak sempat tengok semalam.. hanya babak akhir saja, tengok Adam, Maya dan Amani bersatu... :(
ReplyDeletesalam singgah.. jalan jalan sini.... slam perkenalan.. :D
ReplyDeleteTUN > Salam Jumaat. Yang takder apa-apa tu ler yang orang tunggu apa nak isi tu. kan?
ReplyDeleteKak Cik SEROJA > Harus rasanya AdaMaya ni diulangsiar. Tak pun cari jer kat YouTube.
MIMIE AZIMASK V > Salam kenal. Terimakasih. Sila, sila. Buat macam rumah sendirik. :)
ReplyDeletesalam kenal aziezah..mmm..sedap nama tu
ReplyDeleteANYMZ > Terimakasih. Salam kenal. Sila masuk, nanti nak buat air... :)
ReplyDeleteAdamaya... I sorang je nmpknya yg tertinggal cerita tu..kedengaran mcm best je..... nk cari la kt youtube.
ReplyDeleteAZIEAZAH ~ thanks singgah tadi.
MISS MIRROR > rasanya ada ulangan agaknya, tapi kena tunggu lama skit ler.
ReplyDelete